Sunday, September 21, 2014

Bab 13

Betapa terkejutnya Nur Syifa bila melihat semua ahli keluarganya berkumpul termasuk tunangnya Saiful.Dilihat wajah adiknya Nur Adira menjeling tajam kearahnya.‘Apa dah berlaku ni?’Bisik Nur Syifa dalam hati.Penat seharian di Menara Holding masih terasa.Saiful pula masih tunduk disisi Dato`Fadzil tanpa sedikit pun tidak memandang kearah Nur Syifa.Nur Syifa mengambil tempat duduk di sebelah ibunya.Datin Sira memandang wajah anak sulungnya yang kelihatan letih,digenggam tangan anak gadisnya itu.
“Apa dah berlaku ni bu?”Soal Nur Syifa ,apabila dilihat semua orang di Villa itu menyepi tanpa kata.
“Pura-pura tanya...dah lah, jangan jadi hipokrit !”Tempelak Nur Adira terus kepada kakaknya.Benci sungguh dia melihat wajah kakaknya itu.
“Adira....”Tegur Dato Fadzil,dia kurang senang melihat perangai yang ditunjukkan oleh Nur Adira pada kakaknya.Saiful masih mendiamkan diri,dia kesini tadi pun apabila di panggil oleh bakal adik iparnya itu.Nur Adira.
“Kenapa ni yah?Syifa tak faham...”Soal Nur Syifa kebingunggan.
“Ayah...tak tahu nak cakap macam mana?Ayah tahu Syifa takkan buat benda macam ni...tapi elok ayah dengar dari mulut Syifa sendiri...siapa Syed Azmie nak?”Soal Dato`Fadzil terus terang.Tidak sanggup dia melihat wajah sugul anak sulungnya itu.
            Berita yang didengar dari mulut Nur Adira itu betul-betul mengundang resah dihati Dato`Fadzil.Memandangkan  majlis perkahwinan anak sulungnya itu tinggal seminggu lebih lagi,dia ingin menyelesaikan semua salah faham ini.Nur Syifa jelas terkejut mendengar soalan dari ayahnya.Syed Azmie? Macam mana keluarganya boleh mengenali Syed Azmie? Matanya terus memandang adiknya yang duduk disebuah kerusi besebelahan Saiful.
‘Salah fahamkah Saiful akan semua ini ?’Bisik hati kecil Nur Syifa.
“Ayah.Syifa tak ada apa-apa hubungan dengan dia ayah...kami just rakan bisnes.Dia terlibat dengan projek baru Menara Holding..”
“Tak ada apa nya,kalau hampir tiap hari jumpa kau dekat office.Siap bagi bunga lagi...itu ke rakan bisnes?”Soal Nur Adira,suaranya mula meninggi.Hatinya sakit bila mendapat tahu yang Syed Azmie kerap berjumpa dengan Nur Syifa di Menara Holding.Bila ditanya Syed Azmie mengakui mula jatuh cinta pada kakaknya itu.Perasaan benci mula menular kedalam hati mendengar pengakuan dari Syed Azmie yang beberapa bulan dulu pernah mengaku menyintainya.Tapi kini.?
“Sumpah ayah,ibu,Saiful...dengan nama Allah,Syifa tak ada hubungan dengan dia.Ya,Syifa mengaku yang dia memang selalu ke Menara Holding,tapi itu sebab...”
“Dah lah.Kau jangan nak berdalih lagi...dia sendiri mengaku yang dia cintakan kau.Kau memang kan...suka rampas apa yang aku suka.Aku benci kau.”potong Nur Adira  dan terus berlalu pergi.Suasana menjadi senyap seketika.Dato`Fadzil menggeleng kepala,tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.Hubungan dua beradik yang ingin dipulihkan menjadi semakin keruh.Airmata Nur Syifa semakin deras mengalir,hatinya pedih sebab tiada siapa ketika ini berada dipihaknya.Dia memandang kearah Saiful yang masih terdiam.
‘Ah..kenapa lelaki tu langsung tidak cuba mempertahankan aku’.
