Sunday, September 21, 2014

Bab 12

Hari perkahwinan makin dekat.Semua persiapan sudah disediakan.Kad jemputan telah pun diedarkan.Nur Syifa dan Saiful baru sahaja balik dari berjumpa dengan Michael,perunding majlis perkahwinannya nanti.Majlis itu nanti akan berlangsung di salah sebuah hotel lima bintang di ibu kota.
            Setelah penat berjalan disekitar Bukit Bintang,Nur Syifa dan Saiful melepaskan lelah di salah sebuah restoran.Minuman dipesan untuk menghilangkan dahaga.
            “Kepala tu dah okey?”Soal Saiful tiba-tiba,sejak seminggu yang lalu tidak henti-henti dia bertanyakan kesihatan bakal isterinya itu.Terkejut juga dia mendengar berita itu dari bakal bapa mertuanya.
            “Okey.Sikit je ni.”Jawab Nur Syifa sambil tersenyum manis.
            “Sekali lagi.Siapa perempuan tu?”
            “No one.Biasalah kalau dah cemburu tu menghantui diri.”Balas Nur Syifa bersahaja.Biarlah,dia tak mahu panjangkan lagi hal lalu.
            “Tapi awak yang kena.Macamlah awak yang rampas boyfriend dia.”Seloka Saiful.Nur Syifa mula ketawa.Mengingat kembali kejadian seminggu yang lalu,hatinya terluka.Nur Adira langsung tidak menemuinya dan bertanya khabar.Bukan perhatian yang dia harapkan,dia Cuma mahu sedikit kasih sayang dari adiknya itu.Namun hampa,adiknya itu hanya membisu.
            “So how?”Soal Saiful tiba-tiba.
How?
“Lelaki yang menjadi rebutan malaya tu.Siapa namanya?Azmie right?”
“Oh..Kenapa dengan dia?”Soal Nur Syifa kurang mengerti.Sudah hampir seminggu dia tidak melihat wajah itu.Hanya kiriman bunga berselang dengan kata maaf dari lelaki itu menjadi perantaraan.Nur Syifa meneguk sedikit air,sebenarnya dia mula gugup mendengar nama itu.Kenapa perlu Saiful mempersoalkan tentang Syed Azmie?Lelaki yang telah banyak menghuru harakan hidupnya kebelakangan ini.
“Yalah..setelah menjadi rebutan,dia buat apa?Masih lagi berjumpa dengan Adira?Atau kembali pada teman wanitanya itu?”
“Manalah saya tahu sayang oi.Saya tak kisah pun soal lelaki tu.Yang penting saya takkan biarkan dia sakitkan hati adik saya.”Ujar Nur Syifa ringkas.
Saiful hanya tersenyum senang.Melihat senyuman bakal isterinya itu membuatnya tak sabar untuk memiliki Nur Syifa sebagai isteri.Dari senyuman itulah dia jatuh cinta pada Nur Syifa.Satu-satunya gadis yang telah mencuri hatinya.
“Kenapa?”Soal Nur Syifa kehairanan.
“Tak ada apa-apa.Selepas ni saya nak tunjukkan sesuatu pada awak”Ujar Saiful.
“Sesuatu?Apa dia?”Nur Syifa mula tidak sabar.
“Adalah.”Nur Syifa menjeling manja.Bukan saja Saiful,dia juga tidak sabar untuk bergelar isteri lelaki itu.lelaki pertama yang amat dicintainya.
                                                ******************
SAIFUL memberhentikan keretanya di sebuah rumah banglo berwarna kelabu terang.Rumah tiga tingkat yang mempunyai landskap bewarna kehijauan memukau mata Nur Syifa.
            “Mari.”Saiful mengajak Nur Syifa melangkah ke ruang halaman banglo tersebut.Perlahan kaki Nur Syifa mengikuti jejak Saiful yang mendahuluinya.Matanya seolah terpukau pada keindahan laman tersebut.Di suatu sudut,ada pancutan air kecil dengan bahagian tengah kolam yang dihiasi sepasang patung angsa bewarna putih yang berbentuk hati.
            “Cantik.”Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
            Nur Syifa menoleh kebelakang.Terpana seketika dia bila melihat Saiful sudah sujud dihadapannya .Dia menekup mulutnya menahan gelodak rasa yang berperang dihatinya.
“Saiful..”Sukar untuk menggambarkan perasaannya tika ini.Rasanya baru semalam Saiful melamarnya,dan dia bersetuju untuk bergelar tunang pada lelaki itu.
Saiful mengeluarkan kotak baldu bewarna hitam kepada Nur Syifa.Perlahan Nur Syifa menyambutnya.Airmata bahagia mula bertakung ditubir matanya.
Kotak baldu itu dibuka.Bukan cincin yang bertahtakan berlian,namun satu kunci yang diikat bersama reben kecil .
            “Kunci?”Soal Nur Syifa kehairanan.
            “Nur Syifa.Terima kasih kerana menerima lelaki yang begitu banyak kurangnya ini sebagai teman hidup awak.Terima kasih kerna menghargai rasa cinta yang tak pernah sempurna ini.Saya seolah seorang yang tamak,saya dah dapat segalanya dari awak..malahan lebih.Tapi ini permintaan saya yang terakhir kali.Saya takkan meminta apa lagi setelah ini..”Saiful mula bermadah,ada titisan airmatan yang mengalir.Dia bahagia setelah mengenali gadis sehebat Nur Syifa.
            Nur Syifa mula menahan tangis.Dia turut bahagia.Bahagia yang teramat.Dia menyambut huluran tangan Saiful,serentak itu Saiful berdiri hampir dengannya.Sama-sama mengenggam kunci tersebut.
            “Sudikah awak menemani saya hingga ke akhir hayat saya?Sudikah awak bersama saya susah dan senang,di istana kita ini?”Ujar Saiful tiba-tiba.Airmata Nur Syifa mulai jatuh.Hatinya tersentuh hiba mendengar luahan hati lelaki itu.
            “Istana kita?”Soal Nur Syifa inginkan kepastian.
            “Ya ,istana kita.Ini istana kita.Rumah ni saya hadiahkan pada awak sebagai hadiah perkahwinan kita.”
            “Tapi ini,terlalu besar nilainya..”
            “Tak ada yang besar nilainya berbanding cinta awak pada saya.”Nur Syifa diam tanpa kata.Memandang ke arah mata Saiful mencari keikhlasan disitu.
            “Sudikah awak?”Soal Saiful lagi.
            Nur Syifa mengangguk.“Dengan izin Allah..”Jawab Nur Syifa penuh bermakna.
            “Awak ambil kunci ini.Kita akan buka istana kita pada hari perkahwinan kita nanti.Bersama-sama”Yakini Nur Syifa.Kotak baldu hitam bewarna hitam diserahkan pada Saiful kembali.Dia tersenyum lantas membuang pandang ke arah istana yang bakal merealisasikan impiannya dengan lelaki yang amat dicintainya.Saiful.Hanya Saiful.



No comments:

Post a Comment