Friday, February 14, 2014

Bab 1

BAB 1
Cermin mata berbingkai hitam dipasang kemas dimatanya. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang diikat dua dan ditocang kemas. Pen Zebra berwarna hitam turut dicapai, dengan perlahan satu titik hitam melekat di sebelah kanan pipinya, agak besar juga bulatan itu, menyerupai tahi lalat. Aira mengekek sendiri.
            Penampilan diri dipandang, macam nak tergoleng dia ketawa bila melihat dirinya melalui cermin tandas shopping complex tersebut. Dress paras lutut yang berwarna oren terang turut dipadankan dengan seluar lagging berwarna merah jambu, sungguh contra pemilihan warna pada pakainnya tika ini. Ah..dia tidak peduli, yang penting misi harus diteruskan. Misi menyingkirkan calon pilihan papa!
            Sekali lagi Aira menilik dirinya, make up setebal satu inci itu turut menakukannnya. Lipstick berwarna merah tebal kemas tercalit dibibirnya, pemilihan warna hijau terang digunakan sebagai pembayang mata. Aira ketawa sendiri melihat penampilannya. Beberapa wanita yang baru keluar dari tandas turut sama memandang sinis ke arahnya. Aira hanya menjeling melalui ekor mata. Peduli apa dengan pendapat mereka, yang penting kepalanya tak perlu dipeningkan memikirkan perihal jodoh-jodoh pilihan papanya, Tan Sri Megat Miqdad!
            Beg tangan dicapai, dengan yakin Aira melangkah keluar dari ruang tandas tersebut.
            “Jom!” Ajak Aira pada Mila selaku pembantu peribadinya atau lebih tepat lagi seseorang yang diupah oleh papanya untuk menjadi  personal assistant aka bodyguard. Aira memang tidak dapat melawan kehendak papanya yang satu itu. Kalau nak diikutkan naik rimas bila ada saja yang mengekorinya kemana saja.
            “Betul ke cik nak keluar dengan pakaian macam ni?” Soal Mila tidak yakin. Aira menghentikan langkahnya, segera dia memusing badannya menoleh ke arah Mila yang sentiasa kemas berpakaian dua puluh empat jam.
            “Kenapa? Ada yang pelik ke Kak Mila?” soal Aira seolah-olah tidak memahami pertanyaan Mila. Mila hanya mampu menggeleng melihat penampilan anak majikannya itu, muka cantik buat bapa nak dihodohkan?
            “Kak Mila nak cakap apa-apa ke?” Aira menyoal sekali lagi, kali ini lebih tegas dan lantang. Tangannya sudah dicekakkan ke pinggang.
            “Tak..” lambat Mila menjawab, sejurus mengikut langkah pantas Aira.
            “Tapi ingat..” Aira terhenti tiba-tiba, pantas badannya dipusingkan kembali mengadap Mila yang berjalan lurus di belakangnya.
            “Kenapa Cik Aira?”
            “Jangan sampai Tan Sri Megat Miqdad tahu..kalau tak.” Aira menjengilkan sedikit matanya seolah-olah memberi arahan kepada Mila. Naiya jugak kalau papanya dapat tahu tindakannya yang satu ni. Orang yang bakal ditemuinya selepas ini adalah anak kepada kawan papanya.
            Mila hanya mengangguk.                              
            “Ini rahsia kita tau, lepas selesai je semua misi kita ni..Aira belanja Kak Mila shopping, okey..” Aira tersenyum lega, pantas tangannya melingkari bahu Mila. Dipeluk erat, cukup melambangkan betapa eratnya hubungan mereka walaupun pada hakikatnya Mila hanyalah pekerja papanya.
            Aira meninjau-ninjau ke dalam ruang Restoran mewah, tempat temujanji yang telah diaturkan oleh papanya. Hanya ada beberapa pelanggan yang datang menjamu selera disitu.
            “Yang mana satu ya Kak Mila?” soal Aira kebingunggan, dia sendiri tidak pernah bersua muka dengan calon pilihan papanya itu. Matanya masih menjamah setiap pelanggan lelaki yang datang di situ.
