Showing posts with label INTAI HATI DIA. Show all posts
Showing posts with label INTAI HATI DIA. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Bab 15

Majlis gilang germilang berlaku di Villa Daisy pagi itu.Saudara mara,sahabat handai,rakan bisnes datang bagi memeriahkan majlis yang di sambut.Semua yang datang dengan wajah gembira bagi menyerikan majlis akad nikah anak sulung Dato`Fadzil dengan Syed Azmie.
            Nur Syifa memandang sayu inai ditangan,airmatanya merembes lagi.Sudah puas dia menangis sepanjang malam ,tekadnya hari ini dia tidak akan menangis.Wajah yang siap disolek dipandang melalui cemin meja soleknya.Sebentar lagi dia bakal bergelar isteri.Isteri kepada Syed Azmie!
“Syifa,menung apa tu...”Panggil Datin Sira.Anak gadis kesayangannya itu dipeluk rapat.Kasihan mu nak,ibu tahu kamu terseksa...tapi ibu tak ada daya.
“Bu...”tiada kata yang dapat diluahkan ketika ini,hanya mampu menangis dalam dakapan ibu tersayang.
“Sudahlah nak,tak elok menangis.Nanti hilang seri pengantin....”Nur syifa hanya terdiam,dia tahu ibunya juga sedih dengan apa yang berlaku,apakan daya ini keputusan ayahnya.Dato`Fadzil begitu tegas dalam membuat keputusan,jika hitam katanya,hitam jugalah jawabnya.
“Syifa ingat pesan ibu,dia dah menjadi suami Syifa.Jika tiada cinta untuknya,setialah nak...insyaallah rumahtangga Syifa tak kan ada apa-apa.Ingat redha suami tu adalah keredhaan Allah...”Panjang ujahan Datin Sira menasihati anak sulungnya.Sengaja diingatkan begitu kerana dia tahu anaknya itu tidak menyintai bakal menantunya itu.Nur Syifa hanya mengangguk,memang itulah tekadnya selepas menunaikan solat ishtiqarah malam tadi.Biarpun Syed Azmie tidak dicintai dia berjanji untuk setia dan berusaha mendapat redha suaminya itu.
“Dah..lap airmata tu.Azmie dah datang,turun bawah sekarang.Sebentar lagi dah nak akad nikah.”Nur Syifa menurut,wajah Saiful yang kerap bermain difikirannya cuba dihapuskan agar tidak menjejaskan rumahtangganya nanti.
                                                         ******************
SYED AZMIE berlagak selamba biarpun dalam hati hanya tuhan saja tahu betapa resah jiwanya saat ini.Sebentar lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya namun jiwanya tidak tenteram.Wajah Tuk Kadi dipandang bersilih ganti dengan wajah Dato`Fadzil yang berada di sebelah Tuk Kadi.Berkali-kali zikir dibaca agar dapat memberinya sedikit kekuatan semasa  lafaz akad nikah nanti.Nur Syifa sudah berada di belakang Syed Azmie,dengan wajah tenang tanpa airmata.Wajah sang bakal suami dipandang sekilas,lelaki itu nampak gelisah!
            “Semua dah sedia?Mari kita mulakan..”Tuk kadi memulakan bicara.Syed Azmie semakin resah,dia berusaha mengumpul kekuatan.Semua tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis mula memberi tumpuan kepada sang pengantin.
“Aku nikahkan dikau Syed Azmie Bin Syed Roslan dengan Nur Syifa binti Fadzil dengan maskahwinnya sebanyak RM 120.00 tunai.”Suara Tok Kadi mula kedengaran.
“Aku terima nikahnya...aa..Nu...”Peluh mula merenek di dahi Syed Azmie,lidahnya terasa kelu melafazkan akad nikah.Semua saksi kelihatan hairan.
“Jangan takut...tenangkan hati.Kita mula sekali lagi”Nasihat Tuk Kadi,Syed Azmie mengangguk.Razif menyeka peluh si Pengantin baru dengan perlahan,dia tersenyum sendiri melihat sikap gelabah rakannya secara tiba-tiba.Tahu takut..!ha..nak sangat kahwin kan...ingat senang! Tuk Kadi melafazkan semula akad nikah namun sekali lagi Syed Azmie gagal.Kedengaran sedikit desas desus tetamu  mula mengata.
“Encik nak berehat dulu ?”Saran Tuk Kadi,dia memberi masa kepada anak muda itu untuk berehat.Dato`Fadzil dilihatnya hanya terdiam sambil merenung tajam kearahnya sempat juga dia membalas pandangan bakal bapa mertuanya itu.
“Tak apa.Kita teruskan”Jawab Syed Azmie.Dia benar-benar keletihan ketika ini,jiwanya resah bukan kepalang,nafasnya seolah-olah berada dihujung tanduk.Apalagi yang harus dia lakukan untuk menenangkan perasaannya? Sekali lagi kedengaran suara Tuk Kadi melafazkan akad nikah.
Syed Azmie mencuri pandang  kearah Nur Syifa yang juga kelihatan resah.Terbayang diruang matanya senyuman gadis itu,kesedihan kerana dipaksa berkahwin dengannya.Syed Azmie tersenyum sendiri,tanpa dia sedar Nur Syifa turut memandang kearahnya dan mereka berbalas senyuman biarpun hambar.Syed Azmie terpana.Butakah hati gadis itu?Mampu lagi menghulurkan senyuman kepada aku,satu-satunya lelaki yang menghancurkan hidupnya..! Syed Azmie menghela nafas panjang,sepenuh perhatian diberikan kepada akad nikahnya kini.
“Aku terima nikahnya Nur Syifa Binti Fadzil dengan maskahwin RM120.00 tunai.”Lancar Syed Azmie melafazkan akad nikah.Semua diruang itu menghela nafas lega.Anehnya yang dirasai Syed Azmie saat ini dia tenang untuk seketika.Dia boleh melupakan segala kemarahan yang telah lama terbuku dihati.Yang pasti semasa upacara akad nikah berlangsung tadi tiada dendam terbuku dihati !
            Selesai saja majlis akad nikah,berlangsungnya majlis membatalkan air sembahyang oleh kedua-dua mempelai.Syed Azmie merapati si isteri yang baru beberapa minit dinikahi.Sebentuk cincin belah rotan yang baru dibelinya semalam disarungkan dijari manis si isteri.Sengaja dia membeli cincin yang sememangnya tidak mahal dan mempunyai bentuk yang biasa saja.Dia malas,tambahan perkahwinan ini tidak mempunyai apa-apa erti baginya.Nur Syifa melemparkan senyuman pada Syed Azmie,dicium hormat tangan Syed Azmie.Dia menanti...dan menanti...dahinya tidak menerima kucupan dari sang suami seperti wanita yang lain pada hari bahagia .Perlahan pegangan tangan Nur Syifa dileraikan.
                                             **********************
JAM menunjukkan pukul 10 malam,rata-rata tetamu telah meninggalkan Villa Daisy.Majlis hari itu berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.Pintu bilik Nur Syifa dibuka dari luar,Syed Azmie hanya memandang dengan ekor mata isterinya yang sibuk menyimpan beberapa alat solek yang kelihatan berselerakan .Songkok dikepala diletakkan di atas meja sisi katil,badannya sedikit letih kerana seharian melayan tetamu yang datang di samping turut berkenalan dengan keluarga sebelah isterinya yang belum pernah dijumpai.
                                   *******************
“ITU kawan-kawan ayah...”Ujar Dato`Fadzil.Dari tadi dia lihat menantu lelakinya itu begitu tekun memerhati gambar-gambar lama yang dibingkai kemas didinding.
