BAB 12
Aira menghabiskan kerjanya secepat mungkin, dia perlu segera balik sebelum
lelaki itu selesai sesi pengambaran. Cuak jugak Aira bila lelaki itu
memberitahu bahawa ada perkara yang perlu dibincangkan.Nak bincang apa? Takkan
dia perasan kot aku dah mula syok kat dia? Ah..tak boleh jadi ni. Aku kena
bertindak cepat.
“Last snap. Make it much better okey.” Jemy memusing sedikit lensa
kameranya. Bunyi klik kedengaran. Model-model tersebut berjaya membuat yang
terbaik seperti yang Jemy harapkan.
“Ok, Good!” ujar Jemy penuh ceria. Rahim dan
Azlan mengeluh lega. Seharian jugak nak uruskan model baru si Kiki tu.
Jemy begerak ke monitor,
seperti biasa gambar-gambar tersebut akan dipilih terlebih dahulu. Mimi dengan
lenggok manjanya menghampiri Jemy, sengaja badannya sedikit ditundukkan, dia
turut berpura-pura mengamati gambar-gambar yang diambil Jemy seketika tadi.
Tergamam Jemy seketika,
beraninya model ni. Jemy menelan air liur seketika bila Mimi seakan-akan
mendedahkan bahagian dadanya. Ala..dah tunduk macam tu di hadapan Jemy memang
akan mendedahkan sedikit bahagian dadanya. Apa kena dengan budak ni? Nak goda
aku ke? Air liur yang ditelan seolah-olah tersekat dikerongkong.
“Awak ni memang berbakat
kan. Saya suka cara awak kerja.” Suara Mimi sengaja dimanjakan. Dia mula
berminat dengan jurugambarnya itu.
“Terima kasih.” Jemy
menjawab ringkas. Panas pulak dia rasa.
Aira yang memandang mula
membahang. Dasar lelaki miang! Marah Aira.
“Dah selesai ke?” ujar
Kiki yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Jemy mengambil kesempatan itu
melarikan diri dari Mimi. Segera Kiki didekati. Mimi pula sudah mengeluh hampa.
“Tengok kakilah.” Jawab
Jemy.
“How my new models, Jemy?” soal Kiki.
“Okey, not bad.”
“ I serahkan model-model
tu pada you tau, pandai-pandailah you uruskan.” Jemy hanya mengangguk. Matanya
mula melilau mencari kelibat seseorang, mana dia ni? Takkan dah balik kot.
“Okey, nak kasi you all semangat sikit berkerja, apa
kata hari ni I belanja you all makan.
Jom!” Laung Kiki. Pekerja-pekerja Jemy mula kelihatan bersemangat.
“Okey Jemy, jumpa tempat biasa.” Kiki menepuk sedikit bahu Jemy sebelum
berlalu.
“Lan, Rahim, aku balik
dulu ya. Bye!” Aira mencapai beg
sandangnya, sempat matanya menjeling Jemy yang masih memandangnya. Ah,
lantaklah lelaki tu!
“Aira!” Jemy mengejar dari
belakang. Sempat tangannya menghalang Aira dari membuka pintu studio.
“Apa ni? Dah habis masa
kerja kan?” Aira memberanikan diri membalas pandangan tajam Jemy.
“Kau lupa ke apa yang aku
cakap tengah hari tadi?”
“Apa tu?” Aira pura-pura
tidak ingat, sedangkan dalam hatinya berdebar-debar bagai nak pecah! Ingat lagi
mamat ni. Apa aku nak buat ni?
“Aku..” Jemy terhenti
seketika. Matanya diarahkan kearah Rahim dan Azlan yang masih leka memandang
kearahnya. Segera Jemy memalingkan kunci keretanya kearah Rahim. Sempat jugak
Rahim menyambutnya.
