Friday, February 14, 2014

Bab 2

BAB 2
Aira berdiri tegak menghadap lelaki yang masih bersahaja membetulkan kamera DSLR berjenama Nikon di tangannya. Berkerut dahi Aira, dari tadi dia hanya melihat lelaki itu dengan kameranya. Duduk seorang diri dalam restoran mewah macam ni hanya dengan membelek kamera yang entah apa-apa tu. Melihat kehadiran Aira, lelaki itu hanya memandang kejap lalu membelek semula gambar-gambar model yang diambilnya semalam.
            “Execuse me!” Tegur Aira, namun agak kasar. Geram melihat sikap bersahaja lelaki itu.
            “Cik Aira, dah lah tu..semua orang tengok.” Sampuk Mila. Aira menjeling tajam kearah Mila sebagai amaran supaya Mila menutup mulutnya. Lelaki yang masih berdiam diri dan membuat dirinya seperi tunggul kayu itu dipandang tajam. Geramnya!
            “Awak ni siapa? Kenapa tiba-tiba ambik gambar saya?” soal Aira dengan kasar, dia mula memeluk tubuh, sebelah kakinya pantas menendang kaki meja lelaki tersebut.
            “Aduh!” Aira menunduk menyentuh hujung kakinya yang sakit. Tajam matanya menjeling lelaki yang mula senyum dalam wajah seriusnya itu.
            “Cik Aira tak apa-apa ke?” soal Mila cemas.
            Aira mendengus geram.
            “Kak Mila ni nak kerja ke tak? Cepat minta dia padamkan gambar saya yang dia ambik tadi!” marah Aira, berubah air muka lelaki itu. Pandangannya dihalakan kearah Mila yang mengangguk macam burung belatuk tu.
            “Encik, saya rasa..”
            “Gambar apa maksud kau?” Lelaki itu mula bersuara. Pandangannya diarahkan kearah Aira yang masih menunduk memandang kakinya yang sakit.
            “Awak ingat saya ni buta tak nampak awak ambik gambar saya tadi.” Aira menjeling tajam. Senyuman sinis lelaki itu makin menyakitkan hatinya yang tersedia panas.
            “Tunggu apa lagi?” sambung Aira, mencerlung matanya memandang kearah Mila yang masih berdiri di sebelahnya.
            “Tak payah! Aku tak ambik gambar kau pun.” Pintas Jemy.
            “Awak jangan nak tipulah!” marah Aira.
            “Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau.” Ujar lelaki itu selamba.
            Turun naik nafas Aira menahan geram akan sikap lelaki yang difikirnya gila tu.
            “Aku ambik gambar dia. Dia seribu kali cantik dari kau tau.” Sambung lelaki itu lagi sambil melirik kearah Mila yang mula tersipu malu.
            “Hah!” Aira makin membahang. Sakit di kaki seolah tak terasa. Kalau nak diikutkan marahnya sekarang, mahu saja dia tenyeh muka lelaki berlagak itu dengan kasut tumit tingginya.
            “Tak adalah, biasa-biasa je..” Mila mula tersenyum simpul, lupa akan api kemarahan Aira yang makin membara di sebelahnya. Lirik senyuman lelaki itu betul-betul menggetarkan rasa.
            Aira menjeling tajam kearah Mila yang dah seperti ulat bulu naik daun. Mati terus senyuman Mila melihat ketajaman pandangan anak perempuan Tan Sri Megat Miqdad. Tak pernah lagi dia melihat gadis itu membahang sebegitu rupa.
            “Done!” Ujar lelaki tersebut, sempat lagi dia mencuit hidung Aira sebelum menyambung semula dengan kameranya.
            “Awak ni kan..”