“Oh...Tuan Haris pun ada sama.”Balas Syed Azmie.Dia menyembunyikan senyum sinis dari Dato`Fadzil.Sakit hatinya setiap kali melihat senyuman dari lelaki yang baru saja bergelar bapa mertuanya itu.
“Ya.Kami bertiga sahabat baik.”
“Saya boleh lihat semua tu dari gambar-gambar ni...”Syed Azmie cuba beramah mesra,walhal dalam hatinya berkali-kali dia mengutuk sikap kepuraan Dato`Fadzil yang berlagak seolah-olah tidak pernah melakukan apa-apa.
‘Pandai betul orang tua ni berlakon..!’
“Biarpun perkahwinan ni bukan dari kehendak kamu ataupun anak ayah sendiri,ayah berharap sangat kamu jangan mempersiakan anak ayah.Ayah percayakan kamu Azmie,kerana kamu anak Syed Roslan.”Tutur Dato`Fadzil penuh berharap.Ya,dia sedia maklum bahawa lelaki yang menjadi menantunya kini adalah anak sahabat baiknya,Roslan.Dimana tumpahnya kuah kalau tak kenasi?Dia percaya sudah semestinya menantunya itu akan menjaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Ya ayah.Saya Syed Azmie anak Syed Roslan.Sahabat baik kepada Dato`Fadzil,ayah mertua saya.”Jawab Syed Azmie sinis.Tika kini hatinya begitu panas.Dato`Fadzil memang seorang lelaki yang hipokrit!
“Ayah tak perlu risau...tahulah saya macam mana nak bahagiakan isteri saya.”Sambung Syed Azmie lagi.Dato`Fadzil hanya mengangguk,entah kenapa kedengaran sinis kata-kata menantunya itu.Dato`Fadzil hanya tersenyum,dibuang jauh prasangka buruk terhadap anak sahabat baiknya itu,merangkap suami kepada anaknya.

                                     ***********************
“Abang...”Panggil Nur Syifa tiba-tiba mematikan hasrat Syed Azmie yang hendak kebilik air.Wajah Nur Syifa dipandang,kini Nur Syifa tidak bertudung,rambut yang hitam dan ikal itu di biarkan lepas.Syed Azmie kekal bisu,sepatah pun tidak menjawab panggilan dari isrerinya itu.
“Boleh kan abang izinkan Syifa panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya?”Sayu kendengaran suara Nur Syifa.Dia telah nekad,dihadapannya kini suami yang harus dihormati.Syed Azmie terdiam,tiada kata untuk membalas.
“Sukahati kau lah..”Jawab Syed Azmie acuh tak acuh,jiwanya rasa tersentuh mendengar permintaan tulus dari isterinya itu namun hatinya semakin geram bila terkenangkan gelak tawa Dato`Fadzil melayan tetamu yang hadir.Nur Syifa mendekati Syed Azmie yang kini duduk  di birai katil.
“Syifa harap abang sudi terima Syifa dalam hidup abang... seperti mana Syifa sekarang belajar untuk terima abang dalam hidup Syifa..”Nur Syifa cuba meraih tangan sang suami,namun lantas Syed Azmie menepis.Hatinya masih panas.Wajah Nur Syifa dipandang seolah-olah sedang mengejeknya.Nur Syifa kehairanan,hatinya tiba-tiba menjadi sayu.
“ Kau dengar sini baik-baik biar apa pun yang terjadi aku takkan pernah terima kau sebagai isteri aku...sebab sampai bila pun kau tu tak layak untuk jadi isteri aku..”Ujar Syed Azmie tiba-tiba.Nur Syifa ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga.Tanpa disangka airmata yang hendak ditahan dari tadi mengalir juga,kata-kata Syed Azmie bagaikan sembilu menikam dihatinya.Tidak pernah dia bayangkan menerima kata-kata penghinaan tersebut pada malam pengantinnya.
            Nur Syifa menghayun langkah menuju ke katil bersaiz king,cadarnya yang berwarna hijau lembut mampu memukau mata sesiapa saja yang memandang tapi bukan mata lelaki yang kini bergelar suaminya itu.Hatinya yang kian pilu itu terbawa pada kenangan bersama bekas tunangnya.Lelaki itu tidak datang pada majlis perkahwinannya tadi dan dia pasti pasti lelaki itu kini berada dia satu tempat untuk melupakan segala yang berlaku.Kasihannya pada bekas tunangnya itu semakin mencengkam naluri.Benarkah hanya kasihan atau masih ada rasa cinta untuk lelaki itu.?Ya memang rasa cinta...sehingga sekarang dia masih amat menyintai lelaki itu.
            Malam terus merangkak pergi meninggalkan penghuni bumi yang lena dibuai mimpi.Nur Syifa yang terjaga malam itu memandang jam yang tepat menunjuk pukul 4  pagi,tekaknya yang haus memaksanya melawan ngantuk yang kian sarat mencengkam mata. Tiba-tiba matanya terpandang sekujur tubuh yang lena diulit mimpi di atas sofa sebelah kanan katilnya,hatinya sekali lagi terhiris oleh sikap Syed Azmie.Lelaki ini lebih rela tidur di sofa berbanding berkongsi katil dengannya.Nur Syifa mengambil selimut dan menyelimutkan Syed Azmie biarpun Syed Azmie memperlakukannya seteruk mana sekalipun namun  Syed Azmie tetap suaminya dan menjadi tanggungjawabnya menjaga kebajikan suaminya.
`Kenapa perlu jadi begini?Jika aku dilayan seperti ini...kenapa perlu ada ikatan suci ini? Ya Allah kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi ujian dariMu...sesungguhnya kau maha mengetahui akan segala-galanya.’
                                                       *******************
SYED AZMIE menuruni tangga dengan perlahan.Villa tiga tingkat yang kini dihuninya dipandang rapi,semua perabot villa itu buatan luar negara.Perhiasan berkonsepkan klasik begitu memukau matanya tika ini.Dia yang santai pagi itu hanya mengenakan seluar slack panjang berwarna hitam serta baju t shirt tanpa kolar berwarna biru tua.
            “Azmie,mari makan sama.Ibu dah siapkan sarapan...”Ajak Datin Sira tiba-tiba mematikan langkah Syed Azmie yang hendak ke taman,tanpa membantah dia menurut sahaja perlawaan ibu mertuanya itu.Nur Syifa memandang suaminya yang mengambil tempat disebelahnya.
“Kenapa sayang bangun tak kejutkan abang sekali?”Soal Syed Azmie penuh mesra,dia dapat melihat perubahan wajah isterinya itu‘aku akan buat yang terbaik agar Dato`Fadzil percayakan aku sepenuhnya.’
“A...abang lena sangat tidur,Syifa tak sampai hati nak kejutkan..”Dalam keadaan yang tergagap-gagap Nur Syifa cuba mengikut rentak suaminya kini.Namun begitu dia hairan kenapa sikap suaminya berubah serta merta ,baru semalam dirinya dihina tapi sekarang? Syed Azmie hanya tersenyum,di pandang air dicawannya kini.
“Sayang...maaf lah abang tak minum milo.Boleh tolong bagi abang kopi tu .”Pinta Syed Azmie.Serius dia memang tidak dapat meneguk sedikit air milo itu jika tidak perutnya akan memulas satu hari.
“La...ibu tak tahu pulak yang Azmie tak minum milo...ni ha Syifa tuangkan kopi ni dalam cawan suami kamu”Arah Datin Sira sambil menghulurkan teko berisi kopi pada anaknya.Dato Fadzil dari tadi hanya terdiam,dia masih belajar menerima kedatangan menantunya itu dalam keluarga mereka,buat masa ini Syed Azmie tidak mempunyai apa-apa masalah dalam tekaannya.Buat seketika Syed Azmie menyapa pandang bapa mertuanya yang tekun membaca surat khabar hendak ditegur serba salah,namun demi misinya dia harus merapatkan hubungan pada lelaki tua itu.
