BAB 9
“Mama rindu Sara. Mama sayang Sara..”
“Mama!” Aira tersedar dari mimpinya. Mukanya mula
dibasahi peluh. Perlahan Aira mengucap dua kalimah syahadah. Dia melilau
pandangannya ke luar bilik, malam yang pekat hanya diterangi dengan cahaya
bintang.
“Mama..” Airmata Aira mula mengalir. Mimpinya tadi
membangkitkan rasa rindu yang tersemat teguh di hatinya. Hanya seketika
kedengaran esakkan Aira memenuhi suasana. Dia segera bangun dari katil menuju
kebilik Tan Sri Megat Miqdad. Pintu tak berkunci itu dibuka perlahan.
“Papa..” panggil Aira sayu. Tan Sri Megat Miqdad menoleh,
dia tahu anaknya itu akan kebiliknya malam itu.
“Masuk nak.” Tan Sri Megat Miqdad menutup buku yang
dibacanya. Tangannya menepuk tempat yang didudukinya.
Segera Aira mendapatkan ayahnya. Airmata semakin mengalir
membasahi pipinya. Kepalanya direbahkan di atas riba Tan Sri Megat Miqdad.
Perlahan tangan tua itu membelai rambut anaknya.
“Happy Birthday
Sara..” Ujar Tan Sri Megat Miqdad perlahan. Sudah lama nama anaknya itu tidak
meniti di bibirnya. Setelah berpisah dengan isterinya, dia ingin membuang
segala kenangan bersama isterinya. Dulu mereka sekeluarga biasa memanggil Aira
dengan nama Sara, itulah nama timangan anak perempuannnya itu di rumah.
“Terima kasih pa sebab masih ingat pada Sara.” Aira
menangis untuk sekian kali. Dia begitu rindukan panggilan itu. Lima belas tahun
namanya itu hilang bersama perginya mama dalam hidupnya. Demi menjaga hati papa,
dia hanya pasrah bila papa memanggilnya Aira. Bukan lagi Sara seperti dulu!
“Sara tidur sini ya..” Tan Sri Megat Miqdad hanya
mengangguk, dia tahu kelukaan di hati anaknya tika ini. Hari ini hari jadi
anaknya, hari ini juga hari perpisahannya dengan bekas isterinya, Marlia.
“Sara rindu mama, Sara rindukan Abang Akmal..” luah Aira
tiba-tiba.
“Papa juga rindukan Abang Akmal, papa pun rindukan
mama..” Tan Sri Megat Miqdad memejam matanya seketika. Merasai segala rasa yang
bertandang di hatinya. Kerana ego dia melepaskan isteri tercinta, kerana ego
itu juga keluarganya berantakan sehingga sekarang, dan kerana ego itu juga dia
menjadi perindu yang setia sehingga kini!
***********
AIRA memandang sebuah bungkusan yang terletak kemas di meja soleknya. Kad yang
berada di atas bungkusan tersebut dicapai.
HAPPY BITHDAY, SARA..
Aira tersenyum seketika, bungkusan tersebut dibuka. Setiap tahun Tan Sri
Megat Miqdad tidak pernah lupa hari jadinya, cuma..papa itu tak pernah menyambutnya.
Aira tersenyum sendiri bila terpandang seutas rantai emas putih tersebut, Aira
mengamati lagi sebaris ayat yang tertulis di atas loket rantai tersebut. SARA,
sebaris namanya tertulis kemas dengan diselangi batu permata kecil bewarna
putih.
“Thank you papa..” Aira memasang rantai tersebut dilehernya. Semalam
adalah sejarah, Aira mengukir senyuman melalui cermin di hadapannya.
“Lets go, Aira..” Aira menghembus nafas perlahan. Jika semalam dia
adalah Sara, hari ini dia harus menjadi Aira semula untuk papanya.
*****************
JEMY mencuri pandang kearah pekerjanya yang asyik berbisik-bisik sesama
sendiri dari tadi. Sesekali dia cuba mencuri dengar apa yang seronok sangat
sampai ketawa sakan macam tu sekali. Matanya lekat memandang Aira yang duduk
bersebelahan Rahim,Hisy! Rapat pulak tu. Panas betul!
“Ala Nad, lepas ni
susahlah nak jumpa kau ya.” Ujar Aira.
“Tak susah mana, di mana
ada kemahuan di situ ada jalan. Ala..nanti pandai-pandailah aku bodek laki aku
suruh turun KL , apa susah!”
