“Rupanya awak ni anak Dato`Fadzil ya Dira.” Soal
Syed Azmie tiba-tiba setelah mereka keluar dari restoran seri melayu tadi.Wajah Nur adira dipandang,memang
ada sedikit iras wajah Nur syifa `macam mana aku boleh tak perasan ya?’bisik
Syed Azmie dalam hati.Kedua-duanya adik beradik tapi kenapa ya hubungan mereka
tidak seperti itu? Soalan itu terus berlegar dalam fikiran Syed Azmie.
“Kalau
saya anak Dato Fadzil habis tu awak ada masalah ker?”Soal Nur Adira hatinya
masih membara melihat kakaknya tadi bersama dengan Syed Azmie.Biarpun sudah
dijelaskan bahawa mereka hanyalah berjumpa atas urusan bisnes tapi NurAdira
tetap tidak berpuas hati,baginya kakaknya itu akan merampas apa saja yang dia
suka termasuk lelaki.Syed Azmie mula menggelengkan kepala,marah sungguh gadis
disebelahnya ini,kalau tidak gadis itu akan kuat memegang tanggannya dan akan
bermanja dengannya.
Bagi
Syed Azmie perkenalannya dengan Nur Adira adalah sama seperti gadis lain hanya
untuk berfoya-foya.Terpulang pada gadis itu untuk menganggapnya sebagai apa.Bila
dilihat lagi berbeza sungguh perwatakan Nur Adira dengan Nur Syifa bagai langit
dengan bumi.Nur syifa gadis ayu yang muslimah menggunakan hijab,serta sangat
bersopan santun.Ketegasan Nur Syifa telah membuatnya berjaya menerajui empayar
Menara Holding.Nur Adira pula nampak belum matang dan pakaianya juga
mengalahkan orang barat.Syed Azmie mula mengukir senyuman, dia memikirkan
jalannya yang makin mudah untuk membalas dendam pada keluarga Dato Fadzil
segalanya sangat mudah dalam fikiran Syed Azmie,cuma sekarang dia harus
mengatur strategi yang lebih terperinci agar boleh melibatkan diri dalam
keluarga Nur Syifa.
“Apa
yang awak fikirkan”Soal Nur Adira kepada lelaki yang baru dikenalinya seminggu
yang lalu melalui rakannya Mona.Dia mengakui kali pertama berjumpa dengan lelaki
itu telah membuatkan dia jatuh cinta dan dia juga menyedari perasaan Syed Azmie
sebaliknya tapi dia akan buat Syed Azmie akan tunduk padanya suatu hari nanti.Ya,itu
janjinya..!
“Saya
fikirkan...selama ini macam mana saya boleh tidak tahu yang awak dan Nur Syifa
tu adik beradik .Kembar pulak tu...tapi awak berdua berbeza sangat”Akhirnya
ayat itu terlahir juga.Dia memandang Nur Adira yang jelas masih marah
“Kenapa?Awak
dah jatuh hati pada dia pulak ker?”soal Nur Adira kembali tanpa menjawab soalan
yang ditanya Syed Azmie,dia makin sakit hati bila Syed Azmie masih memikirkan
gerangan kakaknya itu.
“Kesitu
pulak dia...awak yang sorang ni saya tak terjaga apa lagi nak tambah sorang
lagi.”balas Syed Azmie,dia sengaja mahu menyejukkan hati teman disebelahnya itu.Dapat
dilihat gadis disebelahnya kini mula tersenyum itulah perbezaan diantara Nur
Syifa dan Nur Adira.Nur Syifa akan tidak selesa bila diusik begitu berlainan
dengan Nur Adira yang suka diusik begitu.
“Tak
lah saya ingat awak dah mula jatuh hati dengan dia tu”
“Hubungan
awak dengan kakak awak tu tak baik ya..?”Soal Syed Azmie lagi memang dia ingin
lebih banyak tahu perihal keluarga musuhnya itu.
“Tak
nak lah cakap hal ni...buat sakit hati jer”kata Nur Adira,dia memang malas
memikirkan kakaknya itu.
“Errmm...okey.Dah
makan ?Kalau belum kita pergi makan dulu ya..nanti kosong perut tu.Susah...sejukkan
hati tu dulu ya” Pujuk Syed Azmie.Nur Adira hanya mengangguk hatinya mula
resah,resah akan kehadiran kakaknya dalam hidup Syed Azmie.
