Sunday, March 23, 2014

Bab 17

BAB 17
Aira mendepakan kedua belah tangannya. Mata ditutup rapat, sambil menghirup udara segar yang begitu menenangkan. Sungguh indah dan nyaman bila sesekali tiupan angin menghembus lembut ke wajahnya. Hampir sejam mereka sampai di Pangkor Laut Resort. Perjalanan yang mengambil masa dua jam empat puluh lima minit dari KLIA ke Marina Island, cukup memenatkan. Bila sampai saja di Marina Island mereka dibawa ke Pangkor Laut Resort dengan menggunakan Private Boat yang memakan masa lebih kurang dua puluh minit.
            One Island. One Resort. Itulah motto yang diamalkan di Pangkor Laut Resort yang terletak lebih kurang lima kilometer dari selat Melaka. Keadaan air laut yang membiru, dan persisiran pantai yang bersih begitu mengasyikkan. Pangkor Laut Resot juga antara pulau yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi kerana Pulau tersebut dikelilingi dengan tunbuhan-tunbuhan hijau yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Tidak dapat dibayangkan berada di syurga dunia dan hilang dari kesibukan kota.
            Aira tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. Kakinya begitu asyik menguis butiran pasir yang memutih di tepi pantai. Dari kejauhan dia dapat melihat Jemy dan dua pekerjanya begitu asyik menyediakan set untuk sesi pengambaran. Aira hanya menggeleng, tak reti nak berehat ke dia orang tu? Cubalah relax dulu melihat keindahan alam sekitar. Omel Aira.
            “Sara..” panggil Jemy. Erkk? Sejak bila pula dia boleh ada di sini?
            “Nak mula ke?” soal Aira lembut dia masih duduk bersimpuh di atas pasir.
            “Yup. Mari.” Ajak Jemy.
            “Tak nak rehat dulu ke? Saya penat..” suara manja Aira mula kedengaran. Jemy tersenyum lalu menghulurkan tangannya untuk disambut oleh Aira. Tanpa kata, Aira mencapai tangan Jemy lalu mengikuti langkah lelaki itu.
            “Kita ada tiga hari di sini. Habiskan shooting secepat yang boleh. So, kita ada banyak masa untuk diluangkan bersama.” Jelas Jemy.
            “Okay.” Aira menjawab pantas.
            “Tadi kata penatkan? Apa kata after shoot awak pergi Spa. It’s okay, saya belanja. Awak cuma rehatkan diri di sana.” Sambung Jemy.
            “Spa?” Jemy mengangguk.
            “Ingat? Hubungan kita memang begini. Tak ada apa yang nak dihairankan.” Ujar Jemy lagi. Aira hanya tersenyum lalu mengangguk.
            “After Spa. Awak rehat je dalam bilik. Nanti saya minta pihak resort hantarkan lunch. Tapi, malam nanti saya nak awak dinner dengan saya.” Aira terpana. Dinner? Ini kali pertama dia akan makan malam bersama lelaki itu. Pandangan mata Jemy kali ini begitu asing baginya. Dan yang jelas, dia menyukainya.
            Aira mengangguk lagi. Entah kenapa dia harus jadi burung belatuk bila dengan lelaki ini.
            “Sharp pukul lapan saya tunggu di pantai ni.” Jemy mencuit sedikit hidung Aira lalu tangannya kembali mengenggam tangan kecil itu.
                                                            *********
TAN SRI MEGAT MIQDAD masih bersimpuh kaki menunggu di ruang lobi hotel mewah tersebut. Fakri, pembantu peribadinya meminta diri seketika untuk mengambil beberapa dokumen yang masih tertinggal di dalam kereta. Air Nescafe latte yang baru dipesannya sudah tiba. Dompetnya dibuka dan sekeping not lima puluh diserahkan kepada waitres tersebut. Terkaku seketika Tan Sri Megat Miqdad bila matanya menjamah sekeping gambar lama yang masih terlekat kemas di ruang dompetnya. Sejak lima belas tahun yang lalu, tidak pernah dia terfikir untuk menanggalkan gambar tersebut dari dompetnya. Lia..ucap Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Sudah lama bibirnya itu tidak dibasahi menyebut satu-satunya wanita yang dia cintai. Tapi kenapa wanita itu juga mengkhianatinya? Mengkhianati kepercayaan yang dia berikan selama ini.
            Tan Sri Megat Miqdad masih ingat lagi peristiwa yang berlaku lima belas tahun yang lalu. Bukan pintanya melepaskan talak pada usia perkahwinan mereka yang baru berusia tiga belas tahun. Tapi isterinya itu tega mencuranginya, isteri yang amat dia cintai tega bermain kayu tiga dengan seorang ahli korporat berpangkat Datuk. Bukti di depan mata, gambar asmara Lia dan Datuk tersebut mencabar egonya seorang lelaki. Tanpa menerima atau meminta sebarang penjelasan sebuah ikatan yang suci rela diputuskan! Dia tidak rela menerima kecurangan isterinya itu.
