BAB 2
Aira berdiri tegak menghadap lelaki yang masih bersahaja membetulkan kamera
DSLR berjenama Nikon di tangannya. Berkerut dahi Aira, dari tadi dia hanya
melihat lelaki itu dengan kameranya. Duduk seorang diri dalam restoran mewah
macam ni hanya dengan membelek kamera yang entah apa-apa tu. Melihat kehadiran
Aira, lelaki itu hanya memandang kejap lalu membelek semula gambar-gambar model
yang diambilnya semalam.
“Execuse me!” Tegur Aira, namun agak kasar. Geram melihat sikap
bersahaja lelaki itu.
“Cik Aira, dah lah
tu..semua orang tengok.” Sampuk Mila. Aira menjeling tajam kearah Mila sebagai
amaran supaya Mila menutup mulutnya. Lelaki yang masih berdiam diri dan membuat
dirinya seperi tunggul kayu itu dipandang tajam. Geramnya!
“Awak ni siapa? Kenapa
tiba-tiba ambik gambar saya?” soal Aira dengan kasar, dia mula memeluk tubuh,
sebelah kakinya pantas menendang kaki meja lelaki tersebut.
“Aduh!” Aira menunduk
menyentuh hujung kakinya yang sakit. Tajam matanya menjeling lelaki yang mula
senyum dalam wajah seriusnya itu.
“Cik Aira tak apa-apa ke?”
soal Mila cemas.
Aira mendengus geram.
“Kak Mila ni nak kerja ke
tak? Cepat minta dia padamkan gambar saya yang dia ambik tadi!” marah Aira,
berubah air muka lelaki itu. Pandangannya dihalakan kearah Mila yang mengangguk
macam burung belatuk tu.
“Encik, saya rasa..”
“Gambar apa maksud kau?”
Lelaki itu mula bersuara. Pandangannya diarahkan kearah Aira yang masih
menunduk memandang kakinya yang sakit.
“Awak ingat saya ni buta
tak nampak awak ambik gambar saya tadi.” Aira menjeling tajam. Senyuman sinis
lelaki itu makin menyakitkan hatinya yang tersedia panas.
“Tunggu apa lagi?” sambung
Aira, mencerlung matanya memandang kearah Mila yang masih berdiri di
sebelahnya.
“Tak payah! Aku tak ambik
gambar kau pun.” Pintas Jemy.
“Awak jangan nak tipulah!”
marah Aira.
“Kau ingat kau tu cantik
sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau.” Ujar lelaki itu
selamba.
Turun naik nafas Aira menahan
geram akan sikap lelaki yang difikirnya gila tu.
“Aku ambik gambar dia. Dia
seribu kali cantik dari kau tau.” Sambung lelaki itu lagi sambil melirik kearah
Mila yang mula tersipu malu.
“Hah!” Aira makin
membahang. Sakit di kaki seolah tak terasa. Kalau nak diikutkan marahnya
sekarang, mahu saja dia tenyeh muka lelaki berlagak itu dengan kasut tumit
tingginya.
“Tak adalah, biasa-biasa
je..” Mila mula tersenyum simpul, lupa akan api kemarahan Aira yang makin
membara di sebelahnya. Lirik senyuman lelaki itu betul-betul menggetarkan rasa.
Aira menjeling tajam
kearah Mila yang dah seperti ulat bulu naik daun. Mati terus senyuman Mila
melihat ketajaman pandangan anak perempuan Tan Sri Megat Miqdad. Tak pernah
lagi dia melihat gadis itu membahang sebegitu rupa.
“Done!” Ujar lelaki tersebut, sempat lagi dia mencuit hidung Aira
sebelum menyambung semula dengan kameranya.
“Awak ni kan..”
“Hai Jemy..” panggil satu
suara dari belakang, pantas Aira dan Mila menoleh. Seorang gadis tinggi lampai
kelihatan cantik dengan rambut berwarna perang yang sengaja dilepaskan. Gadis
itu tersenyum manis menuju kearah mereka. Jemy..siapa Jemy? Fikir Aira.
Aira menoleh kembali
kearah lelaki yang begitu menyakitkan hatinya itu. Lelaki itu hanya tersenyum
hambar pada wanita itu sambil kembali fokus pada kameranya. Hisy..lelaki ni
betul ke tidak? Dari tadi asyik dok belek kamera, girlfriend datang..boleh pulak buat tak tahu. Sah memang gila!
“Jemy..” Tanpa
memperdulikan Aira dan Mila, gadis itu terus mengambil tempat bersebelahan
lelaki yang bernama Jemy tersebut. Kalau tadi mulut Mikhail yang terlopong,
kini mulut Aira pula yang terlopong bila melihat gadis itu tanpa segan silunya
mencium pipi Jemy. Jemy sempat tersenyum dan menjarakkan sedikit dirinya dari
gadis tersebut, sempat matanya mencuri pandang kearah Aira yang sudah berubah
riak.