********************
PETRICIA
menghempas beg tanggannya di atas katil.Hatinya membara bila melihat lelaki
pujaannya berduaan dengan seorang wanita petang tadi.Niatnya yang hanya ingin
menjamu selera terbantut bila melihat kelibat Syed Azmie dengan seorang wanita
bertudung.Petricia semakin geram ,habis bantal dan cadar tilamnya di selerakkan.Air
matanya mula gugur rasa sakit hati makin menggunung,Masih segar diingatannya kenangan
antara dia dan Syed Azmie suatu ketika dahulu.Segalanya sungguh indah,apa saja
sanggup dia lakukan untuk pujaan hatinya itu .
“Siapa perempuan tu sayang ?Kenapa you mesra
sangat dengan dia?”Marah Petricia hari tu semakin membuak,bukan sekali dia
berjumpa Syed Azmie tapi dah berkali-kali .Selama ni dia cuma menegur tapi kali
ini dia tidak tahan.Perhitungan harus dibuat.
“Dah
kenapa dengan you ni? Buang tabiat ke?”Soal Syed Azmie hatinya mula membara
melihat Petricia marah tidak tentu pasal,macam
kena rasuk hantu gayanya.Memang selama ni dia rapat dengan Petricia namun itu
tidak bermakna Petricia harus
mengongkong kehidupannya seperti itu.Lagipun dia hanya menganggap Petricia
teman rapatnya sama seperti yang lain.
“Memang
I dah buang tabiat...you sedar tak apa yang you dah buat kat I?You dah lukakan
hati I.Keluar dengan perempuan sana-sini,you ingat I boleh tahan ke?”Marah Petricia,segala
kemarahannya dihamburkan pada lelaki di hadapannya kini.Ya,dia memang tidak
dapat bersabar lagi bila diperlakukan begitu.
“Apa
you cakap ni?Bila masa pula I lukakan hati you?”Soal Syed Azmie ,dia tidak puas
hati dituduh seperti itu.Bukan dia tidak
faham perasaan Petricia,dia juga sedia maklum yang Petricia menaruh hati
padanya.Cuma Petricia tidak menggetarkan jiwanya,tidak membuatkan jantungnya
berdegup bila bersua muka,tidak membuatkannya rindu bila sesaat tidak berjumpa.
“Mie...you
sendiri tahukan macam mana setengah mati I cintakan you.I sanggup buat apa saja
demi you mie.Takkan itu pun you tak boleh nak nampak”Rayu Petricia,hatinya
sendu bila memikirkan yang cintanya tak pernah dihargai lelaki itu.Syed Azmie
menatap wajah Petricia,hatinya sedikit tersentuh melihat pipi yang basah dengan
air mata itu.Namun apakan daya dia tidak mempunyai sedikit peraasaan pada
wanita itu.
“Okey.Macam
ni saja lah...baik I terus terang dengan you.I minta maaf andai selama ini cara
I buat you rasa yang I cintakan you.Tapi…Ii memang macam ni,I anggap you tak
lebih dari seorang teman.I mengaku salah I.I minta maaf ya.”ujar Syed Azmie,bukan
masanya lagi untuk berdiam diri dengan kerenah Petricia.Bukan dia tidak tahu
yang beberapa orang kenalan wanitanya mengadu yang Petricia datang menyerang
mereka siap memberi amaran agar menjauhinya.Wajah Petricia dipandang kosong jelas kekecewaan di wajah manis itu.
“You
cakap apa ni?Yang you heret I kesana kemari tu apa? You jangan nak main-mainkan I mie...”marah Petricia,suaranya
makin meninggi.
“Okey,itu
salah I.Tapi...I tak pernah cakap pun yang I cintakan you.Buat masa ni,I tak
nak fikir soal perasaan.”ulas Syed Azmie,kalau boleh dia tak nak lukakan hati Petricia,tapi
dia tidak ada pilihan cepat atau lambat Petricia harus tahu perasaan dia yang
sebenar.Petricia hanya mampu mengalirkan airmata kata-kata Syed Azmie
betul-betul bagai sembilu menusuk kedalam tangkai hatinya.
Petricia kembali ke alam nyata
airmatanya kian deras mengalir.Biarpun peristiwa itu sudah lima bulan berlalu
namun hatinya begitu sukar melupakan pujaannya yang satu itu.Segalanya masih
jelas dalam kotak ingatnnya,tangganya kian kuat menggenggam cadar tilam.kini
rasa cinta bertukar benci.Dia benci melihat Syed Azmie begitu senang memainkan
perasaannya.Dia tekad,Syed Azmie harus menanggung segala perbuatannya.Telefon
bimbit ditekan,setelah beberapa saat menunggu kedengaran suara menyahut
panggilan tersebut.
“Shane,kita
tukar plan...kita jumpa malam nanti.”Ujar Petricia terus mematikan talian.Bibirnya
menguntum senyum,tiada lagi airmata yang mengalir seperti tadi.Hanya dendam
yang perlu di balas.Petricia nekad.
No comments:
Post a Comment