BAB 4
Aira membuntuti langkah pantas Jemy. Kini dia berada di hadapan bangunan
dua tingkat yang bewarna kelabu terang. Aira mendongak sedikit wajahnya. Papan
tanda bertanda`NJ CITY STUDIO’ ditatapnya. NJ? Siapa NJ?
Aira menoleh ke sekitar
studio tersebut, sebuah taman mini kecil menarik perhatiannya. Cantik.
“Cepatlah! Aku tak ada
masa ni.” Sergah Jemy. Aira hanya mencebik sebelum mengangguk. Dalam hati,
berbakul-bakul sumpah seranah untuk lelaki sombong tu. Hisy..macam lah aku
heran sangat nak datang sini.
Jemy membuka pintu
studionya untuk Aira. Terlopong Aira seketika melihat keadaan studio tersebut.
Lengkap dengan peralatan untuk sesi pengambaran. Inilah impiannya! Aira
memandang lagi ke arah sekumpulan model yang berkumpul di satu sudut. Ada empat
orang semuanya. Pakaian dan cara pembawakan model-model tersebut memukau
pandangannya, dia ingin seperti itu. Cita-citanya memang untuk menjadi seorang
model!
“Abang Jemy, semua model
dah siap!” Aira menoleh kearah satu suara. Abang Jemy? Ermm..lelaki berlagak tu
lah! Abang Jemy konon! Maki Aira lagi, bibirnya sudah dicebikkan.
“Kau tunggu sekejap. Aku
ada kerja sikit.” Jemy menghampiri Aira, dia berbisik hampir di telinga Aira,
bunyi muzik rancak yang dipasang menyukarkan perdengaran Aira. Dia hanya
mengangguk.
“Okey, ready!” Arah Jemy, beberapa model mula berdiri di
tengah-tengah sinaran lampu. Jemy membetulkan kameranya. Aira yang memandang
ternyata leka. Model-model yang berdiri di hadapan kamera tersebut mencuri
perhatiannya, semakin berkobar-kobar minatnya untuk menjadi model suatu ketika
dahulu, dan sebenarnya minatnya itu tidak pernah padam, dia terpaksa
melupakannya semata-mata untuk membantu papa di Aksara Group.
“Okey, one, two, three !” Jemy memetik jarinya untuk menarik
perhatian model-model tersebut. Matanya masih melekat di atas kemera Nikon
tersebut, sesekali jemarinya mengatur lensa kamera, mengikut kesesuaian gambar
yang diambil. Leka seketika Aira melihat ketelitian Jemy melaksanakan tugasnya.
“ Good. Next!” ujar Jemy,
Model-model tersebut ke belakang studio menukar pakaian. Aira hanya menjadi
pemerhati, tidak pula dia bosan biarpun hampir setengah jam dia menunggu,
hilang juga rasa marahnya bila dipaksa Jemy sebentar tadi.
Seketika Jemy menoleh
kearah Aira yang sedia menunggu di sebuah sofa yang dikhaskan dalam studio
tersebut. Senyuman diberikan kepada Aira bila melihat gadis itu juga turut
memandang ke arahnya.
“Lan, kau lihat tak apa
yang aku lihat sekarang?” Rahim di suatu sudut mula menghampiri Azlan yang
sibuk membetulkan light stand.
“Kau ni sibuk je lah, buat
kerja kau tu. Kena tengking dengan Jemy baru kau tahu.”
“Aku tak pernah pula
tengok dia senyum macam tu. Tu kau tengok, siap datang sini bawa perempuan pula
tu.” Omel Rahim lagi. Matanya masih lekat memandang kearah Jemy yang duduk
sambil membelek kameranya.
“Kawan dia lah tu.” Azlan
menjawab acuh tak acuh.
“Tapi aku macam kenallah
perempuan tu, tapi di mana ya?”
“Kerja! Aku korek mata
kau, baru tahu!” Rahim terkejut dek pukulan kecil mengena kepalanya. Hisy, bila
masa pula Jemy boleh ada di sebelahnya.
