BAB 3
WALAUPUN jam
sudah hampir menunjukkan jam 12 malam
namun suasana di tempat hiburan itu masih tidak lengang dengan kehadiran
pengunjung yang datang semata-mata mendapatkan hiburan,sudah menjadi adat hidup
di bandar ketenangan hanya dicari di tempat-tempat seperti itu.
Syed
Azmie leka melayani kedua perempuan yang duduk sangat hampir dengannya,baru
sebentar tadi dia menari bersama
perempuan tersebut.Kedengaran lagu three
nyanyian britney spears yang rancak
menambahkan lagi suasana bingit di tempat itu.Syed Azmie meneguk cola yang baru
saja dihidangkan oleh pelayan disitu,kehausan terasa setelah penat menari tadi.
“Hai darling...”panggil satu suara dari
belakang,bahu Syed Azmie dipaut kemas dari belakang,Syed Azmie melemparkan
senyuman kepada gadis tersebut.kedua-dua perempuan yang tadinya duduk disamping
Syed Azmie segera berlalu setelah dijeling tajam oleh gadis tersebut.
“Karina...you buat
apa kat sini...?”soal Syed Azmie manis sambil menggenggam erat tangan karina.
“You dah lupa kot yang
tempat ni rumah kedua I...you tu yang selalu tak datang sini.Call pun tak dapat.”Rengek karina manja
sambil menggesel badannya di badan Syed Azmie, pinggang karina dipaut dari
belakang oleh Syed azmie.
“Sorry lah sayang,I betul-betul
sibuk...lagipun banyak sangat kerja kat office...”jelas
Syed Azmie kepada gadis yang dikenalinya 2 tahun lalu.Karina gadis manja yang
berasal dari johor itu selalu menghiburkannya setiap kali dia datang
kesini,kemewahan yang dinikmati sejak kecil menjadikan Karina alpa akan
kemewahan dunia.
Karina memang
cantik,dengan bentuk badan yang mengiurkan itu dikenakan skirt pendek dan dipadankan
dengan baju pendek yang tidak berlengan menambahkan lagi
kecantikan yang dimiliki oleh Karina .
“Ermm...alasan you
jer tu jangan-jangan you dah ada perempuan lain...”Ujar karina cuba menduga
kasih lelaki yang memang sudah bertapak dihatinya itu,biarpun perkenalan mereka
tidaklah sesempurna seperti kisah cinta yang lain namun dia benar-benar
menyintai lelaki itu.Namun terkadang sikap Syed Azmie yang acuh tak acuh itu
sering membuat karina berasa kecewa, Syed Azmie seolah-olah hanya menjadikannya
teman untuk berhibur.Tidak lebih dari itu..!
“Okey,I salah...sekarang
you nak minum apa? I belanja...”Pujuk Syed Azmie tangan karina masih digenggam erat,biarpun dia tidak
pernah mencintai gadis itu tapi dia akui Karina mampu membuatkan dia
gembira dan terhibur malah jauh dilubuk
hatinya sudah cukup membuatkan dia menyanyangi Karina sebagai seorang kawan.Sesekali
dia mengakui perangai manja Karina memang menyesakkan dadanya tapi baginya itu
tak mengapa asalkan Karina tidak menyusahkannya.
Jauh
dari sudut tempat hiburan itu dua pasang mata sedang memerhati tingkah Syed
Azmie dan Karina .
“Kau cemburu tengok mereka?”Soal lelaki itu kepada wanita tersebut.
“Please...si Azmie tu bukan taste aku...”jawab Petricia.
“Eleh...yalah tu,bukan
kau yang tergila-gilakan di dulu.?”Shane mengejek kata-kata yang keluar dari
mulut Petricia,bukan dia tidak tahu sehingga sekarang gadis itu masih
tergilakan lelaki itu.
“Apa kau cakap ni,kita
just kembali kepada plan asal kita...kita just nak duit dia.Kau
kena tolong aku.Lagipun...sekarang aku cintakan kau jer.”goda Petricia.Pinggang
Shane dipeluk erat.
