Monday, March 31, 2014

IHD-Bab 9

Nur Syifa merebahkan badannya ditilam empuk.Mata dipejam untuk direhatkan setelah penat seharian bekerja.Haruman wangian Lavender menusuk hidungnya,sungguh menenangkan.
            Baru seketika mata dipejamkan,Nur Syifa dikejutkan dengan deringan telefon dari arah meja tepi.Terpana untuk sesaat,nama itu tidak pernah menghubunginya sebelum ini.Serba salah juga nak menjawabnya.
            “Assalamualaikum.”Jawab Nur Syifa malas.Sekadar berbasa basi.
            “Waalaikumsalam.Cik Nur dah tidur ke?”Soal si pemanggil itu penuh nada ceria.Tidak mengetahui langsung emosi yang menjerat Nur Syifa tika ini.Entah kenapa Nur Syifa harus berperasaan begitu,mungkin kerana sikap kuat mengusik Syed Azmie.
            “Nak tidur.Ada apa En.Azmie call saya malam-malam macam ni?Kalau tentang projek perumahan tu,kita bincang esok.”Putus Nur Syifa.
            “Bukan tentang tu.Saya cuma masih tak senang hati tentang hal petang tadi.”Syed Azmie memakna kata.Terbayang pertemuannya dengan gadis itu petang tadi.Dia sendiri tidak pernah menyangka akan terserempak dengan gadis itu di KLCC.
            “Tak apa.Lagipun girlfreind En.Azmie tak sengaja.Saya tak ambil hati.”Jawab Nur Syifa
            “Tapi tetap juga saya tak senang hati.”Balas Syed Azmie cepat.Dari dulu dia selalu mencari ruang untuk berbual lebih lama dengan gadis itu namun Nur Syifa seolah bersikap dingin dengannya.
            “En.Azmie,saya okey.Tak cedera pun”
            “Maaf atas sikap Karina.”
            “Tak mengapa.Saya faham,lagipun dia tak sengaja.Tertumpah kan?Nak buat macam mana”Ujar Nur Syifa.
            “Okey.Thanks”Syed Azmie kematian kata.
            “Okey.Assalamualaikum.”Untuk seketika hanya sepi diantara mereka.Nur Syifa segera mematikan talian bila salamnya dijawab.Tidak betah berlama-lama dengan lelaki yang sentiasa mempunyai seribu cara menggetar jiwanya.
            Bingkai gambar yang terletak kemas ditepi katil terus dicapai.Terhias wajahnya disamping Saiful.
            “Saya cintakan awak.Takkan ada sesiapa”Nur Syifa meluah nafas berat.Dibuang segala gundah dalam hatinya.Teringat pertemuannya dengan Syed Azmie petang tadi.Sudah acap kali juga dia terserempak Syed Azmie dengan kekasih hatinya itu.
            “Ouchh.Mata letak dimana ya?”Serkah Karina bila tiba-tiba air yang diminumnya terkena baju seorang wanita.
            “Sorry.Bukan saya yang langgar cik.Cik yang langgar saya dulu.”Balas Nur Syifa.Panas juga hatinya bila sewenangnya gadis yang berpakaian seksi menyalahkannya.Kalau ya pun dia yang bersalah dia akan minta maaf.
            “Apa awak cakap?Awak yang jalan tak pakai mata.”Marah Karina lagi.
            “Okey lah.Saya pun malas nak bertekak sebab benda yang remeh ni.Baju saya pun dah kotor.Sorry lah ya kalau saya yang salah.Saya minta diri dulu.”Nur Syifa lamas memanjangkan benda tersebut.Tidak guna bertekak dengan gadis itu fikirnya.
            “Just like that?”Karina mula berang.Sikap tak endah gadis itu mencabar dirinya.
            “Saya dah cakap sorry walaupun bukan salah saya.Baju Cik pun tak kotor.So?”
            “What?”
            “Karina what wrong?”Sapa satu lelaki.Karina dan Nur Syifa serentak menoleh.Karina segera memaut lengan Syed Azmie.
            “Sayang,tengoklah perempuan ni..lepas tumpahkan air I selamba je dia nak pergi macam tu je”Karina membuat aksi manjanya.Sengaja menarik perhatian Syed Azmie.Nur Syifa hanya menggeleng kepala,jijik melihat olah gadis yang tak ada budi bahasa tersebut.
            “En.Azmie.First,saya tak langgar dia.Second,saya dah minta maaf walaupun bukan salah saya.So,En.Azmie tolong bagitahu girlfriend En.Azmie ni saya tak ada hal dengan dia dan saya boleh balik kan?”Ujar Nur Syifa apabila melihat Syed Azmie hanya ralit memandangnya sejak mula.
