BAB 10
Aira begitu berselera menjamu selera bila ada yang menyediakan makanan
untuknya. Kasihan pula dengan si mamat sengal ni bila terpaksa menjadi tukang
masak tak rasminya. Tangannya mencapai bebola ikan yang baru siap dipanggang.
Wah! Sedapanya, pandai jugak mamat ni ya!
Jemy hanya tersenyum
melihat gelagat Aira.
“Lan, tolong aku panggang
ni.” Arah Nadia, sayap ayam terus diserahkan pada Azlan.
“Kau ni makan je dari
tadi..tolonglah sikit.” Sampuk Rahim.
“Ala, sekali-sekala nak
bermanja dengan korang apa salahnya, lepas ni tak da dah..” Nadia bernada
sedih, sempat lagi mengeluarkan muncung itiknya itu.
“Nah Nad, aku buat khas
untuk kau..” Aira menyua beberapa keping daging kambing yang siap masak untuk
Nadia. Sempat lagi Jemy menjeling.
“Macam dia yang buat!”
Sindir Jemy.
Aira hanya mengukir
senyum, tak ada mood nak bergaduh dengan mamat sengal ni sekarang, kalau tak..
mahu dia terpaksa memanggang sendiri nanti. Aira mengambil tisu dari beg tangannya, peluh yang menitik
di dahi Jemy dilap perlahan. Terkesima Jemy seketika. Matanya jatuh pada wajah
Aira yang begitu hampir dengannya. Aira yang tadi hanya berniat ingin membantu
Jemy turut terkesima bila melihat lelaki itu yang masih leka memandangnya. Buat
seketika mereka saling berpandangan.
“Ehem!” suara Azlan mula
kedengaran lantas mengembalikan Jemy dan Aira ke alam nyata. Kelam kabut
mereka. Aira mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Matanya diarahkan kearah
lain. Jemy pula berpura-pura memasukkan makanan kedalam mulutnya. Entah kenapa
jantungnya berdegup kencang tika ini.
Aira menyeka peluh yang
mula merenek di dahinya. Panas! Bukan kerana steamboat yang mendidih di
hadapannya, ini semua kerana pandangan mata Jemy yang begitu asing baginya. Aira
dapat merasakan nafasnya tak sekata, semuanya kerana Jemy!
“Korang berdua ni tengah
makan pun boleh pulanak bertentang mata.” Tegur Rahim dengan senyuman mengejek.
Benar telahannya, bosnya itu benar-benar telah jatuh cinta dengan Aira. Sejak
bila ya?
Muka Aira sudah memerah.
Malu ditegur begitu.
“Betul tu, korang berdua
ni ada apa-apa ke Jemy?” giliran Azlan yang tidak mahu ketinggalan menyakat
bosnya itu. Nadia di sebelah hanya tersenyum, dia yakin Jemy benar-benar sudah
jatuh cinta pada Aira. Buktinya, semasa di studio mata bosnya itu sentiasa
mencari mangsanya, dan mangsanya itu adalah Aira!
“Mana ada apa-apa” jawab
Aira dan Jemy serentak. Aira menoleh kearah Jemy, begitu juga Jemy. Aduh..
apahal jadi macam ni pulak?
“Ha! Kan betul apa aku
kata.”
“ Sudah! Makan je, sebelum
aku cancel nak pergi karaoke lepas
ni!” Ugut Jemy. Dia memandang kearah Aira sebelum menyambung semula mengunyah
baki makanannya. Huh! Pandai pun diam, aduh..lain macam je hati aku ni! Betul
ke? Betul ke aku dah cinta dengan dia ni?
***************
JANTUNG Aira berdegup dengan pantasnya sejak kebelakangan ini. Kebinggungan
dia, Nak kata aku ni lepas lari pecut seratus meter, mustahil jugak. Aira mati
akal, dia sendiri pelik dengan perubahannya kebelakangan ini. Sudah hampir dua
bulan dia bekerja di studio tersebut, Nadia pula sudah sebulan berhenti. Kini
tinggal dia yang menguruskan model-model mamat sengal tu.