            “Assalamualaikum Tan Sri.” Sapa satu suara tiba-tiba. Tan Sri Megat Miqdad tersedar dari lamunannya. Dia bangun menyambut salam anak muda di hadapannya kini.
            “Mana Datuk Roslan? Tak turut serta?” soal Tan Sri Megat Miqdad. Dia sedia maklum akan temu janji dengan rakan perniagaannya itu, Datuk Roslan.
            “Ayah minta maaf sebab tak dapat datang, dia ada meeting yang tak dapat dielakkan. Itu yang dia hantar saya temankan Tan Sri main golf petang ni.” Jawab Nazrul sambil tersenyum.
            “Kamu ni..”
            “Saya Nazrul. Anak kedua Datuk Roslan.” Nazrul memperkenalkan diri.
            “Ya, ayah kamu selalu bercerita pasal kamu. Abang kamu..?” soal Tan Sri Megat Miqdad, seingatnya sahabatnya itu ada seorang lagi anak lelaki.
            “Abang saya tak terlibat dalam buisness. Dia ada perniagaan sendiri.” Jawab Nazrul ala kadar. Air suam yang berada di atas meja segera dicapai. Tan Sri Megat Miqdad hanya mengangguk.
            “Jadi, Nazrul banyak bantu ayah dalam buisnesslah?”
            “Tolong sekadar yang mampu Tan Sri.”
            “Bagus orang muda macam kamu ni. Ada wawasan, jarang kita tengok orang muda zaman sekarang berminat dalam perniagaan.” Puji Tan Sri Megat Miqdad. Nazrul sudah tersenyum malu.
                                                *****************        
AIRA masih berdiri di hadapan cermin. Sudah hampir sejam dia begitu, satu persatu baju yang dibawanya ke Pangkor Laut Resort dicuba, namun tak satu pun yang berkenan di hati. Kalau di Kuala Lumpur, sudah memecut dia ke shopping complex. Apahal lah si Jemy tu tak bagitahu aku awal-awal nak ajak makan malam, kalau tak bolehlah aku buat persiapan apa yang patut.
            Aira merengus geram. Jam hampir menunjukkan pukul lapan. Dirinya juga belum mengenakan sebarang solekan. Aira menghempas punggungnya di birai katil, memikirkan baju yang mana sesuai untuk makan malam nanti. Ala Aira, buat apa nak pakai cantik? Dia cuma nak ajak kau makan malam je pun, yang kau beria-ia sangat macamlah si Jemy tu nak melamar kau nanti. Tapi, tak salahkan? Aku nak nampak cantik depan dia. Akhirnya Aira mencapai sehelai gaun panjang berwarna putih, sesuai kot untuk makan malam nanti. Fikir Aira.
            Kakinya diayun laju menuju ke pesisiran pantai. Angin malam sedang menhembus lembut. Sungguh nyaman dan menenangkan. Pancaran cahaya lampu yang berwarna kuning keemasan menimbulkan satu suasana yang begitu romantik. Lagi kakinya diayun pantas, rasanya Jemy mungkin sudah menunggunya untuk malam mereka. Segera Aira mengukir senyum bila melihat Jemy sedang berdiri berpeluk tubuh di sebuah tiang yang berukir cantik.
            “Lama tunggu?” soal Aira sebaik saja kakinya berhenti di hadapan Jemy yang kelihatan berlainan dari biasa. Kini lelaki itu berpenampilan sempoi dengan hanya mengenakan seluar slack berwarna krim, dan baju kemeja lengan panjang bewarna putih. Alamak,  sedondon lah pulak!
            Jemy menggeleng, tangan kanannya dihulurkan pada Aira. Malam ini akan menjadi malam bersejarah buat mereka, dia ingin meluahkan cintanya pada Aira!
            Huluran tangan Jemy disambut.
            “Rahim dan Lan mana?” Aira mengerling ke sekeliling lelaki itu, dari tadi dia tak nampak dua orang pekerja lelaki itu.
            “Diaorang rehat dalam bilik. Jangan risau, dah makan pun diaorang.”
            “Kita nak makan kat mana? Mana ada tempat makan tepi pantai sana.” Soal Aira kehairanan. Dia hanya mengikut kemana lelaki itu membawanya kini. Parah Aira, kau benar-benar sudah mabuk cinta dengan Jemy.
            Kaki Aira kaku tiba-tiba. Matanya masih tertumpu pada pemandangan yang begitu indah di hadapannya kini. Sangat romantik! Segera dia menoleh kearah Jemy yang hanya tersenyum. Ah! Tak sedarkah Jemy yang dia boleh kena serangan jantung dengan senyuman dia tu, tambahan lagi dalam suasana yang begini.
            Tempat makan istimewa itu hanya diterangi dengan cahaya lilin yang memancarkan cahaya kekuningan. Aira melihat lagi di atas meja, ada dua lauk yang terletak kemas di atas pinggan segi empat. Di tengah-tengahnya pula berdiri dua kaki lilin yang berwarna merah hati dan tiga kuntum bunga ros merah. Aira menekup mulutnya, Apa semua ni? Adakah selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan?