“Sunyilah Nad kalau kau
tak ada. Tak dengar dah mulut becok kau tu nanti.” Rahim mula menyakat Nadia.
“Apa? Kau kata aku mulut
becok! Ni memang nak kena ni..” marah Nadia.
“Gurau pun tak boleh,
lepas ni tak boleh dah gurau dengan kau.”
“Nak gurau dengan aku,
pergi Kelantan ya.” Balas Nadia.
“Susah la macam ni Nad,
aku pun tak habis menuntut lagi dengan kau.” Celah Aira, wajahnya mula mencemik
risau.
“Tak apa, kau belajar
sikit-sikit dulu. Tak pun kau suruh si Rahim ni tolong ajar kau.” Komen Nadia.
Sempat dia mengerling kearah bosnya yang hanya duduk sambil membelek kamera
dari tadi. Ala..bukan dia tak tahu matanya asyik mencuri pandang kearah mereka.
Pandang Aira lah tu!
“Aku no hal..” balas Rahim bersemangat. Sempat dia menyengih kearah
Aira, dia tu bukan apa, saja nak sakitkan hati si harimau jadian tu.
Aira tersenyum, bersyukur rasanya
bila pekerja-pekerja si harimau jadian ni mampu menerima kehadiran dia. Kalau
tak susah jugak nak sesuaikan diri, ni nak menghadap muka si sengal tu lagi.
Aduh! Rasanya boleh jadi gila dia.
“Aku ada idea,
memandangkan hari ni merupakan hari last
Nad bekerja di sini. Apakata kita pergi enjoy,
makan-makan ke, karaoke pun boleh, Jom!” cadang Aira tiba-tiba.
Jemy yang mendengar mula
panas punggung. Enjoy? Makan-makan?
Karaoke? Membesar mata Jemy mendengarnya. Tak boleh jadi ni..
“Good idea!” Azlan menyokong. Dengan selambanya dia memeluk bahu
Nadia, hubungan yang rapat sejak beberapa tahun dulu telah mengeratkan hubungan
mereka lebih pada adik beradik.
Nadia hanya tersenyum lalu
menepuk lembut tangan Azlan. Sebenarnya dia tak kisah, dia tahu Azlan sekadar
bergurau.
“Bagus tu, kau dengan
Nadia. Aku dengan Aira.” Celah Rahim, tangannya juga mula untuk memeluk bahu
Aira namun dengan pantas Jemy memukul tanganya dengan golongan surat khabar.
“Hari ni kita tutup studio
awal. Kita keluar.” Ujar Jemy, kini tangannya yang memeluk bahu Aira, keningnya
sedikit diangkat sengaja untuk mengusik Aira. Rahim di sebelah sudah mencebik,
tak kurang juga Azlan dan Nadia yang sudah tersenyum sumbing.
“Aira mula perasan
pandangan sumbing dari rakannya, segera dia mengalih tangan Jemy lalu begerak
ke sebelah Rahim. Terkedu Jemy dibuatnya.
“Jomlah! Bos dah bagi
kebenaran tutup studio awal tu.” Aira mula bersuara, bergetar juga hatinya bila
diperlakukan Jemy sebegitu. Apa kena dengan si sengal ni? Lain macam je..
“Okey Jom!” Azlan memeriahkan suasana, dia sudah berjalan ke depan
meninggalkan yang lain.
**************
JEMY menghentikan kereta di Jalan Metati Utama 4, tersergam indah tempat
makan kegemarannya itu, Restoran Planet Ikan Bakar & BBQ Steambott Buffet.
Jemy mengerling sekilas kearah Aira yang baru keluar dari tempat duduk
belakang. Satu hari ni langsung dia tak bercakap dengan aku? Ada yang tak kena
ke?
Setelah tiba di restoran
tersebut, kelihatan ramai jugak pengunjung walaupun jam baru mencecah pukul
lapan setengah malam. Aira hanya menjadi pemerhati dari tadi, belum pernah lagi
dia menjejakkan kaki kesini, selalunya kalau nak makan stemabot ke apa, papanya
akan mengajaknya ke restoran mewah. Rata-rata yang ada di situ memasak sendiri
hidangan yang diambil. Aira mula garu kepala, mana dia pandai nak buat semua
ni. Aduh..
