Tuesday, April 22, 2014

Bab 21

Ucapan dari Mia mengakhiri majlis pertunjukkan feshen tersebut. Pengunjung melahirkan rasa berpuas hati dengan rekaan-rakaan dari Mia Collection. Mia memperkenalkan Aira kepada rakan-rakan seperjuangannya, itupun kerana permintaan beberapa orang rakannya yang terpegun dengan kecantikan model barunya itu.
            “Cantik rekaan terbaru you Mia, modelnya pun meletup!” ujar Lucy, salah seorang pereka fesyen yang mula menempa nama dalam bidang fesyen.
            “Mestilah! I tak pilih calang-calang orang tau untuk guna rekaan terbaru I ni.” Balas Mia. Aira hanya tersenyum di sebelah Mia, bukan tak biasa bercampur dengan orang atasan, malah dulu papanya sering membawanya ke parti-parti besar macam ni. Cuma dia tak tahu nak cakap apa kalau berkaitan topik fesyen-fesyen ni.
            Emily mula berbulu. Aira benar-benar menjadi tumpuan pada malam itu. Cantik sangatkah minah murahan tu! Omel Emily, geram sungguh hatinya, dia yang sudah lama menempa nama sebagai model hanya dibiarkan sepi. Benci!
            Emily terpandang Jemy yang duduk di suatu sudut, dia tersenyum senang. Dia merapati Jemy yang masih sibuk meneliti gambar di kameranya itu, sesekali lelaki itu tersenyum sendiri.
            “Hi Jemy!” sapa Emily, dia dengan lenggoknya melabuhkan punggung di sebelah Jemy.
            “Ermm..” Tidak pula Jemy menoleh, dia masih dengan kameranya. Ada yang lebih menarik dari melayan perangai gedik Emily tu.
            “You ada ambik gambar I tak?” Emily semakin mendekat dirinya dengan Jemy.
            “Of course, that my job. You nak apa?” Jemy menyoal tidak senang, dia menjarakkan sedikit tubuhnya. Mati ni kalau si Aira tu nampak.
            “Cantik tak? You mesti ambik cantik-cantik tau. Kalau you nak besarkan gambar I pun, I tak kisah. I izinkan.” Ujar Emily, dia melingkar tangannya di bahu Jemy. Dia sengaja, dia tahu Aira sedang memandang kearah mereka. Rasakan!
            “Emily please. Jangan buat hal sini.” Jemy bingkas bangun. Di sini banyak wartawan, dan dia tak mahu timbul gosip yang bukan-bukan. Kalau dulu dia tak kisah, tapi kini ada hati yang perlu dijaganya.
            Emily mendengus geram. Sekali lagi Jemy menolaknya, tanpa putus asa dia bangun dan sekali lagi dia memaut lengan Jemy, biar berbulu hati si Aira tu memandangnya.
            “Sayang, kenapa ni?” Aira muncul tiba-tiba. Dia memaut kemas lengan Jemy, genggaman pada tangan lelaki itu dieratkan. Dia gembira bila Jemy turut membalas pegangannya. Aira menjeling sekilas kearah Emily.
            “Emily, kau ada urusan apa dengan boyfriend aku? Kalau ya pun, tak perlu lah berpegang tangan.” Sindir Aira. Jemy menahan senyumnya, perlahan dia melarikan lengannya dari dirangkul kemas oleh Emily
            “Awak nak minum ke?” soal Jemy, dahi Aira yang sedikit berpeluh tu dilap sedikit dengan lengan baju kotnya. Aira hanya mengangguk, dibiarkan Jemy pergi meninggalkannya dengan Emily.
            “Jemy boyfiend kau? Aku tak hairanlah, paling tak pun Jemy hanya main-main dengan kau.” Ujar Emily.
            “Tak ada kena mengena dengan kau.”
            “Aku akan pastikan kau musnah Aira!” ugut Emily geram. Pantas dia meninggalkan Aira di situ. Tak sanggup rasanya melihat kemesraan pasangan kekasih itu.
