Jemy mengarahkan Azlan memberhentikan kereta di sebuah rumah usang yang
berada di tepi jalan. Terpinga-pinga Azlan memandang Rahim yang duduk di
sebelahnya, biar betul si Jemy ni? Takkan nak shoot dekat rumah buruk yang
telah ditinggalkan berkurun lama tu. Naik seram pulak Azlan memikirkannya.
“Stop now!” jerkah Jemy lagi. Matanya masih lekat memandang rumah
usang di sebelah jalan tersebut. Sangat bersesuaian dengan konsep
pengambarannya hari itu. Gothick!
Jemy mengerling sekilas ke
arah Emily yang sudah memaparkan riak teruja. Di mana saja Jemy membawanya
pasti dia tidak akan membantah, jangan katakan rumah usang yang kelihatan
berhantu itu, ke tanah perkuburan pun dia sanggup. Cintalah katakan.
“Azlan set up sekarang.” Ujar Jemy. Beg
sandangnya sudah dicapai, kameranya sudah dibawa keluar. Sebelum memulakan sesi
pengambaran, dia harus mengambil beberapa keping gambar rumah tersebut.
“Emily, kita shoot di sini hari ni.” Jelas Jemy.
“Mana-mana pun I sanggup
asal ada you.” Balas Emily dengan senyuman gediknya. Rahim hanya mencebik,
memang tak pernah habis gedik si Emily ni. Belum lagi kalau ditambah tolak
dengan gedik si Mimi. Mahu pitam dibuatnya, alahai..macam manalah si Jemy ni
boleh bertahan kerja dengan model-model Kiki yang rata-ratanya spesis gedik.
Terkecuali Aira lah..hehe, sempat lagi Rahim mangata dalam hati.
“Rahim, kau make up dia ikut konsep kita hari ni.”
Arahan diberi pula pada Rahim, dengan anggukan Rahim hanya menurut. Si Emily ni
tak payah nak make up gothick sangat, tengok muka pun dah
macam muka hantu mak limah. Cuma Emily ni Mak Limah moden. Tinggal rambut je
yang tak mengerbang!
Shoot yang berkonsepkan gothick
tersebut berjalan lancar selama dua jam. Banyak juga gambar Emily yang diambil
dengan persalinan pakaian gothiknya.
Rahim dan Azlan sudah bermandi peluh, pancaran cahaya matahari yang terik
menyukarkan sedikit tugas mereka tika itu. Sepintas mereka mengerling ke arah
Jemy yang masih tekun menangkap gambar Emily dengan persalinan terakhirnya itu.
Bersemangat pulak si Emily tu, maklumlah Jemy yang menjadi jurugambarnya, kalau
jurugambar lain mahu dah dia balik guna teksi kalau di ajak shoot kat tempat macam ni.
“Okay, done. Thanks Emily.” Jemy melangkah ke arah kereta dengan
kameranya. Dia masih tekun melihat gambar-gambar Emily yang ditangkapnya tadi.
Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka dan diselit kemas di kolar bajunya,
jacket hitam yang menyaluti badannya dibuka. Panas pulak hari ni!
“Air.” Sua Emily. Dia
turut melabuhkan punggungnya di sisi Jemy, bukan selalu dapat meluangkan masa
dengan pujaan hatinya itu. Biarpun dia tahu lelaki itu sudah berpunya, tapi apa
salahnya mencuba nasib. Mana tahu si Jemy ni memilih dirinya berbanding model
baru tak sedar diri tu!
Jemy hanya menyambut
dengan ucapan terima kasih.
“Macam mana dengan
gambar-gambar I?” Emily semakin merapatkan dirinya dengan Jemy, tangannya
dengan sengaja memegang paha Jemy.
“I baru nak tengok.
Rasanya okey ni.” Jemy menjarakkan ruang di antara mereka. Rasa tak selesa
pulak bila tangan Emily menyentuhnya begitu. Kalau difikirkan lagi bukan selalu
pun dia keluar minum dengan Emily, boleh dikira dengan jari. Entah kenapalah si
Emily ni berperangai sebegini dengannya.
Emily yang perasan semakin
menghampiri Jemy, berpura-pura melihat gambar dari kamera lelaki itu. Tiba-tiba
dia mendapat satu akal untuk menarik perhatian Jemy. Lantas tangannya memicit
kepalanya lalu dilentokkan di bahu Jemy. Terkesima Jemy dibuatnya. Apa kena
dengan perempuan ni? Tiba-tiba je.
“I peninglah..” rengek
Emily dengan manja, lengannya mula memaut tangan Jemy.
“You ni kenapa?” soal Jemy
keras. Mulalah si Emily ni nak memeningkan kepalanya.
“I pening, mungkin sebab
cuaca terlalu panas kot..” kepalanya masih belum dialihkan dari bahu lelaki
itu.
“Kalau you pening, rehat
dulu. Lagipun kena tunggu Rahim danAzlan berkemas. Sekejap lagi kita balik.”
