Friday, September 5, 2014

Bab 30




Jemy memarkirkan keretanya di hadapan deretan kedai. Dia sudah tersenyum bila matanya menjamah papan tanda BUTIK PENGANTIN TIARA. Setelah selesai segala urusan perjanjian dan bayaran pendahuluan, Jemy mengambil keputusan untuk meninjau dulu tempat pengambaran. Dia atas permintaan pelangannya itu, sesi pengambaran hanya akan diadakan di butik tersebut.
            Pintu kaca butik tersebut ditolak dari luar. Jemy menghampiri perempuan bertudung di sebuah meja kecil di tepi sudut.
            “Ya Encik, boleh saya bantu?” tanya wanita tersebut dengan ramah.
            “Cik Tiara ada?” soal Jemy.
            “Ada di biliknya. Tunggu sekejap ya.” Jemy hanya mengangguk faham. Sekilas matanya meliar melihat di sekeliling butik pengantin tersebut. Kelihatan beberapa patung wanita yang dihias cantik dengan gaun pengantin bewarna putih.
            “Encik Jemy.” Panggil Tiara. Jemy menoleh seketika.
            “Mengganggu ke?” soal Jemy.
            Tiara menggeleng seketika. Kehadiran Jemy di situ disambut dengan berbesar hati.
            “Mari, kita bincang di dalam. Mas, buatkan dua teh ya.” Pinta Tiara. Jemy hanya mengikut langkah Tiara menuju keruang pejabatnya di sebelah kanan.
            “Masuklah Encik Jemy, butik kecil je..” Tiara berbasa basi.
            “Semua baju pengantin di luar tu Cik Tiara reka sendiri ke?” soal jemy menunjukkan minat.
            “Kebanyakannya, saya reka sendiri. Kenapa? Encik Jemy berminat ke?” seloroh Tiara. Jemy hanya tersenyum.
            “Kalau berminat bagitahu je, harga kita boleh bincang..” gurau Tiara lagi.
            “Nanti-nanti kot.” Balas Jemy.
            “Dah ada calonlah ni? Siapa gadis bertuah tu?” soal Tiara berminat, ingin pula dia tahu siapa gadis yang sudah mencuri hati jurugambar muda tu?
            Jemy menggaru kepalanya. Wajah Aira menerpa di ruang mata, mahukah gadis itu sehidup semati dengannya? Hubungan cinta antara dia dengan Aira, dia tidak mahu berakhir setakat di situ saja, dia akan memaknakan hubungan mereka.
                                                **************
AIRA mendengus geram bila terpaksa mengikut pemintaan papanya. Selepas saja sesi latihan di agensi Kiki dia bergegas ke sebuah restoran yang dijanjikan oleh Tan Sri Megat Miqdad untuk bertemu dengan calon suaminya. Ingin saja dia membantah, namun dek kerana pernah mengecewakan papanya kerana nekad memilih kerjayanya sebagai model, Aira terpaksa akur. Tapi bukan bersetuju untuk dijadikan suami, lelaki pilihan papanya itu akan diajar cara-cara untuk mencari calon isteri sendiri, tak perlu nak susashkan orang lain!
            Kakinya pantas menaiki tangga untuk ke tingkat atas restoran mewah tersebut. Cermin mata hitam yang dipakainya segera dibuka.
            “Yes Miss.” Sapa penyambut tetamu tersebut.
            “Aira Qaisara.” Jawab Aira sepatah. Penyambut tetamu tersebut terus memeriksa buku log yang berada di tangannya.
            “Meja atas nama Cik sebelah hujung sana. Encik Nazrul belum sampai lagi, cik boleh tunggu di sana.” Ujar penyambut tetamu tersebut dengan senyuman, seorang lagi pelayan lelaki membawa Aira menuju ke sebuah meja yang telah ditempah awal.
            Aira hanya mengangguk dengan senyuman setelah memesan jus oren dari pelayan tersebut. Tangannya mencapai Iphone yang berada dalam beg tangannya. Pantas pesanan ringkas dari kekasihnya itu dibuka, sebenarnya dari tadi mesej itu sudah lama masuk, cuma baru sekarang ada masa untuk membukanya.
Iam on the way to JB. Balik KL nanti saya call ya. Sorry tak sempat nak bgthu awal.
            Aira mencebik, jangan-jangan dah sampai JB. Kenapa tak esok je cakap? Omel Aira sendiri.
OK. Be carefull n take care!
            Setelah yakin mesej dihantar Aira menyimpan semula Iphone kedalam beg tangannya. Tangannya ditongkatkan kedagu. Entah bagaimana rupanya calon pilihan paa tu? Keluhan dilepaskan, dia juga belum maklumkan pada Jemy akan rancangan papa yang hendak menjodohkannya. Mahu mengamuk lelaki tu kalau dia tahu.
            “May I?” suara garau lelaki menyapa telinga Aira. Sejenak dia mendongak, terlopong mulutnya melihat lelaki yang berdiri di hadapannya sambil tangannya ingin menarik kerusi di hadapan Aira. Biar betul papa ni? Takkan badak air nak dijadikan menantu? Segaris senyuman dari lelaki itu membuatkan Aira meluat sendiri, ohh..inilah lelaki yang ada kecacatan mencari calon isteri sendiri. Semua nak harapkan orang, itu tak apa lagi..ni aku yang jadi mangsa!
