Wednesday, August 20, 2014

Bab 28

Marlia terdiam memandang helaian surat khabar yang dibawa balik oleh anak sulungnya. Terpampar kemas wajah anak perempuannya di situ. Hatinya semakin sebak melihat wajah putih bersih itu, rindunya pada Aira sudah tidak terbendung. Dia sendiri tidak menyangka bahawa anaknya itu benar-benar bergelar model.
            Lima belas tahun tidak mungkin untuk dia tidak mengenali mata itu. Anaknya itu sudah besar, badan tinggi lampai itu diwarisi darinya. Akmal hanya menjadi pemerhati dari tadi. Dia tahu ibunya pasti terkejut dengan berita itu.
            “Mama nak sangat jumpa dia Mal.” Marlia sudah mengalirkan airmata. Sampai bila harus dia membendung rasa rindu seorang ibu lagi. Dia sudah tidak peduli andai bekas suaminya itu memarahinya, dia tidak peduli! Yang penting dia ingin memeluk Aira Qaisara anaknya.
            “Akmal tak tahu lagi, betul ke dia Sara? Cuma..”
            “Dia Sara Mal, dia Sara anak mama. Tak mungkin mama tak ingat rupa anak mama sendiri. Lima belas tahun, tak cukup untuk mama melupakan wajah dia Mal.” Kerana ungutan bekas suaminya lima belas tahun lalu yang menghalang dia dari berjumpa anak perempuannya, dia terseksa kerana memendam rasa rindu bertahun lamanya.
            “Mama..”
            “Dia Sara..” tangisan Marlia makin kedengaran. Segera Akmal merapati ibunya, tubuh tua ibunya dipeluk erat. Dibiarkan saja ibunya menangis dalam dakapannya. Dia sendiri pasti bahawa gambar model yang dijumpainya melekat di studio jurugambar itu adalah Sara adiknya. Tak mungkin baginya juga melupai wajah manja adiknya itu.
            “Mal akan pergi cari dia. Mal tahu mana nak jumpa adik.” Bahu ibunya digosok perlahan. Marlia hanya mengangguk, dia tidak sabar untuk memeluk anaknya itu, surat khabar itu terus dipeluk syahdu. Akmal menghembus nafas berat. Dia begitu yakin bahawa hanya jurugambar muda itu akan membantunya menemukannya dengan Sara, adiknya.



