BAB 4
Kehadiran
pengunjung yang ramai membuat suasana di restoran segera KFC menjadi riuh
rendah,tempat itu menjadi pilihan Nur Syifa dan tunangnya Saiful untuk makan
tengah hari pada hari itu,biarpun telah mereka ketahui hujung minggu begini
restoran ini memang akan dipenuhi dengan pengunjung yang ramai disebabkan cuti sekolah, dan kebanyakan
ibu-bapa akan membawa anaknya ke Restoran tersebut untuk menjamu selera,tapi oleh kerana KFC
mempunyai nostalgia tersendiri bagi Nur Syifa dan Saiful mereka rela meredah kesibukan di restoran tersebut.
Mereka
ingat lagi di restoran inilah dia dan saiful sering menghabiskan masa
bersama sejak mereka mula berkenalan
dulu sehinggalah mereka ditunangkan.Nur Syifa dan Saiful mengambil posisi
paling hujung sekali.lebih privacy.
“Awak
ingat lagi ya apa yang saya suka ya...’’ujar Nur syifa sebaik saja tunangnya
itu mengambil tempat di kerusi hadapannya dengan membawa satu set snek
plate untuk nya.
“Saya sentiasa ingat apa awak suka,dan apa yang awak tak
suka...”ujar Saiful lagi.Nur Syifa tersenyum mendengarnya,dari dulu sikap Saiful
sentiasa menyenangkan hatinya.Sikap Saiful yang
sentiasa mengambil berat tentang dirinya serta sentiasa memahami
tugasnya membuatkan dia senang bersama Saiful.
“Awak...kes hari tu
apa cerita ya...?”soal Nur Syifa
“Oh.Kes yang isteri
dia minta fasakh tu ya?Ermm...saya dah uruskan tapi susah sikit sebab ini dah
melibatkan soal perasaan...”
“Yaka.kasihan
kan...harap bila kita kahwin nanti dijauhkan dari benda-benda macam tu.Semua tu
buat saya takut lah..”ujar Nur Syifa pada tunang kesayangannya itu,memang betul
kalau boleh dia tidak mahu benda yang tidak elok berlaku pada perkahwinannya
nanti,Saiful tersenyum memandang wajah risau tunangnya.
“Insyallah sayang
tak kan berlaku benda yang tak elok,sebab awak sendiri tahu kan bahawa saya
rasa bertuah sangat memiliki cinta dari seorang gadis macam awak...dan saya
akan jaga awak dengan baik.Takkan
sesekali menyiakan awak...’’janji Saiful pada Nur Syifa.Nur Syifa
tersenyum lega,dia berasa tenang mendengar
kata-kata dari saiful,jauh dilubuk hatinya dia memang mempercayai Saiful,dan
dia bersedia menyerahkan seluruh hidupnya untuk lelaki itu.
“Hai....”sapa satu
suara suara.Selera Nur Syifa dan Saiful serta merta terhenti,Nur Syifa jelas
terkejut dengan kehadiran lelaki yang baru menyapanya tadi.Syed Azmie melemparkan
senyuman manis pada Nur Syifa dan lelaki disisinya dia sedia maklum bahawa
lelaki itu adalah tunang syifa.
“Ermm...hai.Tak
sangka boleh jumpa dekat sini...”
“Ya.Memang tak
sangka.Saya Azmie’’jawab Syed Azmie terus menghulurkan salam perkenalan pada Saiful
yang dari tadi galak memerhati lagak Syed Azmie dihadapannya
“Saya
Saiful...tunang Syifa”
“Saya tahu.Maaf
menganggu...kebetulan nak makan, jumpa Cik Nur disini”ujar Syed Azmie.Ya,memang
secara tidak sengaja dia kesini dan bertemu dengan Nur Syifa disitu.Dari jauh
dia memerhati gelagat pasangan itu menjamu selera,memang mesra malahan dia
dapat melihat betapa dalamnya cinta gadis itu pada tunangnya itu.
“Oh yaka.Errmm...hari
itu saya tak sempat nak bekenalan.Kereta En.Azmie dah okey?”tanya Nur syifa
“Okey...tapi
tinggal beberapa bahagian yang kena spray
balik.Okey lah.Maaf menganggu,saya minta diri dulu..”pinta Syed Azmie terus
menghulurkan salam pada Saiful.Nur Syifa hanya mengangguk sambil memberi
senyuman manis,sedikit hati Syed Azmie mula terpegun melihat senyuman dari
wajah gadis itu.
“Kereta dia ker
yang awak langgar hari tu?”tanya Saiful terus setelah melihat kelibat Syed
Azmie hilang dalam keriuhan suasana di restoran itu.
“Errmmm
ya...rasanya dah okey lah kereta dia tu..”
“Boleh tahan juga
dia tu kan..”Ujar saiful berbaur cemburu
“Errmm...tapi awak
lagi handsome dari dia...”puji Nur syifa
ikhlas.
“Mestilah.Saya kan
tunang awak..”Nur Syifa hanya melemparkan senyuman manis kepada tunangnya.
Syed Azmie hanya
memandang pasangan itu dari jauh ,jari tangannya lancar mengetuk-ngetuk meja
dihadapannya.Cermin mata hitam yang dipakainya tidak ketara menunjukkan dia
tengah menyaksikan pasangan tersebut.Mata Syed Azmie jatuh pada wajah putih milik gadis bernama Nur Syifa
sedikit hatinya terdetik,wajah gadis itu nampak suci `tergamak aku untuk
mengunakan dia sebagai alat untuk aku membalas dendam tapi luka yang telah bapa
dia berikan padaku sangat mendalam.Bagaimanakah aku hendak melupakan segala
yang telah dilakukan oleh bapa dia?’