            “Hai Jemy..” panggil satu suara dari belakang, pantas Aira dan Mila menoleh. Seorang gadis tinggi lampai kelihatan cantik dengan rambut berwarna perang yang sengaja dilepaskan. Gadis itu tersenyum manis menuju kearah mereka. Jemy..siapa Jemy? Fikir Aira.
            Aira menoleh kembali kearah lelaki yang begitu menyakitkan hatinya itu. Lelaki itu hanya tersenyum hambar pada wanita itu sambil kembali fokus pada kameranya. Hisy..lelaki ni betul ke tidak? Dari tadi asyik dok belek kamera, girlfriend datang..boleh pulak buat tak tahu. Sah memang gila!
            “Jemy..” Tanpa memperdulikan Aira dan Mila, gadis itu terus mengambil tempat bersebelahan lelaki yang bernama Jemy tersebut. Kalau tadi mulut Mikhail yang terlopong, kini mulut Aira pula yang terlopong bila melihat gadis itu tanpa segan silunya mencium pipi Jemy. Jemy sempat tersenyum dan menjarakkan sedikit dirinya dari gadis tersebut, sempat matanya mencuri pandang kearah Aira yang sudah berubah riak.
            “Encik Jemy..or whatever. Im not done yet!” Aira mula naik angin.
            Jemy menoleh seketika kearah Aira sambil tersenyum.
            “Apa lagi? Tak Nampak ke aku tengah sibuk ni.” Suara Jemy yang sedikit tenang tidak mampu menenangkan amarah Aira tika ini.
            “Cik Aira..dah la tu.” Mila makin panik, lengan Aira ditarik perlahan.
            “Siapa perempuan sewel ni sayang?” Gadis itu mula melemparkan pandangan sinis. Dari atas sampai ke bawah dia melihat penampilan Aira.
            “What?” Hampir terkeluar mata Aira memandang kearah gadis yang memeluk erat  lengan Jemy. Riak wajah Jemy mula berubah, tangannya ditarik dari genggaman Lisa, dia menoleh sekilas kearah Aira sebelum menggeleng perlahan.
            “Lisa..”
            “You nak ambil perempuan sewel ni jadi model you ke? Tengoklah penampilan dia tu..” ulas Lisa tanpa memperduli api yang marak dihadapannya. Jemy yang perasan perubahan mendadak dari wajah itu mula tak sedap hati, dia mengisyaratkan Mila untuk membawa Aira pergi dari situ. Mila mengangguk faham.
            “Cik Aira, jomlah..nanti Tan Sri marah.” Mila menarik lengan Aira.
            “Okey, awak tunggu! Awak masih ada hutang dengan saya lagi!” Menbuntang mata Aira memandang Jemy yang beriak selamba.
            Aira mengikut langkah Mila, namun tiba-tiba satu idea nakal menerjah otaknya. Dia menoleh seketika pada pasangan tersebut, wajah gadis itu dipandang sekilas. Kakinya dibawa kembali menghampiri meja tersebut.
            “Kau kata aku perempuan sewel kan..” Sinis Aira. Belum sempat Lisa menjawab, mukanya telah disimbah dengan secawan Cappuccino milik Jemy. Mila dan Jemy sama-sama tercengang. Wajah Lisa mula merah menahan rasa marah. Tajam matanya menjeling Aira yang berdiri di hadapannya.
            Aira membersihkan tangannya dengan tisu, wang kertas lima puluh ringgit dimasukkan kedalam poket jaket hitam Jemy.
            “I pay for this.” Tercengang Jemy seketika, namun perlahan bibirnya mula mengukir senyum sambil matanya menghantar langkah Aira dan Mila meninggalkan ruang Restoran tersebut.
            “Jemy tengoklah ni..” rengek Lisa manja. Mukanya yang mula melekit, disapu dengan tisu.
            “Siapa suruh you mulakan dulu. You yang ganggu dia kan..” Jemy mengemas kamera ke dalam begnya, terus meninggalkan Lisa yang masih termanggu.

