BAB 2.
“Nak
pergi mana tu Dira?”Soal Datin Sira kepada anak bongsunya itu.Dilihat anaknya
itu masih tidak menjawab panggilannya itu.Dia memanggil untuk kali yang kedua.Nur
Adira menghentikan langkah mendengar suara ibunya .Sedikit merengus dia dengan
kerenah ibunya.
“Dira
nak keluar...”Jawabnya selamba tanpa memandang wajah ibunya
“Dah
nak lunch ni...makan lah
dulu.”nasihat Datin sira,dia meletakkan
kembali cangkul dan sarung tangannya diatas para rumahnya dan menghampiri anak
bungsunya itu.
“Dira
makan kat luar,dah janji dengan kawan...”
“Dira...ibu
masak lebih hari ni.Kak Syifa baru je dapat projek besar tu...kita raikanlah
sama...”Pujuk Datin Sira enggan berputus asa,dia sedia maklum biarpun Nur Syifa
dan Nur Adira adalah kembar namun perangai kedua anaknya itu sangat berbeza.Nur
Adira lebih membimbangkannnya ekoran perangainya yang degil dari kecil lagi.Nur
Adira mengeluh kuat hatinya sakit setiap kali ibunya asyik memuji kakaknya itu.Kakak
itulah,kakak inilah...Bosan!
“Bu...anak
kesayangan ibu tu kan dah ada.Dira tak perlu ada.”Bangkang Nur Adira keras.
“Dira...ibu...”
“Dah
lah bu...Dira dah lewat ni.Satu lagi...Dira tak
balik malam ni..”Ujar Nur Adira terus memasuki kereta berjenama Nissan
Skyline miliknya yang dihadiahkan oleh ayahnya sempena ulang tahunnya yang ke-21
tahun lepas.
“Dira
dengar dulu apa ibu nak cakap ni...”Panggil Datin Sira lagi tapi tidak
diperdulikan oleh anaknya itu yang terus saja berlalu meninggalkan Villa Daisy
Nur Adira dapat melihat melalui
cermin sekujur tubuh ibunya yang ditinggalkan.Dia menghentak stereng
keretanya,hatinya sakit sangat melihat kasih sayang kedua ibu bapanya terhadap
kakaknya Nur Syifa.Dari dulu hingga sekarang hanya kakaknya itu dipuji setiap
masa.Kalau semua orang ingin mengatakan bahawa dia cemburu.Ya...! dia memang
cemburu dengan kembarnya itu,dan dia mengakuinya.Kereta terus dipandu dengan
laju meninggalkan villa Daisy.
Nur Adira mendail nombor
sahabatnya,Mona.Dia ingin menenangkan fikirannya yang memang sedia kusut.Kenapa
perlu semua orang menyanjungi kakaknya itu?Apa bagusnya dia?Apa kurangnya
aku?Nur Adira celoteh sendirian.Bengang sungguh hatinya bila saja nama kakaknya
menitir dibibir ibunya.Dia sedia maklum akan kejayaan kakaknya
itu.Tapi..Ah!Malas dia ambil peduli.Dia sebal,dia juga turut membanting tulang
untuk membangunkan Menara Holding,tapi hanya nama kakaknya saja yang
disebut.Nur Adira mejerit sekuat hati.Membara sungguh api cemburunya tika ini.
Nur Adira membelok keretanya di
tempat parkir yang telah disediakan untuknya di sebuah banggunan besar Wisma
Menara Holding.Dia ingin singgah sekejap untuk mengambil beberapa barang yang
tertinggal.
Dari jauh Nur Adira dapat melihat
kakaknya yang sibuk berbincang sesuatu dengan setiausahanya.Hanya sepintas
pandangan.Nur Adira terus melangkah kebiliknya.Malas untuk bertegur sapa dengan
kakaknya itu.Sakit hati!
“Dik.”Panggil Nur Syifa.Dia
melangkah terus ke ruang pejabat adiknya.
“Emm..”Jawab Nur Adira
bersahaja.Malas untuk berbasa-basi.
