Sunday, September 21, 2014

Bab 11

Nur Syifa meneliti laporan awal projek perumahan hasil kerjasama dengan Global Trading.Sangat memuaskan.Biarpun laporan yang ringkas namun cukup padat dan lengkap.Nur Syifa melirik pandang pada Nur Adira yang begitu ralit memandang Syed Azmie.Sepanjang mensyuarat berlangsung,hanya itu yang dipandang Nur Adira.Langsung tidak fokus pada mesyuarat yang dijalankan.
            “Adira,bentangkan laporan kewangan projek yang saya minta semalam.”Ujar Nur Syifa.Syed Azmie membuang pandang ke arah Nur Adira yang masih memandangnya.
            Nur Syifa berdehem buat seketika untuk mengejutkan adiknya dari melamun.Ahli mesyuarat yang lain mula hairan.Syed Azmie menahan malu,ligat tangannya memicit kepalanya yang tidak pening.
            “Nur Adira!”Panggil Nur Syifa sekali lagi,tapi kali ini lebih kuat.
            “A..ya.”Nur Adira seolah-olah baru sedar dari lamunannya.Syed Azmie menahan senyum sendiri,tidak kurang juga yang lain.
            “Bentangkan laporan yang saya minta semalam.”Jelas Nur Syifa sekali lagi.Pening juga dengan olah adiknya itu yang seperti orang yang tengah angau bercinta.
            “Ermm..maaf.”Nur Adira mengangguk malu.Dia bingkas bangun untuk siapkan perbentangan.Digagahi juga langkahnya untuk menghadiri mesyuarat,kerna dia tahu Syed Azmie pasti hadir untuk mesyuarat projek mereka.
            Tiba-tiba pintu terbuka dari luar.Dengan kasar.Semua mata tertumpu dengan kehadiran seorang gadis yang tinggi lampai,berbadan seksi dan berambut perang di muka pintu bilik mesyuarat.
            “Nani,apa ni?”Soal Nur Syifa kehairanan pada setiausahanya yang berdiri dibelakang seorang gadis yang tiba-tiba datang menganggu mesyuarat mereka.
            “Maaf Cik”
            Syed Azmie jelas terkejut.Bagaimana Karina tahu dia ada disini.
            “Karina.I ada meeting.Please go!”Ujar Syed Azmie.
            “I tak datang nak jumpa you Mie.Tapi I ada urusan dengan girlfriend baru you ni.”Balas Karina dengan lantang.cepat tangannya menunjuk kearah Nur Adira yang berdiri tidak jauh dari Nur Syifa.
            “Nani.Awak bawa mereka keluar dari sini.Batalkan mesyuarat dan aturkan tarikh lain.”Pinta Nur Syifa pada setiausahanya.Ahli mesyuarat yang lain mula keluar dari bilik mesyuarat.
            “Kau cakap baik-baik sikit!Kau datang sini,buat kecoh tempat aku.Kau ingat kau siapa?”Jerkah Nur Adira.
            “Oi,kau perempuan tak tahu malu kacau boyfriend orang kenapa?Dah tak ada laki lain ke?”Balas Karina.
            “En.Azmie.Do something.Its all about you”Nur Syifa membuang pandang pada Syed Azmie yang hanya terduduk melihat adegan didepannya.Sebenarnya dia kurang suka masuk campur bila wanita bergaduh.Sudah acapkali dia melaluinya.
            Keluhan berat dilepaskan.“Karina.Enough and just go
            “Kau dengarkan,dia suruh kau pergi.Dah orang tak suka,faham-fahamlah..jangan buat muka tak tahu malu disini.”Ujar Nur Adira sinis.
            “Apa kau cakap!”Karina naik berang,pantas tangannya menarik rambut Nur Adira.Keduanya saling bercakaran.Syed Azmie hanya memicit kepalanya.Inilah yang dia tak suka dengan sikap wanita.Mudah melatah.
            Nur syifa bingkas meleraikan pergelutan.
            “Stop it!”Tengking Nur Syifa.Dia berada ditengah-tengah Karina dan Nur Adira.
            “Kau pergi!Kau tak ada kena mengena dalam hal ni”Marah Karina.
