Sunday, September 21, 2014

Bab 15

Majlis gilang germilang berlaku di Villa Daisy pagi itu.Saudara mara,sahabat handai,rakan bisnes datang bagi memeriahkan majlis yang di sambut.Semua yang datang dengan wajah gembira bagi menyerikan majlis akad nikah anak sulung Dato`Fadzil dengan Syed Azmie.
            Nur Syifa memandang sayu inai ditangan,airmatanya merembes lagi.Sudah puas dia menangis sepanjang malam ,tekadnya hari ini dia tidak akan menangis.Wajah yang siap disolek dipandang melalui cemin meja soleknya.Sebentar lagi dia bakal bergelar isteri.Isteri kepada Syed Azmie!
“Syifa,menung apa tu...”Panggil Datin Sira.Anak gadis kesayangannya itu dipeluk rapat.Kasihan mu nak,ibu tahu kamu terseksa...tapi ibu tak ada daya.
“Bu...”tiada kata yang dapat diluahkan ketika ini,hanya mampu menangis dalam dakapan ibu tersayang.
“Sudahlah nak,tak elok menangis.Nanti hilang seri pengantin....”Nur syifa hanya terdiam,dia tahu ibunya juga sedih dengan apa yang berlaku,apakan daya ini keputusan ayahnya.Dato`Fadzil begitu tegas dalam membuat keputusan,jika hitam katanya,hitam jugalah jawabnya.
“Syifa ingat pesan ibu,dia dah menjadi suami Syifa.Jika tiada cinta untuknya,setialah nak...insyaallah rumahtangga Syifa tak kan ada apa-apa.Ingat redha suami tu adalah keredhaan Allah...”Panjang ujahan Datin Sira menasihati anak sulungnya.Sengaja diingatkan begitu kerana dia tahu anaknya itu tidak menyintai bakal menantunya itu.Nur Syifa hanya mengangguk,memang itulah tekadnya selepas menunaikan solat ishtiqarah malam tadi.Biarpun Syed Azmie tidak dicintai dia berjanji untuk setia dan berusaha mendapat redha suaminya itu.
“Dah..lap airmata tu.Azmie dah datang,turun bawah sekarang.Sebentar lagi dah nak akad nikah.”Nur Syifa menurut,wajah Saiful yang kerap bermain difikirannya cuba dihapuskan agar tidak menjejaskan rumahtangganya nanti.
                                                         ******************
SYED AZMIE berlagak selamba biarpun dalam hati hanya tuhan saja tahu betapa resah jiwanya saat ini.Sebentar lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya namun jiwanya tidak tenteram.Wajah Tuk Kadi dipandang bersilih ganti dengan wajah Dato`Fadzil yang berada di sebelah Tuk Kadi.Berkali-kali zikir dibaca agar dapat memberinya sedikit kekuatan semasa  lafaz akad nikah nanti.Nur Syifa sudah berada di belakang Syed Azmie,dengan wajah tenang tanpa airmata.Wajah sang bakal suami dipandang sekilas,lelaki itu nampak gelisah!
            “Semua dah sedia?Mari kita mulakan..”Tuk kadi memulakan bicara.Syed Azmie semakin resah,dia berusaha mengumpul kekuatan.Semua tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis mula memberi tumpuan kepada sang pengantin.
“Aku nikahkan dikau Syed Azmie Bin Syed Roslan dengan Nur Syifa binti Fadzil dengan maskahwinnya sebanyak RM 120.00 tunai.”Suara Tok Kadi mula kedengaran.
“Aku terima nikahnya...aa..Nu...”Peluh mula merenek di dahi Syed Azmie,lidahnya terasa kelu melafazkan akad nikah.Semua saksi kelihatan hairan.
“Jangan takut...tenangkan hati.Kita mula sekali lagi”Nasihat Tuk Kadi,Syed Azmie mengangguk.Razif menyeka peluh si Pengantin baru dengan perlahan,dia tersenyum sendiri melihat sikap gelabah rakannya secara tiba-tiba.Tahu takut..!ha..nak sangat kahwin kan...ingat senang! Tuk Kadi melafazkan semula akad nikah namun sekali lagi Syed Azmie gagal.Kedengaran sedikit desas desus tetamu  mula mengata.