“Korang berdua tunggu aku
dalam kereta. Kejap lagi aku sampai” Rahim dan Azlan hanya menurut. Menonong
mereka keluar dari studio, sempat lagi mata Rahim dikenyitkan kearah Aira.
Hisy, macam perli aku je ni. Bisik Aira.
Jemy menutup kembali pintu studio, sekali lagi matanya
memanah wajah putih manis di hadapannya kini. Muka itu nampak resah je.
“Tepilah, saya nak balik!” Aira menolak badan Jemy, namun
Jemy masih enggan berganjak dari situ. Dia begitu asyik menatap wajah merah
padam gadis itu. Kamera yang masih tergantung di tangannya segera diklik. Wajah merah padam Aira berjaya
dirakamkan.
“Apa awak buat ni?” suara Aira mula meninggi.
“Embrassing face.”
Ujar Jemy hanya tersenyum. Makin memerah muka Aira diperlakukan begitu. Eee..
geramnya dengan mamat sengal ni!
“Dah, tak payah fikir pasal nak balik dulu. Ikut aku.”
Jemy menarik tangan Aira. Kamera segera disimpan semula kedalam beg sandangnya.
**************
AIRA hanya berdiam diri dari tadi. Keadaan yang bingit dengan muzik-muzik
rancak semakin menyesakkan dadanya. Aquosonic Sunway menjadi destinasi Kiki dan
rakan-rakannya melepaskan tekanan setelah penat berkerja. Aquasonic Sunway
merupakan antara salah satu club yang terkenal di Malaysia, lokasinya
yang strategik dan terletak di dalam Sunway Piramid Sopping Mall menjadikan club tersebut banyak dikunjungi oleh
golongan muda.
Air cola diteguk untuk
berapa kali. Kiki dan beberapa model serta pekerjanya mula hanyut dengan arus
kemodenan, air haram diteguk tanpa takut. Aira menggelengkan kepalanya, biarpun
hidupnya dimandikan dengan kemewahan dia tak pernah lupa agama dan adat
melayunya.
Rahim dan Azlan turut
berseronok menari di atas stage.
Hanya tinggal dia dan Jemy yang masih termanggu di atas meja. Kalau bukan
dipaksa si mamat sengal ni, tak ingin dia nak menjejakkan kaki ke tempat
begini. Teringat Aira perbualannya dengan lelaki itu sebelum memasuki club
tersebut.
“Awak dah gila ke? Saya
tak pernah kesini.” Bisik Aira dengan keras, takut jugak kalau si Rahim dan
Azlan mendengar ujarannya. Jemy tersenyum sekilas.
“Aku pun jarang ke sini.”
“Jarang? Maknanya
pernahlah awak kesini, awak pergi je lah! Saya tak nak!” Aira masih berkeras.
Dia sudah berpeluk tubuh. Takkan nak masuk dalam sana dengan pakaian macam ni?
Bukan seksi manapun pakaian dia waktu tu, tapi bolehlah buat lelaki di dalam
sana terleka. Aira tersenyum sendiri. Sempat pulak nak puji diri tu.
“Aira, aku tak habis cakap
pun lagi..boleh tak kau dengar dulu.” Jemy bersuara perlahan, matanya sempat
mengisyaratkan kedua rakannya untuk masuk dulu.
“Nak cakap apa lagi? Saya
tak nak.”
Jemy mengeluh berat.
Degil!
“Aira, tak semestinya kita
masuk sana, kita kena minum minuman keras atau kena menari ikut rentak dia
orang. Kita duduk, minum je. Lepas tu balik.” Jemy mula memujuk. Aira terdiam
sejenak.
“Tapi saya takut. Saya tak
biasa..”
“Aku ada.” Balas Jemy.
Pakaian Aira dipandang sekilas, dia mula perasan gadis itu gemar menggunakan dress paras lutut yang longgar dengan
liliitan belt dipinggang. Tak berapa
seksi, pakaiannya itu tetap menutup bahagian dada dan lengannya. Comel, macam
gadis-gadis korea. Jemy terus menanggalkan kot hitam di badannya.