“Ayah,ayah percayakan Syifa kan yah?Dia tak ada apa-apa hubungan pun dengan Syifa. Dan jika benar dia ada perasaan dengan Syifa pun...siapa Syifa untuk menghalangnya ayah...”Nur Syifa cuba untuk mempertahankan kembali maruahnya.Dia cuba meraih simpati dari ayah dan ibunya.Dato`Fadzil memandang anaknya penuh simpati.Dia sendiri memang mempercayai anaknya itu,semuanya terpulang pada Saiful.
“Tak apa lah uncle,auntie...saya balik  dulu.Hari pun dah lewat ni”Ujar Saiful tiba-tiba.Tidak betah untuk dia terus berada disini,jiwanya terseksa.Dan dia perlukan ruang untuk bersendirian.Nur Syifa terus memandang wajah tunang tersayang,tiada kata yang terluah.
“Awak...kita perlu berbincang.Saya tak salah...”Bela Nur Syifa.
“Saya tahu awak tak salah.Esok saya call awak.Kita bincang esok ya?Lagipun hari pun dah lewat sangat ni.”Ujar Saiful,dia menyalami tangan kedua bakal mertuanya.Nur Syifa akur,dibiarkan Saiful pergi dalam keadaan terluka.Malam itu Nur Syifa tidur bertemankan airmata,sebarang kemungkinan berada dalam fikirannya sekarang.Apa yang menghairankannya bagaimana Syed Azmie boleh mengatakan yang dia menyintai dirinya sedangkan berjumpa pun tidak selalu.Wajah tunang tercinta yang terluka terbayang didepan mata.
            Pagi itu Nur Syifa tidak teragak-agak menghubungi Saiful,dia tidak mahu Saiful terus salah faham akan dirinya.Dia mahu lelaki itu tahu betapa dia amat menyintai tunangnya itu.
“Awak masih marahkan saya ke?”Soal Nur Syifa setelah selesai memberi salam pada tunangnya,walaupun salamnya hanya dijawab seadanya,Nur Syifa cuba memujuk hati kerana dia tahu tunangnya masih lagi marah akan dirinya.
“Awak dah on the way nak pergi kerja ke.?”Soalan Nur Syifa tidak dijawab,sekali lagi Nur Syifa rasa terpukul dengan reaksi Saiful.
“Ya.Saiful kita perlu berbincang...saya nak minta maaf andai saya tak bagitahu awak tentang Syed Azmi yang selalu hantar bunga pada saya tu.Saya tahu awak marah soal tu...”Nur Syifa cuba untuk merungkai segala salah faham di antara mereka.
“Kenapa awak tak bagitahu saya? Dan kenapa saya perlu dengar dari adik awak?”Soal Saiful.Ya bukan hal lain yang buat dia marah,dia sangat mempercayai wanita pertama yang dia cintai itu dan dia juga tahu yang Nur Syifa tidak akan curang padanya.Tapi yang mengecewakannya kenapa perlu Nur Syifa merahsiakan soal  bunga yang lelaki itu beri hampir tiap hari?
“Saya anggap benda tu tak penting.Kita dah nak kahwin,saya tak nak hal-hal kecil macam tu boleh keruhkan keadaan.”Memang itu anggapan Nur Syifa selama ini,bunga pemberian Syed Azmie itupun dia selalu beri pada setiausahanya .Nani.
“Ya...at least awak beritahu saya,tak lah jadi benda macam ni.”Lembut suara Saiful menyapa telinga Nur Syifa.Tahu lah dia kini bahawa tunangnya telah terpujuk oleh nya.
I`m sorry.Saya tahu salah saya.Maafkan saya ya sayang...”Pujuk Nur Syifa lagi.Saiful tersenyum sendirian dihujung talian.Dia memang tidak boleh lama-lama marah dengan tunangnya yang satu itu.
“Errm...”Saiful sengaja menguji kesabaran Nur Syifa,hatinya telah lama terpujuk.
