Wednesday, February 26, 2014

Bab 8

BAB 8
Aira hanya tunduk bila perasan mata lelaki itu merenung tajam kearahnya. Kini dia berada di tingkat atas studio. Hanya dia dan Jemy! Macam office pun ada, bisik Aira.
            “Err..” Aira serba salah, nak cakap apa ni? Takkan nak diam satu hari kot.
            “Kau baru kerja hari ni, tapi dah buat hal” Jemy mula bersuara keras.
            “Sorry..” Aira kembali tunduk. Terdengar suara Jemy mengeluh perlahan.
            “Kau okey?” soal Jemy tiba-tiba. Simpati juga dia melihat Aira yang mula takut.
            “Okey, tapi..”
            “Kau memang cuai kan? Semua benda kau buat ada je silap..” Aira mengangkat kepalanya, lelaki ni memang sengaja cari peluang untuk mengatanya. Geramnya! Jerit Aira dalam hati.
            “Kenapa kau buat muka macam tu?”
            “Hah? Tak ada apa-apa Encik Jemy.” Aira menunduk kembali wajahnya. Kalau aku jawab nanti, mahu dia suruh aku hantar surat resign. Sabar Aira..sabar..Aira mengucap dalam hati, menenangkan amarahnya yang sedikit naik.
            Jemy mengerut dahinya. Entah kenapa dia tak berapa suka gadis itu memanggilnya begitu. Encik Jemy? Buruk benar bunyinya.
            “Boleh tak kau jangan nak berencik-encik dengan aku!” ujar Jemy keras.
            “Tak boleh Encik Jemy, Encik kan bos saya, so kena panggil bos jugak.” Balas Aira bersahaja.
            “Just.. Eermm..Just panggil aku macam mana Nadia panggil aku.” Jemy mengalih pandangannya. Segan pula dia.
            “Nadia panggil?” Aira mengerutkan dahinya. Nadia panggil..
            Aira menutup mulutnya tiba-tiba. Terkesima dia seketika, biar betul nak panggil si sengal ni Abang Jemy...Hisy! Tak rela aku nak berabang-abang dengan dia ni!
            “Kenapa?” Jemy menyoal keras.
            “Tak naklah Encik Jemy, tak best!” putus Aira.
            “Aku tak kira, aku tak suka kau berencik-encik dengan aku.”
            “Tak suka? Kenapa pula?”
            “Kau masih nak kerja sini ke tak?” Jemy mula menggunakan kuasa veto, tersengih dia melihat riak muka Aira yang mula berubah.
            “Yalah, saya panggil awak Jemy je ya..” Aira menyimpul senyum.
                                                ******************
AKMAL meleraikan jubah putih dari badannya. Jam dikerling kejap, dah pukul lapan malam. Pantas Akmal mengemas semua barang sebelum memulas tombol pintu.
            “Dah nak balik Abang Mal?” Tiara muncul tiba-tiba dari belakang Akmal. Sempat Akmal menoleh lalu tersenyum.
            “Ya Tiara, risau tinggal mama sorang-sorang kat rumah” Pintu besi kliniknya dikunci sebelum menekan alat kawalan jauh kereta Alza miliknya.
            “Untung Mak Cik Lia dapat anak macam Abang Mal.”
            “Tak adalah, ni..Tiara tak balik lagi ke? Nak Abang tolong hantarkan.” Pelawa Akmal, gadis kecil molek itu hanya tersenyum lalu menunjukkan kunci kereta di tangannya.
            “Tiara bawa kereta malam ni..”
            “Oh, lambat Tiara balik hari ni?”
            “Banyak sangat yang menempah baju, tu yang lambat tu. Tak apalah Abang Mal, Tiara balik dulu ya.” Tiara lantas meminta diri .
            “Ya, kirim salam dengan ibu Tiara ya.” Sempat Akmal berpesan.
            “Sampaikan salam Tiara dengan Mak Cik Lia jugak..” Tiara tersenyum, terpegun Akmal seketika. Tiara begitu cantik di matanya.
            “Mak Cik Lia je ke? Anaknya tak?” Akmal mengusik nakal.
            “Ermm.. nak ke anak Mak Cik Lia tu terima salam dari Tiara?” Tiara hanya membalas penuh makna. Dia terus meninggalkan Akmal yang masih memandangnya.
            Setelah memberi salam, Akmal mencari kelibat ibunya.
            “Mama!” panggil Akmal lagi.
            “Mama di sini Mal,” Ujar Marlia dari arah dapur. Beberapa lauk kegemaran anaknya itu dihidang kemas di atas meja. Sempat dia senyum bila melihat wajah anaknya itu .
            “Sedapnya,” Akmal mencubit sedikit ayam yang dimasak ibunya.
            “Mal, tangan tak cuci lagi. Pergi cuci tangan.”
            “Okey, oh ya ma..Tiara kirim salam.” Akmal begerak ke sinki dan turut membantu ibunya mengambil pinggan dan gelas.