“Itulah kau. Padan muka!”
Tawa Azlan.
“Okey, start!” Suara Jemy kedengaran lagi. Sesi pengambaran bermula
semula setelah lima belas minit berehat.
*****************
AIRA menguap beberapa kali. Sudah sejam lebih dia duduk di studio lelaki
tersebut. Jam dikerling sekilas, sudah pukul sebelas lebih. Nasib baik juga dia
sudah memaklumkan pada Mila bahawa dia terpaksa ke suatu tempat dengan
kawannya, kalau tak mahu mengamuk Mila tu nanti.
Aira memerhati ke
sekeliling, sesi pengambaran sudah selesai. Pekerja-pekerja lelaki sombong itu
sudah mula mengemas set pengambaran. Beberapa orang model sudah tidak
kelihatan, tinggal seorang je lagi yang masih rancak berbual dengan jurugambarnya
itu. Aira mencebik, menyampah pula dengan perangai lelaki sombong tu! Dengan
aku bukan main lagi sombong. Huh! Tak hairanlah.
“Cik ni tunggu Abang Jemy
ke?” sapa Nadia tiba-tiba. Terkejut juga Aira dibuatnya. Mana taknya, tengah
syok-syok mengutuk bosnya..pekerjanya pula menjengah.
“Ya.” Jawab Aira ringkas
sambil tersenyum.
“Sekejap lah ya, biasalah
si model sengal tu bukan senang nak lepaskan Abang Jemy macam tu je. Adalah tu
mahu dia..” komen Nadia, Nampak sangat dia tak berapa suka dengan model yang
tengah asyik berbual dengan bosnya itu. Bukan setakat berbual, siap buat drama
swasta pulak dia.
“Tak pa, tak kisah pun.”
Aira menjawab jujur.
“Jangan jelous pulak, Abang Jemy memang
ramah dengan semua model.” Sambung Nadia
lagi. Laju saja Aira memandang muka Nadia. Jelous?
Aku jelous dengan lelaki sombong tu?
Ah..please lah..
“A..sebenarnya..”
“Rancak berbual..” sampuk
Jemy tiba-tiba. Dia sudah berdiri hampir di hadapan Aira sambil kedua tangan
menyeluk poket seluarnya.
“Berbual biasa je Abang
Jemy..” jawab Nadia, dia terus berlalu meninggalkan bosnya bersama Aira.
“Dia cakap apa?” soal Jemy
“Tak ada apa-apa. Cepatlah
padam gambar saya tu. Saya tak ada masa ni.” Pinta Aira. Dia sudah berdiri
menghadap Jemy.
“Gambar?” Jemy sudah
berpeluk tubuh, tapi masih memandang kearah Aira yang enggan mengalah.
“Jangan buat tak tahu,
awak dah janji nak tolong saya delete
gambar tu.” Aira mula naik angin. Dia juga berpeluk tubuh, matanya dibesarkan menentang pandangan Jemy,
nak buli aku ya? Jangan haraplah!
“Masa bila aku cakap nak delete gambar?” Jemy mula dengan muka
selambanya. Sakit pula hati Aira mendengarnya. Kalau bukan nak padam semua
gambar tu, buat apa dia ikut lelaki itu datang sini? Aira mengomel sendiri.
“Jangan nak berdalih boleh
tak? Tadi awak sendiri cakap nak tunjukkan buktikan? Mana?” suara Aira mula
meninggi. Mujur mereka berada jauh sikit dari yang lain, kalau tidak tebal juga
muka dia. Jemy tersenyum sendiri.
“Kenapa? Nak berdalih lagi
ke?” marah Aira.
“Aku tak cakap pun aku
bawak kau sini sebab nak suruh kau delete
gambar. Aku cuma nak tunjukkan bukti yang aku memang tak ambik pun gambar kau.”
Jelas Jemy tanpa memperdulikan wajah membahang gadis di hadapannya kini.