                                                *********************
BUNYI dentuman pada hadapan keretanya membuatkan Aira terhenti. Dia memicit kepalanya yang tidak pening. Macam mana ni? Aira mula beristifar. Dia nekad untuk memandu sendiri, bila Mila beritahu bahawa dia ada hal penting dan perlu pulang ke kampungnya di terengganu dengan segera. Sudah lama juga tidak memandu membuatkannya terkapai-kapai sendiri. Aira menundukkan wajahnya di stereng kereta.
            Ketukan bertalu-talu di cermin keretanya membuatkan Aira terpaksa membuka pintu kereta. Wajahnya masih ditundukkan, takut untuk memandang si pemilik kereta yang dilanggarnya tadi.
            “Macam mana ni?” soal lelaki itu keras. Aira masih menunduk. Macam mana apa? Aku mana tahu apa-apa pasal ni.
            “Hello miss!” panggil lelaki itu lagi. Segera Aira mengangkat wajahnya. Nak terbuntang biji matanya melihat lelaki yang berada di hadapannya.
            “Awak!” serentak Aira dan lelaki itu menjerit. Tak semena bibir lelaki itu terus mengukir senyum, tidak menyangka akan dipertemukan semula dengan gadis itu lagi. Aira sudah panas hati, banyak-banyak kereta di KL ni kereta dia jugak yang aku langgar.
            “Awak intip saya ya?” soal Aira keras.
            “Mana ada, kereta awak kan di belakang. So, awaklah yang intip saya.” Selamba badak je lelaki tu cakap aku intip dia. Hisy.. jangan haraplah! Muka macam badak air. Marah Aira. Lelaki itu sudah tersenyum melihat riak muka Aira, comel pulak!
            “Gila!” desis Aira geram.
            “So, how should we settle this?” soal lelaki itu lembut, walaupun pada mulanya dia marah, namun bila melihat wajah gadis itu serta merta marahnya hilang. Itulah gadis yang melanggarnya di Mid Valley tempoh hari. Alahai kecilnya dunia.
            “Settle?”
            “Yalah, takkan nak duduk sini sampai malam.” Aira menggaru kepalanya yang tidak pening. Nak settle macam mana ya? Aduh..masalah ni.
            “Pergi je lah bengkel. Takkan kereta rosak nak hantar kat kedai makan kot.” Balas Aira dengan berani. Nak terburai ketawa lelaki itu mendengar mulut celoteh Aira. Betul ke perempuan ni tak tahu apa-apa?
            “That's right!” tiba-tiba lelaki itu bersuara.
            “Hah?” biar betul dia ni? Takkan kereta rosak hantar dekat kedai makan kot? Aku gurau je pun tadi. Dia ni betul ke gila? Aira memandang pelik.
            “Kereta saya ni akan pergi ke bengkel. Tapi awak kena belanja saya makan.” Terlopong mulut Aira mendengarnya.
            “Apahal pulak?”
            “Hutang tau. Dah dua kali kita jumpa, mesti ada je yang tak kena. Oleh kerana awak dah langgar kereta saya, awak kena belanja saya makan.” Aira mendengus geram. Yang ni memang badak air. Sukahati dia je nak mengarah aku itu ini.
            “Kita settle. Tunggu sekejap ya.” Aira membuka semula pintu keretanya. Iphonennya segera diambil. Terus nombor telefon Jemy didail. Matanya dikerling seketika ke arah lelaki yang masih berdiri sambil berpeluk tubuh itu.
                                                **************
“JEMY, photo shoot ni macam mana?” soal Azlan. Wajah Emily yang sudah mencuka dipandang. Setelah menerima panggilan telefon, Jemy terus melepaskan kamerenya. Tidak pernah sesekali Jemy bersikap sebegitu. Bukan pada saat dia tengah memegang kameranya untuk sesi photo shoot! Jemy bukan orang seperti itu.
            “Postpone. Aku ada hal urgent ni. Emily, sorry..” kot yang tersadai kemas di bahu kerusi segera diambil, bergegas dia keluar dari studio setelah mendapat panggilan daripada Aira yang mengatakan dia mengalami kemalangan kecil. Jemy kerisauan, Aira baru je pulih, dan kemalangan kecil yang dimaksudkan Aira betul-betul meragut ketenangannya.
            BMW X6 bergerak laju membelah jalan raya. Setelah lima belas minit Jemy tiba di tempat yang dimaklumkan oleh Aira seketika tadi. Dua kereta yang tersadai di tepi jalan segera dihampiri.
            “Sara..” panggil Jemy.
            “Jemy..” Aira menghampiri Jemy. Wajah lelaki yang asyik memandang Aira dari tadi mula berubah. Lelaki yang dipanggil Jemy itu betul-betul dia kenal.
            “Are you okay?” tangan Aira habis ditiliknya, meliar matanya melihat jika ada sebarang kecederaan.
            “I’m okay, cuma..” Aira membuang pandang ke arah lelaki yang masih berdiri di sebelah keretanya. Jemy turut memandang, terkejut dia bila melihat Nazrul ada di situ. Adakah kereta Nazrul yang dilanggar oleh Aira tadi? Jemy berdehem perlahan.