Ujar Jemy, dia ingin berlalu meninggalkan Emily namun tangan gadis itu pantas
menangkap lengannya. Tajam matanya memandang Emily.
“Jangan tinggalkan I.”
Pinta Emily. Jemy sudah mati akal, pandangannya dihalakan ke arah Rahim dan
Azlan yang sudah memasukkan barang ke dalam bonet kereta. Dengan perlahan Jemy
mengangguk, lalu langkah diaturkan semula ke arah Emily, ruang diberikan
sedikit untuk Emily untuk mendapatkan udara.
“Tak tahu tiba-tiba boleh
pening..”dengan manja Emily melentokkan semula kepalanya di bahu Jemy.
“Okey siap. Kita balik
sekarang ya Jemy.” Ajak Azlan yang tiba-tiba muncul. Terkejutnya bila melihat
Emily sudah seenaknya melentokkan kepalanya di bahu Jemy. Drama apa pulak ni?
Desis Azlan. Pandangannya di arahkan ke arah wajah Jemy yang sudah mengelat.
Nasib kaulah Jemy..
“Eh! Ni drama swasta mana
pulak ni?” sinis Rahim tanpa berselindung. Sudah membesar mata Emily menjeling
Rahim dalam diam. Pekerja Jemy yang satu ni memang nak kena! Kau tunggulah
nanti, bisik Emily keras.
“Tadi macam elok je..”
Rahim masih membebel. Dia sudah menutup pintu kereta di sebelah Azlan. Sakit
hatinya melihat perangai tak semenggah Emily di belakang tu. Mengada je lebih!
Lantas Rahim tersenyum sinis. Dia mendapat satu idea. Tunggulah kau Emily.
“Jemy, kamera kau” pinta
Rahim. Dengan malas Jemy menyerahkan kamera pada Rahim. Lantaklah Rahim nak
buat apa, dia dah penat sekarang ni, ditambah pulak dengan perangai Emily yang
tiba-tiba macam ni.
Klik! Pancaran lensa
kamera lantas mengejutkan Jemy dan Emily.
“Kau buat apa ni?” soal Jemy
keras. Rahim hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Jemy. Kau tunggulah Emily,
aku report kat Aira. Baru padan muka
kau! Tanpa memperdulikan Rahim, Jemy memejam matanya.
******************
SEPANJANG perjalanan ke Johor Bahru pemanduan Jemy hanya ditemani bunyi
kecoh di stesen radio, dibiarkan saja Aira yang masih pulas dengan tidurnya.
Nampak kepenatan saja. Jemari gadis itu masih setia digenggamannya. Azlan dan
Rahim pula mengekori mereka dari belakang, sengaja Jemy meminta kedua
pekerjanya menggunakan kereta yang lain kerana sebaik sahaja selesai urusan
pengambaran dia akan membawa gadis itu bertemu dengan ibu dan abangnya. Apa
saja penerimaan gadis itu, mereka hanya berserah pada takdir, apa yang penting
Aira harus tahu bahawa ibunya itu tidak pernah sesaat pun melupakannya.
Aira membuka sedikit
matanya. Tangannya terus mengemaskan rambutnya yang sedikit kusut. Jemy di
sebelah dipandang sekilas, kasihan lelaki itu memandu sendiri tanpa teman
bicara.
“Bangun dah?” soal Jemy,
sebelah tangannya pantas saja menyentuh pipi gadis itu.
“Tak sampai lagi ke?” Aira
yang masih mamai hanya menyoal perlahan. Badannya disengetkan sedikit memandang
ke arah Jemy.
“Tak lama lagi. Kalau
penat, tidurlah dulu.”
Aira hanya mengangguk,
namun matanya masih lekat memandang ke arah lelaki itu. Hari ini Jemy
berpenampilan lain dari yang lain. Kelihatan lebih kemas dan kacak! Dengan
kemeja berpetak biru putih berlengan panjang serta dipadankan dengan jean levis
berwarna biru, kot hitamnya pula sentiasa kemas melekat di badan lelaki itu.
Ada sesuatu yang istimewa ke? Desis Aira hairan.
“Ada sesuatu yang saya tak
tahu ke?” soal Aira pantas. Berkerut dahinya memandang Jemy. Kemas lain macam
je..
“Kenapa?”
“Today..you look different, more..”
“Handsome?” sambung Jemy lantas tersenyum. Betul ke dia nampak lain
hari ni? Mungkin kerana dia berpakaian sedikit formal. Maklumlah hari ni dia
nak menyaksikan sesi jejak kasih. Perlu ke dia ambil gambar nanti? Jemy
bermonolog sendiri.
“Perasan. Tak adalah,
kenapa pakai smart je hari ni?”Aira
membelek baju yang terselindung di balik kot hitam Jemy.
“Biasalah, mana tahu dekat
sana nanti terjumpa awek-awek cun. Bolehlah mengayat sikit.” Usik Jemy. Aira
sudah menjengilkan matanya.