“Pakai ni.” Jemy
menyarungkan kot tersebut di bahu Aira. Terkesima Aira seketika. Ini kali kedua
lelaki itu melayaninya dengan baik. Kali ini Jemy kelihatan lebih casual, dengan
hanya mengenakan jean lusuh dan berbaju t-shirt, menyerlahkan lagi ketampanan
lelaki itu.
“Awak janji takkan
tinggalkan saya di dalam sana?” pinta Aira perlahan. Jari kelingkingnya
dihulurkan pada Jemy.
“Janji.” Segera Jemy
menyambut. Seketika jari kelingking mereka bertaut. Terserlah senyuman dibibir
Jemy.
“Jemy, lets dance.” Mimi muncul tiba-tiba, dia
melabuhkan punggung di sisi Jemy. Aira mula mengenggam kuat kot Jemy yang
menyaluti tubuhnya. Mulalah dengan perangai gedik dia tu! Dia menjeling sekilas
kearah Jemy sebelum membuang pandangnya kearah lain.
“Jemy jom!” ajak Mimi
enggan berputus asa.
Mata Jemy masih lekat
memandang wajah Aira yang berubah kelat.
“Tak apalah, awak pergi
je..saya penat!” Jemy beralasan. Bukan apa, dia ingin meluangkan lebih banyak
masa dengan Aira, seketika tadi dia dan Aira saling berpandangan. Buat pertama
kalinya gadis itu berani menatap matanya. Lama.
“Ala..jomlah!” Mimi
menarik tangan Jemy.
“Tapi..”
“Jomlah Jemy..” Kini Kiki
pula menyampuk, dia turut menarik tangan Jemy. Kini Jemy tidak ada pilihan.
Segera dia bangun membuntuti Kiki dan Mimi di atas stage.
Aira menjeling geram. Turun naik nafasnya menahan marah.
Memang tak boleh diharap!
“Mana Rahim dengan Azlan ni..” Aira membebel sendiri.
Menyesal pulak aku percaya cakap mamat sengal tu. Aira menoleh kearah Jemy yang
mula menari di atas pentas, besar matanya bila Mimi dengan sengajanya
mengenggam erat tangan lelaki tu. Ee..geramnya!
“Oh..kau ingat kau sorang je banyak peminat. Aku pun
bolehlah..sekali petik, sepuluh mari.” Ujar Aira dengan marah. Dia menanggalkan
kot Jemy dari badannya. Dia sudah tidak fikir apa-apa, hatinya sakit dengan
perbuatan lelaki tu! Aira melilau ke sekeliling, matanya terhenti pada seorang
lelaki yang turut sama memandangnya. Handsome!
Aira mula mendapat akal. Senyuman lelaki itu di balas,
bila lelaki itu menunjukkan segelas air padanya, Aira hanya mengangguk sambil
menunjukkan gelasnya juga. Ramah pulak lelaki ni. Huh! Kau ingat kau sorang je famous? Huh! Aku pun boleh!
Aira kaget bila lelaki itu berjalan menghampirinya.
Ekk..apa dah jadi ni? Aku terlebih goda ke? Aira mula mencari kelibat Jemy,
cuak jugak dia. Mana si Jemy ni? Aira memaniskan mukanya.
“Hi.” Sapa lelaki itu.
“Hi..” Aira menjawab bersahaja. Jantungnya mula berdegup
kuat.
“Minum?” ajak lelaki itu lagi.
Aira bungkam. Nak buat apa ni. Matanya dapat menangkap
Jemy yang membelakanginya, masih asyik lagi dengan kerenah si model gedik tu!
“Ya.” Aira menyambut gelas di tangan lelaki itu dengan
geram, rakus air itu diteguknya. Matanya tidak lepas memandang Jemy yang tidak
memperdulikannya.