            “A..” Jemy segera menggelengkan kepalanya bila yakin Nazrul cuba menegurnya. Seketika pandangan mereka saling bertaut. Nazrul berkerut tidak faham, apa yang cuba disembunyikan oleh abangnya itu.
            “Korang dua dah kenal ke?” soal Aira kehairanan. Tangannya masih megenggam kemas tangan Jemy, Nazrul hanya memandang tanpa riak.
            “Err..”
            “Kenal.” Pintas Nazrul pantas. Segera Jemy memandang tajam ke arah Nazrul. Adiknya itu masih tidak memahami isyaratnya tadi ke?
            “Siapa tak kenal photographer terkenal ni. Jemy..?” Jemy menghembus nafas lega. Nazrul menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Jemy, Jemy pula hanya menyambutnya.
            “Teruk ke?” Jemy berjalan menuju ke kereta Nazrul. Bahagian belakang yang kemek, ditambah bumper kereta tersebut sudah terlerai dari badannya  membuatkan Jemy menggeleng perlahan. Jemy membuang pandang ke arah Aira, sempat dia menangkap Nazrul yang asyik memandang ke arah Aira.
            “Encik, teruk jugak kereta Encik ni.”
            “Hah? Ya ke?” Nazrul seolah-olah tersedar dari lamunannya, dari tadi dia tidak mampu melarikan matanya dari memandang wajah cantik milik gadis di hadapannya itu. Apa hubungannya dengan Jemy? Nazrul menyoal sendiri. Jemy memandang Nazrul pelik. Tidak pernah adiknya itu bersikap begitu.
            “Rasa macam langgar sikit je, teruk sangat ke?” soal Aira. Dia memang tidak mengambil tahu pasal kereta tersebut dari tadi. Jemy menjeling Aira, mengisyaratkan agar gadis itu tidak berkata apa-apa.
            “Macam ni lah. Ini kad saya, kami akan tanggung kerosakan kereta Encik ni. Maaflah, girlfriend saya ni jarang bawa kereta.” Jemy menghulurkan sekeping kad pada Nazrul, dia perasan riak wajah adiknya itu yang sudah berubah.
            “Baiklah. Err..cik?”
            “Aira.” Jawab Aira pantas.
            “Ingatkan hutang yang saya cakap tadi? Ini kad saya.” Sambung Nazrul lagi. Kad namanya terus diserahkan kepada gadis itu. Teragak-agak Aira menyambutnya. Jemy memandang Nazrul dan Aira silih berganti. Hutang apa pulak dia orang ni?
            “Saya minta diri dulu.” Nazrul meninggalkan pasangan kekasih itu dengan hati yang berbaur. Aira..bisik hati lembut Nazrul.
            Aira hanya menghantar langkah lelaki yang bernama Nazrul itu dengan pandangan kosong, sekilas Jemy di sebelahnya dikerling. Wajah serius Jemy membuatkannya kecut perut. Memang masaklah aku kena marah lepas ni, dah memang salah aku pun. Aira perlahan ingin menarik tangannya dari pegangan lelaki itu, namun entah kenapa makin kuat pegangan lelaki itu, Aduh..Jemy memandang tajam ke arah Aira. Tanpa suara! Hatinya masih berbaur saat itu, wajah Nazrul sebentar tadi menimbulkan seribu persoalan di benaknya. Pandangan adiknya terhadap Aira sangat berlainan.
            “Hutang?” Terkebil-kebil mata Aira memandang Jemy. Aduh..nak jawab apa ni? Perlahan dia ingin menarik tangannya sekali lagi dari genggaman lelaki itu, namun Jemy enggan melepaskan tangannya.
            “Hutang apa?” soal Aira pura-pura tidak tahu. Kepalanya yang tidak gatal sengaja digaru. Tidak satu pun pandangan kekasihnya dibalas.
            “Aira Qaisara binti Tan Sri Megat Miqdad, berhutang apa dengan dia? Anak Tan Sri ni boleh pulak berhutang. Hmm?” sinis Jemy.
            “A..hari tu saya terlanggar dia dekat Mid Valley. Hari ni pulak..” Aira menundukkan wajahnya. Payah jugak nak terus terang ni. Sebenarnya tak payah kalau nak berterus terang kalau orang tu bukan Jemy. Tengok muka harimau jadian tu dah cukup menakutkannya.
            “Apa yang hutangnya?” soal Jemy lagi.
            “Dia ajak saya keluar makan.” Jawab Aira pantas.
            “What?!” hampir terjerit Jemy. Tajam matanya menjeling Aira. Biar betul si Naz ni? Omel Jemy.
            “Don't you dare!” ugut Jemy, jari telunjuknya sengaja ditunjukkan ke arah Aira. Terpana Aira seketika, biar betul dia ni? Mahu sakit jantung dek tengkingannya itu. Aira tersenyum sedikit, dia mempercepatkan langkahnya mengejar Jemy yang sudah menapak ke keretanya. Lengan lelaki itu ditarik kejap.
            “Jealous ya?” usik Aira.
            “No!” balas Jemy sepatah, tanpa menoleh ke arah Aira.
            “Ala..jealous tak nak mengaku.” Bebel Aira lagi.
            “Shut up!” Jemy terus menarik lengan Aira untuk memasuki keretanya. Aira ni bukan boleh dibiarkan sangat, mahu sampai ke esok dia kena usik. Terpulanglah nak cakap apa. Memang dia cemburu!

No comments:

Post a Comment