Thursday, March 20, 2014

IHD-Bab 5

BAB 5
“Apa you buat kat sini?”Jelas kerut di wajah Syed Azmie bila melihat wanita yang berdiri mengoda di hadapannya.Wajah Karina di pandang serius,bukan dia menghalang karina pergi ke pejabatnya namun  dia tidak mahu orang bawahannya akan bercakap negatife tentangnya nanti.Karina menghampiri  Syed Azmie ,sengaja badannya mengesel tubuh syed Azmie.
“Ala…you tahu tak ,I ni punya lah penat dari salon ni...terus datang jumpa you.Macam mana imej baru I…you suka tak?”soal Karina sambil sengaja tangannya memintal hujung rambutnya yang ikal.Syed Azmie menjadi makin tidak selesa dia menjauhkan sedikit badannya dari karina.
“Errmm...macam ni jer lah,you balik dulu.I tengah banyak kerja ni…malam nanti I call  you…dan kita jumpa ya…tempat biasa okey?”Syed Azmie cuba memujuk teman berhiburnya itu,mana taknya si Karina tu kalau tidak di beritahu dengan lengok manja mulalah macam orang tak faham bahasa.Karina menyebek,sengaja pandangannya manjanya dilemparkan kepada lelaki yang amat dicintainya itu.
“Kalau macam tu kita pergi lunch dululah.I tak makan lagi lah sayang…lapar ni..”rengek karina dengan manja.
“Tak boleh lah,you tengok ni…kerja I masih banyak lagi ni…”Tolak syed Azmie.cuba berdiplomasi lagi,sebenarnya dia malas mahu cakap banyak dengan Karina ni makin dilayan makin menjadi,apakan daya Karina begitu pandai menghiburkannya.
“Alah you…you kan pengurus.Suruh lah orang bawahan you yang buat..”
“Tak boleh lah sayang…kalau I tak habiskan kerja I ni macam mana I nak keluar dengan you malam ni…you tahu kan I memang tak sabar nak jumpa dan bersama dengan you..”Pujuk Syed Azmie.Kembang kempis hidung Karina mendengar Syed Azmie memanggilnya dengan nama sayang.Memang  itu yang dia selalu harapkan,tapi malang lelaki itu cuma memanggilnya dengan panggilan keramat itu bila dia rasa ingin memujuk saja.Ikhlas atau tidak Karina sendiri pun tak tahu.
“Okey tak pa…tapi malam ni you jangan nak mungkir janji pulak okey…I tunggu you tempat biasa.”Ujar Karina dengan manja sambil bibir munggilnya itu menjamah pipi Syed Azmie.Syed Azmie bersahaja memang itu kebiasaan Karina bila ingin berpisah dengannya biarpun sekejap cuma.
            Syed Azmie terduduk mengeluh bila melihat kelibat Karina hilang dari pandanganya.Dia mula berfikir siapa yang harus dipersalahkan diatas perasaan cinta Karina yang kian menebal itu?Dia mahupun Karina sendiri..?Adakah kerana layanannya terhadap Karina ataupun kerana Karina yang terlalu mengharapkan dirinya ? Sungguh dia memang mengetahui akan perasaan wanita itu tapi dia sengaja buat tak tahu setiap kali Karina melahirkan rasa cintanya.Entahlah dia malas hendak memikirkan soal perasaan sekarang ni,dia cuma mahu  fokus kepada misinya yang ingin membalas dendam pada Fadzil sekeluarga.Pertemuannya dengan gadis bernama Nur Syifa tempoh hari kembali menjengah ruang memorinya.Syed Azmie tersenyum senang,dia pun tidak menyangka kebetulan yang begitu`manis’itu.Segalanya tiada dalam rancangannya tapi apa yang pasti Syed Azmie akan memanfaatkan kebetulan itu dengan sebaik mungkin.
“En.Azmie.Tuan Haris nak jumpa En.Azmie sekarang di biliknya.”Panggil Liza setiausahanya, Syed Azmie sedikit terkejut,apa tidaknya suara itu hilang bersama lamunannya sebentar tadi.Syed Azmie menjawab dengan anggukan sahaja,dia bingkas bangun dan menuju ke ruang pejabat Tuan`Haris.
            Dengan perlahan bilik Tuan` Haris diketuk.Kelihatan senyuman diwajah Tuan Haris menyambut kedatangan perkerja emasnya itu.Syed Azmie mengambil tempat di kerusi bertentangan dengan Tuan`Haris.
Well done Azmie...seperti yang kamu telah rencanakan syarikat Dato Fadzil telah terima proposal yang kamu buat.”Ujar Tuan Haris tersenyum senang.Wajah anak muda itu dipandang memang mirip ayahnya marangkap sahabatnya.Hatinya sedikit membara.Rancangannya mendidik Syed Azmie menjadi lelaki yang berpegang teguh pada prinsip semakin berjaya,dia sedia maklum bahawa niat Syed Azmie bertungkus lumus akan projek Syarikat Menara Holding itu,semuanya kerana dendamnya pada Dato Fadzil cuma dia tidak berapa tahu apa sebenarnya rancangan anak muda itu.
Thanks  uncle,memang ini yang saya nakkan...saya ingin lebih melibatkan diri dalam projek syarikat itu.”jelas Syed Azmie,Tuan Haris tersenyum sinis.Dia dapat melihat api kebencian dari mata Syed Azmie.Semenjak ayah dan adiknya meninggal dunia dan ibunya terlantar di hospital sakit jiwa dia yang menjaga Syed Azmie.Diberi perlindungan dan pendidikan yang tinggi dengan harapan pemuda itu akan membantunya dalam membangunkan syarikatnya yang kini memang tersenarai antara syarikat anak melayu yang berjaya.
