BAB 13
Marlia menyikat rambut anak perempuannya. Rambut lembut itu diusap
perlahan. Tidak henti-henti anaknya itu senyum bila dibeli baju baru.
“Sara cantikkan ma?” Aira
tersenyum simpul kearah ibunya. Marlia tersenyum seraya mengangguk. Anaknya itu
memang cantik.
“Okey, berdiri jap. Kita nak mulakan latihan.” Marlia mencapai
beberapa buah buku di sisinya. Buku tersebut diletakkan di atas kepala anaknya
itu, hari ini dia kan mengajar anaknya itu berjalan cara model.
“Aira hanya mengangguk.
Dia berjalan di atas garisan yang dibuat oleh ibunya. Buku-buku di atas kepala
di bawa perlahan supaya tidak jatuh. Kalau jatuh, maknanya dia gagal!
Marlia hanya tersenyum
bila anaknya itu cepat menangkap apa yang di ajarnya. Dia ingin anaknya itu
bergelar model suatu hari nanti. Menyambung cita-citanya yang tidak kesampaian.
“Mama, Sara dah boleh
buat!” Aira melonjak keriangan.
*****************
“MAMA Sara dah boleh buat..Mama!” Aira meracau sendiri.
“Mama!” Jemy mengenggam
kuat tangan Aira. Rambut gadis itu diusap perlahan.
“Syy..” Jemy menenangkan
Aira yang masih meracau. Simpatinya tumpah melihat keadaan gadis itu. Semalam,
tanpa berfikir dia telah membawa Aira kembali ke studio. Gadis itu direhatkan
di dalam bilik tidurnya di studio tersebut. Diamati wajah putih gadis itu,
sakitnya bila melihat gadis itu masih tak sedarkan diri, sakitnya bila melihat
gadis itu terbaring kaku sebegini. Inikah rasanya? Inikah rasanya bila mula
mencintai? Maafkan saya Aira..
Jemy menunduk. Binggung
sungguh hatinya, sudah semalaman Aira masih begitu. Jam sudah menunjukkan pukul
enam pagi. Urat lehernya segera ditegangkan. Semalaman juga dia tidak tidur
bila melihat gadis itu ayik meracau. Mata Jemy terpandang seutas rantai emas
putih yang bersinar dari atas mejanya, perlahan rantai milik Aira itu dicapai.
Rantai itu ditemui tersangkut di butang kotnya semalam.
“Sara?” nama yang terukir
kemas dirantai tersebut menarik perhatiannya. Siapa Sara? Dia ke? Kalau ya,
kenapa mesti guna nama Aira, Sara kan lebih cantik. Nama Aira tu lebih kepada
nama jepun atau cina.
Batuk kecil dari Aira
mengejutkannya, dia segera menghampiri gadis itu.
“Aira..” panggil Jemy
setelah yakin Aira mula membuka matanya. Jemy menghembus nafas lega.
“Saya di mana?” soal Aira
mamai, tangannya memegang kepalanya yang sedikit berat. Kenapa boleh pening
sangat ni? Semalam dia okey je.
“Awak masih di studio.”
Jemy menuang air suam ke dalam gelas dan diserahkan pada gadis itu.
“Studio? Kenapa? Saya tak
balik ke semalam? Seingat saya..”
“Dahlah, tak payah fikir
banyak-banyak dulu. Awak tak sihat.” Potong Jemy. Aira terus meneguk air yang
diberi lelaki itu. Wajah Jemy dipandang sekilas.
“Kenapa dengan bibir awak
tu?” soal Aira kehairanan. Bibir lelaki itu luka di tepi. Tangannya cuba untuk
menyentuh luka itu, namun Jemy cepat menghalang.
“Tak ada apa-apa, sikit
je. Tak payah nak risau.” Wajah Aira yang sedikit pucat dipandang penuh
simpati. Kerana dia, gadis itu sakit. Semua kerana kelalaiannya.