            “Hoi perempuan.Kau siapa?Kau kenal dia?Lagi satu,kau jangan pandai nak reka cerita ya.”Tengking Karina.Tajam matanya menikam Nur Syifa.
            “Karina.Watch your mouth.”Syed Azmie mula bersuara.
            “Mie,I tak salah tau.Perempuan tak tahu malu ni yang langgar I.”Karina mula merengek manja.Nur Syifa pula hanya berpeluk tubuh melihat drama dihadapannya kini.Biarlah Syed Azmie sendiri yang selesaikan hal ini.
            “Cik Nur,saya minta maaf bagi pihak dia.”Ujar Syed Azmie.
            “Mie,apa ni?”Jerkah Karina.
            “Okey,Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu.”Balas Nur Syifa.Syed Azmie dan teman wanitanya itu ditinggalkan.
                                                ***********************
“JAUH anak ibu melamun.”Datin Sira mengambil tempat disisi anaknya.
            “Ibu,bila ibu masuk?”Melayang terus ingatannya pada peristiwa petang tadi.Tiada lagi Syed Azmie dan teman wanitanya itu.Kasihan juga pada lelaki itu sebab terpaksa berdepan dengan perempuan yang tidak berbudi bahasa itu.
            “Anak ibu melamun tentang apa?Fikir tentang bakal suami ke?”Usik Datin Sira pada anak sulungnya itu.Wajah Nur Syifa mula membahang.Kalaulah ibunya itu tahu apa yang berada dalam fikirannya seketika tadi.Bukan Saiful,bakal suaminya tapi seorang lelaki asing bernama Syed Azmie.
            “Apa ibu ni..”
            “Ibu tahu.Tak ada benda lain yang ada dalam fikiran seorang gadis yang bakal bergelar isteri kalau bukan fikirkan tentang bakal suaminya.Dulu ibu pun begitu.”Nur Syifa hanya tersenyum hambar.Dari tadi dia hanya memikirkan tentang Syed Azmie.Entah kenapa begitu,dia pun kurang pasti.
            “Ayah mana bu?”Soal Nur Syifa menukar topik perbualan.
            “Ayah ada kat bawah.Tengah tengok TV agaknya.”
            “Dira?”
            “Dira tak balik dari semalam.Ibu dah cuba telefon dia,tapi biasalah dia tak angkat.”Seperti selalunya,Datin Sira kerisauan bila menyebut tentang anak bongsunya itu.
            “Bu,nantilah Syifa cakap dengan dia ya.Hari ni pun dia tak datang office.”Tangan Datin Sira digapai untuk menenangkan ibunya itu.Tahu akan gelodak yang bermain dijiwa ibu tua itu.
            “Ibu tak tahu mana silap ibu sampai Dira jadi macam tu.”Luah Datin Sira.
            “Bu,Kasih sayang ibu tak ada silapnya.Tak ada yang silapnya tentang ibu.Ibu tak perlu risau.Nanti Syifa akan cakap dengan dia ya.”
            “Ibu risau dengan hubungan kamu berdua.Kenapa boleh jadi begini Syifa?”Nur Syifa hanya tertunduk diam.Dia sendiri tidak tahu mengapa adiknya itu begitu membenci dirinya.
            “Syifa,mengalah sikit dengan adik tu ya.Jangan berkeras sangat.”Pesan Datin Sira.
            “Ya bu.Syifa minta maaf.”
            “Satu lagi pesan ibu.Menjadi isteri adalah impian semua wanita.Jadi isteri yang baik pada suami.Sentiada disisi suami walau apa pun yang berlaku.Taat pada suami,selagi masih berada di landasan yang benar.”
            “Insyaallah bu.Doakan Syifa.”
            “Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu semoga bahagia dunia akhirat.”Datin Sira mencium dahi anaknya.Nur Syifa tersenyum senang.
            “Satu lagi.Boleh Syifa uruskan Menara Holding setelah berkahwin nanti?”Tanya Datin Sira.Seperti suaminya,Datin Sira amat mengambil berat tentang Menara Holding.
            “Insyaallah.Syifa cuba”

            “Baguslah.Jaga Menara Holding.Itu amanat seorang sahabat Syifa.”Nur Syifa hanya mengangguk.Selalu mendengar amanat itu dari ayahnya dan tak kurang juga ibunya,Nur Syifa tidak mahu bertanya lebih.Apapun rahsia yang disimpan orang tuanya biarlah kekal rahsia.Dia seperti ibu bapanya juga.Hanyalah pemegang amanat.

No comments:

Post a Comment