            “Are you okay?” soal Jemy, segelas air anggur diserahkan pada gadis itu.
            “No” Jemy mengerutkan keningnya. Tiba-tiba je berubah mood, tadi okay je, siap panggil aku sayang lagi.
            “Kenapa muka macam tu?”
            “Awak memang suka ya bila dia peluk awak macam tu.” Ujar Aira tiba-tiba. Panas juga hatinya dengan tingkah Emily seketika tadi. Jemy terpana. Kes cemburulah ni.
            “Saya tak peluk dia lah.”
            “Tapi dia peluk awak.”
            “Nak buat macam mana, takkan nak tolak jauh-jauh kot. Rezeki tu.” Usik Jemy.
            “Rezeki?” Aira menjengilkan matanya. Memang nak kenalah si Jemy ni.
            Aira memeluk tubuhnya, merajuklah tu.
            “You look gorgeous tonight” puji Jemy, dia mengakui Aira kelihatan lain malam ini. Mungkin kerana rekaan baru Mia yang begitu sesuai dengan cara Aira.
            “I know!” jawab Aira. Terlopong mulut Jemy.
            “Wah..awak makin tak malu ya..” Jemy tersenyum.
            “Memanglah! Siapa juga yang tengok saya sampai tak peduli dengan kamera tadi” Sindir Aira, dia perasan pandangan lelaki itu bila dia muncul di atas pentas tadi.
                                                ***********
AKMAL memesan dua jus oren. Sesekali matanya melingas mencari sang yang ditunggu. Lambat pulak Tiara kali ini, selalunya gadis itu sentiasa menepati masa. Mengenali Tiara membuka lembaran baru dalam hidupnya, yang pasti dia tahu apa yang dia rasa. Entah kenapa, hingga kesaat ini dia tak mampu mengungkap tiga patah perkataan itu. Sukar sangat ke? Mungkin dia belum yakin akan perasaan Tiara padanya, dia takut untuk menerima jawapan Tiara nanti, adakah gadis itu merasakan yang sama seperti dirinya.
            “Sorry Abang Mal, lama tunggu?” soal Tiara, gadis itu kelihatan termengah-mengah. Tanpa kata dia terus menghirup jus oren yang dipesan Akmal tadi.
            “Tak jugak. Tiara dari mana?” Akmal menjawab dengan senyuman, gadis itu kelihatan sempoi hari ini, dengan menggunakan t-shirt lengan panjang dan jean berwarna hitam, tak lupa selendang yang sentiasa melekat di kepalanya itu. Biarpun seorang yang suka bergaya, Tiara sentiasa menutup auratnya.  Itu yang memikat hati Akmal.
            “Dari butik. Kereta Tiara masuk bengkel pagi tadi. Terpaksa tunggu abah untuk hantar Tiara.” Jelas Tiara dengan memek muka yang jelas kepenatan.
            “Kenapa tak telefon je, boleh abang ambil.” Akmal menzahirkan riak risaunya.
            “Tak pa, abah dah offer nak hantar.”
            Akmal tersenyum. Tiara seorang gadis yang berdikari, biarpun anak bongsu, Tiara bukan gadis yang suka dimanjakan.
            “Mama abang pesan bawa Tiara dinner kat rumah. Bila Tiara free?”
            “Dinner? Bila-bila pun boleh, lama jugak tak jumpa Mak Cik Lia.”
            “ Kalau macam tu, malam esok boleh?”
            Tiara hanya mengangguk setuju.
            “Abang Mal, hujung minggu ni Abang Mal free tak?” soal Tiara tiba-tiba. Matanya segera diarahkan pada pemuda yang sudah lama mencuri hatinya itu.
            “Free rasanya, kenapa?” Akmal menghirup kejap jus orennya.
