Sunday, April 6, 2014

Bab 18

BAB 18
            “Straight to the point Sara. Saya rasa, saya dah sukakan awak. I'm beginning to like you!”
            Aira terkesima, dia mula tidak senang duduk. Jemy pula masih bersahaja, sempat lagi tu berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di kerusi. Namun, hanya matanya tidak lepas memandang kearah Aira yang kelihatan resah. Huh! Lepas seksa, minta-mintalah gadis tu dengar dengan jelas. Jadi, tak payah aku nak ulang dua tiga kali. Ingat senang ke nak cakap macam tu.
            Aira masih termanggu. Batul ke apa yang aku dengar? Dia sukakan aku? I'm beginning to like you? Perlu ke aku buka kamus sekarang nak cari maksud like tu apa? Sama ke maksud like dari dalam kamus dengan pemahaman lelaki tu? Aira mula panas, segelas air suam terus diambil dan diteguk rakus.
            “Diam maknanya setuju.” Jemy mula bersuara.
            “Hah?” hampir tersedak Aira dibuatnya.
            “So, as of today..we're official dating!” putus Jemy.
            “Apa?” Membuntang mata Aira memandang Jemy. Biar betul lelaki ni? Tak pernah dibuat orang.
            “Saya tak bagi keputusan pun.” Jawab Aira perlahan.
            “Kenapa?”
            “Kenapa awak tanya, awak tu dahlah menipu saya. Saya masih sakit hati pasal tu tau!” marah Aira cuba menyembunyikan betapa resahnya hati tika ini. Macam nak pecah lagaknya! Ingin saja dia suarakan pada lelaki itu supaya berhenti memandangnya dengan pandangan sebegitu, mahu luruh jantunnya!
            “Okay..”
            “Apa yang okay? Awak nak tarik balik ke?” potong Aira pantas. Jangan cakap dia nak tarik balik, nanti aku juga yang merana. Jemy tersenyum, Hisy..budak ni, aku tak habis cakap lagi.
            “Tak boleh tarik balik!” sambung Aira lagi.
            Jemy menggeleng senyum.
            “Saya bagi awak masa sampai esok pagi. Saya nak jawapan tu esok ya.”
            “Esok?”
            “Tak nak? Kalau macam tu lima saat dari sekarang.” Balas Jemy.
            “Apa?”
            “Satu!”
            “Jemy, awak ni..”
            “Dua!” Aira merengus geram. Tak boleh dibawa berbincang langsung Mr.Photographer ni! Macam nak siat-siat je daging tu biar dibuat barbeku. Huh!
            “Empat! Time is running out Sara..” Hah? Dah empat dah ke? Tak boleh jadi ni..
            “Li..”
            “Okay! Esok..esok ya?” Aira menghembus nafasnya yang terasa sesak. Ingatkan nak makan malam istimewa, rupanya Jemy membuli mentalnya sebegini rupa. Kalau aku tahu begini jadinya, tak ingin aku!
            Jemy tersenyum kemenangan. Jus oren terus dihulurkan pada Aira.
            “Minum ni. Dah macam berlari seratus meter dah saya tengok.” Usik Jemy.
            Aira menjeling tajam, jus oren dirampas kasar dari tangan Jemy. Sekali lagi Jemy mengeluarkan kameranya. Bersiap untuk mengambil wajah yang sudah menjadi wajah kesayangannya.
            “Nak buat apa?!” Sergah Aira. Makin menjadi jelingannya.
            “Nak ambik gambar.” Jemy sudah meletakkan kamera Nikon di matanya. Lensa kamera dipusing dengan sebelah tangannya.
            “Saya tak izinkan..” Klik! Belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, bunyi kamera sudah kedengaran. Jemy tersenyum keriangan. Satu lagi gambar Aira berjaya dirakamnya.
            “Angry face. So cute!” Jemy turut memuncungkan bibirnya mengajuk wajah Aira yang sudah kemerahan. Kamera tersebut diletakkan semula ke tepi meja.
            “Awak memang suka sakitkan hati saya..”
            “Beginilah cara saya mencintai awak.” Jemy semakin galak menyakat.
            “Siapa nak bercinta dengan awak?” sinis Aira.
            “Tak nak ke? Tak pa, ada banyak lagi yang menunggu. Emily, Lisa, Ha..Mimi model baru tu pun ada.” Aira hanya menggelengkan kepala. Apalah nasibnya jatuh cinta dengan lelaki sengal tu, tak ada perasaan la dia ni.
            “Saya ikhlas Sara, saya harap awak pertimbangkan perasaan saya. Takkan ada wanita lain selain awak.” Ujar Jemy perlahan. Wajah tegang Aira mengendur, sekilas dia menoleh kearah Jemy yang leka menyudu makanan ke mulutnya. Tak pula Aira melatah, dia hanya tersipu malu mendengarnya.
            “Tak mudah mencintai saya, Jemy..” ujar Aira perlahan. Matanya masih memandang lelaki yang sentiasa kacak di matanya. Jemy mendongak memandang Aira, kata-kata wanita itu seolah-olah satu peringatan untuknya, seorang lelaki yang mencintai Aira, gadis yang punya segala-galanya.
            “Saya tahu.” Jawab Jemy penuh yakin. Dia mengukir senyum. Sebelum mengambil keputusan untuk menyintai Aira, dia sudah sedia maklum akan risikonya. Aira bukan gadis sebarangan, dia anak Tan Sri Megat Miqdad, sedangkan dia cuma lelaki biasa yang dibuang ibu sendiri.
            “Papa mungkin tak sukakan hubungan kita..”
            “Saya akan buat Tan Sri percaya pada cinta saya untuk anak kesayangan dia ni.”
            Aira tersenyum.
            Jemy turut mengukir senyum, membalas pandangan dari gadis yang amat dicintainya itu. Puas dia cuba untuk menafikan perasaan yang tiba-tiba hadir untuk gadis itu, namun dia menemui kegagalan. Aira terlalu istimewa sejak pertama kali dia terpandang wajah putih kemerahan itu.
            “Saya tak pernah bercinta..” Aira masih ingin menguji Jemy, setakat ini jawapan lelaki itu tidak dapat dipertikaikan.
            “Saya boleh ajarkan.” Balas Jemy pantas. Dia menongkat dagu merenung Aira.
            “Saya tak cantik..” Aira turut berbuat yang sama, dia turut menongkat dagunya sambil membalas pandangan Jemy.
            “Saya jatuh sayang masa muka awak macam badut sarkas ni.” Jemy menunjukkan bingkai gambar pada Aira. Membuntang mata Aira menjeling Jemy.
            “Ermm...”
            “Saya sayangkan awak seadanya, Sara..” pintas Jemy.
            “Awak sayang saya macam tu sekali ke?” soal Aira lalu memaparkan riak curiga. Wajah lelaki dihadapannya itu terus menjadi tatapannya. Inilah panahan cinta!
            “Kenapa? Awak tak sayangkan saya ke?”
            Aira terdiam. Dia menjeling sekilas kearah Jemy, lalu tersenyum bahagia.
            “Esok, saya nak good news okay?” pesan Jemy lalu mengenyitkan matanya kearah Aira. Boleh cair memandangnya, bisik Aira sendiri.
                                               