“Ayah mari minum...”Tegur Syed Azme.Tapi hanya menerima anggukan kecil dari Dato` Fadzil.Nur Syifa memandang sekilas ayahnya,dia akur yang ayahnya masih kecewa dengan berita dia ditangkap khalwat dengan Syed Azmie tempoh hari.
“Bang...”Tegur si isteri pulak,dia mula tak sedap hati dengan layanan yang diberikan oleh suaminya itu pada menantu mereka.
“Kenapa nya,saya nak habiskan dulu baca berita ni.Kejap lagi saya minum.”Jawab Dato`Fadzil sekilas pandangan diberikan pada menantunya.Dato`Fadzil akur dia harus menerima kehadiran Syed Azmie sekarang demi anaknya Nur Syifa,lagipun dia melihat Nur Syifa juga turut belajar menerima suami yang tidak dicintainya itu.Datin Sira tersenyum mendengar jawapannya suaminya,dipandang anaknya yang hanya terdiam dan perlahan mengunyah mi goreng.Pasti jiwa anaknya itu terdera dengan perkahwinan ini.


Bab 14

Nur Syifa meletakkan semua barang yang dibelinya dari KLCC di bahagian tempat duduk belakang keretanya.keletihan jelas terasa kini.Jam menununjukkan pukul 4 petang.Tinggal dua hari lagi majlis perkahwinannya bakal berlangsung,semuanya telah siap tersedia cuma dia perlu membeli sedikit barang untuk menambah sedikit keperluan masa majlis akad nikahnya nanti.Kad jemputan sudah pun diedarkan,pihak sebelah Saiful pun telah menerima jemputan seadilnya,kalau boleh Nur Syifa tidak mahu tertinggal seoang pun rakan taulannya dan juga Saiful.
            Setelah selesai meletakkan semula barang didalam kereta Nur Syifa berkira hendak balik,lagipun dia belum menunaikan solat zuhur lagi.Namun tiba-tiba Nur Syifa merasakan mulutnya ditutup dengan kain dari belakang,bau yang begitu menyengat hidungnya membuatkannya pening dan akhirnya...dia rebah.
                                                *********************
SYED AZMIE yang keresahan sejak petang tadi mula merasakan tidak sedap hati,dari tadi dia cuba menghubungi dua orang budak upahannya tapi tidak diangkat.`Ya Allah...apa yang dah berlaku ni...’Syed Azmie mula kebinggungan,hatinya mula keresahan,pelbagai kemungkinan mula bermain di ruang fikirannya kini.Tanpa membuang masa Syed Azmie terus membelokkan kenderaannya di sebuah lorong yang agak gelap,matanya melingau kesekeliling mencari sesuatu yang yang tersembunyi .Bibirnya mula mengukir senyum,jelas diruang matanya sebuah rumah yang terbiar,dia sudah memakumkan kepada dua orang budak upahannya itu untuk menyembunyikan gadis itu disitu sehingga di maklumkan tindakan seterusnya.
            Syed Azmie menarik nafas lega bila mendapati rumah terbiar itu terang walau hanya dengan cahaya lilin.perlahan Syed Azmie menghampiri rumah tersebut.Jalan yang sedikit gelap menyukarkan perjalanannya,bunyi ranting kayu yang dipijak jelas kedengaran,dia tidak mendengar apa-apa bunyi pun dari rumah usang tersebut,entah apa yang dilakukan oleh dua budah upahannya itu?Ahh..Syed Azmie tidak peduli,yang penting rancangannya untuk membatalkan perkahwinan antara Nur Syifa dan Saiful berjalan dengan lancar,sekaligus akan memalukan musuh ketatnya Dato`Fadzil.Tekad Syed Azmie.Kakinya melangkah lagi,pintu usang yang tak berkunci itu dikuak dari luar,namun langkah Syed Azmie terhenti,apa yang dilihatnya kini sungguh tak dijangkakan.Alangkah terkejutnya Syed Azmie bila mendapati seorang dari budak upahannya itu menindih badan gadis tersebut,dia jelas melihat tudung dikepala gadis itu juga sudah terbuka.!
Kenapa secara tiba-tiba hatinya mendidih hebat?Bukankah ini yang dia mahukan?Seketika langkahnya menjadi kaku,tangannya menggeletar menahan seribu rasa yang berperang di medan perasaannya.Matanya dipejam rapat,kini muncul senyuman dan kelembutan wajah gadis itu yang seringkali hadir menerjah ruang matannya kebelakangan ini.Satu perasaan tiba-tiba menyelinap masuk.
“Binatang kau..!”teriak Syed Azmie.Lelaki itu terus menjauhkan diri dari badan gadis itu yang masih belum sedarkan diri.Syed Azmie terus menerpa kearah lelaki itu,kolar baju lelaki itu digenggam dan dengan sekuat tenaga lelakinya menumbuk muka lelaki itu tanpa henti.
“Tolong ...”rengek satu suara dari belakang.Syed Azmie terus berhenti dan segera mendapati gadis itu,pilu hatinya melihat wajah sayu gadis itu.Tudung wanita itu dicapai dan menutupi bahagian rambut gadis itu yang terdedah.lelaki tadi yang ketakutan terus melarikan diri.
“Maafkan saya Nur.Maafkan saya”Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Syed Azmie setakat ini.Rasa bersalah mula menjalar keseluruh hatinya dengan tindakan dua orang budak upahannya yang bertindak melebihi apa yang sepatutnya.Dia cuma meminta budak itu untuk menculik Nur Syifa dan akan melepaskannya setelah selesai majlis perkahwinannya dua hari lagi.Tujuannya hanya untuk memalukan Dato`Fadzil.Cuma itu!
            Dipandang lagi Nur Syifa yang lemah dan tidak berdaya.Mujur saja lelaki tadi tidak sempat melakukan apa-apa padanya disaat seorang lagi kawannya pergi membeli makanan untuk makan malam.Tersentuh naluri lelakinya melihat keadaan Nur Syifa yang hanya memandangnya dengan pandangan yang sayu.Syed Azmie diterjah rasa hairan kenapa kesan ubat yang membuatkan Nur Syifa pengsan patang tadi masih  tidak hilang sampai sekarang.
“Tak mengapa...mari saya tolong hantarkan awak balik”Tawar Syed Azmie,Saat ini dendam kesumat yang lama merajai hatinya hilang untuk seketika.Melihat keadaan Nur Syifa yang lemah dia bertindak mencempung badan Nur Syifa,sampai dikeretanya dia segera membuka pintu belakang untuk membaringkan Nur Syifa  bagi merehatkan sedikit badan Nur Syifa yang pada kiraannya lenguh.Semasa dia cuba membetulkan kedudukan Nur Syifa dari dalam keretanya, bahunya terasa disentuh seseorang dari belakang.Syed azmie menoleh,kali ini dia bukan saja terkejut malahan dirinya rasa hendak pengsan saat itu juga,kehadiran 4 orang lelaki berkopiah dan berbaju melayu serta jubah memberikannya jawapan apa yang bakal berlaku.Syed Azmie hanya mampu mengeluh sambil memicit dahinya yang tidak pening.Wajah Nur Syifa yang separa sedar ditatap sayu.
                                                 *************************
SUASANA di Villa hari itu sungguh tegang ,Syed Azmie memerhati  musuh ketatnya Dato`Fadzil dan juga Saiful yang dari tadi menghadiahkan pandangan tajam padanya.Dari sudut lain dilihatnya Nur Syifa duduk bersama Ibunya Datin Sira,wajah gadis itu kemerahan dan matanya yang bengkak jelas menunjukkan gadis itu hanya menangis sepanjang malam.