            “Tiara ingat nak turun KL. Nak tempah beberapa kain, lepas tu nak jumpa photographer untuk ambik gambar rekaan baju pengantin baru tu.” Jelas Tiara. Tinggal sebulan lebih saja untuk hari ulang tahun butiknya itu, dia bercadang mengupah seorang photograpaher untuk mengambil gambar rekaan terbaru baju pengantinnya bagi dipamerkan masa ulang tahun butiknya nanti.
            “Macam besar je majlis tu nanti” komen Akmal.
            “Tak besar pun, cuma kebetulan masa majlis tu nanti rekaan baju pengantin Tiara tu dah siap. So, ingat nak promote sikit.”
            “Dah jumpa ke photographernya?”
            “Dah.” Tiara menyerahkan majalah yang dibacanya tadi pada Akmal. Dia berminat untuk mengupah Photographer yang difikirnya sangat sesuai untuk mengambil gambar baju pengantinnya nanti. Akmal hanya menyambut, wajah seorang lelaki yang kelihatan segak bergambar dengan kamera di tangan.
AWARD KEEMPAT DALAM BIDANG PHOTOGRAPHY. Itu tajuk majalah  yang dibaca Akmal.
“Dia jurugambar model dan artis terkenal tau. Selain minat dengan hasil kerja dia, Tiara nak sangat sentuhan tangan dia pada gambar-gambar baju pengantin Tiara nanti” ujar Tiara penuh teruja.
“Nazmi Elyas? Tak pernah dengar pun nama dia?” balas Akmal.
“Memanglah, dalam bidang photography dia tak guna nama penuh dia, dia guna nama singkatan. Jemy.”
“Minat sungguh Tiara kat dia..”soal Akmal bernada cemburu.
“Minat dengan hasil kerja dia.” Balas Tiara.
“Macam mana? Nak temankan tak?” sambung Tiara.
“Boleh jugak, teringin pulak jumpa dengan idola Tiara ni.” Usik Akmal.
                                                *************
AIRA QAISARA MODEL  BARU YANG SEMAKIN MENEMPA NAMA DALAM BIDANG MODELING.
TAN SRI MEGAT MIQDAD menghempas kuat surat khabar yang dibacanya. Gambar anak gadis yang amat dipercayainya sedang memenuhi dada akhbar dan majalah tempatan.
            Tan Sri Megat Miqdad memegang dadanya yang semakin sesak. Perasaan sebegini pernah dilaluinya suatu ketika dahulu, bila gambar Marlia isterinya terpampar di dada akhbar sebagai model, dan kini Aira mengikut jejak langkah ibunya.
            Kebelakangan ini Tan Sri Megat Miqdad jarang bersua muka dengan anaknya itu. Tidak pula dia bertanya apa yang menyebabkan Aira sibuk hingga tiada masa di rumah. Mila, pembantu peribadi yang diupah untuk mengawasi anaknya juga tidak kelihatan.
            “Tan Sri, Cik Mila dah sampai.” Sapa Sofia, setiausahanya.
            “Panggil dia masuk.” Arah Tan Sri Megat Miqdad. Perlahan Mila memasuki ruang pejabat majikannya itu, dia tahu yang dia bakal disoal gara-gara berita yang terpampar di dada akhbar pagi tadi. Menggigil juga Mila dibuatnya.
            Tan Sri Megat Miqdad menghempas kuat surat khabar di hadapan Mila.
            “Saya nak kamu jelaskan.” Ujar Tan Sri Megat Miqdad dengan tegas.
            “Sa..saya..” Mila sudah terketa-ketar. Nak jawab apa ni?

            “Jelaskan!” tengking Tan Sri Megat Miqdad. Tajam matanya memanah anak mata Mila. Berapi sungguh dia bila mendapat tahu Aira kini bergelar seorang model. Ini tak boleh dibiarkan. Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali!

5 comments:

  1. ade nada cemburu dri aira..hee...sweet..opss yah aira dh tahu rahsia aira jd modeo..mesti ayahnya takkan setuju..ermmmm

    ReplyDelete
  2. Terima kasih semua..saya akan update lag jika ada kelapangan. sudi2lah update di blog saya ni.

    ReplyDelete