“Ops! Jangan cubit. I'm driving!” awal Jemy menyampuk. Takut
pulak kalau si Aira memulakan aksi ketamnya. Mahu hilang kawalannya nanti.
“Eleh, macamlah handsome sangat.”cebik Aira.
“Tak handsome ke? Kalau macam tu kenapa ya ada orang tu boleh jatuh
cinta setengah mati dengan saya?”
“Ada ke? Buta kot orang tu..”
“A’aa..butalah tu. Tapi
tak apa jugak, sebab dia butalah dia dapat melihat apa yang tak ada pada saya,
dan ada pada orang lain. It's special to
me and I really appreciate it.” Ujar Jemy penuh bermakna tanpa sedikit pun
memandang ke arah Aira. Sejujurnya, dia memang amat menghargai rasa cinta Aira
padanya. Kalau hendak dibandingkan antara Aira dengan dirinya, bagaikan langit
dengan bumi, enggang dengan pipit. Dia tak punya apa-apa, selain cinta yang
tulus suci untuk gadis itu.
“Thanks Sara, for loving me..” sambung Jemy lagi. Jemari Aira dibawa
kemulutnya dan dikucup perlahan.
“You don't love me?” soal Aira sengaja mengusik. Yang sebenarnya
hatinya tersentuh dengan ucapan berbaur gurauan lelaki itu.
“I really really love you. So much..”
“I love you too..”
“Sara, boleh saya tanya
sesuatu?” Jemy mula bersuara serius. Namun matanya masih lekat memandang ke
depan.
“Apa dia?”
“Andai kata suatu hari
nanti papa awak berkeras untuk memisahkan kita dan saya tetap berkeras nak
mempertahankan cinta saya pada awak, mahukah awak terus berada di sisi saya dan
mencintai saya seperti sekarang ni?” semakin erat tangan gadis itu digenggam.
Dia perlukan jawapan dari gadis itu bagi mencari jalan penyelasaian untuk
masalah mereka. Hatinya benar-benar terganggu bila mendapat tahu bahawa Tan Sri
Megat Miqdad berkeras ingin mengahwinkan Aira dengan anak kawannya. Bagaimana
dia nanti jika Aira tiada?
“Sara?” panggil Jemy bila
Aira masih berdiam. Tak sanggupkah Aira?
“Jemy, I love you dan saya takkan sesekali
tinggalkan awak.” Andailah Jemy tahu apa yang berada dalam fikirannya saat ini.
Marahkah Jemy? Kerana terlalu terdesak ingin mempertahankan cintanya dia pernah
terfikir untuk mengajak Jemy berkahwin saja. Tapi bagaimana dengan kerjayanya
yang baru bermula? Aira binggung sendiri. Antara kerjaya dan cinta mana satu
yang perlu dia utamakan? Jika tidak, dia akan kehilangan keduanya sekali dan
mengikut kehendak papanya.
“Jemy, kita kahwin!” ajak
Aira tiba-tiba. Tersentak Jemy, segera brek keretanya ditekan dengan tiba-tiba.
“Kenapa dengan awak ni?
Nasib baik tak apa-apa!” marah Aira. Hisy Jemy ni! Agak-agaklah kalau terkejut
pun, ni nak bunuh aku ke apa? Atau nak mati sama-sama macam romeo dan juliet.
“Awak cakap apa tadi?”
soal Jemy yang masih dalam kebinggungan. Betul ke apa yang dia dengar? Kahwin?
“Saya cakap apa? Mana ada
cakap apa-apa..” bohong Aira. Dia dengar dengan jelas ke. Aku nak try je tadi.
“Kahwin?” sebut Jemy.
Tajam matanya memandang Aira.
“Kahwin? Saya sebut kahwin
ke? Tak adalah...” nafi Aira. Aduh..ni memang nak cari nahas!
“Sara, saya dengar tau apa
yang awak cakap tadi. Kita Kahwin? Are
you serious?”
“Oh, awak nak kahwin
dengan saya ke? Saya gurau je lah tadi. Takkan nak kahwin kan..” dengan tawa
yang sengaja dibuat-buat, Aira cuba menyembunyikan getar di dadanya.
“Ingatkan awak betul-betul
nak kahwin. Kalau tanya saya, saya dah lama ready
nak jadi suami awak.” Jemy kembali menghidupkan keretanya, dengan keluhan
dia kembali membelah jalan raya. Aira di sebelah masih terpinga-pinga. Betul ke
apa yang dia dengar? Jemy bersedia untuk menjadi suaminya. Bersediakah aku
untuk memegang status isteri seorang si Photographer?
Berdebar la tiap kali bace n3 cite ni
ReplyDeleteJgn cinta jemy dgn sara terhalang
*zie*
Terima kasih kerana sudi baca dan komen. Hargai sgt2. InsyaAllah, saya kan update lg n3 utk mmp ya
ReplyDelete