“Maafkan saya ya...”Manja suara Nur Syifa di pendengaran Saiful.
Okey...next time saya tak nak ada bunga lagi dari lelaki lain untuk awak ya....”
“Ya...saya janji.Saya akan maklumkan Nani hal ni.”Janji  Nur Syifa,sesungguhnya dia tidak mahu melukai hati lelaki itu lagi.
“Syifa perkahwinan kita tinggal seminggu je lagi...saya tak nak ada apa-apa berlaku.Settle kan dulu hal awak dengan Syed Azmie tu.Saya tak nak dia kacau hubungan kita lepas kita kahwin nanti...atau awak nak saya settle sendiri dengan dia.”Saran Saiful.
“Tak pa lah...biar saya jumpa dia.Saya ajak leeya sekali..”Rasanya lebih baik dia yang settle.Kalau Saiful,Nur Syifa takut lain pula jadinya.Kalau boleh dia hendak berbincang baik-baik dengan Syed Azmie.
            Sebaik sahaja menghubungi Syed Azmie,Nur Syifa pergi menjemput Aleeya bagi menemaninya berjumpa dengan  Syed Azmie.Syed Azmie kedengaran gembira dengan perlawaan Nur Syifa,dia tidak tahu permainan apa yang sedang dilakukan lelaki itu?Mana boleh jatuh cinta pada seseorang itu dengan sekali jumpa sahaja,barangkali cinta lelaki ini senang seperti itu.
            Nur Syifa telah mula bercuti minggu itu kerana perlu menyediakan persiapan perkahwinan yang hampir  90% siap.Dia perlu pergi ke salon untuk memanjakan diri dan juga perlu meninjau persiapan persandingannya yang akan berlangsung  pada sebelah malam selepas majlis akad nikah nanti.
            Kelihatan Aleeya yang berjalan menghampirinya dengan seulas senyuman tak lekang dari wajahnya.Nur Syifa kagum dengan rakannya itu cantik dan bijak orangnya.
“Assalamualaikum leeya..”Ucap Nur Syifa sebaik sahaja Aleeya memasuki keretanya.Aleeya tersenyum sambil menjawab salam rakannya itu.
“Kau nak bawa aku kemana ni...?”Soal Aleeya.
“Jumpa jodoh kau lah..”Jawab Nur Syifa bergurau.
“Mengada lah kau ni.Penat semalam pun belum hilang..”Leter Aleeya.Semalam berjumpa Nur Syifa,mereka tidak dapat berbual panjang ekoran rakannya itu terlampau banyak kerja maklumlah dah jadi CEO sekarang.
“Tak adalah.Aku nak bawa kau jumpa client aku..lepas ni kau teman aku pergi salon pulak,and pastu nak shopping sikit..boleh?”Soal Nur Syifa sambil tersenyum melihat reaksi rakannya itu.
“Amboi...kau biar betul ni Syifa?Kenapa kau tak ajak je aku tidur dalam kereta kau ni?”Gurau Aleeya.
“Alah kau..lepas aku kahwin,kita tak boleh dah nak keluar selalu.Semingu ni kau temanlah aku,aku bagi chance dekat kau nak lepaskan rindu okey...”balas Nur Syifa
“Ya lah tu...setahu aku si Saiful tu tak kisah pun kalau kau keluar dengan aku...”Aleeya memang amat mengenali tunang kepada Nur Syifa,mereka bertiga berkawan baik,cuma tidak berapa rapat dengan Saiful kerana dia mengambil jurusan kedoktoran.Selang beberapa minit Nur Syifa membelok keretanya di sebuah simpang dan berhenti di sebuah cafe.
“Belum apa-apa kau dah ajak aku makan?”Soal Aleeya.
“Bukan lah...jumpa client aku.”Nur Syifa dan Aleeya beriringan menuju di sebuah cafe.Mata Nur Syifa melilau mencari kelibat seseorang sampai di suatu ketika matanya tertancap kearah seorang lelaki yang duduk di sebuah tempat yang agak privacy.Nur Syifa dapat mengagak siapa lelaki tu walaupun dibalik cermin mata hitamnya itu.