“Encik Jemy..or whatever. Im not done yet!” Aira mula
naik angin.
Jemy menoleh seketika
kearah Aira sambil tersenyum.
“Apa lagi? Tak Nampak ke
aku tengah sibuk ni.” Suara Jemy yang sedikit tenang tidak mampu menenangkan
amarah Aira tika ini.
“Cik Aira..dah la tu.”
Mila makin panik, lengan Aira ditarik perlahan.
“Siapa perempuan sewel ni
sayang?” Gadis itu mula melemparkan pandangan sinis. Dari atas sampai ke bawah
dia melihat penampilan Aira.
“What?” Hampir terkeluar mata Aira memandang kearah gadis yang
memeluk erat lengan Jemy. Riak wajah
Jemy mula berubah, tangannya ditarik dari genggaman Lisa, dia menoleh sekilas
kearah Aira sebelum menggeleng perlahan.
“Lisa..”
“You nak ambil perempuan
sewel ni jadi model you ke? Tengoklah penampilan dia tu..” ulas Lisa tanpa
memperduli api yang marak dihadapannya. Jemy yang perasan perubahan mendadak
dari wajah itu mula tak sedap hati, dia mengisyaratkan Mila untuk membawa Aira
pergi dari situ. Mila mengangguk faham.
“Cik Aira, jomlah..nanti
Tan Sri marah.” Mila menarik lengan Aira.
“Okey, awak tunggu! Awak
masih ada hutang dengan saya lagi!” Menbuntang mata Aira memandang Jemy yang
beriak selamba.
Aira mengikut langkah
Mila, namun tiba-tiba satu idea nakal menerjah otaknya. Dia menoleh seketika
pada pasangan tersebut, wajah gadis itu dipandang sekilas. Kakinya dibawa
kembali menghampiri meja tersebut.
“Kau kata aku perempuan
sewel kan..” Sinis Aira. Belum sempat Lisa menjawab, mukanya telah disimbah
dengan secawan Cappuccino milik Jemy. Mila dan Jemy sama-sama
tercengang. Wajah Lisa mula merah menahan rasa marah. Tajam matanya menjeling
Aira yang berdiri di hadapannya.
Aira membersihkan
tangannya dengan tisu, wang kertas lima puluh ringgit dimasukkan kedalam poket
jaket hitam Jemy.
“I pay for this.” Tercengang Jemy seketika, namun perlahan bibirnya
mula mengukir senyum sambil matanya menghantar langkah Aira dan Mila
meninggalkan ruang Restoran tersebut.
“Jemy tengoklah ni..”
rengek Lisa manja. Mukanya yang mula melekit, disapu dengan tisu.
“Siapa suruh you mulakan
dulu. You yang ganggu dia kan..” Jemy mengemas kamera ke dalam begnya, terus
meninggalkan Lisa yang masih termanggu.
***********
NAZMI ELYAS atau lebih dikenali dengan nama jolokannya iaitu Jemy dalam
bidang fotografi. Jemy adalah salah satu nama besar dalam bidang fotografi,
penggunaan teknik serta elemen yang digarapkan dalam setiap photo shootnya begitu digemari oleh agensi-agensi peragaan
di seluruh Malaysia, malahan para model ramai yang dah jatuh hati dengan
empunya badan ni. Boleh dikatakan ramai jugak model-model yang terkena dengan
sikap playboy lelaki ni.
Jemy melangkah laju menuju
ke studio yang berusia hampir lima tahun. Studio yang dibina hasil titik
peluhnya sendiri. Bekerja sebagai jurugambar di salah sebuah agensi terkemuka
di Paris telah membuka peluang kepada Jemy meluaskan lagi bakatnya dalam bidang
yang amat digemarinya sejak kecil lagi.
NJ City Studio dijejaki.
Studio dua tingkat yang mempunyai dua orang pekerja lelaki dan seorang pekerja
perempuan cukup untuk membantu Jemy memajukan perniagaannya.
“Abang Jemy, lewat sampai
hari ni..” tegur Nadia, satu-satunya pekerja perempuannya, kehadiran Nadia
cukup membantu dalam menguruskan soal make-up dan pakaian model-model yang
berada dalam kontrak syarikatnya. Sekilas Jemy menoleh lalu tersenyum.
Dilihatnya Nadia sibuk mengemas pakaian ke dalam wardrobe.
“Budak dua orang tu tak
sampai lagi ke?” soal Jemy, tangannya sibuk mengeluarkan kamera dari beg
sandangnya yang sentiasa dibawa kemana saja. Kamera Nikon Coolpix L310
dikeluarkan dan diletakkan pada Camera
Stand.
“Biasalah Abang Jemy,
macam tak kenal dengan monyet dua ekor tu.”
“Amboi Nad, sedap mengata
aku ya!” Suara Azlan mula kedengaran. Jemy hanya menoleh sekilas kearah dua
rakannya yang baru sampai.