            “Yang tu ke?” bisik Aira perlahan sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah seorang lelaki yang berambut sedikit panjang, namun diikat kemas ke belakang, serentak itu lelaki itu terpandang Aira yang berada di muka pintu Restoran tersebut. Lama. Aira membetulkan sedikit cermin mata bingkainya sebelum menoleh ke arah lain. Setelah beberapa ketika, Aira menoleh kembali ke arah lelaki tersebut yang masih ralit dengan kamera di tangan.
            “Hisy..mana ni Kak Mila? Tak payahlah..kita balik je.” Putus Aira, kakinya berkira hendak melangkah sebelum Mila memegang kejap lengannya.
            “Kenapa?” Soal Aira sedikit kasar.
            “Tu..” muncung Mila mula di arahkan kearah seorang lelaki yang melambai-lambai ke arah mereka. Aira menoleh, sebelum mendengus kasar.
            “Jom!” Ajak Aira, pantas kakinya menghampiri lelaki yang segak berkemeja hitam dan diselitkan dengan tali leher berwarna biru tua. Handsome jugak mamat ni, bisik Aira sendiri. Sempat Aira mengerling ke arah lelaki yang menyendiri di sudut restoran tersebut, kebetulan lelaki itu juga turut memandang ke arah Aira sebelum menyambung kembali dengan kemeranya.
            “Cik Aira ke?” soal lelaki tersebut dengan ramah, tangan dihulurkan untuk bersalam. Aira hanya memandang seketika sebelum dengan rakus menghirup segelas air suam yang tersedia di meja tersebut. Mila yang memandang nyata terkejut. Lelaki tersebut hampir ternganga mulutnya melihat olah gadis dihadapannya kini. Sedikit berkerut dahinya, senyuman dihulurkan pada Aira namun kelihatan terpaksa.
            “Tapi..betul ke ini Cik Aira..” lelaki tersebut bersuara kembali lalu merebahkan punggungnya di sebuah kerusi berhadapan Aira dan pembantunya itu.
            Aira hanya memandang kosong, seketika seorang pelayan restoran menghampiri  mereka lalu menyerahkan menu, pantas Aira mencapai dan meneliti senarai menu tersebut. Lelaki tersebut masih tidak lepas memerhati gadis yang kelihatan pelik di hadapannya itu. Betul ke perempuan ni? Gambar yang ditunjukkan Tan Sri bukan macam ni. Bisik lelaki tersebut, perlahan matanya di arahkan pada wajah Aira yang dipalit gincu yang tebal,dengan tahi lalat yang sebesar tu..penampilan yang entah apa-apa. Betul ke ni anak Tan Sri Megat Miqdad? Menyesal pula aku datang sini!
            “Oh ya, nama Encik ni siapa?” Suara Aira memecah lamunan lelaki tersebut. Sehabis manis senyuman cuba diukirkan.
            “Mikhail.” Jawab lelaki itu pendek, segera dia meneguk air suam. Tak betah rasanya melihat wajah gadis dihadapannya kini.
            “Oh..Mikhail. Dah berpunya ke?” Soal Aira lagi, hampir tersedak Mikhail dengan soalan Aira. Napkin yang berada di pahanya segera dicapai, pantas tangannya mengelap mulutnya yang sedikit basah. Mila di sebelah hanya tersenyum kecil, faham benar dengan olah Aira, pasti gadis itu sedang menjalankan misinya.
            Seketika makanan yang dipesan sudah menjamah mata. Hampir terbeliak mata Mikhail melihat beberapa hidangan yang terhidang di hadapannya. Siapa nak makan semua ni? Takkan..
Pantas mata Mikhail mengarah kearah Aira yang kelihatan ceria dan bertepuk tangan setelah melihat beberapa makanan kegemarannya.
“Cik Aira…” Tegur Mila bila melihat beberapa pengunjung lain memandang kearah mereka. Mikhail hanya mampu menggeleng kepalanya sambil tangan kirinya memicit kepalanya yang mula berdenyut.
Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, Aira memotong sedikit isi ikan kemudian mengunyahnya dengan rakus. Terbeliak mata Mikhail memandang anak perempuan Tan Sri Megat Miqdad. Mila pula hanya menyembunyikan senyuman dibalik wajah seriusnya.