            Setelah pulang dari pejabat agama malam semalam,keluarga Nur Syifa sudah memaklumkan padanya untuk ke rumah mereka awal pagi lagi bagi menyelesaikan hal tersebut.
“Saya mahu kamu bertanggungjawab atas apa yang dah kamu lakukan pada anak saya.”Semua mata tertumpu pada Dato`Fadzil.Nur Syifa memandang bapanya,sekali lagi airmatanya mengalir.Semalam teruk dia dimarahi ayahnya, satu tamparan hinggap dipipinya bila Nur Syifa membantah keputusan  ayahnya untuk mengahwinkannya dengan Syed Azmie.Kali ini Nur Syifa hanya akan berserah pada ayahnya.Syed Azmie merenung pandangan mata Dato`Fadzil,keduanya berlaga pandangan  yang sukar dimengertikan.
“Saya setuju.”Putus Syed Azmie.Matanya masih tidak lepas memandang Dato`Fadzil.Saiful jelas terkejut.Nur Syifa yang mendengar terus menangis.Apalah dayanya kini.
“Kau memang sukakan dia dari dulu kan?Sebab tu kau sanggup guna taktir kotor ni untuk dapatkan dia”Sinis sekali kata-kata dari Saiful.
“Terpulang.Dia memang jodoh aku,nak buat macam mana.”Jawab Syed Azmie masih bersikap selamba.kata-kata itu menimbulkan kemarahan dihati Saiful,Saiful pantas bangun dan cuba menumbuk muka Syed Azmie,biar dia rasakan betapa sakitnya hatinya kala ini.
“Saiful...”Tingkah Dato`Fadzil,mematikan tindakan Saiful.
“Uncle minta maaf dengan apa yang berlaku.Maafkan anak uncle,mungkin benar...bukan jodoh kamu dengan Nur Syifa.”sambung Dato`Fadzil lagi.
“Tak mengapalah uncle.Saya sanggup berkahwin dengan Syifa walau apa pun berlaku.Saya sayangkan dia uncle..”Rayu Saiful,dia masih tidak rela melepaskan gadis yang amat dicintainya itu.Nur Syifa memandang Saiful dengan penuh kasih.kasihan lelaki itu,hatinya terluka.
“Uncle faham kau sangat menyintai anak uncle...tapi kita kena terima suratan takdir Saiful,uncle harap kamu faham.”Saiful terdiam mendengar kata-kata dari Dato`Fadzil.Datin Sira hanya mampu menangis,tangganya erat memeluk anak sulungnya itu,dia sangat bersimpati akan nasib yang menimpa anak sulungnya.
“Ayah...tolong Syifa ayah.Syifa tak nak kahwin dengan dia,Syifa tak buat apa pun ayah.Syifa diculik.”Nur Syifa meleraikan pelukan ibunya dan kini kaki ayahnya tempat dia duduk bersujud memohon pengertian dari ayah yang amat dihormatinya selama ini.
Syed Azmie memejamkan mata,entah kenapa hatinya tidak membenarkan dia melihat kesedihan yang dialami oleh gadis itu.Tangannya digenggam erat memohon kekuatan agar dia tidak mudah mengalah dengan apa yang diimpikannya selama ini.Kini dia perlu bersyukur, Allah telah membukakan  jalan untuk dia membalas dendam pada musuhnya selama ini.Tapi tegakah dia melukakan sekeping hati yang tidak berdosa itu?Dilihatnya Dato`Fadzil hanya mendiamkan diri.Bencinya membuak.
“Kamu dengan Syed Azmie perlu bersedia,ayah akan kahwinkan kamu berdua lusa.”Putus Dato`Fadzil sambil terus bangun meninggalkan semua yang ada di ruang tamu,rata yang ada  masih diam seribu bahasa.Saiful yang tadi berdiri kini terjelopok ke lantai,hatinya bagai diragut dengan kuat.
Airmata Nur Syifa makin deras mengalir,dipandang wajah ibu mohon pertolongan.Namun hampa,ibunya hanya diam dengan wajah yang penuh sayu.Lusa...maknanya aku memang akan berkahwin pada hari yang sepatutnya tapi bukan dengan insan yang aku cintai..!Syed Azmie hanya terdiam,namun matanya masih lekat memandang bakal isterinya.Nur Syifa!
                                          *************************
PAGI itu Syed Azmie menyiapkan apa yang perlu disiapkan dahulu,dia tidak mahu meninggalkan kerja yang banyak pada kakitangannya setelah dia bercuti selama seminggu untuk berkahwin bermula esok hari.Sukar untuknya mentafsirkan perasaannya pada ketika ini adakah dia perlu gembira kerana berjaya memalukan Dato`Fadzil atau perlu berduka kerana menyaksikan kesedihan bakal isterinya Nur Syifa.
            “Apa ni mie?”Soal Razif,hatinya membara bila membaca muka depan akhbar pagi ini.Surat khabar Harian Metro itu dihempas kuat di hadapan sahabatnya itu.Syed Azmie memandang kosong apa yang tertulis di Muka depan Surat khabar itu,mana tidaknya dia bakal berkahwin dengan seorang CEO syarikat besar Menara Holding.Jelas tertulis di dada Akhbar`CEO MENARA HOLDING PUTUS TUNANG KERANA DI TANGKAP KHALWAT’.Syed Azmie hanya tersenyum,sempat singgah difikirannya apakah reaksi Nur Syifa apabila dapat tahu berita ini.
“Any explaination?”Soal Razif lagi bila dilihat rakannya itu hanya tersenyum.
“Betul lah apa yang kau baca tu.Esok aku akan berkahwin.”Jawab Syed Azmie selamba.Dia malas untuk menjelaskan apa-apa sekarang.
“Mie...baik kau jujur dengan aku,ini semua rancangan kau kan?Takkan sampai macam ni sekali Mie...”Duga Razif.dia mula mengambil tempat dihadapan Syed Azmie.
“Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak kahwin dengan anak orang yang paling aku benci?Tapi...bila difikirkan  lagi,ini adalah jalan yang paling tepat untuk aku balas dendam”
“Mie,kasihan budak tu Mie...takkan itu kau tak boleh nak bezakan.Kalau ya pun bapa dia buat salah dengan kau takkan anaknya kau jadikan mangsa.”Razif semakin berang.
“Razif...aku memang tak rancang kes khalwat tu.Aku sendiri terkejut bila tengok ustaz-ustaz tu datang malam tu..”Jelas Syed Azmie.sememangnya dia sendiri pun terperangkap dan dia tidak tahu siapa yang panggil ustaz-ustaz itu datang.
“So...kau nak cakap ini semua kebetulan lah.?”Perli Razif.Bukan dia tidak tahu perangai Syed Azmie.Sikit-sikit kebetulan.
“Kau fikir macam mana?Bukannya Allah pun nak tolong aku tuntut hak aku.”
“Okey...let be honest.Macam mana kau boleh berada dekat tempat tu? Kebetulan jugak ke ?”Duga Razif dengan nada menyindir,berapi jugak hatinya melihat permainan yang sedang dimain oleh rakannya itu.Syed Azmie hanya diam,tangannya ligat memusing pen yang berada di atas meja kerjanya.
“Macam ni lah Zif,benda pun dah jadi kan...dah jodoh aku dengan dia.Aku terima je lah.Kau sebagai kawan harus sokong aku...”Putus Syed Azmie.Dia bingkas bangun,kerana selepas ini dia harus ke pejabat agama ada benda yang harus diselesaikan.Razif ditinggal hanya duduk melonggo,kepalanya menggeleng melihat perangai Syed Azmie yang tekad nak mengenakan Dato`Fadzil.Kasihan kau Nur Syifa...Bisik hati kecil Razif,matanya masih lekat memandang imej Nur Syifa dalam akhbar hari itu.Wajah penuh senyuman itu memikul seribu kedukaan.