“Kita duduk sana!” ujar
Jemy, tak semena dia menarik tangan Aira membuntutinya. Tidak juga Aira
melarang, dia sebenarnya tak biasa dengan tempat ni. Mujur juga lelaki sengal
tu seolah-olah memahami gelodak di jiwanya sekarang
Mereka mengambil tempat
duduk di sebuah meja bulat, Aira pula hanya akur bila terpaksa duduk di sebelah
Jemy.
“Lama juga ya kita tak
datang sini..” ujar Nadia teruja. Dia mengambil tempat di antara Azlan dan
Rahim. Bukan apa, nanti senanglah nak membuli lelaki dua orang ni memanggang
makanan untuknya nanti. Itulah kebiasaan yang dia lakukan bila setiap kali
datang ke sini. Nadia mengekek dalam hati.
“Jom kita pergi ambik
makanan di sana, Aira jom!” ajak Rahim, pelik juga dia melihat Aira yang hanya
diam dari tadi.
“Hah? Erm.. sa,”
“Aira duduk sini je. Jom
kita pergi ambik makanan.” Putus Jemy, dia sudah menarik lengan Rahim
mengikutinya.
“Aira aku pergi ikut dia
orang ya.” Ujar Nadia lagi.
Aira hanya mengangguk lalu
mengeluh perlahan. Matanya tertancap pada steamboat
Grill set di hadapannya.
“Cik, nak saya hidupkan
api sekarang ke?” Aira dikejutkan satu suara yang datang dari belakang. Seorang
pelayan lelaki datang tersenyum kearahnya.
“Err..boleh.” jawab Aira
ringkas. Beberapa ketika pelayan tersebut terus menghidupkan tong gas yang
berada di bawah meja, tak sampai beberapa saat api sudah marak di atas dapur
gas. Pelayan tersebut turut memasukkan air ke dalam pot yang barada di
tengah-tengah Grill tersebut.
Beberapa minit kemudian
Jemy kembali dengan dua pinggan yang berisi makanan di tangannya. Aira hanya
memandang kejap lalu kembali mencapai Ipadnya, rancak tangannya bermain dengan
game Candy Crush. Ala..apahal susah pulak level
ni? Aira mengomel sendiri. Jemy di sebelah tidak diperdulikan.
Jemy segera memasukkan
planta ke tempat Grill yang sedang panas, salad dan bebola ikan diambilnya tadi
terus dimasukkan kedalam pot yang berisi air. Aira pula hanya memandang dari
hujung mata. Macam pakar je mamat sengal ni.
Aira membuang pandang
kearah pinggannya yang berisi beberapa hidangan steamboat yang diambil lelaki
itu tadi. Ada bebola ikan, ada beberapa ekor udang, tauhu, daging kambing pun
ada!
“Tak suka ke?” ujar Jemy,
kini tangannya sudah ligat dengan chopstik. Daging kambing yang diambilnya tadi
segera dipanggangnya. Dari tadi gadis itu hanya diam, risau jugak dia.
“Suka..” Aira menjawab
perlahan. Nak buat apa dengan lauk-lauk ni semua? Letak atas Grill tu ke? Aira
jadi binggung. Tanpa memperdulikan Jemy Aira memasukkan daging kambing tersebut
ke dalam pot yang berisi air. Membuntang mata Jemy memandangnya. Biar betul
perempuan ni. Bukan satu daging yang dimasukkan oleh Aira, tapi kesemuanya
sekali.
“Kau buat apa ni? Soal
Jemy sedikit meninggi. Sup yang kian mendidih dipandang, kemerahan warna sup
tersebut dek resipi tak menjadi Aira tu.
“Masaklah! Tak nampak ke?”
Aira menjawab bersahaja, langsung tidak menyedari kesalahannya.
“Itu kau cakap masak?”
“Kenapa?” suara Aira mula mengendur, kepalanya
dijengukkan sedikit kearah sup yang mula bertukar warna tu.
“Erkk..kenapa sup ni..”
“Ya Allah! Kenapa sup
korang jadi merah ni?” belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, muncul Azlan
yang sudah terkesima. Jemy memejam matanya seraya terus menggelengkan kepala.
Aduh perempuan ni, satu apa pun tak tahu! Aira di sebelah hanya menyengih
sambil mencuri pandang kearah Jemy yang sudah mengangkat tangannya untuk
memanggil pelayan supaya menukar semula air mereka.
No comments:
Post a Comment