            “Waalaikumsalam, apa khabar menantu mama tu? Lama juga di tak datang sini.” Marlia sengaja mengusik anaknya.
            “Dia sibuk sikit mama, nantilah Mal bawa dia datang sini.”
            “Jangan tunggu lama-lama Mal, nanti dikebas orang.” Ujar Marlia lagi. Nasi dicedok ke dalam pinggan anaknya.
            Akmal terpandang menu ayam masak merah, diam seketika dia. Perlahan ayam masak merah itu diambil sedikit dan diletakkan kedalam pinggannya. Marlia turut terdiam, dia cuma memasak ayam masak merah itu setahun sekali, hanya pada hari ini! Dipandang anak sulungnya itu begitu selera dengan hidangan ayam masak merah tersebut, anaknya itu hanya makan nasi dengan lauk tersebut.
            “Sedaplah mama masak, boleh gemuk Mal dibuatnya.” Akmal menceriakan suasana. Entah kenapa tiap kali dia menjamah hidangan itu, hatinya sebak.
            Marlia hanya diam, hidangan ayam masak merah itu diletak ketepi.
            “Makan Mal, mama masak banyak hari ni.” Marlia cuba menyembunyikan sendu di hatinya. Nasi turut dicedok dan dia turut menjamu selera tanpa kata.
            Akmal memulas tombol pintu bilik bewarna ungu terang. Dia tahu mamanya ada di situ. Setiap tahun, hanya satu malam Marlia akan tidur di bilik tidak berpenghuni itu.
            Tepat tekaannya, ibunya sedang duduk di birai katil sambil menatap satu gambar. Perlahan kakinya menghampiri ibunya yang masih lenyap dalam emosi. Sekitar bilik dipandang, biarpun tiada berpenghuni, bilik itu tetap kemas dan dijaga rapi oleh ibunya. Gambar adiknya dan hadiah-hadiah hari jadi adiknya itu tersimpan kemas di satu sudut.
            “Mama..” panggil Akmal. Tangan ibunya itu dipegang erat. Dia tahu hati tua itu begitu sarat dengan rasa rindu. Dia tahu hati tua itu begitu seksa menanggung luka.
            Mata Akmal terpaku pada bingkai gambar adiknya yang tersenyum manis. Dia juga turut merindui senyuman itu, dia juga turut merindui perangai manja adiknya.
            “Akmal beli apa untuk adik tahun ni?” Marlia mengesat airmatanya.
            “Ni, Mal tak pernah lupa beli hadiah untuk si model bushuk ni.” Akmal mengeluarkan kotak kecil dari poket seluarnya. Marlia hanya tersenyum, sejak kecil anak perempuannya itu sering bercita-cita untuk jadi model, dia sendiri pun sering melatih anak perempuannya untuk menjadi model. Memang itu yang dia harapkan pada anaknya itu, untuk meneruskan cita-citanya sebagai model.
            “Apa ni?” soal Marlia ceria.
            “Mana boleh bagitahu, ini rahsia Mal dengan adik.” Akmal bingkas bangun menuju ke suatu sudut yang menempatkan banyak hadiah dari dia dan mamanya. Hadiah itu dikumpul sejak lima belas tahun yang lalu, sejak terputusnya perkahwinan mama dan papanya.
            “Happy birthday dik, abang harap..walau di mana pun adik berada, abang sentiasa doakan adik bahagia dan sihat selalu. Abang sayang adik. Maafkan abang sebab tinggalkan adik.” Itulah ucapan yang sama Akmal ucapkan pada setiap tahun.
            Marlia menghampiri anaknya, bahu anaknya ditepuk lembut.
            “Pergilah tidur, dah lewat ni.” Ujar Marlia.
            “Mama pun kena rehat. Mal keluar dulu ya.” Akmal mencium tangan ibunya sebelum keluar dari bilik tersebut. Bilik yang dibina khas untuk adiknya Aira Qaisara.
            “Sara, selamat hari jadi nak. Mama harap Sara sihat dan sentiasa tersenyum. Mama minta maaf sebab tak dapat lihat Sara membesar. Mama minta maaf sebab tak dapat terus nak latih Sara jadi model. Maafkan mama sebab tinggalkan Sara, mama tak berniat sayang..maafkan mama! Mama sentiasa sayang Sara melebihi nyawa mama sendiri. Ingat itu ya sayang..” Marlia menyeka airmata yang mengalir buat sekian kali.
            “Mama rindu Sara..”


4 comments:

  1. hehehe..encik jemy..tukar kpd abg jemy?..lastly jemy...hee... kak ema,sebak pula baca pasal mak akmal dgn akmal...tak pernah jumpa adik die tp setiap tahun beli hadiah...huhu kasih syg seorg ibu dan abang...

    ReplyDelete
  2. Yay! Enter Akmal....! Jemy LP punya...Akmal..kak na cop..ok? Walaupun Akmal bkn hero utama. Emma...sila bgtau acaner rupa Akmal..tlg la ltk pic lelaki yg x cantik tp hencem..JGS tu kategori lelaki cantik...ngehssss..

    ReplyDelete