“Pukul berapa sekarang?Dah dekat
pukul dua belas,adik baru masuk kerja?”Soal Nur Syifa tegas.Biarpun Nur Adira
adalah adiknya,namun itu tidak bermakna Nur Adira boleh berbuat sesuka
hati.Peraturan tetap peraturan!
“Kenapa?”
“Kenapa?Adik,kalau adik datang
lambat macam ni,apa kata pekerja lain?Tolong tunjukkan imej yang bagus untuk
syarikat.”
“Kau jangan nak ajar aku.Aku tahulah
apa nak buat.”Jawab Nur Adira kasar.
“Kakak cuma nak...”
“Aku tahulah kau tu dah cukup bagus
bila dapat projek berjuta tu.Kau tak payahlah nak ajar aku.Kau buat je kerja
kau tu supaya kau lebih bagus dan boleh dapat pujian dari semua orang.Tak payah
nak sibuk hal aku.”Nur Adira mula berang.Dia mencapai tas tangannya.Muak untuk
memandang wajah kepuraan kakaknya itu.
“Adik cakap apa ni?”
“Kau jangan hipokrit lah.Aku tahu
semua orang dekat luar sana tu puji kau bagai nak rak,aku takkan.Kau nak tahu
sebab apa?Sebab aku tahu yang kau ni hipokrit!”Jerkah Nur Adira lagi.Tajam
matanya memandang wajah sugul kakaknya itu.
Seketika Nur Syifa memanah pandangan
adiknya,tak semena-mena satu tamparan hinggap dipipi Nur Adira.
“Damn
you!”Jerit Nur Adira terus berlalu meninggalkan Nur Syifa yang jelas
terkulat.Berkali dia memandang tangannya.Menyesali perbuatan spontannya yang
menampar pipi adiknya itu.Berkali-kali dia beristifar,ingin membuang segala
rasa marah yang menguasai dirinya tika ini.
*********************
KERETA Honda City
berwarna hitam selamat tiba di salah sebuah rumah yang menempatkan
pesakit-pesakit mental.Dia menarik nafas seketika,sudah hampir dua minggu dia
tidak mengunjungi tempat ini ekoran kesibukannya di pejabat.Sudah menjadi rutin
hidupnya sejak 17 tahun yang lepas bahawa dia akan selalu kesini paling kurang
pun dua minggu sekali.
Selepas menulis nama sebagai pelawat
Syed Azmie didatangi seorang doktor wanita yang berkaca mata.
“Apa
khabar Azmie,dah lama awak tak ke sini..?”sapa wanita itu lalu beriringan
dengan Syed Azmie.
“Baik...banyak
kerja sikit kat Office,sekarang ni
pun terpaksa curi-curi masa sedikit..”
“Puan
Nadia sihat...cuma kebelakangan ini saja dia susah sikit nak makan mungkin dia
dapat rasa kot yang anaknya tak datang melawat.”Ujar wanita itu sambil
tersenyum.Syed Azmie membalas dengan senyuman itu,dia akui wanita disebelahnya
ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri, seorang wanita berkerjaya lagi
cantik,dia akui dia terhutang budi dengan wanita ini kerana membantu menjaga
ibunya sejak 3 tahun yang lepas setelah Dr.Kumaran bersara.
“Maaflah...memang
banyak sangat kerja sejak kebelakangan ini sebab tu tak boleh nak jenguk selalu.Apa pun thanks sebab bantu saya untuk jaga
mama...”ujar Syed Azmie sambil melemparkan senyuman manis kepada doktor muda
tersebut,langkahnya diteruskan ke tingkat atas dengan ditemani Dr.Amira,setibanya
di bilik yang tertulis nama Nadia,tombol pintu dipulas.Syed Azmie mencari
kelibat Wanita kesayangannya itu.
kelihatan
ibunya sedang duduk bersila dibawah birai katil hospital sambil menatap gambar
kesayangannya yang sering dibawa kemana sahaja dia pergi,Syed Azmie mengambil
gambar dari tangan ibunya ditatap lama gambar tersebut jelas senyuman ibunya
disamping keceriaan wajah ayahnya yang bahagia disamping dirinya suatu ketika
dahulu.Hati Syed Azmie sebak secara tiba-tiba,lakaran kenangan dulu mula
menusuk kehatinya,jiwanya kini tandus,gersang dan penuh kesunyian dia begitu
dahagakan kasih sayang dari ibunya itu namun dia mengerti ini bukan permintaan
dari ibunya untuk menjadi begitu tetapi ibunya terluka...terluka kerana terlalu
merindu insan yang bergelar suami dan anak yang telah meninggalnya pergi 17 tahun
yang lalu.
