Sunday, March 23, 2014

Bab 16

BAB 16
Rahim dan Azlan saling berpandangan. Tidak mempercayai pandangan matanya tika ini. Mulut Rahim sudah terlopong. Patutlah dia hairan bila kereta Jemy ada di luar, ingatkan Jemy tiba awal di studio. Tapi..
            Azlan hanya mampu menggelengkan kepala. Matanya diarahkan pula kearah Aira yang lena tidur di bahu Jemy, bosnya itu dengan manjanya melentokkan kepalanya di kepala Aira. Macam budak-budaklah pulak.
            Azlan meliarkan matanya memandang keadaan studio, dia mula faham kenapa bosnya itu dengan Aira boleh berada di studio. Keadaan set yang sedikit berselerak dan alat make up yang masih tersadai menjawab persoalannya.
            “Mereka shoot semalam.” Ujar Azlan.
            “Memang tak kenal siang malam betul si Jemy ni. Kasihan Aira..” balas Rahim.
            Perlahan Aira membuka matanya. Tengkuknya mula terasa lenguh. Semalam tak sedar pukul berapa dia baru terlena. Jemy mula membuka matanya bila merasakan Aira sudah mengangkat kepala dari bahunya. Lena sungguh dia tidur semalam.
            “Morning!” serentak Rahim dan Azlan menyapa. Wajah Aira dan Jemy dipandang silih berganti.
            “Mo..morning..” mulut Aira mula terlopong, wajah Jemy dipandang sekilas. Lelaki  itu hanya beriak selamba. Jemy bangkit dari kerusi menuju keruang belakang studio.
            “Awal korang sampai?” soal jemy.
            “Kami nak kemaskan barang. Esokkan kita ada shoot dekat Pulau Pangkor.” Jelas Azlan. Dia tahu bosnya itu memang malu. Apa tidaknya bercakap pun tak tengok muka. Malulah tu sebab dah kantoi! Azlan ketawa riang dalam hati, sekali sekala mengenakan bosnya itu. Apa salahnya!
            “Pulau Pangkor? Kenapa?” Aira kehairanan. Wajah Jemy dipandang meminta penjelasan. Kenapa semalaman mereka bersama lelaki itu tidak menyebut langsung tentang Pulau Pangkor? Ada Shoot? Siapa modelnya? Emily? Mimi? Aira mula pusing.
            “A’aa..esok ada shoot dekat Pangkor Laut Resort.” Balas Jemy bersahaja. Air mineral terus diteguk rakus.
            “Siapa modelnya? Mimi? Emily?” Setakat ini dua nama itu saja yang tidak menyenangkannya. Kalau antara dua di antara mereka turut serta dalam pengambaran di Pulau Pangkor esok hari, Aira nekad! Dia akan turut serta!
            Jemy hanya tersenyum. Jealouslah tu!
            “Kau tak tahu lagi ke Aira? Jemy tak bagitahu kau?” Giliran Rahim menyampuk.
            “Bagitahu apa?”
            “Konsep untuk photoshoot kau nanti adalah Natural. Jemy plan buat shoot kau di tepi pantai. Nampak sikit keindahan alam semulajadi, Pulau Pangkor kan terkenal dengan keindahan alam semula jadi.” Jelas Rahim lagi.
            “Aku?” Segera Aira mendongak kearah Jemy yang hanya beriak selamba. Seraya Aira mengukir senyum. Ini yang buat aku betambah sayang dekat dia ni.
                                               **************
KIKI dengan terkocoh-kocohnya menghampiri Jemy yang masih menunggu di ruang restoran. Nafasnya sudah tercungap-cungap, Sudah seminggu lebih dia terkejar-kejar ke sana ke mari untuk memastikan majlis fashion show Mia berjaya.
            “Lambat.” Ujar Jemy. Dia hanya menggeleng.
            “Sorry, I baru balik dari butik Mia tadi. I tengok dia tu, semangat terlebih pulak. Macam kena sampuk hantu!” Ipad dan beg galasnya diletakkan di sebelah kerusi kosong. Waiter dipanggil, segelas jus oren selamat dipesan. Jemy tersenyum, lalu menghirup kembali Cappucino, minuman kegemarannya.
            “Majlis dia nanti dekat Marriot Hotel kan?” tanya Jemy. Dia sendiri harus menyiapkan diri memandangkan dia sebagai Jurugambar rasmi pertunjukkan fesyen tersebut.
            “Yup! I dengar Jovian Mandagie pun turut libatkan diri. Rekaan beliau bagus-bagus jugak, Muslimah gitu!”
            “Aku nak bincang pasal photoshoot Sa.. I mean Aira. Esok kami berangkat ke Pangkor Laut Resort, buat shoot di sana.” Beritahu Jemy. Nyaris tersasul nak panggil Sara.
            Kiki diam seketika. Berbincang pasal Aira, model bidan terjunnya itu, dia sedikit musykil. Aira mengingatkannya pada seseorang. Gaya dan pergerakannya masa latihan sangat tersendiri.
