BAB 5
Sebulan Kemudian...
Jemy merapati rumah banglo dua tingkat milik keluarganya. Sudah lama dia
tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Rasanya sudah hampir lapan tahun, sejak
dia mengambil keputusan untuk bekerja di Paris. Rumah agam itu ditinggalkan,
setelah kembali semula ke Malaysia pun, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke
rumah itu.
Tapi hari ini, pada detik
ini, dia cuba memungkiri janjinya pada wanita tua itu. Janjinya pada insan yang
dia panggil ibu..
“Keluar kau dari rumah
ini, dan jangan sesekali kau jejakkan kaki ke sini walaupun kau dengar berita
aku mati sekalipun!” Datin Laila mula bersuara, walaupun perlahan, namun cukup
tajam di pendengaran Jemy. Airmata yang cuba ditahan, menitis juga bila
mendengar kata-kata yang bagaikan sembilu dari mulut insan yang bergelar ibu
itu.
“Ibu..” panggil Jemy sayu.
Kini dia sudah bersujud di kaki tua itu. Kenapa dari dulu ibunya itu tidak
pernah belajar untuk menyayanginya sebagai anak.
“Aku dah bagitahu kau, aku
haramkan mulut kau panggil aku Ibu. Sekarang kau pergi!” Datin Laila masih
berdegil.
“Awak ni dah gila ke
Laila? Itu anak awak, anak kita!” tengking Datuk Roslan, selama ini dia
mendiamkan diri melihat perangai isterinya itu. Kejam sungguh isterinya itu
dengan darah dagingnya sendiri.
“Dah lah ibu, kasihan
dekat Abang Nazmi.” Nazrul pula menyampuk.
“Bangun Nazmi, ayah tak
salahkan kamu. Bangun nak” Datuk Roslan mula bersuara. Kasihan pula dia melihat
nasib anak sulungnya itu, dia tahu anaknya itu bukan sengaja memukul dua orang
kenalan perniagaan ibunya. Semuanya dia lakukan kerna tidak mahu sesiapa
memburukkan ibu kesayangannya itu.
“Yang awak nak baik sangat
dengan anak haram ni kenapa? Dia bukan anak awak pun. Dia tu anak yang bawa
sial! Saya ni jijik tau bila kenangkan dia pernah duduk dalam perut saya ni
sembilan bulan!” Begitu sekali kebencian Datin Laila pada anak sulungnya itu.
Tajam matanya menjeling Jemy yang hanya tunduk merenung lantai.
Tak semena-mena satu
tamparan hinggap di pipi Datin Laila. Semua yang ada di ruang tamu banglo mewah
itu diam tak berkutik, terkejut dengan tindakan Datuk Roslan. Selama ini tidak
pernah Datuk Roslan meletak tangan di pipi isterinya itu.
“Kenapa kamu jadi macam
ni? Dia tu anak kamu juga, jangan disebabkan punca kehadiran dia, kamu nak
buang dia. Nazmi ni darah daging kamu!” Datuk Roslan mula angin.
“Ayah, cukup yah..” Jemy
menyampuk. Seburuk manapun layanan ibunya, dia tidak rela ibunya disakiti.
“Ibu, maafkan Nazmi sebab
hadir dalam hidup ibu tanpa ibu pinta. Maafkan Nazmi sebab tak mampu nak jadi
anak yang baik untuk ibu. Mulai hari ini, Nazmi janji takkan jejakkan kaki di
rumah ini. Nazmi janji takkan munculkan diri depan ibu. Apa yang Nazmi nak,
cukuplah sekadar melihat ibu bahagia.”
Jemy tersedar dari
kenangan lama. Peristiwa itu sudah lapan tahun berlalu, kerana peristiwa itu
juga hatinya kuat untuk melalui suka duka kehidupan. Sehingga sekarang dia tak
pernah tahu kenapa ibunya itu begitu membenci dirinya. Besar sangatkah dosa
yang dia lakukan? Sebegini besarkah kesilapan melahirkannya ke dunia?
Dari jauh dia dapat
melihat Datin Laila sibuk dengan bunganya di taman. Wajah wanita tu sudah mula
berkerut. Wajah yang amat dirinduinya.