“Makanlah..” ajak Aira dalam mulut yang masih penuh. Mikhail hanya tersenyum yang dibuat-buat.
“Rugi tau, sedap ni..” Makin melopong mulut Mikhail bila melihat tindakan Aira yang mula bersila di atas kerusi sambil makan dengan menggunakan tangan. Mikhail mula perasan pengunjung di restoran tersebut mula memandang kearah mereka dengan pandangan sinis.
“Cik..” panggil Mikhail mula hilang sabar.
“Ya..” jawab Aira tanpa riak bersalah.
Im sorry, I think..” Mikhail terdiam, pantas tangannya mengeluarkan sekeping gambar yang diberikan oleh Tan Sri Megat Miqdad tempoh hari. Gambar satu-satunya anak perempuan rakan perniagannya itu. Sempat Aira menjeling kearah sekeping foto miliknya di tangan Mikhail. Berdebar juga hatinya, takkan papa siap beri pakej gambar sekali dengan mamat sengal ni? Aduh..gawat ni! Matanya diarahkan pada Mila yang turut mencuri pandang kearahnya.
“Ini..”
“Wah..cantiknya, kekasih Encik Mikhail ke?” Potong Aira, sempat tangannya mencapai gambar tersebut dari tangan pemuda tersebut.
What!” Jerit Mikhail sedikit lantang. Terkebil-kebil mata Aira memandang wajah merah lelaki tersebut.
“Kenapa..?” soal Aira bersahaja.
“Bagitahu Tan Sri, terima kasih. Saya tak berminat nak teruskan rancangan gila ni.” Balas Mikhail cuba menahan rasa geram yang kian menghimpitnya kini. Tan Sri puji anak perempuannya cukup tinggi, tapi yang di depannya kini..Tan Sri tipu aku ke? Ah..mati hidup semula tak nak aku kahwin dengan perempuan sewel ni!
“Okey, nanti saya sampaikan pada Tan Sri ya!” Suara Aira kedengaran ceria.
            Mikhail menggeleng seketika, kendengaran kuat bunyi dentuman meja bila ditepuk kuat oleh Mikhail sebelum melangkah pergi meninggalkan Aira dan Mila. Semua pengunjung di situ memandang kearah Aira termasuk lelaki asing yang masih menyendiri di sebuah meja selang dua meja dari mereka.
            Aira terdiam seketika sambil matanya masih menghantar langkah Mikhail yang nyata kecewa dengan pertemuan pertama mereka.
            “Cik Aira..misi dah kira berjaya ke?” soal Mila
            Aira mengeluh seketika.
            “Cik Aira, cik menyesal ke? Memang patut pun, dia tu handsome lah..” sambung Mila lagi.
            “Saya rasa nak muntahlah..” ujar Aira lemah. Tangannya mula menanggalkan cermin mata yang dari tadi melekat di matanya.
            “Kenapa?” Soal Mila bernada risau.
            “Bagi saya make up remover.” Pinta Aira, tangannya masih lincah membuka ikatan di rambutnya, satu persatu tocang dileraikan. Botol yang dihulurkan oleh Mila dicapai, pantas dia menyapu mukanya dengan kapas. Tahi lalat buatannya turut dibuang.
            “Cik Aira menyesal ke?” soal Mila tidak puas hati.
            “Kenapa pula?” Aira menjawab kasar sambil tangannya masih membetulkan rambutnya.
            “Yalah, dari tadi Cik Aira diam je..”
            “Kak Mila, saya ni sikit pun tak menyesal, nak muntah lagi ada lah..”
            “Hah!”
            “Kak Mila, nak pecah perut saya melantak semua makanan ni.” Aira memegang perutnya yang mula rasa tak enak.
            “Cik okey ke?”

            “Okey, yang penting misi kita berjaya. Jom!” Ajak Aira, dia mula bangun dari kerusi, namun tiba-tiba satu panahan cahaya lensa kemera menyapa wajahnya, seketika Aira menoleh, wajah lelaki itu tersenyum sinis kearahnya lalu memasukkan kembali kamera ke dalam beg sederhana besar. Bulat mata Aira memandang kearah lelaki tersebut, namun riak bersahaja lelaki itu makin memanaskan hatinya.

No comments:

Post a Comment