Sekuntum ros merah yang dibaluti kertas yang dihiasi reben menarik
perhatian Nur Syifa.Haruman pada bunga itu dicium seketika.Terbit senyuman
diwajahnya,yakin akan siapa yang mengirimkan bunga itu padanya.Tunangnya itu
sentiasa menyenangkan hatinya sejak dulu lagi.Sentiasa menambat hatinya.
Telefon bimbit dicapai.Dia
ingin mengucap terima kasih pada sang tunang tercinta.Ros merah yang berada
ditangannya sekarang telah menghilangkan penat setelah kesana-kemari berkejar
dengan pelanggan.
Seketika pintu bilik
pejabatnya terbuka.Wajah lelaki itu sekali lagi berada dimatanya.
“Maaf Cik Syifa,saya dah
halang”Ujar Nani,setiausaha kepercayaan Nur Syifa.
“Tak pa Nani.Awak boleh
keluar.”Arah Nur Syifa.Ros merah masih digenggaman.Wajah lelaki yang kelihatan
tegang itu dipandang.
“Ada hal apa yang bawa
En.Azmie ke mari?”Soal Nur Syifa berterus terang.
“Have a seat.”Pelawa Nur Syifa lagi.Lelaki itu masih berdiam sambil
tidak lepas memandang ke arahnya.Syed Azmie menghempas fail dihadapan Nur Syifa.Hatinya
masih panas bila gadis itu membuat keputusan tanpa berbincang dengannya
terlebih dahulu.
“Saya nak penjelasan.”Ujar
Syed Azmie sambil berdiri disisi meja Nur Syifa,badannya sedikit
direndahkan.Tajam matanya melekat pada wajah jelita dihadapannya kini.
“Salah ke tindakan
saya?”Soal Nur Syifa.
“Kenapa tak bincang dulu
dengan saya.I have right to know!”Marah
Syed Azmie.
“Sorry.But we dont have time.Saya kena comfirm dengan supplier
secepat mungkin.Awak tak perlu risau,saya dah aturkan metting petang ini.”Jelas Nur Syifa.
“Apa masalahnya dengan supplier yang saya pilih?”Soal Syed
Azmie tak berpuas hati.
“Tak ada masalahnya,cuma
saya tak berapa suka dengan cara pengurusan mereka.Barang-barang semua lambat
sampai ke site.Satu lagi,saya dapat
tahu barang-barang dari mereka semuanya low
quality.I need to protect my company
reputation”Ujar Nur Syifa penuh yakin.
“But we lost a lot of money Cik Nur.You should know it!”Balas Syed Azmie lagi.
“Yes.Pihak kami akan tanggung berapa pun kerugian.Saya yang batalkan
kontrak,bukan En.Azmie.”Nur Syifa tersenyum,tidak ingin kelihatan lemah
dihadapan lelaki itu.
Seketika Syed Azmie
diam,sambil matanya masih lekat memandang gadis ayu yang bertudung namun cukup
tegas kalau berkaitan Menara Holding.Patutlah dia mampu bawa Menara Holding
sehingga ke tahap ini,Fikir Syed Azmie.Belum pernah dia mendengar setiap projek
yang diuruskan oleh gadis itu gagal.
“Ada apa-apa lagi?Macam ni
lah En.Azmie,ada apa-apa yang tak puas hati kita bincang masa mesyuarat petang
nanti.”Sambung Nur Syifa lagi.
Syed Azmie hanya
mengangguk.Rencananya semakin sukar dengan kebijaksaan gadis itu menguruskan
Menara Holding.Bagaimana untuk dia memperoleh maklumat dari syarikat
itu?Matanya jatuh pada sejambak Ros yang terletak kemas di meja gadis
itu.Seketika tadi dia melihat gadis itu mencium haruman bunga itu.
“Suka ros merah?”Soal Syed
Azmie.
“Saya suka semua
bunga.”Jawab Nur Syifa hambar.Lelaki itu cepat saja berubah olah.Baru seketika
tadi dia melihat lelaki itu marah,namun sekarang?
“Tahu makna disebalik ros
merah?”Soal Syed Azmie pelik.Ada senyum sinis dibibirnya.
“Cinta yang membara.”Nur
Syifa mula tak senang duduk.Diberanikan diri untuk berdepan lelaki itu.
“Yup.Ros merah membawa
makna cinta yang hangat membara.Warna merah yang membara itu juga membawa makna
kemarahan dan dendam.”Sambung Syed Azmie.Matanya menghantar pandangan yang
sukar untuk ditafsirkan.Seketika mereka saling diam.Nur Syifa jelas
terkejut,bedegup kencang jantungnya mendengar perucapan Syed Azmie yang
difikirnya sangat janggal.
Tawa Syed Azmie yang
memecah suasana mula memenuhi ruang pejabat Nur Syifa.
“Takut?”Soal Syed Azmie
dalam tawa yang masih bersisa.
Nur Syifa hanya
menggeleng,namun nafasnya seolah-oleh tersekat-sekat.
“Maaf kalau Cik Nur takut
dengan kata-kata saya tadi.Harap si pengirim tak bermaksud begitu.”Sambung Syed
Azmie lagi.
“Saya yakin tunang saya
tak bermaksud begitu.”Jawab Nur Syifa penuh yakin.Ros merah kembali
dicapai.Berubah riak wajah Syed Azmie.Tunang?Dia tak baca ke kad dalam
bungkusan tu?Bisik Syed Azmie sendiri.