“Encik nak berehat dulu ?”Saran Tuk Kadi,dia memberi masa kepada anak muda itu untuk berehat.Dato`Fadzil dilihatnya hanya terdiam sambil merenung tajam kearahnya sempat juga dia membalas pandangan bakal bapa mertuanya itu.
“Tak apa.Kita teruskan”Jawab Syed Azmie.Dia benar-benar keletihan ketika ini,jiwanya resah bukan kepalang,nafasnya seolah-olah berada dihujung tanduk.Apalagi yang harus dia lakukan untuk menenangkan perasaannya? Sekali lagi kedengaran suara Tuk Kadi melafazkan akad nikah.
Syed Azmie mencuri pandang  kearah Nur Syifa yang juga kelihatan resah.Terbayang diruang matanya senyuman gadis itu,kesedihan kerana dipaksa berkahwin dengannya.Syed Azmie tersenyum sendiri,tanpa dia sedar Nur Syifa turut memandang kearahnya dan mereka berbalas senyuman biarpun hambar.Syed Azmie terpana.Butakah hati gadis itu?Mampu lagi menghulurkan senyuman kepada aku,satu-satunya lelaki yang menghancurkan hidupnya..! Syed Azmie menghela nafas panjang,sepenuh perhatian diberikan kepada akad nikahnya kini.
“Aku terima nikahnya Nur Syifa Binti Fadzil dengan maskahwin RM120.00 tunai.”Lancar Syed Azmie melafazkan akad nikah.Semua diruang itu menghela nafas lega.Anehnya yang dirasai Syed Azmie saat ini dia tenang untuk seketika.Dia boleh melupakan segala kemarahan yang telah lama terbuku dihati.Yang pasti semasa upacara akad nikah berlangsung tadi tiada dendam terbuku dihati !
            Selesai saja majlis akad nikah,berlangsungnya majlis membatalkan air sembahyang oleh kedua-dua mempelai.Syed Azmie merapati si isteri yang baru beberapa minit dinikahi.Sebentuk cincin belah rotan yang baru dibelinya semalam disarungkan dijari manis si isteri.Sengaja dia membeli cincin yang sememangnya tidak mahal dan mempunyai bentuk yang biasa saja.Dia malas,tambahan perkahwinan ini tidak mempunyai apa-apa erti baginya.Nur Syifa melemparkan senyuman pada Syed Azmie,dicium hormat tangan Syed Azmie.Dia menanti...dan menanti...dahinya tidak menerima kucupan dari sang suami seperti wanita yang lain pada hari bahagia .Perlahan pegangan tangan Nur Syifa dileraikan.
                                             **********************
JAM menunjukkan pukul 10 malam,rata-rata tetamu telah meninggalkan Villa Daisy.Majlis hari itu berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.Pintu bilik Nur Syifa dibuka dari luar,Syed Azmie hanya memandang dengan ekor mata isterinya yang sibuk menyimpan beberapa alat solek yang kelihatan berselerakan .Songkok dikepala diletakkan di atas meja sisi katil,badannya sedikit letih kerana seharian melayan tetamu yang datang di samping turut berkenalan dengan keluarga sebelah isterinya yang belum pernah dijumpai.
                                   *******************
“ITU kawan-kawan ayah...”Ujar Dato`Fadzil.Dari tadi dia lihat menantu lelakinya itu begitu tekun memerhati gambar-gambar lama yang dibingkai kemas didinding.
“Oh...Tuan Haris pun ada sama.”Balas Syed Azmie.Dia menyembunyikan senyum sinis dari Dato`Fadzil.Sakit hatinya setiap kali melihat senyuman dari lelaki yang baru saja bergelar bapa mertuanya itu.
“Ya.Kami bertiga sahabat baik.”
“Saya boleh lihat semua tu dari gambar-gambar ni...”Syed Azmie cuba beramah mesra,walhal dalam hatinya berkali-kali dia mengutuk sikap kepuraan Dato`Fadzil yang berlagak seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa.
‘Pandai betul orang tua ni berlakon..!’