“Ibu..” panggil Jemy
perlahan, cukup untuk dirinya saja. Airmatanya tumpah juga tika itu. Begitu dia
ingin mendakap tubuh wanita itu.
“Aku dah bagitahu kau, aku haramkan mulut kau panggil aku Ibu.”
Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Jemy, segera dia sedar dia bukan
sesiapa untuk memanggil wanita itu ibu.
Jemy mengundur langkahnya
meninggalkan rumah agam itu. Biarlah dia hanya memandang dari jauh. Dia sudah
berjanji tidak akan menjejakkan kaki ke situ. Tidak akan!
Sebuah kereta mewah yang
berhenti di hadapan Jemy mematikan langkahnya.
“Abang Nazmi..” Wajah
adiknya Nazrul memenuhi ruang mata. Sudah besar adiknya itu, nyaris dia tak
kenal. Jemy hanya tersenyum
***********
NAZRUL ELYAS masih lagi memandang kearah abang kandungnya itu. Lapan tahun
tidak banyak mengubah lelaki itu, dia masih Nazmi yang dulu, cuma rambutnya
yang sedikit panjang sudah diikat kemas ke belakang. Penampilan abangnya itu
kelihatan santai dengan jaket hitam yang terlekat kemas di badannya.
“Ayah apa khabar?” Jemy
memecah suasana. Air cappucino
dihirup perlahan.
“Baik, cuma..yalah kan,
tak kuat macam dulu. Asyik sakit-sakit je.” Nazrul menjawab dengan gurauan.
Muka serius Jemy dipandang, dulu abangnya itu tidak berperangai sebegitu. Nazmi
yang dia kenal sentiasa bergurau dan tersenyum.
“Kau sekarang buat apa?”
“Naz tolong ayah uruskan company.”
Jemy hanya mengangguk.
Bertemu semula dengan adiknya itu seolah-olah membuka semula luka lama.
“Abang tak nak tanya pasal
ibu?” Nazrul seolah-olah dapat membaca isi hati Jemy. Dia tahu abangnya itu
terlalu ingin mengetahui perihal ibu mereka, kalau tidak kenapa abangnya boleh
berada di hadapan rumah mereka tadi.
“Perlu ke?” Jemy menyoal
sinis.
“Ibu sihat. Dia bahagia,
itukan yang abang nak..”
“Dia akan bahagia kalau
abang tak ada.” Jemy menjawab sendu. Suasana bertukar suram tiba-tiba. Nazrul
mahupun Jemy masing-masing diam tanpa kata.
“Wah, sekarang Naz dengar
abang dah jadi the best photographer
kat Malaysia.” Nazrul menukar suasana diantara mereka. Matanya dikenyitkan
kearah abangnya yang hanya tersenyum.
“Biasa je Naz, tak ada apa
yang istimewa.”
“Tapi best apa, hidup dikelilingi model-model cantik.” Sambung Nazrul.
“Ala..abang buat sebab
kerja, tak lebih dari tu. Siapalah abang ni nak berdampingan dengan mereka.”
Jemy masih merendah diri. Ternyata gosipnya bersama beberapa orang model sudah
diketahui oleh keluarganya.
“Tapi Naz tengok girlfriend-girlfriend abang semuanya
cun. Next time kenal-kenalkanlah
dekat Naz.”
“Banyaklah kau punya girlfriend. Tak ada maknanya lah!”
Sangkal Jemy.
“Kalau abang nak tahu,
ayah bangga dengan abang.” Jemy terdiam sejenak, lalu tersenyum. Cukuplah, dia
tidak meminta lebih, cukup sekadar ayah berbangga dengan apa yang dia buat
sekarang.
Iphone yang berbunyi
ditarik keluar dari poket seluar. Nama Rahim tertera.
“Ada apa?”
“Jemy, ni secret model kau datang. Nak aku entertain ke?” celah suara Rahim dari
hujung sana.
“Secret model?” Jemy menyoal hairan, siapa secret modelnya?
“Tunggu ya Aira, saya
tengah bagitahu dia lah ni.” Jemy tersentak. Terbangun dia dari kerusi, Nazrul
di sebelah sudah memandang hairan.