“Ambilkan saya first aid.” Pinta Aira tiba-tiba, kalau
boleh dia tak mahu menyusahkan lelaki itu, namun kepalanya yang berdenyut
menyukarkan pergerakannya.
“Nak buat apa?” Jemy
menyoal hairan.
“Ambil je lah,
ingat..semalam awak berhutang dengan saya.” Ugut Aira.
“Hutang apa?”
“Adalah, ambil dulu first aid untuk saya.” Arah Aira,
dilihatnya lelaki itu hanya menurut. Selepas beberapa saat, lelaki itu kembali
bersama first aid di tangan.
“Nak buat apa dengan benda
ni?” Jemy penasaran, diperhati sahaja tangan Aira yang mula membuka kotak first aid tersebut.
“Duduk sini.” Pinta Aira
lagi, tangannya sudah menepuk tempat di sebelahnya.
“Hah?”
“Duduklah.” Melihat Jemy
yang masih berdegil, Aira menarik tangan lelaki itu supaya duduk di sebelahnya.
Yellow Lotion dicapai, cecair kuning
itu dituang kedalam kapas.
“Sini sikit, tangan saya
tak panjang.” Ujar Aira manja. Jemy hanya tersenyum lalu menghampiri gadis itu.
Perlahan Aira menyapu luka di bibir lelaki itu, berdesit sedikit Jemy bila
lukanya mula terasa pedih dek ubat tersebut.
“Awak bergaduh ke?” soal
Aira, kini tangannya mencapai plaster kecil untuk menampal luka tersebut.
“Tak adalah!” nafi Jemy.
“Ini luka orang bergaduh.”
Ujar Aira. Bergetar tangannya bila menyentuh bibir lelaki itu. Kasihan, bibir
seksi dah tercedera. Bisik Aira nakal.
“Tak ada apalah. Awak
rehat je, hari ni tak payah kerja. Kalau dah okey sikit, boleh telefon pembantu awak jemput awak di sini.”
Terang Jemy. Aira tersenyum lagi, entah kenapa dia rasa Jemy berlainan hari ni.
“Kenapa?” Jemy menyoal
hairan. Sakit-sakit pun boleh tersenyum.
“Awak lain hari ni.”
“Lain apanya?”
“Tak ada lagi Aku, Kau.
Cakap pun tak sekasar dulu.” Balas Aira, Jemy terkesima. Hisy! Malukan aku je.
“Ermm, anggap je hubungan
kita memang macam ni.” Jemy terus berlalu meninggalkan Aira yang masih
tertanya. Hubungan? Hubungan apa? Aira tersenyum bahagia. Perubahan lelaki itu
membuatkan hatinya berbunga-bunga.
“Aku memang dah jatuh
cinta dengan photographer tu” Aira
merebahkan kepalanya. Sambil memejam matanya dengan senyuman. Terngiang-ngiang
kata-kata Jemy seketika tadi. "Hubungan kita memang macam ni"! Aira
mengulanginya lagi.
Jemy yang masih berdiri
dibalik pintu sudah mengukir senyum. Ternyata Aira faham akan maksudnya. Aku
pun memang sudah cinta dengan kau!
***************
AZLAN sudah mundar mandir di hadapan Jemy. Bagaimana lelaki itu masih
bersifat tenang di dalam keadaan genting sebegini. Wakil dari Mia Collection
akan datang sebentar lagi. Model yang diperkenalkan oleh Kiki masih belum
muncul.
“Macam mana ni Jemy?”
Rahim mula menyoal risau. Jemy masih bersandar sambil membelek kameranya. Ah!
Bosnya itu memang tak ada perasaan.
“Dah call Kiki?” Jemy menyoal serius.
“Kiki on the way.” Jawab Rahim lagi. Dia sendiri pun makin resah. Bukan
tidak tahu angin satu badan si Mia tu.
Pintu Studio dikuak dari
luar, Kiki dengan muka risaunya sudah menghampiri Jemy. Memang mengamuk si Jemy
tu nanti.