                                                     

                                                         ****************
                                                           Xnak breakfast?
JEMY segera menekan butang send. Iphonenya dihempas kembali di atas meja. Sudah tiga mesej dihantar pada Aira, namun satu pun tak berbalas. Takkan aku dah kena tolak kot? Jemy kebinggungan. Rahim dan Azlan hanya memandang penuh hairan, tidak pernah bosnya itu segelisah ini. Apa yang jadi? Aira  pun tak nampak batang hidung dari tadi. Ada apa-apa ke Jemy dan Aira ni?
            Jus oren dan hidangan sarapan pagi selamat dihantar oleh pelayan restoran. Jemy hanya memandang kosong, hatinya msih galau.
            “Aira mana?” Azlan menyoal setelah lama mereka hanya berdiam dari tadi. Jemy pula seolah-olah berda dalam dunianya sendiri. Entah apa tak kena dengan lelaki itu pagi ni, semacam je. Fikir Azlan.
            “Entah, aku telefon pun dia tak angkat.” Balas Rahim. Sempat matanya menjeling Jemy yang asyik menyuap omelette ke mulutnya.
            “Dia penat kot, biarlah dia rehat. Diakan ada shoot petang nanti.” Sambung Azlan.
            “Eh Jemy, semalam kau dinner dengan dia kan? Dia okay ke?” soal Rahim tiba-tiba. Berubah air muka Jemy. Masa ni pulak si Rahim ni nak jadi wartawan tak rasmi.
            “Okay  je, kenapa?” balas Jemy bersahaja.
            “Jangan-jangan kau..”
            “Apa?!” Jemy mula dengan barannya.
            Rahim hanya menyengih. Ala, ada hati nak berahsia. Bukan dia tak tahu yang si Jemy tu sudah mabuk cinta dengan Aira. Sajalah tu nak cover saham!

4 comments:

  1. bunga-bunga cinta dah kembang mekar dalam hati dua manusia ni...tq acu..up n3..

    ReplyDelete
  2. Tq uda sbb sudi baca n3 acu yg xseberapa ni..sng2 acu up lg ok..

    ReplyDelete