Tuesday, June 3, 2014

Bab 27


Aira memulas tombol pintu studio Jemy. Keadaan agak lengang ketika itu, mungkin sebab tiada pengambaran hari tu. Bungkusan makanan korea yang dibelinya tadi dijinjit sekali. Tidak sabar rasanya mennikmati makanan tengah hari bersama kekasih hatinya itu.
            “Hai.” Sapa Aira. Dari tadi Rahim dan Azlan sibuk mengemas set selepas pengambaran.
            “Aira!” serentak Rahim dan Azlan menjerit. Sudah lama rasanya tidak bertemu dengan pujaan hati bosnya itu.
            “Serigala jadian mana?” soal Aira penuh senyuman. Lantas dia duduk bersebelahn Azlan.
            “Atas. Dia ada guest.” Jawab Azlan pantas. Mahu ketawa dia mendengar Aira membahasakan Jemy sebagai Serigala Jadian. Memang betul pun kan? Jemy yang panas baran dan muka yang sentiasa kedekut dengan senyuman itu digelar serigala jadian. Mengekek mereka bertiga ketawa. Tak kurang Aira yang sentiasa senang memanggil Jemy, kekasihnya itu sebagai harimau jadian tak pun serigala jadian! Mahu kena tengking ni kalau didengar dek Jemy.
            “Guest? Siapa?” rambutnya yang sedikit masai dibetulkan mengunakan jari.
            Rahim dan Azlan serentak menjungkit bahu.
            “Baju kau tu kenapa?” soal Rahim hairan. Baju putih Aira dipandang berkerut. Aira melihat sendiri, hampir dia terlupa akan bajunya yang sudah kotor dek disimbah air oleh lelaki berkulit sawo matang di Mid Valley tadi. Terus Aira mendengus geram.
            “Ada lelaki gila tersimbah air dekat baju aku ni.” Dengus Aira geram.
            “Aku pergi toilet jap. Ni dua bungkusan ni untuk korang, yang lain jangan kacau..buah hati aku punya okay.” Aira bingkas bangun menuju ke bilik air. Segera Rahim dan Azlan membuka bungkusan makanan yang dibawa Aira.
            “Terima kasih Encik Jemy.” Ucap Tiara sambil melemparkan senyuman untuk jurugambar muda tersebut.
            “Terima kasih jugak sebab sudi memilih khimat saya.” Ujar Jemy. Sempat dia bersalam dengan teman Tiara tersebut.
            “Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Tiara dan Akmal segera meninggalkan studio. Jemy hanya menghantar dengan senyuman tak lekang di bibir. Setelah yakin kedua-dua tetamunya hilang di mata, dia terus memandang kearah kedua orang pekerjanya yang asyik menjamu selera. Dia mengangkat keningnya, seketika di atas tadi dia macam terdengar suara Aira. Mustahil jugak, Aira masih di hospital. Desis Jemy sendiri.
            Dentuman bunyi pintu bilik air mengejutkan mereka. Jemy dan kedua pekerjanya saling berpandangan. Sejurus selepas itu keluar Aira dengan muka masamnya, terbeliak Jemy melihat kehadiran Aira di situ. Muka Aira yang masam dengan muncung yang panjang itu dipandang tak beralih, tangan gadis itu masih memegang bajunya yang kotor. Sekilas Jemy melihat tangan kiri gadis itu yang masih berbalut, tergeleng sudah kepalanya. Degil!
            Dengan malas Aira terus melabuhkan punggungnya di sofa. Hatinya masih sebal dengan kotoran di bajunya.  Jemy menghampiri Aira, boleh pulak dia buat tak nampak aku. Desis Jemy.
            “Bila keluar hospital ni? Tak bagitahu saya pun.” Soal Jemy. Matanya tajam memandang Aira.
            “Ada baju tak? Baju saya kotor ni” tanpa menjawab soalan lelaki itu, Aira terus menarik tangan Jemy mengikutinya. Jemy diheret menuju ke deretan pakaian yang dikhaskan untuk pengambaran. Lantaklah siapa yang pernah pakai, dia perlu mengantikan bajunya itu secepat mungkin. Melekit!