                                                       ***********
NAZMI ELYAS atau lebih dikenali dengan nama jolokannya iaitu Jemy dalam bidang fotografi. Jemy adalah salah satu nama besar dalam bidang fotografi, penggunaan teknik serta elemen yang digarapkan dalam setiap photo shootnya  begitu digemari oleh agensi-agensi peragaan di seluruh Malaysia, malahan para model ramai yang dah jatuh hati dengan empunya badan ni. Boleh dikatakan ramai jugak model-model yang terkena dengan sikap playboy lelaki ni.
            Jemy melangkah laju menuju ke studio yang berusia hampir lima tahun. Studio yang dibina hasil titik peluhnya sendiri. Bekerja sebagai jurugambar di salah sebuah agensi terkemuka di Paris telah membuka peluang kepada Jemy meluaskan lagi bakatnya dalam bidang yang amat digemarinya sejak kecil lagi.
            NJ City Studio dijejaki. Studio dua tingkat yang mempunyai dua orang pekerja lelaki dan seorang pekerja perempuan cukup untuk membantu Jemy memajukan perniagaannya.
            “Abang Jemy, lewat sampai hari ni..” tegur Nadia, satu-satunya pekerja perempuannya, kehadiran Nadia cukup membantu dalam menguruskan soal make-up dan pakaian model-model yang berada dalam kontrak syarikatnya. Sekilas Jemy menoleh lalu tersenyum. Dilihatnya Nadia sibuk mengemas pakaian ke dalam wardrobe.
            “Budak dua orang tu tak sampai lagi ke?” soal Jemy, tangannya sibuk mengeluarkan kamera dari beg sandangnya yang sentiasa dibawa kemana saja. Kamera Nikon Coolpix L310 dikeluarkan dan diletakkan pada Camera Stand.
            “Biasalah Abang Jemy, macam tak kenal dengan monyet dua ekor tu.”
            “Amboi Nad, sedap mengata aku ya!” Suara Azlan mula kedengaran. Jemy hanya menoleh sekilas kearah dua rakannya yang baru sampai.
            “Dah pukul berapa sekarang?” soal Jemy berpura serius. Tangannya masih sibuk membetulkan kamera. Sesi pengambaran Emily petang nanti harus berjalan lancar, selaras seperti yang dirancangkan. Kalau tak mahu mengamuk Kiki tu nanti.
            Nadia menayangkan ibu jari kepada Azlan dan Rahim, lalu lidah dicebikkan untuk menyakat kedua rakannya itu. Azlan dan Rahim menggaru kepala. Jarang mereka ditegur oleh Jemy. Biarpun sikap Jemy yang dua puluh empat jam serius, namun Jemy jarang mengkritik mereka. Kalau dah kena tegur tu, maknanya teruk sangatlah tu.
            “Azlan, set up background sekarang. Guna black colour dan pastikan lighting terpasang dengan betul.” Jemy memberi arahan kepada pembantunya itu. Azlan hanya mengangguk lalu laju bergerak ke stor belakang.
            “Rahim, kau call Kiki. Bagitahu dia jangan lambat petang ni. Call Emily sekali!” Jemy menuju kearah monitor, satu persatu gambar terdahulu Emily ditilik.
            “Aku yang perlu call Emily ke? Bukan kau..?” Belum sempat Rahim menghabiskan ayatnya, Jemy sudah menjeling kearah Rahim. Terkejut beruk Rahim dibuatnya. Rahim yang berpewatakan sedikit lembut itu terus akur dan mencapai telefon bimbitnya.
            “Abang Jemy, apa tema petang ni? Nad nak siapkan make up dan pakaian.” Laung Nadia dari arah kanan.
            “Kan ada dalam kertas atas meja tu..” Sampuk Azlan yang muncul tiba-tiba.
            “Ops, lupa..janganlah marah! Tanya je pun” Sengih Nadia.
            Jemy hanya menggeleng melihat perangai pekerja-pekerjanya itu. Tangannya mencapai semula beg sandangnya. Kamera digital canon dihidupkan kembali. Satu persatu butang ditekan. Leka seketika dia.
            “Cantiknya mak oi..” Suara Rahim yang muncul tiba-tiba dari belakang memeranjatkan Jemy. Kameranya sudah dirampas oleh Rahim.
            “Apa ni?” Soal Jemy kasar. Berkerut dahinya memandang Rahim yang masih ralit memandang gambar yang diambilnya dari Restoran.
            “Cantiknya Jemy, anak siapa ni?” Rahim seperti biasa dengan sikap mengadanya itu. Jemy hanya diam, kepalanya mula digelengkan.
            “Bawak sini kamera tu!” Arah Jemy keras.
            “Ala..kedekut lah pulak. Model baru kita ke? Tapi ada yang tak kenalah, muka dah superb..apahal pula pakaian dia contra macam ni?” Rahim menilai tanpa disuruh. Dengan pantas Jemy merampas kamera dari tangan Rahim.
            “Buat kerja!” Ujar Jemy ringkas, dia kembali duduk menghadap monitor.
            “Aku dah call Kiki, Emily pun dah..”
            “Tapi kan..siapa perempuan tu?” Sambung Rahim, wajah Jemy dipandang memohon kepastian.
            “ Siapa apa?”
            “Tu, perempuan dalam kamera kau tu.” Rahim sudah mengambil tempat di sebelah Jemy.
            “Kau ni tak ada kerja ke?” Soal Jemy kasar.
            “Aku kenal kau, kau takkan ambik gambar macam tu punya..tapi..”
            “So?”
            “Kenapa gambar tu ada dalam kamera kau kalau bukan kau yang ambik? Masalahnya sekarang..kenapa kau ambik gambar macam tu eh? Kata professional..kalau dah suka sangat dengan model tu, apahal tak contact je die?” ujar Rahim panjang lebar.
            “Dah habis cakap?”
            “Dah..” Rahim menjawab perlahan.
            “So?” Jemy mengisyaratkan Rahim untuk meninggalkannya sendiri. Kamera Nikon dicapai kembali. Wajah yang dikatakan cantik oleh Rahim dipandang sekilas, seulas senyuman terukir di wajah Jemy.
            “Tu, kau Nampak tak? Dia senyum kan?” Rahim berbisik perlahan kearah Nadia. Sekejap Nadia menoleh kearah Jemy yang masih tersenyum memandang kearah kemera digital. Entah apa yang menarik pun tak tahu. Perlahan Nadia mengangguk

6 comments:

  1. best2...waiting for the next chapter ,hwaiting!

    ReplyDelete
  2. Tq Anna Norrah...nnti sya update lg ya..

    ReplyDelete
  3. hohoho...best la cite ni kak emma..ngee...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Novel ni tgh famous.. Sbb dh buat cite.. Best.. Rse nk bli novel ni.. Bce novel rse lbh best.. 💋👍👍

    ReplyDelete