           




Bab 13

Betapa terkejutnya Nur Syifa bila melihat semua ahli keluarganya berkumpul termasuk tunangnya Saiful.Dilihat wajah adiknya Nur Adira menjeling tajam kearahnya.‘Apa dah berlaku ni?’Bisik Nur Syifa dalam hati.Penat seharian di Menara Holding masih terasa.Saiful pula masih tunduk disisi Dato`Fadzil tanpa sedikit pun tidak memandang kearah Nur Syifa.Nur Syifa mengambil tempat duduk di sebelah ibunya.Datin Sira memandang wajah anak sulungnya yang kelihatan letih,digenggam tangan anak gadisnya itu.
“Apa dah berlaku ni bu?”Soal Nur Syifa ,apabila dilihat semua orang di Villa itu menyepi tanpa kata.
“Pura-pura tanya...dah lah, jangan jadi hipokrit !”Tempelak Nur Adira terus kepada kakaknya.Benci sungguh dia melihat wajah kakaknya itu.
“Adira....”Tegur Dato Fadzil,dia kurang senang melihat perangai yang ditunjukkan oleh Nur Adira pada kakaknya.Saiful masih mendiamkan diri,dia kesini tadi pun apabila di panggil oleh bakal adik iparnya itu.Nur Adira.
“Kenapa ni yah?Syifa tak faham...”Soal Nur Syifa kebingunggan.
“Ayah...tak tahu nak cakap macam mana?Ayah tahu Syifa takkan buat benda macam ni...tapi elok ayah dengar dari mulut Syifa sendiri...siapa Syed Azmie nak?”Soal Dato`Fadzil terus terang.Tidak sanggup dia melihat wajah sugul anak sulungnya itu.
            Berita yang didengar dari mulut Nur Adira itu betul-betul mengundang resah dihati Dato`Fadzil.Memandangkan  majlis perkahwinan anak sulungnya itu tinggal seminggu lebih lagi,dia ingin menyelesaikan semua salah faham ini.Nur Syifa jelas terkejut mendengar soalan dari ayahnya.Syed Azmie? Macam mana keluarganya boleh mengenali Syed Azmie? Matanya terus memandang adiknya yang duduk disebuah kerusi besebelahan Saiful.
‘Salah fahamkah Saiful akan semua ini ?’Bisik hati kecil Nur Syifa.
“Ayah.Syifa tak ada apa-apa hubungan dengan dia ayah...kami just rakan bisnes.Dia terlibat dengan projek baru Menara Holding..”
“Tak ada apa nya,kalau hampir tiap hari jumpa kau dekat office.Siap bagi bunga lagi...itu ke rakan bisnes?”Soal Nur Adira,suaranya mula meninggi.Hatinya sakit bila mendapat tahu yang Syed Azmie kerap berjumpa dengan Nur Syifa di Menara Holding.Bila ditanya Syed Azmie mengakui mula jatuh cinta pada kakaknya itu.Perasaan benci mula menular kedalam hati mendengar pengakuan dari Syed Azmie yang beberapa bulan dulu pernah mengaku menyintainya.Tapi kini.?
“Sumpah ayah,ibu,Saiful...dengan nama Allah,Syifa tak ada hubungan dengan dia.Ya,Syifa mengaku yang dia memang selalu ke Menara Holding,tapi itu sebab...”
“Dah lah.Kau jangan nak berdalih lagi...dia sendiri mengaku yang dia cintakan kau.Kau memang kan...suka rampas apa yang aku suka.Aku benci kau.”potong Nur Adira  dan terus berlalu pergi.Suasana menjadi senyap seketika.Dato`Fadzil menggeleng kepala,tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.Hubungan dua beradik yang ingin dipulihkan menjadi semakin keruh.Airmata Nur Syifa semakin deras mengalir,hatinya pedih sebab tiada siapa ketika ini berada dipihaknya.Dia memandang kearah Saiful yang masih terdiam.
‘Ah..kenapa lelaki tu langsung tidak cuba mempertahankan aku’.
“Ayah,ayah percayakan Syifa kan yah?Dia tak ada apa-apa hubungan pun dengan Syifa. Dan jika benar dia ada perasaan dengan Syifa pun...siapa Syifa untuk menghalangnya ayah...”Nur Syifa cuba untuk mempertahankan kembali maruahnya.Dia cuba meraih simpati dari ayah dan ibunya.Dato`Fadzil memandang anaknya penuh simpati.Dia sendiri memang mempercayai anaknya itu,semuanya terpulang pada Saiful.
“Tak apa lah uncle,auntie...saya balik  dulu.Hari pun dah lewat ni”Ujar Saiful tiba-tiba.Tidak betah untuk dia terus berada disini,jiwanya terseksa.Dan dia perlukan ruang untuk bersendirian.Nur Syifa terus memandang wajah tunang tersayang,tiada kata yang terluah.
“Awak...kita perlu berbincang.Saya tak salah...”Bela Nur Syifa.
“Saya tahu awak tak salah.Esok saya call awak.Kita bincang esok ya?Lagipun hari pun dah lewat sangat ni.”Ujar Saiful,dia menyalami tangan kedua bakal mertuanya.Nur Syifa akur,dibiarkan Saiful pergi dalam keadaan terluka.Malam itu Nur Syifa tidur bertemankan airmata,sebarang kemungkinan berada dalam fikirannya sekarang.Apa yang menghairankannya bagaimana Syed Azmie boleh mengatakan yang dia menyintai dirinya sedangkan berjumpa pun tidak selalu.Wajah tunang tercinta yang terluka terbayang didepan mata.
            Pagi itu Nur Syifa tidak teragak-agak menghubungi Saiful,dia tidak mahu Saiful terus salah faham akan dirinya.Dia mahu lelaki itu tahu betapa dia amat menyintai tunangnya itu.
“Awak masih marahkan saya ke?”Soal Nur Syifa setelah selesai memberi salam pada tunangnya,walaupun salamnya hanya dijawab seadanya,Nur Syifa cuba memujuk hati kerana dia tahu tunangnya masih lagi marah akan dirinya.
“Awak dah on the way nak pergi kerja ke.?”Soalan Nur Syifa tidak dijawab,sekali lagi Nur Syifa rasa terpukul dengan reaksi Saiful.
“Ya.Saiful kita perlu berbincang...saya nak minta maaf andai saya tak bagitahu awak tentang Syed Azmi yang selalu hantar bunga pada saya tu.Saya tahu awak marah soal tu...”Nur Syifa cuba untuk merungkai segala salah faham di antara mereka.
“Kenapa awak tak bagitahu saya? Dan kenapa saya perlu dengar dari adik awak?”Soal Saiful.Ya bukan hal lain yang buat dia marah,dia sangat mempercayai wanita pertama yang dia cintai itu dan dia juga tahu yang Nur Syifa tidak akan curang padanya.Tapi yang mengecewakannya kenapa perlu Nur Syifa merahsiakan soal  bunga yang lelaki itu beri hampir tiap hari?
“Saya anggap benda tu tak penting.Kita dah nak kahwin,saya tak nak hal-hal kecil macam tu boleh keruhkan keadaan.”Memang itu anggapan Nur Syifa selama ini,bunga pemberian Syed Azmie itupun dia selalu beri pada setiausahanya .Nani.
“Ya...at least awak beritahu saya,tak lah jadi benda macam ni.”Lembut suara Saiful menyapa telinga Nur Syifa.Tahu lah dia kini bahawa tunangnya telah terpujuk oleh nya.
“I`m sorry.Saya tahu salah saya.Maafkan saya ya sayang...”Pujuk Nur Syifa lagi.Saiful tersenyum sendirian dihujung talian.Dia memang tidak boleh lama-lama marah dengan tunangnya yang satu itu.