            Satu persatu baju di situ dibelek. Tak satu pun yang berkenan, macam membeli belah lah pulak. Omel Jemy. Kakinya diatur ke suatu sudut, gaun paras bawah lutut yang dibelinya semasa pengambaran pertama Aira terus diambil.
            “Pakai ni.” Gaun tersebut terus dibaling pada gadis itu. Terpana Aira, amboi..main kasar nampak! Dasar serigala jadian!
                                                *****************
JEMY berpeluk tubuh di sofa sementara menunggu Aira menyalin pakaiannya. Hatinya masih sebal melihat gadis itu tiba-tiba muncul di studionya dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya. Dia mengerling sekilas kearah Rahim dan Azlan sedang enak menjamu selera.
            “Dia bawak semua ni ke?” soal Jemy keras. Serentak Rahim dan Azlan mendongak, lalu mengangguk. Bukan apa, dengan muka Jemy yang berubah serius itu, seram rasanya. Jemy mendengus geram, langkahnya diatur ketingkat atas. Rahim dan Azlan berpandangan sama sendiri.
            “Mana dia?” suara Aira yang baru keluar dari bilik persalinan memecah suasana. Meliar matanya mencari kelibat Jemy. Wajah Rahim dan Azlan dipandang silih berganti. Rahim memuncungkan bibirnya di atas.
            “ Harimau sudah bertukar jadi Serigala lah Aira.” Ujar Azlan. Terlopong mulut Aira, Kenapa pulak? Dia ada buat salah ke? Aira mencapai bungkusan makanan, dan bergegas ketingkat atas.
            Sampai saja di muka pintu yang tertutup rapat itu, Aira sempat menjenguk sedikit kedalam, Jemy sedang begitu asyik membelek kameranya dengan muka serius. Kecut perut Aira dibuatnya. Salah apa pulak yang dia buat kali ini? Setahunya dia sudah meminta maaf atas peristiwa dia mencederakan dirinya dulu, apa pulak kali ni? Perlahan tangannya memulas tombol pintu bilik bewarna biru laut itu. Jemy dihampiri dengan senyuman.
            Jemy hanya mengerling sekilas kearah Aira yang sudah melabuhkan punggung di hadapannya. Hanya seketika, matanya kembali ditumpukan pada helaian kertas di hadapannya. Dia hanya membiarkan gadis itu memulakan bicara, ada banyak benda yang perlu Aira jelaskan. Balutan kemas di tangan Aira dipandang kejap, aduh..kenapalah Aira ni degil sangat. Dah tahu belum sihat tu, duduk je lah kat rumah!
            Aira menundukkan sedikit wajahnya, muka kelat Jemy dipandang dengan senyuman. Marah betul ke marah olok-olok ni? Macam betul je..
            “Jemy..” panggil Aira. Lagi muka Jemy dipandang, namun tak sekalipun lelaki itu mengangkat mukanya. Aira mula mendengus geram. Apa kena dengan dia ni?
            “Awak ni kenapa?” soal Aira geram. Muncungnya sudah naik. Elok-elok dia datang sini nak luangkan masa dengan lelaki itu, tapi Jemy boleh pulak buat dia macam tunggul. Hisy..ingin saja dia tarik rambut Jemy yang sedikit panjang tu. Jemy mengangkat wajahnya, muka Aira dipandang tanpa riak. Tangannya disilangkan di dada, tajam matanya memandang Aira.
            “Bila keluar hospital?” soal Jemy dengan nada yang masih dikawal, tak sedikit pun matanya lepas memandang wajah yang amat dirinduinya itu. Aira mula mengukir senyum, ha..ingatkan dah bisu tadi.