“Jemy ce..”
“You better keep quite, im coming now!” Sempat Jemy memberi amaran
sebelum mematikan perbualan. Dia bergegas berlari keluar dari restoran
tersebut, di pertengahan jalan dia terhenti, wajah Nazrul yang terpinga
dipandang kembali.
“Sampaikan salam abang
pada ayah. I have to go!”
************
RAHIM menyengeh sebelum menekan punat off
pada telefon bimbitnya. Wajah Nadia dan Azlan dipandang dengan senyuman.
Sesuatu yang di luar jangkaannya, Jemy terus setuju untuk datang hanya kerana
dia menyebut nama Aira. Bekerut dahinya memandang kearah Aira yang masih duduk
di sebelah Nadia. Erm.. ada sesuatu dengan perempuan yang bernama Aira ni.
“Macam mana Rahim?” soal
Azlan penuh minat.
“Kau tahu, dia jawab apa?”
Rahim sengaja mengusik kedua sahabatnya.
“Ala cepatlah, tak payah
nak berteka-teki pula.” Omel Nadia.
Aira hanya diam, dia
sebenarnya berdebar. Memikirkan betul ke tidak tindakannya untuk datang ke sini
semula. Mengenangkan dia ada misi tersendiri, digagahkan jugak kakinya menempel
dekat studio lelaki sombong tu.
“Sebaik saja aku sebut
nama Aira, dia terus cakap macam ni..you
better keep quite, im coming now!” Rahim mengajuk kata-kata Jemy.
“Ia?” Azlan masih tidak
percaya. Aira yang masih diam dari tadi menoleh seketika ke sebelahnya,
terkebil-kebil matanya bila melihat ketiga-tiga pekerja Jemy memandangnya
dengan pandangan pelik.
“Kenapa?” soal Aira pelik.
“Kau dengan Jemy ada
apa-apa ke?” Azlan menyoal terus.
“Ada apa?” seperti orang
bodoh, Aira masih tidak dapat menangkap maksud lelaki berkulit hitam manis itu.
“Kau nak apa?” Suara parau
yang kedengaran lantang dari belakang membuatkan Aira dan ketiga-tiga pekerja
Jemy menoleh. Jemy sudah berpeluk tubuh memandang tajam kearah Aira yang masih
enak duduk di atas sofa.
“Jemy..” Rahim memintas.
“Aku tanya dia, bukan
kau!” tegas Jemy.
Aira cuba memaniskan
senyumannya, perlahan dia bangun menghampiri Jemy yang masih berdiri di
hadapannya. Sepanjang dia mengenali lelaki itu, tidak pernah dia melihat wajah
lain selain wajah serius dua puluh empat jam milik lelaki tersebut. Alahai
kedekutnya lelaki ini, kedekut dengan senyuman!
Rahim membatu.
“Korang boleh sambung buat
kerja.” Pinta Jemy, kali ini suara lebih diperlahankan. Terkocoh-kocoh
ketiga-tiga pekerjanya bersurai.
“Dan kau, nak apa?” Jemy
menyoal serius.
Aira diam, sekali-sekala
takut jugak Aira dengan angin satu badan lelaki ni. Ala..nak cakap ke tak ni?
Aira kegelisahan.
“Kau nak apa?” suara Jemy
mula meninggi.
“Saya nak kerja sini!”
Oppss! Aira menekup mulutnya dengan tangan. Aduh, gawat ni.. Macam mana boleh
terlepas.
“Apa!” Jemy memandang Aira
pelik, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nak kerja sini. Apa kes? Jemy
menjeling Aira sekilas, Aira yang menyedari situasi itu mula menunduk. Seram
pula wajah lelaki ni, mengalahkan vampire!
opss...sy nk keje kat sini...hehe...bunga2 cinta daj berputik dlm hati jemy...hee
ReplyDeleteHaha..nk kja ada sebab tu ..Jemy mmg dh suka..dr mula dh..sja xnak mengaku.
ReplyDeleteSaba plak tggu drama die
ReplyDelete👍💋❤
ReplyDeleteMemang sesuai watak aira dlm novel dan dlm filem yg ditayangkan astro......cute sgt
ReplyDelete