“Assalamualaikum En.Azmie.”Sapa Nur Syifa sambil dia dan Aleeya mengambil tempat di hadapan Syed Azmie.Syed Azmie hanya memandang dua wanita dihadapannya kini.Wanita tetap selalu cantik dimatanya,teringat Syed Azmie dengan beberapa jambak bunga yang dihadiahkan kepada wanita itu beberapa hari yang lepas.
“Ada apa Cik Nur nak jumpa saya ni.?”Soal Syed Aamie yang masih dalam keadaan selamba.Dia sedia maklum kenapa gadis itu ingin berjumpa dirinya,dia sudah terlebih dahulu tahu dari Nur Adira ketika menghubungi gadis itu pagi tadi.Walaupun  Nur Adira masih marah padanya,namun gadis itu tetap mahu melayan panggilan darinya.
“Maafkan saya andai kata-kata saya ni akan kedengaran sedikit kasar nanti.Saya harap En.Azmie faham keadaan saya”Nur Syifa memulakan sedikit mukadimahnya.Aleeya dilihat hanya menjadi pendengar setia.Syed Azmie hanya menunggu apa yang akan ditutur oleh gadis itu.
“En.Azmie tahukan yang saya akan melangsungkan perkahwinan seminggu dari sekarang dan saya harap sangat En.Azmie jangan lagi kirim bunga di office saya kalau boleh jangan lakukan apa saja yang boleh menghuru-harakan lagi keadaan.”Jelas Nur Syifa,dia tidak mahu lagi berselisih faham dengan sesiapa berhubung perkara ini.Syed Azmie dilihat hanya tenang dan sesekali berdehem mungkin untuk mencari ayat untuk dihujahkan.
“Kenapa ?Ada orang cemburu ke?”Soal Syed Azmie,dia tahu soalannya agak tidak rasional tetapi dia kehilangan kata berdepan dengan wanita dihadapannya kini.
“Ini bukan soal cemburu En.Azmie...tapi ini soal maruah saya dan keluarga saya.Tentu nampak tak elok jika ada orang yang hantar bunga pada tunangan orang lain kan?”Nur Syifa cuba berdiplomasi,dia mahu perkara ini diselesaikan dengan baik.Tiba-tiba Syed Azmie ketawa,bagai ada yang meggeletek hatinya.Nur Syifa dan Aleeya kehairanan.
“Baru bertunang kan...tak kahwin lagi.That means saya masih ada peluang kan?”Ujar Syed Azmie tiba-tiba membuatkan Nur Syifa tidak senang duduk.Dia terkejut mendengar ayat dari mulut lelaki itu.Semua ini di luar dugaanya.
“Apa maksud En. Azmie?”
Nothing...but you must mark my word now.I`ll make you be mine...one day.”Ujar Syed Azmie terus bangun untuk berlalu pergi.Nur Syifa masih terkaku.
“Tungu dulu..!”panggil Nur Syifa.Langkah Syed Azmie terhenti,suara Nur Syifa yang kedengaran agak lantang itu menarik perhatiannya,dalam sekelip mata Nur Syifa sudah berdiri dihadapannya.Dia memandandang mata Nur Syifa jauh kedalam.
“Ini kad jemputan  perkahwinan saya.Saya takkan menjadi milik sesiapa tanpa izin Allah.Tapi dengan kad ini,saya harap En.Azmie sedar yang saya milik Saiful seorang.Tunang saya.”Ujar Nur Syifa dia meninggalkan Syed Azmie yang masih lagi kaku sambil menggenggam kad jemputan yang Nur Syifa berikan.Syed Azmie menarik nafas yang maha berat,kini ada sesuatu yang menjalar di di seluruh hatinya,semuanya bercampur,dia menghantar langkah Nur Syifa dengan satu jelingan tajam.Hatinya membara.Kad jemputan berwana putih itu digenggam penuh dengan amarah.




No comments:

Post a Comment