“Jemy..” panggil Kiki.
“You know me Kiki, aku tak suka berkerja dengan orang yang tak
berdisiplin. What happend?” tanpa
menunggu penjelasan dari Kiki, Jemy terus melampiaskan marahnya. Dari tadi dia
sudah menahan, muka Kiki semakin cuak. Jarang melihat Jemy marah sebegitu.
“Aku tak tahu pula si Suzy
tu nak tarik diri last minute.” Ujar
Kiki.
“Model lain tak ada?
Gantikan aje.” Cadang Jemy.
“Tak boleh, Mia memang nak
Suzy je gayakan keluaran baru butik dia tu. We
dont have any choice.” Jelas Kiki. Wajahnya sudah mencuka, mana tidaknya
sekarang dia disembur oleh Jemy. Sekejap lagi singa betina tu pulak. Siapa lagi
kalau bukan Si Mia!
“Aku tak kisah, cuma aku
tak nak disebabkan masalah ni, jadual photo
shoot aku terganggu. Itu je!” Jemy menggeleng perlahan. Inilah risiko yang
harus ditanggungnya bila berkerja dengan model-model di luar sana.
Masing-masing dengan kerenahnya tersendiri.
“Hi guys!” Kiki mahupun Jemy sudah terkesima. Wajah Mia yang muncul
tiba-tiba di muka pintu studio tersebut membuatkan mereka terkejut. Kiki sudah
memegang kepala. Jemy pula masih berlagak selamba. Bukan dia tidak tahu, bom si Mia itu bakal
meletus bila-bila masa saja.
“Kenapa ni? Photoshoot tak start lagi ke? Jemy?”
“Model tak ada, nak shoot macam mana? Nak aku ambil gambar
kau ke?” soal Jemy sinis. Merah padam muka Mia. Terus matanya menikam tajam
Kiki yang masih diam terkaku.
“Kiki?”
“Sorry, Mia..”
“Dont tell me..”
“Suzy dah tarik diri. Last minute. Tak payah nak salahkan
sesiapa, sekarang cari jalan nak selesaikan masalah ni.” Jemy menyampuk.
Kasihan pula dengan si Kiki tu. Mia sudah memicit kepalanya. Fesyen Show tinggal dua minggu je lagi,
dan kini model tarik diri tiba-tiba. Memang bikin panas.
“Kau tahu kan yang show tu tinggal dua minggu je lagi.
Macam mana boleh jadi macam ni?” suara Mia mula meninggi.
“Aku tahu, aku gantikan
dengan model lain, boleh?”
“Nope! Aku nak Suzy, hanya dia yang sesuai pakai rekaan baru aku
tu.” Jemy hanya menggeleng. Keras kepala betul si Mia ni. Boleh pulak nak
pilih-pilih model saat genting macam ni.
“Tapi..”
“Kau kena pujuk dia.” Mia
mula hilang sabar. Kiki pula sudah keresahan, bukan dia tak pujuk si Suzy tu,
puas dipujuk tapi Suzy tetap berkeras menolak tawaran Mia.
“Mia, aku bukan tak nak,
tapi..”
“Keputusan aku muktamad,
aku nak..” Suara Mia yang sedikit lantang itu terhenti seketika. Matanya masih
lekat memandang susuk tubuh yang baru turun dari tangga. Serentak itu Aira yang
perasan keadaan menjadi sunyi tiba-tiba, menoleh sekilas.
“Aku dah jumpa..” Mia
bersuara tiba-tiba. Jemy berkerut hairan. Apa kena pulak dengan Si Singa Betina
ni? Dia menoleh ke belakang. Aira..
“Jumpa apa?” kiki menyoal
pelik.
“Tu, pengganti Suzy!” Mia
bersuara riang, senyuman sudah terukir di bibirnya. Jemy sudah hilang kata.
Matanya turut membalas pandangan Aira.
No comments:
Post a Comment