Uncle tahu.Uncle memang nak Azmie berjaya...kalau boleh dapatkan balik apa yang memang hak Azmie”ujar Tuan`Haris ,dia sengaja membangkitkan hal lampau dengan pemuda itu.
“Saya tak kan pernah lupa uncle,bukan harta yang saya nakkan cuma saya ingin mereka tahu penderitaan saya selama ini.Mereka harus bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan.”jawab Syed Azmie
“Sabar Azmie.kita tak boleh gelojoh sangat.Kita tunggu masa yang sesuai,Malik ada cakap yang kewangan Menara Holding sangat kukuh dan semua kakitangannya sangat berdedikasi.Agak sukar untuk kita bertindak,lagipun semenjak di bawah pimpinan anak perempuannya itu kedudukan Menara Holding makin kukuh.Tapi tak apa…kita tunggu saja dimana silapnya.”kata Tuan Haris dengan panjangnnya,Syed Azmie hanya mendengar penuh pengertian.Wajah anak sulung Dato fadzil itu segera bermain di ruang matanya,seorang yang lembut dan sangat berkarisma.
“Itu uncle tak perlu risau sebaik saja saya dapat melibatkan diri dalam projek perempuan tu,tahulah apa saya nak buat.”
“Kamu nak buat apa ? Hati-hati Azmie jangan sampai silap langkah...bahaya padahnya.Menara Holding syarikat yang sangat berpengaruh, and  lembaga pengarahnya terdiri daripada orang luar negara yang sangat berpengalaman.”
“Saya tahu.Saya tidak akan mengambil risiko besar macam itu,saya ada cara saya sendiri.”
“Tak mengapa lah Azmie,uncle percaya dengan kemampuan kamu.”ucap Tuan`Haris.`Ya...memang aku sangat percayakan kau Azmie untuk bantu aku memliliki empayar Menara Holding,dari dulu aku sangat teringin untuk memiliki menara holding...si celaka Fadzil tu yang musnahkan rancangan aku yang hampir berjaya dulu.!’Bicara Tuan Haris dalam hati,dia tersenyum memandang anak muda di hadapannya yang kini tengah meneliti surat perjanjian Syarikat Menara Holding.
                                      ************************
“AWAK sudah hantar Rahmat pergi Global Trading untuk sign agreement?”Soal Nur Syifa pada setiausahanya yang baru saja masuk ke dalam biliknya setelah dipanggil tadi,jadual kerjanya yang sedikit padat hari itu membuatkan kepalanya sedikit pening.Dia baru saja balik dari jumpa client.Ekoran itu, dia terpaksa membatalkan temujanji dengan tunang tersayang untuk membeli barang persiapan perkahwinan.mujurlah tunangnya itu sangat memahami kerjayanya dalam bidang perniagaan ni.
“Sudah Cik Syifa...and saya dah siapkan bilik untuk meeting dengan lembaga pengarah setengah jam dari sekarang”ujar Nani sambil menyerahkan minit mesyuarat pada bos nya itu.
“Saya hampir lupa Nani...nasib baik awak ingatkan saya.”ujar Nur Syifa sambil menepuk dahinya,sememangnya dia betul-betul terlupa.Pelbagai masalah yang bermain difikirannya sekarang  salah satunya masalah adiknya itu belum dapat diselesaikan.Nani tersenyum memandang ketuanya yang ayu itu,ditambah warna hijau muda pada selendang yang dililit dikepalanya sangat sesuai dengan kulit Nur syifa yang putih.
“Cik Syifa jangan lupa pulak yang Cik Syifa lagi sebulan nak kahwin”gurau Nani,Nur syifa hanya tersenyum senang.
“Pandai awak kenakan saya ya,mana boleh saya lupa...itu memang hari yang saya tunggu.”
“Oh ya.Sebelum saya lupa...tadi seorang wakil dari Global Trading call dan dah confirm tentang project tu,then...dia cakap kalau boleh dia nak sangat berkenalan dengan Cik sebelum project tu start ...”Nur Syifa mengerutkan dahi kebingungan.
“Tuan Haris maksud awak ?”Soal Nur syifa,kalau Tuan Haris buat apa nak berkenalan lagi? Seingat dia ,dia pernah berjumpa dengan Tuan Haris masa ulang tahun Menara Holding setahun lalu,itupun dari ayahnya.Biarpun masa tu tak bercakap panjang,dia tahu yang Tuan Haris memang sahabat karib ayahnya sejak dulu.
“Bukan Cik Syifa...dia merupakan pengurus untuk projek kita kali ni,orang kepercayaan Tuan Haris.”jelas Nani.
“Ohh...bila dia nak jumpa?”
“Dia tak kisah,bila-bila pun boleh…ikut masa Cik Syifa saja...”
“Kalau macam tu...awak aturkan temujanji saya dengan dia.”
“Okey...nanti saya akan hubungi dia balik.Ada apa-apa lagi yang Cik Syifa nak tanya? Kalau tidak saya keluar dulu.”
“Siapa nama wakil dari Global Trading tu”
“Kalau saya tak silap nama dia Encik Syed Azmie”balas Nani sambil tersenyum dan berlalu pergi.


No comments:

Post a Comment