            “Of course I am,She`s my sister.Baik awak keluar sebelum saya panggil pengawal heret awak keluar dari sini”Tegas Nur Syifa.
            “Kau ingat aku takut sangat ke dengan ugutan kau.Pergi jahanamlah dengan pengawal kau”Tengking Karina.
            “Karina!you pergi sekarang sebelum I yang heret you keluar dari sini”Marah Syed Azmie.
            “Mie..Apa ni?”Karina nyata terkejut.Sangkanya Syed Azmie akan membela dirinya.
            Nur Adira tersenyum puas,Karina yang melihat bertambah berang.
            “Kau sukakan Azmie buang aku sebab kau.Perempuan murahan!”Marah Karina.Segera gelas kaca yang berada diatas meja dicapai,dia ingin melepaskan rasa sakit hatinya.
            Karina pantas melepaskan geramnya,gelas kaca itu dihentak kuat sehingga mengena kepala orang yang menyakiti hatinya.
            “Nur!”Jerit Syed Azmie.
            “Kau..!”Nur Adira mula marah.Segera dia meluru ke arah Karina.Pipi itu ditampar kuat.
Karina turut mengangkat tangannya untuk membalas balik namun tindakannya terhenti bila Syed Azmie terlebih dahulu menahan tangannya.
            “Kau pergi dari sini.Aku akan settle dengan kau kemudian.”Syed Azmie melepas kuat tangan Karina.Segera dia meluru ke arah Nur Syifa yang sudah terduduk lesu bersama darah yang tak berhenti mengalir dari kepalanya.
            “Mie..”Panggil Karina lagi.
            “Go!”tengking Syed Azmie lagi sambil memandang Karina penuh marah.Ada tangis di mata Karina melihat kemarahan Syed Azmie.Sepanjang mengenali lelaki itu,tidak pernah sekali Syed Azmie menengkingnya seperti itu.Dia terus berlalu pergi bersama hati yang masih membeku.
            “Nur,”Panggil Syed Azmie.
            Nur Adira masih berdiri disuatu sudut sambil memandang keadaan kakaknya yang berlumuran darah.Kakaknya jadi begitu kerana menyelamatkannya.Setitis demi setitis air mata jatuh dipipinya.
            “Awak tunggu apa pagi?Call ambulans now!”Arah Syed Azmie,membawa kembali Nur Adira ke alam nyata,dia segera berlalu keluar untuk menghubungi ambulan.
            “Nur..bangun Nur,”Panggil Syed Azmie,dilihatnya Nur Syifa sudah tak sedarkan diri.Baju jaketnya diambil dan diletkkan di kepala Nur Syifa untuk menahan pendarahan.Hatinya mula panik.Ada hiba yang tersembunyi jauh dari sudut hatinya.Ada tangis yang tak berlagu.
                                                *******************
SYED AZMIE hanya memandang dibalik pintu hospital.Dia mampu menarik nafas lega bila Nur Syifa telah sedarkan diri.Takut juga kalau ada apa-apa berlaku pada gadis itu.Benarkah dia takut akan kehilangan gadis itu?Sayangkah dia?Tidak!Dia cuma ingin hilangkan rasa bersalah diatas apa yang menimpa gadis itu.Semua kerana silapnya.
            “Tak nak masuk Azmie?”Soal Dato`Fadzil sambil menepuk bahu lelaki itu.
            “Tak Dato`.Saya balik dulu.”Syed Azmie terus berlalu.Tidak betah untuk berlama berhadapan dengan Dato`Fadzil,musuh ketatnya itu.
            “Azmie.Hariz telah mendidik kamu dengan baik?”Langkah Syed Azmie terhenti.Dia menoleh kembali ke arah Dato`Fadzil dibelakangnya.
            “Of course Dato`.”Jawab Syed Azmie yakin sambil senyum sinis.
            “Baguslah.”Syed Azmie mengenggam buku limanya.Sakit hatinya melihat ketenangan wajah musuhnya itu.
            “Saya pergi dulu Dato`.Jumpa lagi nanti.”Syed Azmie terus berlalu,meninggalkan rasa sakit yang sekian lama membakar jiwanya.

‘Aku pasti datang membalas segala kesakitan ini Fadzil .Pasti!’

No comments:

Post a Comment