“Errm...”Saiful sengaja menguji kesabaran Nur Syifa,hatinya telah lama terpujuk.
“Maafkan saya ya...”Manja suara Nur Syifa di pendengaran Saiful.
“Okey...next time saya tak nak ada bunga lagi dari lelaki lain untuk awak ya....”
“Ya...saya janji.Saya akan maklumkan Nani hal ni.”Janji  Nur Syifa,sesungguhnya dia tidak mahu melukai hati lelaki itu lagi.
“Syifa perkahwinan kita tinggal seminggu je lagi...saya tak nak ada apa-apa berlaku.Settle kan dulu hal awak dengan Syed Azmie tu.Saya tak nak dia kacau hubungan kita lepas kita kahwin nanti...atau awak nak saya settle sendiri dengan dia.”Saran Saiful.
“Tak pa lah...biar saya jumpa dia.Saya ajak leeya sekali..”Rasanya lebih baik dia yang settle.Kalau Saiful,Nur Syifa takut lain pula jadinya.Kalau boleh dia hendak berbincang baik-baik dengan Syed Azmie.
            Sebaik sahaja menghubungi Syed Azmie,Nur Syifa pergi menjemput Aleeya bagi menemaninya berjumpa dengan  Syed Azmie.Syed Azmie kedengaran gembira dengan perlawaan Nur Syifa,dia tidak tahu permainan apa yang sedang dilakukan lelaki itu?Mana boleh jatuh cinta pada seseorang itu dengan sekali jumpa sahaja,barangkali cinta lelaki ini senang seperti itu.
            Nur Syifa telah mula bercuti minggu itu kerana perlu menyediakan persiapan perkahwinan yang hampir  90% siap.Dia perlu pergi ke salon untuk memanjakan diri dan juga perlu meninjau persiapan persandingannya yang akan berlangsung  pada sebelah malam selepas majlis akad nikah nanti.
            Kelihatan Aleeya yang berjalan menghampirinya dengan seulas senyuman tak lekang dari wajahnya.Nur Syifa kagum dengan rakannya itu cantik dan bijak orangnya.
“Assalamualaikum leeya..”Ucap Nur Syifa sebaik sahaja Aleeya memasuki keretanya.Aleeya tersenyum sambil menjawab salam rakannya itu.
“Kau nak bawa aku kemana ni...?”Soal Aleeya.
“Jumpa jodoh kau lah..”Jawab Nur Syifa bergurau.
“Mengada lah kau ni.Penat semalam pun belum hilang..”Leter Aleeya.Semalam berjumpa Nur Syifa,mereka tidak dapat berbual panjang ekoran rakannya itu terlampau banyak kerja maklumlah dah jadi CEO sekarang.
“Tak adalah.Aku nak bawa kau jumpa client aku..lepas ni kau teman aku pergi salon pulak,and pastu nak shopping sikit..boleh?”Soal Nur Syifa sambil tersenyum melihat reaksi rakannya itu.
“Amboi...kau biar betul ni Syifa?Kenapa kau tak ajak je aku tidur dalam kereta kau ni?”Gurau Aleeya.
“Alah kau..lepas aku kahwin,kita tak boleh dah nak keluar selalu.Semingu ni kau temanlah aku,aku bagi chance dekat kau nak lepaskan rindu okey...”balas Nur Syifa
“Ya lah tu...setahu aku si Saiful tu tak kisah pun kalau kau keluar dengan aku...”Aleeya memang amat mengenali tunang kepada Nur Syifa,mereka bertiga berkawan baik,cuma tidak berapa rapat dengan Saiful kerana dia mengambil jurusan kedoktoran.Selang beberapa minit Nur Syifa membelok keretanya di sebuah simpang dan berhenti di sebuah cafe.
“Belum apa-apa kau dah ajak aku makan?”Soal Aleeya.
“Bukan lah...jumpa client aku.”Nur Syifa dan Aleeya beriringan menuju di sebuah cafe.Mata Nur Syifa melilau mencari kelibat seseorang sampai di suatu ketika matanya tertancap kearah seorang lelaki yang duduk di sebuah tempat yang agak privacy.Nur Syifa dapat mengagak siapa lelaki tu walaupun dibalik cermin mata hitamnya itu.
“Assalamualaikum En.Azmie.”Sapa Nur Syifa sambil dia dan Aleeya mengambil tempat di hadapan Syed Azmie.Syed Azmie hanya memandang dua wanita dihadapannya kini.Wanita tetap selalu cantik dimatanya,teringat Syed Azmie dengan beberapa jambak bunga yang dihadiahkan kepada wanita itu beberapa hari yang lepas.
“Ada apa Cik Nur nak jumpa saya ni.?”Soal Syed Aamie yang masih dalam keadaan selamba.Dia sedia maklum kenapa gadis itu ingin berjumpa dirinya,dia sudah terlebih dahulu tahu dari Nur Adira ketika menghubungi gadis itu pagi tadi.Walaupun  Nur Adira masih marah padanya,namun gadis itu tetap mahu melayan panggilan darinya.
“Maafkan saya andai kata-kata saya ni akan kedengaran sedikit kasar nanti.Saya harap En.Azmie faham keadaan saya”Nur Syifa memulakan sedikit mukadimahnya.Aleeya dilihat hanya menjadi pendengar setia.Syed Azmie hanya menunggu apa yang akan ditutur oleh gadis itu.
“En.Azmie tahukan yang saya akan melangsungkan perkahwinan seminggu dari sekarang dan saya harap sangat En.Azmie jangan lagi kirim bunga di office saya kalau boleh jangan lakukan apa saja yang boleh menghuru-harakan lagi keadaan.”Jelas Nur Syifa,dia tidak mahu lagi berselisih faham dengan sesiapa berhubung perkara ini.Syed Azmie dilihat hanya tenang dan sesekali berdehem mungkin untuk mencari ayat untuk dihujahkan.
“Kenapa ?Ada orang cemburu ke?”Soal Syed Azmie,dia tahu soalannya agak tidak rasional tetapi dia kehilangan kata berdepan dengan wanita dihadapannya kini.
“Ini bukan soal cemburu En.Azmie...tapi ini soal maruah saya dan keluarga saya.Tentu nampak tak elok jika ada orang yang hantar bunga pada tunangan orang lain kan?”Nur Syifa cuba berdiplomasi,dia mahu perkara ini diselesaikan dengan baik.Tiba-tiba Syed Azmie ketawa,bagai ada yang meggeletek hatinya.Nur Syifa dan Aleeya kehairanan.
“Baru bertunang kan...tak kahwin lagi.That means saya masih ada peluang kan?”Ujar Syed Azmie tiba-tiba membuatkan Nur Syifa tidak senang duduk.Dia terkejut mendengar ayat dari mulut lelaki itu.Semua ini di luar dugaanya.
“Apa maksud En. Azmie?”
“Nothing...but you must mark my word now.I`ll make you be mine...one day.”Ujar Syed Azmie terus bangun untuk berlalu pergi.Nur Syifa masih terkaku.
“Tungu dulu..!”panggil Nur Syifa.Langkah Syed Azmie terhenti,suara Nur Syifa yang kedengaran agak lantang itu menarik perhatiannya,dalam sekelip mata Nur Syifa sudah berdiri dihadapannya.Dia memandandang mata Nur Syifa jauh kedalam.
“Ini kad jemputan  perkahwinan saya.Saya takkan menjadi milik sesiapa tanpa izin Allah.Tapi dengan kad ini,saya harap En.Azmie sedar yang saya milik Saiful seorang.Tunang saya.”Ujar Nur Syifa dia meninggalkan Syed Azmie yang masih lagi kaku sambil menggenggam kad jemputan yang Nur Syifa berikan.Syed Azmie menarik nafas yang maha berat,kini ada sesuatu yang menjalar di di seluruh hatinya,semuanya bercampur,dia menghantar langkah Nur Syifa dengan satu jelingan tajam.Hatinya membara.Kad jemputan berwana putih itu digenggam penuh dengan amarah.