            “Aku bercakap ni kau boleh sempat melamun.” Tegur Jemy.
            “Jemy, I nak tanya you satu hal ni.” Kiki mula serius. Ipad di sebelahnya terus dicapai, dan diserahkan kepada Jemy.
            “Apa ni?” Jemy yang kehairanan hanya menyambut.
            “Tengok video nombor tiga tu.” Arah Kiki lagi. Dia ingin menunjukkan sendiri kepada Jemy. Masa hari latihan Aira tempoh hari sempat dia merakam aksi Aira yang dianggapnya bukan model bidan terjun sebarangan. Aira seolah-olah berpengalaman dalam bidang peragaan.
            Jemy mengamati video yang dikatakan oleh Kiki. Terkesima dia seketika. Sara? Di dalam video tersebut menunjukkan dengan jelas sesi latihan gadis itu. Aira bergerak ke sana ke mari dengan langkah tersendiri. Wajah gadis itu yang serius namun penuh yakin turut diamati. Tak mustahil juga, Aira adalah anak kepada seorang model. Mungkin dia mewarisi bakat tersebut dari bunya.
            “Terkejutkan? I pun terkejut sampai nak terkeluar biji mata I. Tak sangka..”
            “Dia benar-benar seorang model..” ujar Jemy separuh sedar. Matanya masih lekat memandang Aira yang begitu teruja dengan impiannya.
            “Difinitely. She`s a real model.” Sokong Kiki. Jemy menghela nafas berat. Mungkinkah Aira akan terlalu jauh untuk digapainya.
            “Jemy, I tak sangka you sembunyikan dia dalam studio you. Aira tu you jadikan sebagai asistant you je. Kalau I tahu, dah lama I tarik dia dari you tau.” Sambung Kiki dengan berkobar-kobar. Makin terserlah sifat ‘lembutnya’ itu.
            “I ada banyak plan untuk masa depan Aira. I tak boleh nak imagine akan lahirkan model sehebat Aira tu.” Kiki mula hilang kawalan. Lupa seketika dia wajah Jemy yang mula kurang senang dengan cadangannya.
            “Boleh ke dia pergi sejauh tu?” soal Jemy.
            “Yes! She’s talented! Why not?”
            “Dia bukan calang orang Kiki.” Balas Jemy. Dia sendiri terkadang takut untuk mendekati gadis tinggi lampai itu. Aira anak orang berpengaruh, siapa tak kenal Tan Sri Megat Miqdad? Seorang jutawan di Malaysia.
            “I know. Dia bakal menjadi Top Model. “
            “Dia Aira Qaisara, anak Tan Sri Megat Miqdad.”
            “Oh My. Are you serious?” Terlopong mulut Kiki mendegarnya.
            “Megat Miqdad? Aira anak Megar Miqdad?” Kiki seolah-olah tidak percaya. Jika benar? Ini bermakna Aira anak kepada..
            “Kau ni kenapa? Dah kena sampuk ke?” Jemy mula hilang sabar. Reaksi Kiki yang mula berubah itu mengundang tanda tanyanya.
            “Patutlah aku macam kenal pergerakan dia. Persis Marlia!”
            “Apa kau cakap ni?” Jemy mula membahang.
            “Kau kenal Marlia? Dia tu bekas isteri Megat Miqdad. Dia ibu Aira. Oh My..what a small world!” Kiki sudah teruja.
            “Kau kenal mama Aira?”
            “Siapa tak kenal Marlia. Dia Top Model Asia tau. Tapi sayang..dia berhenti bila dia kahwin dengan Megat Miqdad tu.” Jelas Kiki. Masih jelas lagi dalam kotak ingatannya bila dia sering mengikuti Safiah, seorang wanita yang bertanggungjawab menjadikan Marlia seorang model. Safiah adalah ibunya, semenjak usia ibunya makin meningkat dia mengambil alih tugas ibunya di agensi. Dia sendiri tidak percaya bahawa dia sekarang sedang melatih Aira Qaisara anak kepada Marlia, bekas model ibunya itu.
            Jemy termanggu, sesungguhnya dunia ini sememangnya kecil. Tak kira pun di mana kita berlari, kita pasti bertemu di paksi yang sama. Marlia, Top Model Asia. Adakah Sara akan mengikuti jejak langkah ibunya? Jika benar? Mampukah tangannya mengapai Sara yang jauh di atas sana?



5 comments:

  1. wow..bunga2 cinta sedang berkembang dlm hati jimy dan aira..hee..sory lmbt komen..uda bru berkesempatan menjengah blog acu... blog semakin cantik...

    ReplyDelete
  2. Tq Uda..blog yg cantik ni hsil dr tunjuk ajr adik..hehehe..sempat tu acu puji diri sendiri. terima kasih sbb sudi mengikuti ksh Aira dengan Jemy ni..suka!

    ReplyDelete
  3. Citer ni same mcm drama Korea ' Love Rain '... Cuma versi Malay lah.. Best!!!👍👍👏👏💕💕

    ReplyDelete
  4. best ..
    baru je habis tengok drama

    ReplyDelete
  5. best ..
    baru je habis tengok drama

    ReplyDelete