“Pa...mama keluar dulu ya.Mama nak tengok Yanti
dekat hospital.”Pinta Puan Nadia,dia bergegas bersiap setelah mendapat
panggilan yang mengatakan sahabat karibnya itu bakal bersalin.Tangan suami
dicium hormat ,tak lupa pipi anak bungsunya dicium penuh kasih,memang itu
kebiasaannya bila hendak keluar rumah .
“Along.Mama
nak keluar ni...jaga adik ya.Jangan susahkan papa..?”Nasihat Puan Nadia pada
satu-satunya anak lelakinya yang sibuk mengulang kaji pelajaran.
Jam
menunjukkkan pukul 7 petang.Tuan Roslan baru sahaja selesai memandikan anak perempuannya
yang baru berusia 5 tahun,dipandang ke arah anak lelakinya yang kini menjangkau
usia 9 tahun sedang seronok menonton television.
“Along...dah
lah tu,mari tolong papa sapu bedak dekat badan adik ni..”Pinta Tuan Roslan.
“Ala
pa...along baru saja nak tengok power
rangers ni...”
“Along...”Panggil
Tuan Roslan sekali lagi,dilihat anak lelakinya itu menuju kearahnya walaupun
dengan muncung tebal sedepa.Tuan Roslan hanya tersenyum,faham benar dia dengan
gelagat anak lelakinya itu.Tidak sampai sepuluh minit anak bungsunya siap
dikemas,kedengaran suara anak bungsunya mengacah apabila bergurau dengan
abangnya.
“Pa..lambatnya
mama balik,along dah lapar ni...”Rengek Along lagi sambil memegang perutnya.
“Tunggu
mama ya sayang..tadi papa telefon mama,dia cakap sekejap lagi dia balik.Sabar
dulu along ya..”Along hanya mengangguk dan kembali bergurau dengan
adiknya,adiknya kelihatan begitu seronok bila diacah dengan boneka katak yang
dipegang oleh Along.
Sedang asyik memerhati gelagat kedua
anaknya Tuan Roslan dikejutkan oleh bunyi dentuman yang kuat datang dari luar
pagar rumahnya,bergegas Tuan Roslan meninjau ke luar melalui cermin tingkap
rumahnya,secara tiba-tiba dia berlari mendapatkan kedua anaknya terus dicempung
badan anak lelakinya dan diletakkan di dalam sebuah almari tertutup dan tidak
bercermin berhampiran ruang tamu .
“Kenapa
pa..”Soal anak sulungnya kehairanan.
“Ingat
pesan papa along...jangan bising dan jangan keluar dari almari ni selagi mama
tak panggil.Satu lagi,bila sampai masanya datang dan jumpa kawan papa Uncle Fadzil ya sayang..”Pesan Tuan
Roslan sambil tangannya pantas mengikat mulut anaknya itu dengan sehelai kain ,sempat
dicium kedua belah pipi anak sulungnya itu.Setelah pasti pintu ditutup Tuan
Roslan berlari mendapatkan anak bungsunya.Namun belum sempat dia ingin
menyembunyikan anak bungsunya kedua lelaki bertopeng itu telah merempuh masuk
pintu rumahnya.Jantung Tuan Roslan berdegup kencang,dipandang kearah almari
tempat dia menyembunyikan anak sulungnya yang sedikit terbuka.
“Mana
kau nak lari..?”Soal salah seorang lelaki itu dengan bengis.
“Tolong
jangan apa-apakan anak aku...”Rayu Tuan Roslan,tangannya erat memeluk anak
perempuannya itu.Lelaki tadi mengarah rakannya merampas anak bungsu Tuan
Roslan.Tuan Roslan sebak mendengar tangisan anak bungsunya itu,menangis minta
dilepaskan.
“Adik...maafkan
papa sayang.Tolong jangan bunuh anak aku..”Rayu Tuan Roslan lagi,dia sujud memohon belas kasihan dari dua lelaki
bertopeng tersebut namun hampa,rayuan Tuan Roslan tidak diendahkan,dengan kejam
dia menikam kepala anak bungsu Tuan Roslan dengan belakang pisau yang tumpul,dengan sekelip
mata tangisannya anaknya berhenti.
“Adik..!”Panggil
Tuan Roslan.Akhirnya kakinya seolah-olah tidak dapat tegak berdiri,dia sujud
menyembah bumi,dilihat darah mengalir keluar dari mulut anak bungsunya itu.Tubuh
anaknya itu menggigil menahan sakit.
“Kenapa
kamu semua ni kejam? Kenapa bunuh anak aku..?”Rintih Tuan Roslan.Sedih yang
kian menghimpit jiwanya semakin menyesakkan.Berkali-kali nama anak bungsunya
dipanggil,tapi sayang tubuh kecil yang kaku itu tidak dapat menjawab
panggilannya lagi.
“Kami
hanya ikut arahan untuk bunuh semua ahli keluarga kau.Itu baru permulaan,kalau
kau nak ahli keluarga kau yang lain selamat cepat sign surat penyerahan kuasa ni..”Ugut salah seorang lelaki
bertopeng itu.Beberapa dokumen dan sebatang pen dilontarkan ke arah Tuan
Roslan.Tuan Roslan memang mengetahui dari dulu siapa dalang disebalik semua
ini,dan dia tidak menyangka kawannya sendiri sanggup melakukan semua ini pada
dirinya.Ternyata kebaikannya selama ini dibalas dengan kekejaman.
“Aku
takkan sign,pesan pada bos kau tu,dia
takkan dapat satu sen pun dari harta aku..!”Dengan marah Tuan Roslan cuba
membantah.Hatinya semakin membara bila melihat anak bungsunya telah
menghembuskan nafas terakhir dengan tragis.
“Kau
degil ya..”Herdik lelaki bertopeng itu,dia menghayun kakinya kuat mengena muka
Tuan Roslan.Tuan Roslan tersungkur ,kepalanya tepat mengena bucu kerusi sofa.
“A...a...aku...takkan
..sign..apa-apa..”Dengan tergagap dia
mengoyak dokumen tersebut.Kedua lelaki tadi begitu marah dan bertindak
menghentak kuat kepala Tuan Roslan di sebuah meja kaca,deraian kaca yang pecah membingitkan
suasana.Pada masa itu Tuan Roslan terbayangkan sadis kematian anak bungsunya
yang kini terbaring lesu berhampiran tangga.matanya melilau kearah almari yang
kelihatan sedikit bergerak.
‘Jangan
keluar along...jangan keluar dari situ anakku.Hanya kamu yang papa harapkan
menjaga mama..
“Kau
degil kan? Nah ambik ni..”Satu tusukan mengena dada bidang Tuan
Roslan,membuatkan Tuan Roslan sukar untuk bernafas,matanya masih memandang ke
arah almari tersebut,namun pandangannya makin kabur dan kabur...akhirnya terus
menghilang dari pandangannya.
Tuan
Roslan menggeletar menahan sakit didadanya,namun kesakitan itu seolah-olah
terubat bila saja matanya memanah kearah wajah anak kecilnya yang sudah tak
bernyawa.Wajah kecil itu memaparkan seribu ketenangan yang tak terungkap.
Tuan
Roslan memejam matanya dengan perlahan.Dia dapat melihat kedua lelaki bertopeng
itu meninggalkan rumahnya.Syukur dipanjatkan kehadrat Illahi,kedua lelaki
bertopeng tu tidak akan mengapakan anak sulungnya.
‘Maafkan
papa along...maafkan papa...’
No comments:
Post a Comment