“Biarpun perkahwinan ni bukan dari kehendak kamu ataupun anak ayah sendiri,ayah berharap sangat kamu jangan mempersiakan anak ayah.Ayah percayakan kamu Azmie,kerana kamu anak Syed Roslan.”Tutur Dato`Fadzil penuh berharap.Ya,dia sedia maklum bahawa lelaki yang menjadi menantunya kini adalah anak sahabat baiknya,Roslan.Dimana tumpahnya kuah kalau tak kenasi?Dia percaya sudah semestinya menantunya itu akan menjaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Ya ayah.Saya Syed Azmie anak Syed Roslan.Sahabat baik kepada Dato`Fadzil,ayah mertua saya.”Jawab Syed Azmie sinis.Tika kini hatinya begitu panas.Dato`Fadzil memang seorang lelaki yang hipokrit!
“Ayah tak perlu risau...tahulah saya macam mana nak bahagiakan isteri saya.”Sambung Syed Azmie lagi.Dato`Fadzil hanya mengangguk,entah kenapa kedengaran sinis kata-kata menantunya itu.Dato`Fadzil hanya tersenyum,dibuang jauh prasangka buruk terhadap anak sahabat baiknya itu,merangkap suami kepada anaknya.

                                     ***********************
“Abang...”Panggil Nur Syifa tiba-tiba mematikan hasrat Syed Azmie yang hendak kebilik air.Wajah Nur Syifa dipandang,kini Nur Syifa tidak bertudung,rambut yang hitam dan ikal itu di biarkan lepas.Syed Azmie kekal bisu,sepatah pun tidak menjawab panggilan dari isrerinya itu.
“Boleh kan abang izinkan Syifa panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya?”Sayu kendengaran suara Nur Syifa.Dia telah nekad,dihadapannya kini suami yang harus dihormati.Syed Azmie terdiam,tiada kata untuk membalas.
“Sukahati kau lah..”Jawab Syed Azmie acuh tak acuh,jiwanya rasa tersentuh mendengar permintaan tulus dari isterinya itu namun hatinya semakin geram bila terkenangkan gelak tawa Dato`Fadzil melayan tetamu yang hadir.Nur Syifa mendekati Syed Azmie yang kini duduk  di birai katil.
“Syifa harap abang sudi terima Syifa dalam hidup abang... seperti mana Syifa sekarang belajar untuk terima abang dalam hidup Syifa..”Nur Syifa cuba meraih tangan sang suami,namun lantas Syed Azmie menepis.Hatinya masih panas.Wajah Nur Syifa dipandang seolah-olah sedang mengejeknya.Nur Syifa kehairanan,hatinya tiba-tiba menjadi sayu.
“ Kau dengar sini baik-baik biar apa pun yang terjadi aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku...sebab sampai bila pun kau tu tak layak untuk jadi isteri aku..”Ujar Syed Azmie tiba-tiba.Nur Syifa ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.Tanpa disangka airmata yang hendak ditahan dari tadi mengalir juga,kata-kata Syed Azmie bagaikan sembilu menikam dihatinya.Tidak pernah dia bayangkan menerima kata-kata penghinaan tersebut pada malam pengantinnya.
            Nur Syifa menghayun langkah menuju ke katil bersaiz king,cadarnya yang berwarna hijau lembut mampu memukau mata sesiapa saja yang memandang tapi bukan mata lelaki yang kini bergelar suaminya itu.Hatinya yang kian pilu itu terbawa pada kenangan bersama bekas tunangnya.Lelaki itu tidak datang pada majlis perkahwinannya tadi dan dia pasti pasti lelaki itu kini berada dia satu tempat untuk melupakan segala yang berlaku.Kasihannya pada bekas tunangnya itu semakin mencengkam naluri.Benarkah hanya kasihan atau masih ada rasa cinta untuk lelaki itu.?Ya memang rasa cinta...sehingga sekarang dia masih amat menyintai lelaki itu.