“Azmie...begitulah
keadaan puan Nadia kebelakangan ini,kadang-kadang bila malam dia menangis.Tapi
awak tak perlu lah risau saya dah suruh penjaga kat sini tolong tengokkan dia
bila saya tak ada.”jelas Doktor Amira, Syed
Azmie hanya diam matanya tidak lepas memandang wajah insan kesayangannya
itu.
“Mira...saya
berharap pada awak untuk menjaga ibu saya ni,kalau tak ada awak saya tak tahu
apa yang harus saya lakukan...”
“Tak
apa lah Azmie...lagipun ini dah tanggungjawab saya.Tak susah pun nak jaga Puan
Nadia...”
“Terima
kasih...nanti kalau perlu apa-apa bagitahu saya..”Ujar Syed Azmie sambil
melangkah keluar dari bilik ibunya diiringi oleh Dr-Amira.
*************************
“MANA
Dira?Dia tak makan sekali?”Tanya Dato’Fadzil dipandang wajah isteri dan anak
sulungnya yang duduk bersebelahan dengannya,keduanya saling berpandangan.
“Dira
ada kerja ayah...mungkin keluar dengan kawan nya kot.Ayah tak perlu lah risau
lagipun Dira kan dah besar tahulah dia jaga diri..”Jawab Nur Syifa,dia bimbang ayahnya akan berfikir
yang bukan tentang Nur Adira.Didengar ayahnya hanya mengeluarkan keluhan yang
berat.
“Penat
betul ayah dengan budak ni.Tak pernah nak duduk kat rumah.Asyik merayap jer tak
tentu pasal.Bila pagi nanti baru balik...”keluh dato’fadzil
“Dah
lah bang...abang tu tak berapa sihat”Nasihat Datin Sira,risau akan kesihatan
suaminya yang makin menyusut kebelakangan ini.
“Ya
ayah...pasal Dira tu ayah tak perlu lah risau,nanti Syifa tolong tengokkan...lagipun
Syifa percaya yang Dira tak kan buat benda yang tak elok...”ujar Nur Syifa berusaha untuk menyenangkan hati
kedua ibu-bapanya.Dia mengeluh sendirian dia juga risau bagaimana untuk dia
menasihati kembarnya itu sedangkan hubungan mereka tidak pernah sekata sejak
dulu,dia mengetahui yang adiknya itu tidak pernah menyukainya atas sebab yang dia dendiri tak pasti.
Selesai menjamu selera, Nur syifa
merehatkan diri di taman kecil hadapan rumahnya yang berlanskap ala hutan hujan
tropika,hiasan tumbuhan hutan hujan tropika menyejukkan lagi mata memandang
dengan kehijauan yang semula jadi,tiba-tiba dia mengagumi kebolehan ibunya menghiasi
lanskap tersebut.Hanya seketika,fikirannya kembali terfikir perihal adiknya Nur
Adira,dirinya dibawa kenangan beberapa tahun dahulu sewaktu dia dan adiknya
sama-sama menunutut di luar negara.dari
saat itu hubungan dia dan adiknya semakin teruk.
***********************
Universiti Cambridge,London.
“KAU kan yang
bagitahu ayah semuanya..!”tengking Nur Adira tiba-tiba.dia yang waktu itu sedang
menelaah buku terpampan seketika,dilepaskan pen dari tangannya.Nur Adira
tiba-tiba melulu masuk ke biliknya tanpa menyapanya terlebih dahulu.