“Yalah...kalau aku
tahu kau cuba main kayu tiga...kau tahu lah apa akan jadi kat kau...”Shane cuba
mengancam petricia dengan kata-katanya kerana jauh dilubuk hatinya mengatakan
bahawa Petricia masih cintakan Syed Azmie dan dirinya hanya dipergunakan untuk
mendapat apa yang dihajati.Petricia melemparkan senyum sinis,dia jelek
mendengar kata-kata dari Shane,lelaki seperti Shane tidak sesuai untuknya.Hanya
Syed Azmie yang dia inginkan.Percintaan dia dengan Shane hanyalah semata-mata
untuk menyakitkan hati Syed Azmie,tapi dia silap...dia fikir dengan menerima Shane
menjadi kekasihnya Syed Azmie akan
cemburu dan merayu untuk kembali
padanya,namun semuanya hanyalah khayalan,Syed Azmie sedikit pun tidak
memperdulikannya bahkan Syed Azmie mula rapat dengan karina.Sejak itu dia
memasang azam untuk membalas apa yang Syed Azmie lakukan padanya,biarpun jauh
didalam hatinya dia sangat mencintai lelaki itu.
************************
KERETA CRV merah
laju meluncur di bahu jalan,ketenangan pagi itu menambahkan lagi semangat Nur
Syifa meneruskan hari yang mendatang
,kedengaran lagu Tahajud cinta dendangan artis popular malaysia Siti Nurhaliza
menjadi santapan telinga Nur Syifa pagi itu,mulutnya terkumat kamit menyanyikan
lagu tersebut.
Deringan
telefon mudah alihnya mengganggu perhatian Nur Syifa pada lagu kegemarannya
itu,cepat tangannya mengambil telefonnya dari tempat duduk penumpang,sedang
leka mencari telefon dari beg tangannya
Nur syifa tidak menyedari dia menghampiri lampu isyarat merah,selang
beberapa saat kedengaran dentuman kuat dari keretanya.
“Ya Allah...” Lancar kalimah itu dari mulut Nur
Syifa,keretanya terhenti akibat dentuman
itu,kelihatan sebuah kereta Honda City hitam dihadapannya.Nur Syifa keluar dari
keretanya dibiarkan telefonnya tetap berdering,pemandu kereta dihadapannya
turut keluar.
“Oh..shitt...what you have done?”marah lelaki
yang berkaca mata hitam itu sambil terpandang kearah bahagian belakang
keretanya yang telah kemek.
“Sorry Encik...saya betul-betul tak
nampak...”pinta Nur Syifa cuba meredakan kemarahan lelaki yang membelakangi
nya.Demi mendengar suara itu,Syed Azmie menoleh kebelakang,lidahnya kelu tak
terkata,bagaikan sebuah mimpi, gadis yang memang ingin dijumpainya ada
dihadapannya kini,kecantikan yang Dimiliki Nur Syifa memukau pandangan matanya,Namun
hanya seketika dia mengakui kecantikan anak sulung Dato’fadzil musuh ketatnya.
“Maaf...saya akan
bayar berapa pun untuk baiki kereta Encik.Ini kad saya,tapi sekarang saya kena
pergi.Saya ada meeting....”pinta Nur
Syifa sambil menghulur kad namanya.Perlahan Syed Azmie mengambil kad dari
tangan Nur Syifa,sebuah senyuman diberikan khas untuk Syed Azmie.
“Awak..”
“Saya Syifa. Nur Syifa..”beritahu Nur Syifa sambil
menghulurkan salam perkenalan.
“Azmie.Ermm...CEO
Menara Holdings?Bertuah dapat berkenalan dengan CEO muda yang cantik macam
awak...”Puji Syed Azmie mengakui kecantikan yang dimiliki gadis dihadapannya
kini.Tapi ada sesuatu yang menghalanya untuk mengenali gadis dihadapannya
kini....sesuatu yang telah menjadi nanah didalam hatinya.
“Terima kasih.Saya
kena pergi dulu...awak just telefon dan
PA saya akan aturkan uruskan.Maafkan
saya.Saya kena pergi...nice to meet you.Assalamualaikum...”ujar
Nur Syifa lagi terus membuka pintu keretanya.
“Nanti dulu Cik
Syifa.Ini kad saya....”panggil Syed Azmie terus menghulur kad namanya.
“Okey.Thanks.kita jumpa lagi...”Balas Nur
Syifa,pintu kereta dibuka perlahan,terus dia memoloskan dirinya kedalam
kereta.Sebuah senyuman ikhlas dihadiahkan kepada Syed Azmie sebelum meluncur
pergi.
“Ya.Of course...”ujar Syed Azmie,hanya
pandangan matanya saja menghantar pemergian Nur Syifa.Syed Azmie bersiul
kecil sambil menuju kearah
keretanya,duduk saja dikerusi keretanya dia membelek kad nama di tangannya
kini.`NUR SYIFA BINTI
FADZIL.Pengarah Urusan Menara Holding’
“Ermmm...jumpa juga
aku dengan kau.Nur Syifa.You’ll be happy...”ujar Syed
Azmie...digenggam erat kad nama Nur Syifa sehingga menjadi satu gumpalan.
