“Apa hal kau
lambat?”Tanya Syed Azmie pada sahabat karibnya itu.Razif.
“Sorry,aku ada hal dengan Sara tadi.Kau
tahu lah perempuan ni...leceh tak tentu pasal.”Jawab Razif,dia terpaksa
menghantar Sara ke supermarket dulu untuk membeli sedikit barang keperluannya
yang habis sebelum datang berjumpa Syed Azmie.
“Kau
tak nak makan ke?”soal Syed Azmie tujuannya mengajak Razif malam ni adalah
untuk menemannya makan,dia bosan untuk makan seorang.
“Tak
pa...aku dah makan dengan Sara tadi,still
full lagi..”Syed Azmie hanya mengangguk mendengar penjelasan sahabatnya itu.Dia
tidak kisah hal itu,dia sedia maklum yang Razif sedikit takut dengan Maisara.Tunangnya.
“Razif
kau ingat lagi tak Adira yang aku pernah cerita kat kau hari tu?”
“Adira
yang kau cakap kawan Mona tu?Ooh...kenapa dengan dia?”Soal Razif,dia sedia
maklum yang sahabatnya yang sorang ni memang dikelilingi banyak perempuan.
“Dia
tu...anak Dato` Fadzil.”ujar Syed Azmie.Razif jelas terkejut,dipandang wajah
Syed Azmie yang kelihatan gembira,tahu lah dia kini yang sahabatnya itu ada
rancangan untuk Nur Adira.
“Adik
Nur Syifa?”soal Razif inginkan lagi,Syed Azmie hanya mengangguk.
“Twin.”Jawad Syed Azmie ringkas,bukan
wajah Nur Adira yang bermain dimatanya kini tapi wajah seorang gadis bernama
Nur Syifa.
“So...apa kau nak buat?Takkan budak tu
pun kau nak kenakan juga?”Sinis saja bunyi Razif bercakap.Dia sudah lali dengan
perangai degil sahabatnya itu yang nekad ingin membalas dendam dengan keluarga
Dato`Fadzil.
“Kerja
aku makin mudah Zif.Satu lagi…kedua beradik tu tak sehaluan.Adira tu cemburukan
kakaknya.Itu kesempatan yang paling bagus untuk aku.”Putus Syed Azmie,dia sudah
menimbang segala perancangannya sebelum kesini tadi.
“Aku
bukan apa Mie,kau dah fikir betul-betul ker?Apa yang kau nak buat ni memang
salah mie..”Saran Razif,kalau boleh dia tidak mahu sahabatnya itu leka dalam
kesesatan.
“Tak
ada benda yang perlu aku fikirkan.Hati aku tak tenang selagi aku tak balas
dendam pada family dia Zif.”Wajah
Syed Azmie nampak sugul,jiwanya jelas terseksa.
“Kau
cuba bagitahu aku,apa yang sebenarnya berlaku?Berdendam ni dosa Mie....”
“Aku
tahu...”
“Mie.kau
balik rumah,kau solat dan berdoa pada Allah moga dihilangkan segala perasaan
marah dan dendam dalam hati kau tu”Nasihat Razif,hatinya semakin risau melihat
keadaaan Syed Azmie yang nekad hendak membalas dendam pada keluarga Dato`
Fadzil.Setahu dia Dato`Fadzil sekeluarga memang baik,biarpun terdiri daripada
golongan berada namun mereka tidak sombong dan lokek untuk bersedekah sedikit
harta mereka pada orang yang tak berkemampuan.
Syed Azmie memandang kosong wajah
Razif.Dia mengakui ada benarnya apa yang dikatakan oleh Razif,bukan dia tidak
pernah bersolat,malah dia juga ada menunaikan solat istiqarah agar diberi
petunjuk dalam membuat keputusan dalam hidupnya.Namun jiwanya seolah-olah telah
nekad apatah lagi bila mendengar apa yang selalu Tuan Hariz ceritakan tentang
perangai buruk Dato Fadzil yang selalu cemburu dan dengki pada apa yang ada
pada ayahnya. Roslan.
“Lagipun
Mie,kau tak sayang ke nak sakitkan hati gadis secantik Nur Syifa tu.Kau ni pelik lah...orang lelaki
luar sana tu berebut nak dapatkan dia.Alih-alih kau lain pulak”Omel Razif,saja
memancing minat Syed Azmie.
“Jangan
haraplah…dia tu dah bertunang.Tak lama lagi nak kahwin”Balas Syed Azmie.Dia
mula membayangkan Nur Syifa.
“Tak
pa lah.Tak kahwin lagi kan.Sempat lagi tu.”
“Kau
gila!Macam mana kalau Sara kena rampas orang ?Apa kau rasa?”
“Ehh...ada
perasaan jugak kau ni.Ingatkan hati kau tu dah beku sangat sampai nekad nak
gunakan gadis sebaik Nur Syifa untuk balas dendam kau tu.Kasihan lah sikit.”
Syed
Azmie hanya terdiam mendengar ujahan daripada sahabat karibnya itu.Apa saja
yang ditahu Razif.Bak kata pepatah,berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul.selama ni dia menanggung duka sendirian,dan hanya dia tahu betapa
terseksanya hidupnya tanpa kasih seorang ayah,tanpa belaian seorang ibu,dan tanpa
tawa riang dari adiknya.