Aira menapak ke sofa,
tempat kegemarannya. Perlahan badannya direbahkan. Jam baru pukul tujuh lebih,
awal pulak dia datang hari ni. Semalaman dia sukar melelapkan mata, asyik
teringatkan mamat sengal tu je! Ahh! Boleh gila macam ni. Badannya disengetkan,
terus matanya menangkap sebuah gambar yang tergantung kemas di dinding. Matanya
seolah-olah terpukau. Kacak juga mamat sengal ni ya. Rambut jemy yang sedikit
panjang itu begitu kemas walau hanya diikat sedikit kebelakang, matanya beralih
pula pada mata Jemy. Aduh! Entah kenapa kebelakangan ini mata itu
menakutkannya, setiap kali lelaki itu marah mesti keningnya bertaut. Aira
tersenyum sendiri, tanpa sedar sebenarnya dia sukakan mata lelaki itu, cuma
terkadang dia takut untuk bertentang mata. Takut jatuh jantungnya nanti! Hidung
lelaki itu sedikit mancung, kacaknya! Kini mata Aira jatuh pada bibir lelaki
itu. Seksi! Bisik hati nakal Aira. Aira mengeluh sendiri, bibir itu jarang
mengukir senyum. Tapi, kalau lelaki itu senyum..pasti cair semua perempuan
dengannya. Ala, tak senyum pun model dah keliling pinggang! Aira mendengus
kasar. Cemburu kah dia?
“Aira, kau dah gila! Kau
benar-benar gila. Macam mana kau boleh terjatuh hati dengan mamat sengal,
sombong tak tentu pasal tu!” ujar Aira sedikit kuat, langsung tidak menyedari
ada mata yang begitu ralit memandang sejak tadi. Jemy hanya tersenyum, hatinya
berbunga riang. Betul ke apa yang dia dengar? Aira sudah jatuh cinta dengannya.
Bukan dia tak tahu bahawa tadi Aira begitu asyik menilik gambarnya. Aira..Aira..
Jemy yang masih berdiri di
depan pintu mengetuk pintu tersebut dengan kuat, sengaja memaklumkan pada Aira
yang dia sudah berada di situ. Pantas kakinya menuju ke sebuah kerusi, beg
sandangnya diletakkan kemas di atas meja.
Aira mengurut dadanya.
Huh! Boleh jatuh jantung dek lelaki ini. Tak boleh nak bagi salam ke? Marah
Aira di dalam hati. Tanpa menegur Jemy, Aira menonong menuju ke belakang
studio, dia hampir lupa yang tadi dia sudah memanaskan air untuk dibuat kopi.
Sempat Jemy menoleh sekilas kearah Aira yang langsung tidak memperdulikannya.
Seketika Aira kembali.
Perlahan kakinya menghampiri Jemy yang leka membersihkan lens kameranya. Teliti
sungguh lelaki tu, aku di sebelah pun dia tak sedar. Mahu tak mahu, terpaksa
juga dia menegur bosnya yang sengal tu.
“Nah.” Tanpa memandang
muka Jemy, Aira menyerahkan secawan kopi untuk lelaki itu. Jemy tidak terus
menyambut, matanya masih memandang pelik kearah wanita itu, mimpi ke dia
melihat gadis itu menyediakan kopi untuknya?
“Nak ke tak? Dah lenguh
dah lengan saya ni.” Bebel Aira. Nak jual mahal pulak!
“Okey, orang dah buat ambik je lah, nanti merajuk pulak.” Usik Jemy.
Belum sempat tangannya menggapai, Aira sudah menarik semula cawan tersebut.
Tercengang Jemy dibuatnya.
“Tak payah! Orang dah
elok-elok buat, banyak songeh pulak. Tak payah minum! Saya boleh habiskan
semua.” Aira membawa dua cawan kopi menuju ke sofa. Sakit hati pulak dengan
perangai lelaki sengal tu. Huh! Dasar sengal!
Jemy hanya
tersenyum,merajuk la pulak. Kakinya dibawa menghampiri gadis itu. Punggungnya
dilabuhkan di sebelah Aira.
“Sedap ke kopi ni?” Jemy
mencapai kopi di atas meja. Kopi sederhana panas itu dihirup perlahan.
“Kalau tak sedap tak payah
minum. Lagipun itu kopi segera, sama je rasa.” Aira masih dengan marahnya.
Sempat dia mencebik lalu menjeling tajam kearah Jemy.
“Sedaplah, ini kopi paling
sedap yang aku pernah rasa.” Kata-kata Jemy mengundang tawa Aira. Bergurau ke
apa lelaki ni? Agak-agaklah kalau nak memuji pun. Tak logik!
“Kenapa?”
“Tak payah nak menipulah,
kopi ni sama je rasa. Bukan awak minum kopi ni hari-hari ke?” Aira menyambung
tawanya yang masih berbaki. Jemy di sebelah hanya tersenyum. Ketawa pulak dia,
ingin sekali aku nak nak cakap yang kopi ni sedap sebab kau yang buat! Asyik
pula dia melihat Aira yang masih galak mentertawakannya.