“Dah pukul berapa
sekarang?” soal Jemy berpura serius. Tangannya masih sibuk membetulkan kamera.
Sesi pengambaran Emily petang nanti harus berjalan lancar, selaras seperti yang
dirancangkan. Kalau tak mahu mengamuk Kiki tu nanti.
Nadia menayangkan ibu jari
kepada Azlan dan Rahim, lalu lidah dicebikkan untuk menyakat kedua rakannya
itu. Azlan dan Rahim menggaru kepala. Jarang mereka ditegur oleh Jemy. Biarpun
sikap Jemy yang dua puluh empat jam serius, namun Jemy jarang mengkritik
mereka. Kalau dah kena tegur tu, maknanya teruk sangatlah tu.
“Azlan, set up background sekarang. Guna black
colour dan pastikan lighting terpasang dengan betul.” Jemy memberi arahan kepada pembantunya
itu. Azlan hanya mengangguk lalu laju bergerak ke stor belakang.
“Rahim, kau call Kiki. Bagitahu dia jangan lambat
petang ni. Call Emily sekali!” Jemy
menuju kearah monitor, satu persatu gambar terdahulu Emily ditilik.
“Aku yang perlu call Emily ke? Bukan kau..?” Belum
sempat Rahim menghabiskan ayatnya, Jemy sudah menjeling kearah Rahim. Terkejut
beruk Rahim dibuatnya. Rahim yang berpewatakan sedikit lembut itu terus akur
dan mencapai telefon bimbitnya.
“Abang Jemy, apa tema
petang ni? Nad nak siapkan make up
dan pakaian.” Laung Nadia dari arah
kanan.
“Kan ada dalam kertas atas
meja tu..” Sampuk Azlan yang muncul tiba-tiba.
“Ops, lupa..janganlah
marah! Tanya je pun” Sengih Nadia.
Jemy hanya menggeleng
melihat perangai pekerja-pekerjanya itu. Tangannya mencapai semula beg
sandangnya. Kamera digital canon dihidupkan kembali. Satu persatu butang
ditekan. Leka seketika dia.
“Cantiknya mak oi..” Suara
Rahim yang muncul tiba-tiba dari belakang memeranjatkan Jemy. Kameranya sudah
dirampas oleh Rahim.
“Apa ni?” Soal Jemy kasar.
Berkerut dahinya memandang Rahim yang masih ralit memandang gambar yang
diambilnya dari Restoran.
“Cantiknya Jemy, anak
siapa ni?” Rahim seperti biasa dengan sikap mengadanya itu. Jemy hanya diam,
kepalanya mula digelengkan.
“Bawak sini kamera tu!”
Arah Jemy keras.
“Ala..kedekut lah pulak.
Model baru kita ke? Tapi ada yang tak kenalah, muka dah superb..apahal pula pakaian dia contra
macam ni?” Rahim menilai tanpa disuruh. Dengan pantas Jemy merampas kamera dari
tangan Rahim.
“Buat kerja!” Ujar Jemy
ringkas, dia kembali duduk menghadap monitor.
“Aku dah call Kiki, Emily pun dah..”
“Tapi kan..siapa perempuan
tu?” Sambung Rahim, wajah Jemy dipandang memohon kepastian.
“ Siapa apa?”
“Tu, perempuan dalam
kamera kau tu.” Rahim sudah mengambil tempat di sebelah Jemy.
“Kau ni tak ada kerja ke?”
Soal Jemy kasar.
“Aku kenal kau, kau takkan
ambik gambar macam tu punya..tapi..”
“So?”
“Kenapa gambar tu ada
dalam kamera kau kalau bukan
kau yang ambik? Masalahnya sekarang..kenapa kau ambik gambar macam tu eh? Kata professional..kalau dah suka sangat
dengan model tu, apahal tak contact
je die?” ujar Rahim panjang lebar.
“Dah habis cakap?”
“Dah..” Rahim menjawab
perlahan.
“So?” Jemy mengisyaratkan
Rahim untuk meninggalkannya sendiri. Kamera Nikon dicapai kembali. Wajah yang
dikatakan cantik oleh Rahim dipandang sekilas, seulas senyuman terukir di wajah
Jemy.
“Tu,
kau Nampak tak? Dia senyum kan?” Rahim berbisik perlahan kearah Nadia. Sekejap
Nadia menoleh kearah Jemy yang masih tersenyum memandang kearah kemera digital.
Entah apa yang menarik pun tak tahu. Perlahan Nadia mengangguk
best2...waiting for the next chapter ,hwaiting!
ReplyDeleteTq Anna Norrah...nnti sya update lg ya..
ReplyDeletehohoho...best la cite ni kak emma..ngee...
ReplyDeleteTq..nnti sya update bab lg yer..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNovel ni tgh famous.. Sbb dh buat cite.. Best.. Rse nk bli novel ni.. Bce novel rse lbh best.. 💋👍👍
ReplyDelete