**********************
SEMENJAK pertemuan
hari itu,Nur Syifa pelik melihat Syed Azmie yang sering mengunjunginya di
Menara Holding.Jika tak pun lelaki itu akan menelefonnya samaada atas urusan
kerja ataupun mengajaknya keluar.Nur Syifa mula berasa lemas.Bukan itu
sahaja,Syed Azmie juga ada menghantarnya bunga,tidak kurang juga dengan kad
ucapan beserta kata-kata romantis.Sudah dijelaskan pada lelaki itu bahawa dia
sudah bertunang dan akan berkahwin beberapa minggu dari sekarang,tapi semuanya
tidak dapt menghalang tindakan lelaki itu.
Petang
itu dia sengaja keluar awal dari Menara Holding untuk meluangkan masa dengan tuning
tersayang selain mencuba beberapa baju
pengantin bagi perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.Jelas kegembiraan
diwajah mereka kerana hari bahagia bakal tiba.Saiful dan Nur Syifa memilih
Butik pengantin Kasih Renjis yang terletak di Ampang sebagai hiasan untuk baju
pengantin mereka.Warna putih bersih dipilih sebagai warna tema baju pengantin
mereka,warna suci lagi harmoni itu menjadi pilihan sebagai lambang kisah
percintaan mereka yang suci.
Penat
membeli belah di Midvalley Mega Mall,Nur Syifa dan Saiful merehatkan diri di
salah sebuah restoran berhampiran Midvalley.Saiful memandang wajah Nur Syifa
tanpa henti.
“Kenapa
pandang saya macam tu?”Soal Nur Syifa,dia yang kehausan terus meneguk air
dihadapnnya kini.
“Saya
bertuah kerana memiliki awak sebagai isteri”Ujar Saiful jujur.Wajah Nur Syifa
dipandang lagi.Nur Syifa hanya tersenyum.
“Saya
juga wanita yang paling bertuah kerana awak sudi mengambil saya sebagai isteri
awak...saya wanita yang banyak kurangnya,dan saya harapkan awak untuk
membimbing saya menjadi isteri yang solehah dan diredhai Allah...”Kata Nur
Syifa dengan ikhlas.Ya sememangnya dia yang sangat bersyukur pada Allah kerana
takdirkan hidupnya dengan lelaki yang berada dihadapannya kini,dan dia yakin
untuk menyerahkan hidupnya untuk lelaki yang bernama Saiful Anuar.
“Saya
pun harap kita dapat lalui hidup berumahtangga dengan baik nanti,saya pun
banyak kekurangan dan saya harap awak dapat terima saya dengan seadanya.”
“Ya...saya
tak sabar tunggu hari bahagia kita.”Manis senyumannya dihadiahkan pada tunang
tercinta.Saiful tersenyum.Jus oren di hadapannya diteguk.Bukan saja dirimu
sayang,saya juga tak sabar tunggu hari bahagia kita.
“Saya
berjanji...saya takkan siakan hidup awak.Hanya Allah yang tahu betapa saya amat
mencintai awak Syifa,dan hanya Allah yang akan pisahkan kita.”Nur Syifa tunduk
mengangguk,dalam hati dia berasa lega mendengar kata cinta dari mulut Saiful.Kini
dia yakin bahawa dia memang akan bahagia bersama dengan Saiful,lelaki yang juga
amat dicintainya itu.
“Oh
ya...awak teka siapa lagi yang akan datang masa majlis kita nanti?”Soal Nur
Syifa menceriakan suasana yang kelihatan hening tadi.
“Siapa?”
“Aleeya...dia
balik dari London lusa..”Ujar Nur Syifa terbayang wajah teman baiknya itu yang
mengambil jurusan perubatan di UK.
“Yaka.Lama
jugak ya tak jumpa Lion Girl tu ya,mulalah
awak nak berkepit dengan dia nantikan...tinggallah saya sorang.”Saiful mula
mencebikkan bibirnya,bukan dia tidak kenal dengan bakal isterinya ini tidak
pernah berenggang denganAleeya sahabat karibnya itu semasa di London dulu silap
hari bulan dia dibiarkan saja.
“Alah
awak ni...dengan leeya pun nak jelous
ya.Saya rindu sangat dengan dia”ujar Nur Syifa biarpun dia tahu tunangnya itu
hanya bergurau.
“Agaknya
ya...dia dah jumpa tak lelaki mat salleh dia tu siapa nama dia Kelvin kan?”Soal
Saiful teringat dia bagaimana Aleeya hangat bercinta dengan Kelvin,lelaki kelahiran
Perancis.
“Mana
ada.Dia dah lama putus dengan Kelvin sebab parent
Kelvin tak restu hubungan mereka...”jelas Nur Syifa,dia masih ingat macam mana
kecewanya sahabatnya itu terpaksa melepaskan Kelvin cinta pertamanya.Aleeya
yang berjiwa cekal itu terus berusaha menghabiskan ijazahnya dalam bidang
kedoktoran dan bakal pulang lusa setelah 7 tahun di negara orang putih itu.
“Tak
tahu pulak saya.Eermm…cakap kat dia,banyak doktor-doktor tanah melayu ni.Pilih
saja.”saran Saiful.
No comments:
Post a Comment