            “Semalam. Saja nak surprisekan awak. Surprise tak?” air muka Jemy berubah riak. Kasihan pula dia melihat Aira, agaknya mulai dari hari ini dia harus membiasakan diri dengan sikap kekasihnya yang satu itu. Nafasnya dilepaskan perlahan, tangan Aira segera dicapai. Dia memang tak boleh memarahi gadis itu lama-lama.
            “Kenapa?” soal Aira, dibiarkan Jemy mengenggam kemas jemarinya.
            “Rindu.” Tanpa sangka jemari itu menerima kucupan hangat darinya. Tergamam Aira seketika, tidak menyangka tindakan Jemy yang tiba-tiba itu. Namun, hatinya sudah berbunga riang.
            “Oh, lupa..saya ada belikan makan tengah hari. Kita makan sama-sama ya.” Aira menarik tangannya, segera bungkusan yang sudah tersadai lama di atas meja dibuka. Jemy hanya mengerutkan dahi, apalagi yang Aira buat. Ah..sikap Aira memang tidak boleh dijangka.
            Beberapa hidangan makanan korea kegemarannya terhidang kemas di atas meja.
            “What is this?” soal Jemy kehairanan. Membutang matanya melihat beberapa hidangan makanan yang belum pernah dilihatnya.
            “Korean food.” Jawab Aira ringkas.
            “Sara, how..” Jemy seolah-olah tidak percaya. Seumur hidupnya dia tak pernah pun membayangkan makan makanan tengah hari tanpa nasi. Mana nasinya? Adakah makanan korea tidak ada nasi atau gadis itu yang tidak membeli nasi. Walaupun dia menghabiskan separuh zaman remajanya di Paris, dia tetap berjiwa melayu. Seleranya tetap selera orang melayu!
            “Makan je lah.” Aira mengambil sedikit kimchi dan disuakan ke mulut Jemy. Teragak-agak Jemy hendak membuka mulutnya.
            “Aaa..” arah Aira, dia menanti Jemy membuka mulutnya. Jemy memejam mata, makan je lah..sayanglah katakan. Akhirnya kimchi tersebut selamat masuk kedalam mulutnya.
            “Sedap tak?” soal Aira.
            “Not bad.” Air mineral segera diambil. Hampir setengah botol diteguknya. Aira tersenyum, dia turut menyambung makannya.
            “Tangan tu dah okey ke?” soal Jemy. Dia bergerak ke sebelah Aira, tangan kiri gadis itu dicapai. Balutan yang membalut luka kecil itu dibuka. Nampaknya luka di tangan itu sudah mula kering.
            “Kenapa?” soal Aira.
            “Tak takut ke ada parut?” ujar Jemy. Wajah Aira dipandang.
            “Takkan ada parut lah. Dont worry.”
            “Kenapa? Kalau ada parut, awak nak tinggalkan saya lah?” sambung Aira. Chopstik di tangan segera dilepaskan. Keningnya mula diangkat sedikit.
            “Yalah! Siapa nak kahwin dengan orang berparut banyak di badan.” Usik Jemy.
            “Awak!” dia mula memukul Jemy, namun sempat jemy menangkap tangannya.
            “Ni, sekejap lagi nak pergi mana?” soal Jemy serius.
            “Nak jumpa Kiki. Hari tu dia ada bagitahu, yang dia ada banyak job untuk saya.” Jelas Aira. Teringat akan perbualannya dengan Kiki seminggu yang lepas.
            “Nak teruskan jugak ke? Tan Sri macam mana?” Jemy menyoal risau.
            “Papa bagi tempoh enam bulan untuk settle down. Tengoklah macam mana, enam bulan tu masih panjang.” Jemy memandang wajah Aira penuh risau. Gadis itu benar-benar nekad dengan cita-citanya sebagai model. Bagaimana utuk dia menghalang, walaupun sebenarnya dia tidak berapa menyukai Aira berkerja sebagai Model.
            “Oh ya, tadi baju tu kotor kenapa?” Aira terus menoleh kearah Jemy lalu tersenyum. Berkerut wajah Jemy memandang Aira.


No comments:

Post a Comment