“Okey.Jumpa petang nanti.”Syed Azmie mula berlalu.
“Oh ya Cik Nur.Apa kata
Cik Nur tengok dulu siapa pengirimnya.Ada kad dalam bunga tu.”Ujar Syed Azmie
terus berlalu pergi meninggalkan Nur Syifa yang masih terpinga.Tangan Nur Syifa
pantas mencari kad yang dimaksudkan Syed Azmie.
Sebuah kad kecil yang
turut berwarna merah hati membuat Nur Syifa terpana.Bagaimana lelaki itu tahu
ada kad didalam bungkusan bunga ros merah ini?Melainkan..
Nur Syifa terduduk sambil
ros merah tersebut terlepas dari tangannya.
“ROS
MERAH MELAMBANGKAN..?”
Azmie.
***********************
SYED AZMIE meneguk rakus air yang telah dipesannya seketika tadi,masuk kali
ini dah berapa cawan air yang diminumnya.Hatinya masih panas dengan
pertemuannya dengan Nur Syifa siang tadi.Sewenang saja gadis itu memperkecilkan
kewibawaannya.
Air cola didalam gelas
kecil diteguk lagi.Bingit dan keriuhan pub yang sering dikunjunginya itu
langsung tidak mampu membawa pergi bayangan gadis itu dari fikirannya.Matanya
dipejam untuk seketika,untuk membuang jauh bayangan gadis yang mula memenuhi
ruang matanya sejak pertemuan pertama mereka dulu.
Ahh..mengapa hati tak pernah sekata dengan kemahuan.Dia ingin menyakiti
gadis itu untuk melunaskan dendamnya.Namun kenapa ada rasa lain yang hadir
dalam hatinya kini?
“James.One more.”Pinta Syed Azmie pada salah
seorang pelayan lelaki dari kelab tersebut.Gelas bertukar,Sekali lagi air itu
diteguk rakus.
‘Nur Syifa..’Monolog Syed Azmie sendiri.Secara tiba-tiba
nama itu terbit dari mulutnya.Syed Azmie tersenyum sendiri.
‘Aku takkan sesekali jatuh pada indahnya senyuman kau.Aku
takkan terjerat akan tutur kata kau.Aku harus hentikan semua ini.Aku akan
pastikan kau dan keluarga kau,sujud pada kaki aku suatu hari nanti!Tak mungkin
ini cinta!Tak mungkin!’Gelas kecil ditangannya digenggam kuat.Dia ingin
menghilangkan rasa yang kian bercambah itu.
“Air tu tak mampu hilangkan stress Azmie.”Ujar satu suara halus dari belakang.Seketika Syed Azmie
menoleh.terpana seketika melihat seorang Nur Adira yang mula mengambil tempat
disebelahnya.Baru tadi dia ingin membuang bayang Nur Syifa dari fikirannya,tapi
kini adiknya pula hadir menghuru-harakan dirinya.
Dilihat Nur Adira tersenyum menggoda ke arahnya.Biarpun
kembar,Nur Adira tidak mempunyai senyuman manis seperti kakaknya.Botol air Chivas dan gelas kecil ditangan wanita
itu meyakinkan Syed Azmie bahawa gadis itu telah mabuk.Hampir setengah air
haram itu diteguknya.Syed Azmie hanya mampu menggeleng.Sungguh berbeza dengan
Nur Syifa.Ahh..lagi-lagi dia ingin membezakan dua beradik itu.
“Awak dah mabuk Dira.”Ujar Syed Azmie.
“Taklah.Sikit je ni.Nak?Air ni mampu hilangkan stress awak”Nafi Nur Adira.Tangannya
bermain pada tangan Syed Azmie,berniat ingin menggodanya.
“Cukup.Saya hantarkan awak balik.”Gelas yang berisi air
haram itu diambil dari tangan Nur Adira.
“Biarlah saya nak minum lagi.”Bantah Nur Adira.Gelas itu
dicapai semula.
“No,Adira.”Tangan
gadis itu digenggam erat.Nur Adira terdiam seketika.Matanya pantas menangkap
tangannya dalam genggaman lelaki itu.
“Maaf.”Ujar Syed Azmie serba salah.Segera tangan Nur
Adira dilepaskan.Namun tak semena-mena Nur Adira memeluk tubuh Syed
Azmie,terpana Syed Azmie buat seketika.
“Azmie.Saya cintakan awak.”Ujar Nur Adira
tiba-tiba.Biapun perkenalan itu hanya seketika,dia yakin Syed Azmie mampu untuk
melindunginya.
“Dira.Awak mabuk ni”Syed Azmie cuba meleraikan pelukan.
“Tak.Saya nak awak.Saya perlukan awak!”Ujar Nur Adira
lagi.
Syed Azmie menghembus nafas berat.Sukar mentafsir apa
yang dirasakan tika ini.Nur Adira,Nur Syifa.Kedua-duanya anak Dato`Fadzil.
‘Kenapa aku perlu mengejar dia untuk melunaskan dendamku
andai Dira adalah jalan lebih mudah?Kenapa perlu Nur Syifa?’Syed Azmie
bermonolog sendiri.pelukkan dileraikan.Nur Adira sudah tidak sedarkan diri
dalam pelukkannya.
memang x nak smbung dah ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum, Saya dah update sambungan utk IHD, sudi2lah sambung baca. Maaf kerana lambat update.
DeleteOppss..xsangka ada yang baca nvl ni..Xpa, saya akan update lagi nnti. Novel IHD juga sudah berada di pasaran.
ReplyDelete