*******************
PENAT masih terasa.Nur Syifa merehatkan fikirannya sambil
memejam matanya,baru beberapa minit mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah
sudah selesai dan selepas ini pula dia harus keluar berjumpa pelanggan.
Nur
Syifa menghembus nafas perlahan dari pagi tadi sesak dia rasakan,jantungnya
tidak henti berdetak dengan pantas,semuanya bermula sejak pertemuannya dengan
seorang lelaki yang berkaca mata hitam,dia tidak mengetahui
mengapa dia harus merasakan demikian`Ahh...ini sebab aku bersalah kerana
melanggar keretanya.’Deringan telefon yang minta diangkat mematikan khayalan
Nur Syifa.
“Assalamualaikum....”sahut
Nur Syifa perlahan.
“Waalaikumsalam...awak
tak apa-apa ke?”Soal saiful kepada tunangnya penuh kerisauan.
“Tak lah,dah
okey...cuma penat.Baru je habis meeting”jawab
Nur Syifa lemah,dia mula kesal dengan apa yang dia fikirkan tadi.Tergamak dia
memikirkan lelaki lain sedangkan dia sudah mempunyai tunang sebaik Saiful.Nur Syifa
beristifar dalam hati.
“Saya risaukan
awak.Baik awak rehat dulu hari ni,jangan terlampau banyak sangat
kerja...”nasihat Saiful penuh prihatin,risau bukan kepalang hatinya bila
mengetahui wanita yang amat dicintainya itu terlibat dalam kemalangan.Syukurlah
Nur Syifa tak apa-apa.
“Tak ada apa-apa
lah.Saya dah okey...lagipun hari ni saya banyak sangat meeting penting.Awak tak perlu risau ya...”Nur Syifa merendahkan
suaranya untuk mnenenangkan hati tunangnya itu.
“Ermm...ya.Tapi
jangan cuai sangat tau...hati-hati bawa kereta.”Pesan Saiful.
“Ia...awak tak
perlu risau...”
“Awak langgar
kereta siapa tadi?”soal saiful ingin tahu
“Someone...tak tahu lagi macam mana
kereta dia.Saya dah minta dia pergi bengkel...just kemek kat belakang.Nasib baik dia boleh bertolak
ansur...”terang Nur Syifa,dia mula teringat
wajah lelaki yang bernama Syed Azmie tadi.
“Oh...tak apa lah
macam tu.Jangan ada apa-apa yang berlaku
pada awak tadi”
“Alhamdullilah.Thanks...”
*********************
“APA..! Kau dah jumpa Nur Syifa?”soal Razif tak percaya
“Ia.Dia memang
cantik....tapi,itu tak penting...apa yang penting dendam aku...”ujar Syed Azmie,ternyata sahabatnya itu
terperanjat bila dibagitahu tentang
perkenalannya yang tak disengajakan dengan Nur Syifa awal pagi tadi.Sungguh dia sendiri pun tak menyangka.
“Azmie...kau ke
yang rancang accident pagi
tadi..?”duga kawannya
“Apa kau ni,ini
semua kebetulan.Allah aturkan pertemuan aku dengan dia sebab nak bagi aku
peluang menebus semuanya...kau tak nampak ke?”ujar Syed Azmie penuh bangga
sambil tersenyum penuh kegembiraan.Razif menggeleng menandakan betapa dia tidak
setuju dengan perangai rakannya itu.
“Mie...kau tak rasa
sayang ke?Ambillah peluang ni nak kenal lebih rapat dengan dia.Bertuah badan dapat
gadis macam dia...dah lah bijak,berkarisma,cantik...yang penting solehah lagi
tu...”puji razif
“Puji menggunung
nampak...siapa kata aku nak lepaskan peluang?Aku memang nak kenal dia lebih
rapat...dengan tu lebih mudah bagi aku membalas semuanya....”
“Mie...Mie.Aku tak
tahu nak cakap apa lagi.Apa salah dia tu...?”keluh Razif.
Syed Azmie hanya
diam,dia tersenyum senang.Terbayang diruang matanya kini wajah polos milik Nur
Syifa.Gadis itu penuh dengan kelembutan.Dan seketika tadi,matanya terlekat pada
wajah milik Nur Syifa .cantik.dan yang pasti senyuman gadis itu mampu
menggetarkan rasa.
No comments:
Post a Comment