********************
“MINUM...?”pelawa seorang gadis kepada Syed Azmie sewaktu
dia sedang asyik memerhatikan gelagat
manusia yang berada di ruang pub tersebut.Syed Azmie menoleh kepada suara
tersebut,seorang gadis manis sedang menghulurkan minuman kepadanya.
“Sorry.Saya tak minum minuman keras...”Tolak
Syed Azmie lembut.
“Pergi tempat macam
ni pun...ada jugak ya orang yang tak minum minuman keras”usik gadis tersebut.Syed
Azmie hanya tersenyum mendengarnya.
“Saya Azmie.Awak?”
“Adira...Nur
Adira..”Jawab Nur Adira penuh mengoda tangannya menyambut huluran salam dari
Syed Azmie.
“Nur Adira.Nice name...macam orangnya juga.Datang
sorang ker?I meant tak bawak boyfreind?”Soal Syed Azmie.dia mula
berminat akan gadis dihadapnnya kini.
“Yup.Saya sorang.Mana
ada orang yang nakkan saya ni”Jawab Nur Adira sambil tersenyum manis,tangannya
mula bermain di tangan Syed Azmie.Dalam diam dia berterima kasih pada rakannya Mona
yang mengenalkannya pada Syed Azmie tadi.Syed Azmie hanya tersenyum.Nur Adira
sama jer dengan wanita lain yang dia kenal.Mudah.
Semenjak
hari tu perkenalan antara Syed Azmie dan Nur Adira mula rapat.Nur Adira begitu
menyenangi karekter yang dimiliki lelaki bernama Syed Azmie.Bukan saja kacak
malah tegas dan penyayang orang nya.
Setelah
penat balik dari Pub,Syed Amie membersihkan badan.Jarum jam menunujukkan pukul
2 pagi.Sebuah kondo sederhana besar miliknya sentiasa kemas ekoran masanya jarang
dihabiskan di kondo yang dibelinya 4 tahun yang lalu.Selesai membersihkan badan Syed Azmie menapak kebiliknya dengan
segelas jus oren ditangan.Sambil melabuhkan punggung di atas katil Syed Azmie
terpandang bingkai gambar yang terpacak teguh di meja sisi katilnya,wajah ayah
dan ibunya dipandang.Matanya mula bergenang,rindu pada ayahnya makin sarat
ianya seolah-olah tidak terbendung lagi,dadanya makin sakit menahan rasa sebak
yang kian menghentam jiwa lelakinya.
Bukan
niatnya ingin membalas dendam pada lelaki yang bernama Dato`Fadzil.Tapi jiwanya
sengsara,segalanya jelas diingatannya.Pembunuhan yang berlaku dirumahnya tujuh
belas tahun yang lalu oleh dua orang lelaki bertopeng.Pembunuhan kejam yang
meragut nyawa dua insan kesayangannya itu masih menghantuinya sehingga
sekarang.Tidurnya juga sering terganggu oleh peristiwa itu. Masih kedengaran
tangisan ibunya serta teriakan adik
perempuannya yang masih berusia 5 tahun yang mengerang kesakitan akibat
hentakan kuat pada kepalanya.
Mujurlah pada masa
itu ibunya ke rumah kawannya sekejap kerana menolong kawannya yang sakit hendak
bersalin,kalau tidak ibunya juga pasti turut terkoban pada malam itu.Dahi Syed
Azmie mula mengalir peluh,kesejukan penghawa dingin di dalam biliknya tidak
terasa,cuma yang ada rasa marah yang kian menggunung.Jelas dimatanya bila dia melihat
macam mana pembunuhan itu berlaku.Dia ada disitu, ada bersembunyi di balik
almari.Dia melihat macam mana ayahnya melepaskan nyawanya yang terakhir,dan
macam mana adiknya mengerang menahan kesakitan.
Sungguh pada masa
itu,dia tidak dapat membantu apa-apa.Dia hanya mampu manangis dan menangis sehingga ibunya pulang satu jam
kemudian.Ibunya jelas terkejut dan pengsan pada masa itu juga,itulah kali
terakhir dia mendengar suara ibunya.Ibunya mengalami kemurungan yang sangat
teruk sehingga menyebabkannya menerima rawatan di pusat sakit jiwa.
Syed
Azmie meletakkan kembali bingkai gambar di tempat asal.Dia merebahkan badannya
yang jelas kepenatan,Air mata yang mengalir di usap segera.jiwa lelakinya tidak
boleh lemah.Wajah Nur Syifa terbayang di ruang matanya,perasaan geram semakin
membuak-buak.
‘Ya gadis itu akan
ku gunakan untuk membalas dendam pada kau Fadzil..!Andailah seluruh hidupku
perlu kukorbankan hanya untuk melihat kesengsaraan kau Fadzil,aku rela.Dan
andai juga kau tahu peristiwa itu bukan saja meragut nyawa ayah dan adiknya
bahkan telah membawa pergi seluruh jiwaku.Kau pasti menyesal kerana aku takkan
pernah lepaskan kau.Syed Azmie merebahkan badannya di tilam empuk berwarna
keemasan,matanya dipejam rapat.Kini matlamat hidupnya cuma untuk melihat
kesengseraan dan penderitaan Dato`Fadzil!
No comments:
Post a Comment