Bab 12

Hari perkahwinan makin dekat.Semua persiapan sudah disediakan.Kad jemputan telah pun diedarkan.Nur Syifa dan Saiful baru sahaja balik dari berjumpa dengan Michael,perunding majlis perkahwinannya nanti.Majlis itu nanti akan berlangsung di salah sebuah hotel lima bintang di ibu kota.
            Setelah penat berjalan disekitar Bukit Bintang,Nur Syifa dan Saiful melepaskan lelah di salah sebuah restoran.Minuman dipesan untuk menghilangkan dahaga.
            “Kepala tu dah okey?”Soal Saiful tiba-tiba,sejak seminggu yang lalu tidak henti-henti dia bertanyakan kesihatan bakal isterinya itu.Terkejut juga dia mendengar berita itu dari bakal bapa mertuanya.
            “Okey.Sikit je ni.”Jawab Nur Syifa sambil tersenyum manis.
            “Sekali lagi.Siapa perempuan tu?”
            “No one.Biasalah kalau dah cemburu tu menghantui diri.”Balas Nur Syifa bersahaja.Biarlah,dia tak mahu panjangkan lagi hal lalu.
            “Tapi awak yang kena.Macamlah awak yang rampas boyfriend dia.”Seloka Saiful.Nur Syifa mula ketawa.Mengingat kembali kejadian seminggu yang lalu,hatinya terluka.Nur Adira langsung tidak menemuinya dan bertanya khabar.Bukan perhatian yang dia harapkan,dia Cuma mahu sedikit kasih sayang dari adiknya itu.Namun hampa,adiknya itu hanya membisu.
            “So how?”Soal Saiful tiba-tiba.
“How?
“Lelaki yang menjadi rebutan malaya tu.Siapa namanya?Azmie right?”
“Oh..Kenapa dengan dia?”Soal Nur Syifa kurang mengerti.Sudah hampir seminggu dia tidak melihat wajah itu.Hanya kiriman bunga berselang dengan kata maaf dari lelaki itu menjadi perantaraan.Nur Syifa meneguk sedikit air,sebenarnya dia mula gugup mendengar nama itu.Kenapa perlu Saiful mempersoalkan tentang Syed Azmie?Lelaki yang telah banyak menghuru harakan hidupnya kebelakangan ini.
“Yalah..setelah menjadi rebutan,dia buat apa?Masih lagi berjumpa dengan Adira?Atau kembali pada teman wanitanya itu?”
“Manalah saya tahu sayang oi.Saya tak kisah pun soal lelaki tu.Yang penting saya takkan biarkan dia sakitkan hati adik saya.”Ujar Nur Syifa ringkas.
Saiful hanya tersenyum senang.Melihat senyuman bakal isterinya itu membuatnya tak sabar untuk memiliki Nur Syifa sebagai isteri.Dari senyuman itulah dia jatuh cinta pada Nur Syifa.Satu-satunya gadis yang telah mencuri hatinya.
“Kenapa?”Soal Nur Syifa kehairanan.
“Tak ada apa-apa.Selepas ni saya nak tunjukkan sesuatu pada awak”Ujar Saiful.
“Sesuatu?Apa dia?”Nur Syifa mula tidak sabar.
“Adalah.”Nur Syifa menjeling manja.Bukan saja Saiful,dia juga tidak sabar untuk bergelar isteri lelaki itu.lelaki pertama yang amat dicintainya.
                                                ******************
SAIFUL memberhentikan keretanya di sebuah rumah banglo berwarna kelabu terang.Rumah tiga tingkat yang mempunyai landskap bewarna kehijauan memukau mata Nur Syifa.
            “Mari.”Saiful mengajak Nur Syifa melangkah ke ruang halaman banglo tersebut.Perlahan kaki Nur Syifa mengikuti jejak Saiful yang mendahuluinya.Matanya seolah terpukau pada keindahan laman tersebut.Di suatu sudut,ada pancutan air kecil dengan bahagian tengah kolam yang dihiasi sepasang patung angsa bewarna putih yang berbentuk hati.
            “Cantik.”Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
            Nur Syifa menoleh kebelakang.Terpana seketika dia bila melihat Saiful sudah sujud dihadapannya .Dia menekup mulutnya menahan gelodak rasa yang berperang dihatinya.
“Saiful..”Sukar untuk menggambarkan perasaannya tika ini.Rasanya baru semalam Saiful melamarnya,dan dia bersetuju untuk bergelar tunang pada lelaki itu.
Saiful mengeluarkan kotak baldu bewarna hitam kepada Nur Syifa.Perlahan Nur Syifa menyambutnya.Airmata bahagia mula bertakung ditubir matanya.
Kotak baldu itu dibuka.Bukan cincin yang bertahtakan berlian,namun satu kunci yang diikat bersama reben kecil .
            “Kunci?”Soal Nur Syifa kehairanan.
            “Nur Syifa.Terima kasih kerana menerima lelaki yang begitu banyak kurangnya ini sebagai teman hidup awak.Terima kasih kerna menghargai rasa cinta yang tak pernah sempurna ini.Saya seolah seorang yang tamak,saya dah dapat segalanya dari awak..malahan lebih.Tapi ini permintaan saya yang terakhir kali.Saya takkan meminta apa lagi setelah ini..”Saiful mula bermadah,ada titisan airmatan yang mengalir.Dia bahagia setelah mengenali gadis sehebat Nur Syifa.
            Nur Syifa mula menahan tangis.Dia turut bahagia.Bahagia yang teramat.Dia menyambut huluran tangan Saiful,serentak itu Saiful berdiri hampir dengannya.Sama-sama mengenggam kunci tersebut.
            “Sudikah awak menemani saya hingga ke akhir hayat saya?Sudikah awak bersama saya susah dan senang,di istana kita ini?”Ujar Saiful tiba-tiba.Airmata Nur Syifa mulai jatuh.Hatinya tersentuh hiba mendengar luahan hati lelaki itu.
            “Istana kita?”Soal Nur Syifa inginkan kepastian.
            “Ya ,istana kita.Ini istana kita.Rumah ni saya hadiahkan pada awak sebagai hadiah perkahwinan kita.”
            “Tapi ini,terlalu besar nilainya..”
            “Tak ada yang besar nilainya berbanding cinta awak pada saya.”Nur Syifa diam tanpa kata.Memandang ke arah mata Saiful mencari keikhlasan disitu.
            “Sudikah awak?”Soal Saiful lagi.
            Nur Syifa mengangguk.“Dengan izin Allah..”Jawab Nur Syifa penuh bermakna.
            “Awak ambil kunci ini.Kita akan buka istana kita pada hari perkahwinan kita nanti.Bersama-sama”Yakini Nur Syifa.Kotak baldu hitam bewarna hitam diserahkan pada Saiful kembali.Dia tersenyum lantas membuang pandang ke arah istana yang bakal merealisasikan impiannya dengan lelaki yang amat dicintainya.Saiful.Hanya Saiful.



Bab 11

Nur Syifa meneliti laporan awal projek perumahan hasil kerjasama dengan Global Trading.Sangat memuaskan.Biarpun laporan yang ringkas namun cukup padat dan lengkap.Nur Syifa melirik pandang pada Nur Adira yang begitu ralit memandang Syed Azmie.Sepanjang mensyuarat berlangsung,hanya itu yang dipandang Nur Adira.Langsung tidak fokus pada mesyuarat yang dijalankan.