“Hah? Awak masih nak cakap
yang awak tak ambik?”
“Memang aku tak ambik pun.
Kau sendiri tengok kan..aku ni jurugambar yang professional, aku cuma ambik
gambar yang berkaitan dengan kerja aku je. Setakat nak ambik gambar kau, aku
tak heran. Kau bukannya cantik pun.” Makin galak Jemy menyakitkan hati Aira.
Tidak pula Aira menjawab,
hanya matanya yang masih galak memerhati Jemy yang masih berdiri di hadapannya.
Apa masalah lelaki ni? Kenapa dia perlu hina aku macam ni sangat? Tiba-tiba
hatinya jadi sebak, belum pernah sesiapa menghinanya begitu. Pandangan yang
tadi yang penuh kemarahan kini berubah sayu, kaca-kaca jernih mula kelihatan.
Terjeda Jemy seketika.
“Saya tahu, saya pergi
dulu!” suara Aira mula mengendur.
“Err..” entah kenapa Jemy
mula panik. Kecil hati ke perempuan ni? Tapi dia cuma..
“Hai.” Sapa satu suara,
serentak itu Aira menoleh.
“Saya Rahim.” Rahim
menghulur salam perkenalan. Jemy hanya menggeleng, ada saja si Rahim ni nak
menyakitkan hatinya.
“Aira.” Jawab Aira
perlahan, salam Rahim disambut.
“Oh, Aira..cantik nama tu,
macam orangnya jugak” balas Rahim.
“Huh! Cantiklah sangat..”
Jemy menyampuk, namun suaranya seakan berbisik. Aira di sebelah mula panas hati. Dia menjeling tajam kearah Jemy.
“Saya rasa macam pernah
jumpalah dengan awak, tapi..” Mata Jemy mula membesar memandang Rahim. Aduh,
jangan cakap dia nak buka rahsia aku pulak.
“Jumpa? Saya rasa tak
kot..ini pertama kali saya datang sini.” Aira menjawab seadanya. Memang
betullah, dia tak pernah kenal dengan Rahim atau lelaki sombong di sebelahnya
ini. Aira menjeling sekilas kearah Jemy.
“Ha! Saya ingat mana saya
pernah jumpa awak..”
Jemy mula panik.
“Saya pernah tengok awak
dalam..” Jemy pantas menghampiri Rahim, mulut Rahim ditutup dengan tangannya.
Terkebil-kebil mata Aira memandang dua lelaki itu. Apa yang jadi?
“Dah, pergi buat kerja!”
Arah Jemy.
“Tapi..”
“Pergi aku cakap!” Jemy
membesarkan matanya memandang pekerjanya itu. Huh! Nyaris..
“Dia cakap apa?” Aira
menyoal kehairanan.
“Tak ada apa-apalah, mari
aku hantar kau balik.” Putus Jemy.
“Tak payah! Saya boleh
balik sendiri.” Aira mengemaskan dirinya, beg sandangnya dicapai, segera tombol
pintu studio Jemy dipulas. Tidak betah dia ingin berlama-lama dalam bilik
tersebut. Panas! Panas dengan perangai berlagak lelaki bernama Jemy itu.
“Aira!” panggil Jemy buat
pertama kalinya. Langkah Aira dituruti. Ala..marah la pulak!
“Nak apa lagi?” soal Aira
kasar.
“Aku hantar kau balik.”
“Tak payah!”
Jemy menarik lengan Aira
yang ingin berlalu.
“Aku yang bawak kau ke
sini, biarlah aku hantar kau balik.” Jelas Jemy.
“Tak payah! Saya sedar
saya ni siapa. Tak payah nak susahkan diri.” Aira merentap kuat tangannya dari
genggaman lelaki itu. Terkaku seketika Jemy, langkah Aira yang meninggalkan
ruang studionya hanya dihantar tanpa kata.
si jantung hati dah merajuk la...hehehe
ReplyDeleteMerajuk sebab Jemy kata dia xcantik..hahaha
Delete