            Jemy sudah melangkah kedepan, tangan Aira masih dalam genggamannya. Segera matanya mengarahkan Aira untuk mengambil tempat di sebelahnya.
            “Cantik..” hanya itu yang dapat Aira zahirkan. Selebihnya, hati yang tadi mula tenang mula berkocak hebat. Dia benar-benar tertarik dengan Jemy malam itu.
            Jemy mencapai kamera yang berada di sebelah mejanya. Wajah Aira yang sudah teruja terus dirakamnya. Klik!
            Tergamam Aira seketika.
            “Saya berniat nak rakam apa saja yang terlukis di wajah awak. Mulai dari hari ini.” Ujar Jemy.
            Aira hanya menggeleng senyum, inilah padahnya bila berdampingan dengan Mr. Photographer ni, semua benda tak jauh dari kameranya. Itulah Jemy yang dia kenal. Namun bukankah itu yang mengikat hatinya?
            “So, awak prepare semua ni?” soal Aira.
            “Ya. Awak suka?” Jemy meyoal kembali, matanya masih tidak lepas memandang wajah Aira.
            “Suka. Saya sukakan cahaya lilin ni, pemandangan ni, bunyi ombak, dan..”
            “Dan..?”
            “Dan..Ha, bungo ros ni!” Aira terus mencapai sekuntum bunga ros yang kelihatan segar dari dalam gelas putih tersebut.
            “Bau pun wangi.” Sambung Aira. Tika ini dia tidak berani mendongak wajahnya, dia tahu Jemy sedang merenung kearahnya. Dan renungan itu membuatkan hatinya cair! Ingin saja dia luahkan pada lelaki itu betapa lelaki itu sudah membuatnya gila bayang!
            Jemy tersenyum, dia tahu Aira sudah tak keruan. Malu pun ada, walau dengan cahaya lilin dia tahu wajah gadis itu sudah merona merah. Itulah wajah kegemarannya. Jemy menghela nafas perlahan, dia turut mengakui hatinya turut berdebar hebat. Inilah kali pertama dia melalui saat begini. Mungkin lebih tepat lagi, ini pertama kali dia merasakan cinta!
            Jemy membuka penutup makanan di atas meja. Sebuah bingkai gambar menjadi hidangan di atas pinggan segi empat tersebut.
            “Gambar apa ni?” Aira mencapai bingkai gambar tersebut, hampir ternganga mulutnya melihat figura yang terakam kemas di bingkai gambar tersebut. Kalau tak silap, gambar ni..
            “Gambar ni..”
            “Rasanya semua ni bermula kerana gambar tu kot.”
            “Tapi awak kata, awak tak ambik gambar saya..” Aira mula menggeleng tidak percaya. Gambar dirinya yang mengenakan pakaian entah apa-apa tu telah dirakam oleh Jemy. Bukan main lagi lelaki itu menafikannya. Pandai sungguh Jemy.
            “Itu bukan awak, awak lupa make up dan cara pemakaian awak masa tu. Totally different!” balas Jemy.
            “Huh! Awak masih lagi nak sangkal. Ni, bukti ada depan mata. Nak sangkal apa lagi.” Hilang sudah suasana romantik seketika tadi. Suara Aira mula meninggi, meningking Jemy yang masih bersahaja di depannya. Tajam dia menjeling Jemy.
            “Marah ke?”
            “Dah tu? Awak expect saya nak ketawa bila awak tipu saya. Siap cakap saya tak cantik lagi.” Marah Aira dengan nada merajuk. Jemy ketawa.
            “Oh, jadi awak marah ni pasal saya cakap awak tak cantiklah? Begitu?”
            “Sikitlah!”
            “Memang tak cantik pun hari tu, macam badut sarkas saya tengok.” Usik Jemy.
            “Jemy!” Aira menghempas kuat bingkai gambar di atas meja. Mati sungguh ketawa Jemy tika itu. Wajah Aira yang berubah macam singa itu dipandang tidak berkelip. Betul-betul marah ke dia ni?
            “Marah betul-betul ke?” soal Jemy lagi. Kali ini lebih serius.
            “Awak tipu saya!” tekan Aira.
            “Mana ada tipu, betulkan hari tu bukan awak? Awak menyamar jadi apa hari tu?”
            Aira mula memuncungkan mulutnya. Si Jemy ni memang tak ada perasaan langsung. Ingatkan nak luah perasaan cinta ke kat aku. Ni! Tunjuk gambar aku tu buat apa? Siap cakap aku badut sarkas lagi! Memang tak boleh diterima. Aira merengus geram.

            “Straight to the point Sara. Saya rasa, saya dah sukakan awak. I’m beginning to like you!”

2 comments:

  1. Romantiknya la si jemy ni..hahaha..akhirnya die mengaku juga yg die sukakan sara..yes..yes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muehehehehe... Acu x jwb meh yong jwb..
      Tungguuuuu bab seterusnya :p

      Delete