“Air apa ni?” soal Aira setelah segelas air itu habis
diteguknya. Muka lelaki itu mula berkerut.
“Tak pernah minum ke? Air tu famous di sini. Kesannya cepat.” Jawab lelaki tersebut. Mata Aira
mula membesar. Air apa yang dah aku minum ni? Pantas gelas yang telah kosong
itu diambil semula, bau dari gelas tersebut menyengat hidungnya. Ya Allah! Aira
kian takut.
“Kau pergi!” tengking Aira tiba-tiba. Kini dadanya kian
pecah, panas air itu seolah-olah membakar segala sarafnya. Lelaki itu terpegun
tiba-tiba.
“Kau..” Aira memegang kepalanya yang terasa berat
tiba-tiba. Pandangan matanya kian kabur.
“Jemy..” panggil Aira tiba-tiba. Lelaki itu mula merapati
Aira, pinggang Aira dipeluk kemas. Cantiknya! Bisik lelaki itu perlahan sambil
tersenyum sinis
“Jemy..” panggil Aira buat kali kedua, namun cukup
perlahan. Tenaganya seolah-olah hilang. Pening di kepalanya kian mengasak.
Lelaki tersebut mula mengangkat badan Aira yang kian lemah, dia tak sabar
menikmati hidangan istimewanya malam itu.
“Lepaskan dia!” Tajam mata Jemy memandang lelaki yang
berani memaut pinggang Aira. Segera matanya diarahkan kearah Aira yang
seolah-olah tidak sedarkan diri. Apa yang dah jadi ni? Jemy mula dimamah risau.
“Kau siapa? Dia aku punya..” Lelaki itu tersenyum sinis.
Jemy mengepal penumbuknya. Kata-kata lelaki itu betul-betul menaikkan api
kemarahannya. Merah mata Jemy menerkam pandangan lelaki itu.
Dengan penuh rasa marahnya, satu penumbuk hinggap di pipi
lelaki itu. Terjelopok lelaki itu terjatuh.
“Kau memang nak kena!”
Tengking lelaki itu, dia terus menerkam kearah Jemy, muka Jemy terus
ditumbuknya dengan kuat. Jemy dapat merasakan bibirnya mula pecah, cecair merah
mula keluar. Belum sempat dia menghampiri lelaki itu, sekumpulan lelaki datang
menghampiri mereka.
“Hoi!” tengking si lelaki
berbadan besar dan berkepala botak itu.
“Aku jaga tempat ni.
Jangan buat kecoh!” lelaki botak itu bersuara keras. Jemy mahupun lelaki tadi
hanya menjeling tajam.
“Jemy, awak tak apa-apa?”
Mimi memaut lengan Jemy, dengan pantas Jemy menepis kuat tangan Mimi yang sudah
melingkar di lengannya. Terkesima Mimi dibuatnya.
“Aira!” Aira yang sudah
tak sedarkan diri dipandang. Tangannya memaut kepala Aira, pantas wajah Aira
didekatkan ke wajahnya. Bau yang keluar dari mulut gadis itu membuatkan Jemy
merengus geram. Gelas yang tersadai di atas meja dipandang sekilas.
“Jemy, kenapa dengan
Aira?” soal Rahim cemas.
“Aku balik dulu!” Jemy
mencempung badan Aira lalu meninggalkan club tersebut. Hatinya masih
berkobar marah.‘Maafkan aku Aira, maafkan aku!’ Rahim dan Azlan hanya
berpandangan. Apa yang dah jadi sepanjang dia dan Azlan sibuk ketingkat atas
tadi.
adeh jemy ni nape la tinggalkan si aira tu sorang2..janji tak tinggalkan tp tgglkn die pula...grrr ni yg nk marah dgn jemy ni..sibuk sgt dgn mimi gedik tu..huh..geram btol la dgn minah gedik tu..
ReplyDelete