“Dah habis ke?” soal Jemy
bila melihat Aira mula menghentikan tawanya.
“Hah? Awak cakap apa?”
“Aku tanya, dah habis ke
tawa kau tu?” Baki kopi dihirup habis.
“Sedap sangat ke?” usik
Aira, mukanya sudah merah dek ketawa dengan lelaki tu.
“Sedap sangat, kan aku dah
cakap, aku tak pernah rasa kopi sesedap ni.” Ulang Jemy. Makin terhambur ketawa
Aira. Pandai jugak mamat sengal ni buat lawak, ni kalau masuk Maharaja Lawak,
boleh kalah Jozan.
“So from today, aku ada tugas baru untuk kau.” Jemy sudah berdiri di
hadapan Aira. Terdiam Aira seketika, tugas baru? Menyesal pulak aku ketawakan
dia tadi.
“Tugas apa?” Aira menyoal
perlahan.
Jemy tersenyum. Perlahan
dia menundukkan sedikit badannya, sengaja wajahnya dirapatkan sedikit ke wajah
Aira. Terkebil-kebil mata Aira tika itu. Apa kena pulak dengan mamat sengal ni.
“Mulai dari hari ini, aku
nak kau sediakan kopi untuk aku setiap pagi dan sebelum balik. Okey?” Jemy mengangkat semula wajahnya,
Aira ditinggalkan masih mencerna apa yang baru didengarnya tadi. Buat kopi
untuk dia setiap hari? Aira menggeleng pantas, ingat aku ni bini dia ke? Tak
boleh jadi ni. Bantah Aira.
“Saya tak setuju!” ujar
Aira dengan lantang. Jemy menoleh kearah gadis itu.
“Apa?”
“Saya tak setuju. Saya
bukannya is..” Aira menutup mulutnya, nyaris nak terlepas kata tadi.
“Bukannya apa?” Jemy
menyoal dengan riak bersahaja.
“Ah! Tak kisah, yang
pentingnya..saya tak setuju. Muktamad!” putus Aira. Dia memberanikan dirinya
melawan pandangan lelaki itu.
“Kau nak lawan cakap aku
ke?” Jemy pura-pura marah, sengaja dia memandang tajam kearah gadis itu.
Keningnya juga sudah dikerutkan. Aira mula cuak, mulalah lelaki ni tunjuk muka
singa jadian dia tu. Huh!
“Yalah! Tapi dengan satu
syarat.” Aira tersenyum sumbing.
“Syarat?” Mati terus
senyum kemenangannya seketika tadi.
“Naikkan gaji saya.” Aira
berlalu meninggalkan Jemy dengan dua cawan ditangan. Baik dia lari sebelum
lelaki tu berleter. Jemy hanya menggeleng senyum.
*************
AIRA tiba di rumah bila jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Sesekali
tangannya mengurut lengannya yang lenguh. Banyak pula kerja hari ni. Ini semua
sebab si Emily gedik tu. Suka sangat nak mengarah dia itu ini, nampak sangat
dia nak membuli aku. Marah Aira.
“Lewat balik Aira?” sergah
Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Sekilas Aira menoleh sebelum menyalam lembut
tangan papanya itu.
“Papa tak tidur lagi?”
soal Aira.
“Papa tunggu Aira,
kebelakangan ni susah sangat nak bertemu dengan Aira.” Tan Sri Megat Miqdad
berdehem keras, dia mula perasan dengan sikap anak perempuannya itu. Aira hanya
tersenyum sumbing lalu memaut lengan papanya.
“Anak papa ni kan banyak
aktiviti kat luar tu, papa tak payahlah risau.” Aira memberi jawapan selamat.
Minta-mintalah papanya tak syak apa-apa.
“Aira naik dulu ya pa,
penat!” ujar Aira.
“Ingat Aira,” langkah Aira
terhenti, lain macam je nada papanya itu.
“Ingat, jangan lakukan
perkara yang papa tak suka. Aira tahu apa yang papa boleh buat.” Ujar Tan Sri
Megat Miqdad bernada ugutan. Terkesima seketika Aira mendengarnya. Matanya
diarahkan kearah Tan Sri Megat Miqdad yang mula berlalu ke ruang tamu. Cuak
juga Aira mendengarnya. Papa dah tau ke?
hoho..nampaknya dalm hati dua2 ni dah ade taman yg dipenuhi dgn bunga2 cinta..ngee..
ReplyDeleteBunga-bunga cinta uda...teruskan membaca ya..nnti Acu update lg..:)
ReplyDeletePart 9 terlepas lah kak Emma
ReplyDeletePart 9 terlepas lah kak Emma
ReplyDelete