            “Adira,bentangkan laporan kewangan projek yang saya minta semalam.”Ujar Nur Syifa.Syed Azmie membuang pandang ke arah Nur Adira yang masih memandangnya.
            Nur Syifa berdehem buat seketika untuk mengejutkan adiknya dari melamun.Ahli mesyuarat yang lain mula hairan.Syed Azmie menahan malu,ligat tangannya memicit kepalanya yang tidak pening.
            “Nur Adira!”Panggil Nur Syifa sekali lagi,tapi kali ini lebih kuat.
            “A..ya.”Nur Adira seolah-olah baru sedar dari lamunannya.Syed Azmie menahan senyum sendiri,tidak kurang juga yang lain.
            “Bentangkan laporan yang saya minta semalam.”Jelas Nur Syifa sekali lagi.Pening juga dengan olah adiknya itu yang seperti orang yang tengah angau bercinta.
            “Ermm..maaf.”Nur Adira mengangguk malu.Dia bingkas bangun untuk siapkan perbentangan.Digagahi juga langkahnya untuk menghadiri mesyuarat,kerna dia tahu Syed Azmie pasti hadir untuk mesyuarat projek mereka.
            Tiba-tiba pintu terbuka dari luar.Dengan kasar.Semua mata tertumpu dengan kehadiran seorang gadis yang tinggi lampai,berbadan seksi dan berambut perang di muka pintu bilik mesyuarat.
            “Nani,apa ni?”Soal Nur Syifa kehairanan pada setiausahanya yang berdiri dibelakang seorang gadis yang tiba-tiba datang menganggu mesyuarat mereka.
            “Maaf Cik”
            Syed Azmie jelas terkejut.Bagaimana Karina tahu dia ada disini.
            “Karina.I ada meeting.Please go!”Ujar Syed Azmie.
            “I tak datang nak jumpa you Mie.Tapi I ada urusan dengan girlfriend baru you ni.”Balas Karina dengan lantang.cepat tangannya menunjuk kearah Nur Adira yang berdiri tidak jauh dari Nur Syifa.
            “Nani.Awak bawa mereka keluar dari sini.Batalkan mesyuarat dan aturkan tarikh lain.”Pinta Nur Syifa pada setiausahanya.Ahli mesyuarat yang lain mula keluar dari bilik mesyuarat.
            “Kau cakap baik-baik sikit!Kau datang sini,buat kecoh tempat aku.Kau ingat kau siapa?”Jerkah Nur Adira.
            “Oi,kau perempuan tak tahu malu kacau boyfriend orang kenapa?Dah tak ada laki lain ke?”Balas Karina.
            “En.Azmie.Do something.Its all about you”Nur Syifa membuang pandang pada Syed Azmie yang hanya terduduk melihat adegan didepannya.Sebenarnya dia kurang suka masuk campur bila wanita bergaduh.Sudah acapkali dia melaluinya.
            Keluhan berat dilepaskan.“Karina.Enough and just go”
            “Kau dengarkan,dia suruh kau pergi.Dah orang tak suka,faham-fahamlah..jangan buat muka tak tahu malu disini.”Ujar Nur Adira sinis.
            “Apa kau cakap!”Karina naik berang,pantas tangannya menarik rambut Nur Adira.Keduanya saling bercakaran.Syed Azmie hanya memicit kepalanya.Inilah yang dia tak suka dengan sikap wanita.Mudah melatah.
            Nur syifa bingkas meleraikan pergelutan.
            “Stop it!”Tengking Nur Syifa.Dia berada ditengah-tengah Karina dan Nur Adira.
            “Kau pergi!Kau tak ada kena mengena dalam hal ni”Marah Karina.
            “Of course I am,She`s my sister.Baik awak keluar sebelum saya panggil pengawal heret awak keluar dari sini”Tegas Nur Syifa.
            “Kau ingat aku takut sangat ke dengan ugutan kau.Pergi jahanamlah dengan pengawal kau”Tengking Karina.
            “Karina!you pergi sekarang sebelum I yang heret you keluar dari sini”Marah Syed Azmie.
            “Mie..Apa ni?”Karina nyata terkejut.Sangkanya Syed Azmie akan membela dirinya.
            Nur Adira tersenyum puas,Karina yang melihat bertambah berang.
            “Kau sukakan Azmie buang aku sebab kau.Perempuan murahan!”Marah Karina.Segera gelas kaca yang berada diatas meja dicapai,dia ingin melepaskan rasa sakit hatinya.
            Karina pantas melepaskan geramnya,gelas kaca itu dihentak kuat sehingga mengena kepala orang yang menyakiti hatinya.
            “Nur!”Jerit Syed Azmie.
            “Kau..!”Nur Adira mula marah.Segera dia meluru ke arah Karina.Pipi itu ditampar kuat.
Karina turut mengangkat tangannya untuk membalas balik namun tindakannya terhenti bila Syed Azmie terlebih dahulu menahan tangannya.
            “Kau pergi dari sini.Aku akan settle dengan kau kemudian.”Syed Azmie melepas kuat tangan Karina.Segera dia meluru ke arah Nur Syifa yang sudah terduduk lesu bersama darah yang tak berhenti mengalir dari kepalanya.
            “Mie..”Panggil Karina lagi.
            “Go!”tengking Syed Azmie lagi sambil memandang Karina penuh marah.Ada tangis di mata Karina melihat kemarahan Syed Azmie.Sepanjang mengenali lelaki itu,tidak pernah sekali Syed Azmie menengkingnya seperti itu.Dia terus berlalu pergi bersama hati yang masih membeku.
            “Nur,”Panggil Syed Azmie.
            Nur Adira masih berdiri disuatu sudut sambil memandang keadaan kakaknya yang berlumuran darah.Kakaknya jadi begitu kerana menyelamatkannya.Setitis demi setitis air mata jatuh dipipinya.
            “Awak tunggu apa pagi?Call ambulans now!”Arah Syed Azmie,membawa kembali Nur Adira ke alam nyata,dia segera berlalu keluar untuk menghubungi ambulan.
            “Nur..bangun Nur,”Panggil Syed Azmie,dilihatnya Nur Syifa sudah tak sedarkan diri.Baju jaketnya diambil dan diletkkan di kepala Nur Syifa untuk menahan pendarahan.Hatinya mula panik.Ada hiba yang tersembunyi jauh dari sudut hatinya.Ada tangis yang tak berlagu.
                                                *******************
SYED AZMIE hanya memandang dibalik pintu hospital.Dia mampu menarik nafas lega bila Nur Syifa telah sedarkan diri.Takut juga kalau ada apa-apa berlaku pada gadis itu.Benarkah dia takut akan kehilangan gadis itu?Sayangkah dia?Tidak!Dia cuma ingin hilangkan rasa bersalah diatas apa yang menimpa gadis itu.Semua kerana silapnya.
            “Tak nak masuk Azmie?”Soal Dato`Fadzil sambil menepuk bahu lelaki itu.
            “Tak Dato`.Saya balik dulu.”Syed Azmie terus berlalu.Tidak betah untuk berlama berhadapan dengan Dato`Fadzil,musuh ketatnya itu.
            “Azmie.Hariz telah mendidik kamu dengan baik?”Langkah Syed Azmie terhenti.Dia menoleh kembali ke arah Dato`Fadzil dibelakangnya.
            “Of course Dato`.”Jawab Syed Azmie yakin sambil senyum sinis.
            “Baguslah.”Syed Azmie mengenggam buku limanya.Sakit hatinya melihat ketenangan wajah musuhnya itu.
            “Saya pergi dulu Dato`.Jumpa lagi nanti.”Syed Azmie terus berlalu,meninggalkan rasa sakit yang sekian lama membakar jiwanya.

‘Aku pasti datang membalas segala kesakitan ini Fadzil .Pasti!’