“Apa
ni dik,bagitahu apa? Kakak tak faham...”jelas Nur Syifa cuba untuk memegang
jemari adiknya itu namun hampa,Nur Adira menepis kuat tangannya.Nur Syifa berfikir sejenak bagitahu
apa?apa yang dira rahsiakan?dan apa yang aku bocorkan?
“Kau
jangan buat-buat tak tahu.Ohh...mentang-mentanglah kau anak kesayangan ibu dan ayah kau boleh buat sukahati kau.Hei Syifa..!
aku tahu lah apa aku buat,kau tak perlu nak tunjuk baik kononnya risau aku buat
benda tak elok...”kata Nur Adira lagi tanpa mendengar penjelasan dari kakaknya
terlebih dahulu.
“Dira...kakak
benar-benar tak tahu apa yang berlaku.Kakak...”
“Sudah...kau
jangan nak berlakon.Kau kan yang bagitahu ayah yang selama disini aku tidur
dengan Jason.Kau kan yang bagitahu..!”Tengking Nur Adira lagi,langsung tidak
menghormati kakaknya itu.
“Dik...memang
kakak tahu yang selama ini adik tidur
dengan Jason,tapi kakak tak bagitahu ayah.Lagipun dik...apa yang adik
lakukan tu salah.Dia bukan muhrim kita dik...”jelas Nur Syifa cuba untuk
membela dirinya.Ya...selama ini dia membutakan mata melihat kelakuan adiknya
itu tidur dengan kekasihnya Jason,bukan dia tidak menasihati namun semuanya
bagaikan mencurah air di daun keladi.Nur Adira langsung tidak memperdulikan
nasihatnya.
“Kalau kau tak
bagitahu,kenapa pula ayah boleh tahu.kau tak payah nak berlagak alim.Alah...bukan
aku tak tahu yang sekarang ni kau sedang hangat bercinta dengan senior pujaan
ramai tu siapa nama dia...Saiful kan..?”ejek Nur Adira sambil tersenyum sinis.
“Adik bukan tak
tahu,ayah tu bukannya bodoh...dari dulu lagi kakak dah bagitahu yang ayah dah
upah spy untuk tengok-tengokkan kita kat sini,maybe spy ayah yang bagitahu..”
“Sudah lah...ini warning aku yang terakhir.Kau jangan
cuba nak masuk campur dalam segala
urusan aku...faham!!!”
“Adik apa yang ayah
bagitahu tu betul.Tak elok duduk serumah dengan lelaki yang bukan muhrim,lagipun
Jason tu tak seagama dengan kita,kalau dia betul-betul sukakan adik,kahwinlah...suruh
dia masuk islam...”Nur Syifa masih tidak berputus asa menasihati adiknya itu.
“Hei...siapa kau
nak ajar aku itu ini,sukahati akulah...aku ni memang tak baik dari dulu sebab
tu ayah dan ibu lebih kan kau jer....yang aku ni di anak tirikan...”
“Apa yang adik
cakap ni...ayah dan ibu tak pernah nak beza-bezakan kita,cuma ayah nak adik
dengarlah cakap mereka....”
“Tak !selama
ini...ayah dan ibu hanya sayangkan kau jer...mereka tak pernah sayangkan
aku...”Tengkin Nur Adira seolah-olah orang yang hilang akal.Bulat matanya
menikam mata kakaknya,membara sungguh hatinya saat ini.
“Adik...”
“Kau dengar sini baik-baik...mulai
dari saat ini,aku tak ada kena mengena dengan kau...dan segala urusan aku,kau
tak payah nak masuk campur.Aku tak suka..!”Jelas Nur Adira sebelum berlalu
pergi.
Segalanya
masih kekal dalam ingatan Nur Syifa,dia begitu menyesali apa yang telah berlaku
antara dia dan Nur Adira.Dia begitu menyanyangi adiknya itu namun Nur Adira
begitu membencinya hanya kerana salah faham yang sememangnya tidak benar.
Nur Syifa
mengeluh perlahan bagaimana untuk dia berbincang dengan Nur Adira tentang
kerisauan ibu-bapanya,namun Nur Syifa mengetahui dia harus melakukan sesuatu
untuk kedua ibu bapanya.
No comments:
Post a Comment