            Nazrul mengangkat keningnya, sudah naik lenguh kakinya menunggu reaksi dari gadis di hadapannya itu. Dia sendiri tidak menyangka bahawa anak perempuan Tan Sri Megat Miqdad adalah Aira, gadis yang sama menimbulkan huru hara dalam hidupnya kebelakangan ini.
            “Boleh tak saya duduk sini?” soal Nazrul lagi. Muka masam Aira hanya dibalas dengan senyuman.
            “Duduk je lah, ini bukan tempat saya. Awak boleh duduk mana-mana awak suka.” Balas Aira acuh tak acuh. Memang sahlah ini lelaki yang papa maksudkan.
            “Jadi awak ni anak Tan Sri lah..” Nazrul mengangguk-angguk kepalanya. Dia sendiri tidak menyangka.
            “So?”
            Nazrul tersenyum. Tidak tahu apa yang dia patut rasa. Aira adalah gadis yang didakwa abangnya sebagai kekasih. Benarkah Aira kekasih Jemy atau salah seorang daripada kekasih abangnya itu? Bukan apa, dia memang kenal benar dengan sikap playboy abangnya itu. Jemy adalah lelaki yang dikelilingi ramai wanita, mungkin Aira adalah salah seorang darinya.
            “Kita order dulu..” ujar Nazrul.
            “Straight to the point. Saya tak ada masa.” Tegah Aira sinis. Tajam matanya memandang wajah Nazrul.
            Nazrul mengeluh lemah.
            “Aira, mungkin awak sendiri tahu kenapa awak dan saya boleh berada di sini.”
            “Ya. Sebabnya, ayah awak dan papa saya nak jodohkan kita. But, honestly.I can’t. I have a boyfriend, and you know it.” Ujar Aira tegas. Tak sekalipun dia mengalihkan pandangannya pada lelaki yang berkulit sawo matang itu.
            “I know.” Jawab Nazrul tanpa riak.
            “So, you must know, what to do.” Tegas Aira keras.
            “Jemy, dia kekasih awak?” wajah tegang Aira dipandang.
            “Yes.” Nazrul mengangguk. Aira benar-benar menyintai abangnya itu, tiada ruang untuknya mendekati gadis itu.
            “Sejujurnya, parents kita memang berharap awak dengan saya dikahwinkan.” Aira tersenyum sinis mendengar ujaran lelaki itu. Gila ke apa?
            “Awak ni lelaki, takkan tak ada teman istimewa kot.”
            “Tak ada, hidup saya dengan kerja je. Pasal perkahwinan kita ni, saya tak boleh nak buat apa-apa. Dan saya pun tahu, awak memang tak dapat nak halang kemahuan Tan Sri bukan?”
            “What are you talking about? Are you..”
            “Aira, listen..let me finish..” Aira sudah merengus geram. Lelaki di depannya ni suka sangat cakap belit-belit. Memang dasar badak air!
            “Kita teruskan..” sambung Nazrul.
            “What!” membuntang mata Aira. Tangannya sudah menghempas kuat meja di hadapannya.
            “Awak gila ya?” jerkah Aira.
            “Kita teruskan berjumpa macam ni bila parents kita minta. Just make it simple. Awak dengan saya memang takkan berkahwin, apa salahnya kita berkawan sekadar nak menyenangkan hati mereka.” Sambung Nazrul.
            “Maksud awak?”
            “Papa awak dengan ayah saya kawan baik dari dulu lagi. Saya tak boleh nak halang permintaan mereka. At least, buat sementara waktu ni kita turut dulu. Awak ataupun saya perlukan masa untuk fikirkan cara bagaimana nak menolak permintaan mereka. Awak sayangkan papa awak, dan saya sayangkan ayah saya.” Jelas Nazrul. Wajah tegang Aira mula mengendur, menghadam segala ujaran dari Nazrul. Bila difikir balik ada benarnya juga.
            “Kenapa awak buat macam tu?” duga Aira.
            “Saya penat Aira. Bukan awak je, parents saya pun tak henti-henti nak carikan saya jodoh. At least bila dengan awak ni, saya boleh rehatkan otak sikit.” Dalam serius sempat lagi Nazrul bergurau lantas menampakkan garisan giginya yang putih itu.
            Aira tersenyum hambar. Sedikit sebanyak dia mula mempercayai Nazrul.
            “Ini rahsia kita. Jangan sampai parents kita tahu. Bila sampai masanya pandai-pandailah cakap. Tak serasi ke, apa ke. Simple!” Aira tergelak sendiri. Memang otak brutallah dia ni.
            “Ya. Ini rahsia kita.” Balas Aira.
            “Awak ni cantik bila senyum, boleh pulak buat muka cuka setiap masa.” Puji Nazrul sendiri. Terpana sendiri dia melihat senyuman dari gadis itu.
            “Terima kasih..err..”
            “Naz. Nazrul.”
            “Ya, Naz..minum?” soal Aira.
            “Boleh jugak.” Nazrul tersenyum. Dia memandang sepintas ke arah Aira, kalau ini saja aranya untuk dia berkawan dengan gadis itu, apa salahnya.
           

No comments:

Post a Comment