            Malam terus merangkak pergi meninggalkan penghuni bumi yang lena dibuai mimpi.Nur Syifa yang terjaga malam itu memandang jam yang tepat menunjuk pukul 4  pagi,tekaknya yang haus memaksanya melawan ngantuk yang kian sarat mencengkam mata. Tiba-tiba matanya terpandang sekujur tubuh yang lena diulit mimpi di atas sofa sebelah kanan katilnya,hatinya sekali lagi terhiris oleh sikap Syed Azmie.Lelaki ini lebih rela tidur di sofa berbanding berkongsi katil dengannya.Nur Syifa mengambil selimut dan menyelimutkan Syed Azmie biarpun Syed Azmie memperlakukannya seteruk mana sekalipun namun  Syed Azmie tetap suaminya dan menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan suaminya.
`Kenapa perlu jadi begini?Jika aku dilayan seperti ini...kenapa perlu ada ikatan suci ini? Ya Allah kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi ujian dariMu...sesungguhnya kau maha mengetahui akan segala-galanya.’
                                                       *******************
SYED AZMIE menuruni tangga dengan perlahan.Villa tiga tingkat yang kini dihuninya dipandang rapi,semua perabot villa itu buatan luar negara.Perhiasan berkonsepkan klasik begitu memukau matanya tika ini.Dia yang santai pagi itu hanya mengenakan seluar slack panjang berwarna hitam serta baju t shirt tanpa kolar berwarna biru tua.
            “Azmie,mari makan sama.Ibu dah siapkan sarapan...”Ajak Datin Sira tiba-tiba mematikan langkah Syed Azmie yang hendak ke taman,tanpa membantah dia menurut sahaja perlawaan ibu mertuanya itu.Nur Syifa memandang suaminya yang mengambil tempat disebelahnya.
“Kenapa sayang bangun tak kejutkan abang sekali?”Soal Syed Azmie penuh mesra,dia dapat melihat perubahan wajah isterinya itu‘aku akan buat yang terbaik agar Dato`Fadzil percayakan aku sepenuhnya.’
“A...abang lena sangat tidur,Syifa tak sampai hati nak kejutkan..”Dalam keadaan yang tergagap-gagap Nur Syifa cuba mengikut rentak suaminya kini.Namun begitu dia hairan kenapa sikap suaminya berubah serta merta ,baru semalam dirinya dihina tapi sekarang? Syed Azmie hanya tersenyum,di pandang air dicawannya kini.
“Sayang...maaf lah abang tak minum milo.Boleh tolong bagi abang kopi tu .”Pinta Syed Azmie.Serius dia memang tidak dapat meneguk sedikit air milo itu jika tidak perutnya akan memulas satu hari.
“La...ibu tak tahu pulak yang Azmie tak minum milo...ni ha Syifa tuangkan kopi ni dalam cawan suami kamu”Arah Datin Sira sambil menghulurkan teko berisi kopi pada anaknya.Dato Fadzil dari tadi hanya terdiam,dia masih belajar menerima kedatangan menantunya itu dalam keluarga mereka,buat masa ini Syed Azmie tidak mempunyai apa-apa masalah dalam tekaannya.Buat seketika Syed Azmie menyapa pandang bapa mertuanya yang tekun membaca surat khabar hendak ditegur serba salah,namun demi misinya dia harus merapatkan hubungan pada lelaki tua itu.
“Ayah mari minum...”Tegur Syed Azme.Tapi hanya menerima anggukan kecil dari Dato` Fadzil.Nur Syifa memandang sekilas ayahnya,dia akur yang ayahnya masih kecewa dengan berita dia ditangkap khalwat dengan Syed Azmie tempoh hari.
“Bang...”Tegur si isteri pulak,dia mula tak sedap hati dengan layanan yang diberikan oleh suaminya itu pada menantu mereka.
“Kenapa nya,saya nak habiskan dulu baca berita ni.Kejap lagi saya minum.”Jawab Dato`Fadzil sekilas pandangan diberikan pada menantunya.Dato`Fadzil akur dia harus menerima kehadiran Syed Azmie sekarang demi anaknya Nur Syifa,lagipun dia melihat Nur Syifa juga turut belajar menerima suami yang tidak dicintainya itu.Datin Sira tersenyum mendengar jawapannya suaminya,dipandang anaknya yang hanya terdiam dan perlahan mengunyah mi goreng.Pasti jiwa anaknya itu terdera dengan perkahwinan ini.


No comments:

Post a Comment