Aira memulas tombol pintu studio Jemy. Keadaan agak
lengang ketika itu, mungkin sebab tiada pengambaran hari tu. Bungkusan makanan
korea yang dibelinya tadi dijinjit sekali. Tidak sabar rasanya mennikmati
makanan tengah hari bersama kekasih hatinya itu.
“Hai.”
Sapa Aira. Dari tadi Rahim dan Azlan sibuk mengemas set selepas pengambaran.
“Aira!”
serentak Rahim dan Azlan menjerit. Sudah lama rasanya tidak bertemu dengan
pujaan hati bosnya itu.
“Serigala
jadian mana?” soal Aira penuh senyuman. Lantas dia duduk bersebelahn Azlan.
“Atas.
Dia ada guest.” Jawab Azlan pantas.
Mahu ketawa dia mendengar Aira membahasakan Jemy sebagai Serigala Jadian.
Memang betul pun kan? Jemy yang panas baran dan muka yang sentiasa kedekut
dengan senyuman itu digelar serigala jadian. Mengekek mereka bertiga ketawa.
Tak kurang Aira yang sentiasa senang memanggil Jemy, kekasihnya itu sebagai
harimau jadian tak pun serigala jadian! Mahu kena tengking ni kalau didengar
dek Jemy.
“Guest? Siapa?” rambutnya yang sedikit
masai dibetulkan mengunakan jari.
Rahim
dan Azlan serentak menjungkit bahu.
“Baju
kau tu kenapa?” soal Rahim hairan. Baju putih Aira dipandang berkerut. Aira
melihat sendiri, hampir dia terlupa akan bajunya yang sudah kotor dek disimbah
air oleh lelaki berkulit sawo matang di Mid Valley tadi. Terus Aira mendengus
geram.
“Ada
lelaki gila tersimbah air dekat baju aku ni.” Dengus Aira geram.
“Aku
pergi toilet jap. Ni dua bungkusan ni
untuk korang, yang lain jangan kacau..buah hati aku punya okay.” Aira bingkas bangun menuju ke bilik air. Segera Rahim dan
Azlan membuka bungkusan makanan yang dibawa Aira.
“Terima
kasih Encik Jemy.” Ucap Tiara sambil melemparkan senyuman untuk jurugambar muda
tersebut.
“Terima
kasih jugak sebab sudi memilih khimat saya.” Ujar Jemy. Sempat dia bersalam
dengan teman Tiara tersebut.
“Kami
pergi dulu. Assalamualaikum.” Tiara dan Akmal segera meninggalkan studio. Jemy
hanya menghantar dengan senyuman tak lekang di bibir. Setelah yakin kedua-dua
tetamunya hilang di mata, dia terus memandang kearah kedua orang pekerjanya
yang asyik menjamu selera. Dia mengangkat keningnya, seketika di atas tadi dia
macam terdengar suara Aira. Mustahil jugak, Aira masih di hospital. Desis Jemy
sendiri.
Dentuman
bunyi pintu bilik air mengejutkan mereka. Jemy dan kedua pekerjanya saling
berpandangan. Sejurus selepas itu keluar Aira dengan muka masamnya, terbeliak
Jemy melihat kehadiran Aira di situ. Muka Aira yang masam dengan muncung yang
panjang itu dipandang tak beralih, tangan gadis itu masih memegang bajunya yang
kotor. Sekilas Jemy melihat tangan kiri gadis itu yang masih berbalut,
tergeleng sudah kepalanya. Degil!
Dengan
malas Aira terus melabuhkan punggungnya di sofa. Hatinya masih sebal dengan
kotoran di bajunya. Jemy menghampiri
Aira, boleh pulak dia buat tak nampak aku. Desis Jemy.
“Bila
keluar hospital ni? Tak bagitahu saya pun.” Soal Jemy. Matanya tajam memandang
Aira.
“Ada
baju tak? Baju saya kotor ni” tanpa menjawab soalan lelaki itu, Aira terus
menarik tangan Jemy mengikutinya. Jemy diheret menuju ke deretan pakaian yang
dikhaskan untuk pengambaran. Lantaklah siapa yang pernah pakai, dia perlu
mengantikan bajunya itu secepat mungkin. Melekit!
Satu
persatu baju di situ dibelek. Tak satu pun yang berkenan, macam membeli belah
lah pulak. Omel Jemy. Kakinya diatur ke suatu sudut, gaun paras bawah lutut
yang dibelinya semasa pengambaran pertama Aira terus diambil.
“Pakai
ni.” Gaun tersebut terus dibaling pada gadis itu. Terpana Aira, amboi..main
kasar nampak! Dasar serigala jadian!
*****************
JEMY berpeluk tubuh di sofa sementara menunggu Aira
menyalin pakaiannya. Hatinya masih sebal melihat gadis itu tiba-tiba muncul di
studionya dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya. Dia mengerling
sekilas kearah Rahim dan Azlan sedang enak menjamu selera.
“Dia
bawak semua ni ke?” soal Jemy keras. Serentak Rahim dan Azlan mendongak, lalu
mengangguk. Bukan apa, dengan muka Jemy yang berubah serius itu, seram rasanya.
Jemy mendengus geram, langkahnya diatur ketingkat atas. Rahim dan Azlan
berpandangan sama sendiri.
“Mana
dia?” suara Aira yang baru keluar dari bilik persalinan memecah suasana. Meliar
matanya mencari kelibat Jemy. Wajah Rahim dan Azlan dipandang silih berganti.
Rahim memuncungkan bibirnya di atas.
“
Harimau sudah bertukar jadi Serigala lah Aira.” Ujar Azlan. Terlopong mulut
Aira, Kenapa pulak? Dia ada buat salah ke? Aira mencapai bungkusan makanan, dan
bergegas ketingkat atas.
Sampai
saja di muka pintu yang tertutup rapat itu, Aira sempat menjenguk sedikit
kedalam, Jemy sedang begitu asyik membelek kameranya dengan muka serius. Kecut
perut Aira dibuatnya. Salah apa pulak yang dia buat kali ini? Setahunya dia
sudah meminta maaf atas peristiwa dia mencederakan dirinya dulu, apa pulak kali
ni? Perlahan tangannya memulas tombol pintu bilik bewarna biru laut itu. Jemy
dihampiri dengan senyuman.
Jemy
hanya mengerling sekilas kearah Aira yang sudah melabuhkan punggung di
hadapannya. Hanya seketika, matanya kembali ditumpukan pada helaian kertas di
hadapannya. Dia hanya membiarkan gadis itu memulakan bicara, ada banyak benda
yang perlu Aira jelaskan. Balutan kemas di tangan Aira dipandang kejap,
aduh..kenapalah Aira ni degil sangat. Dah tahu belum sihat tu, duduk je lah kat
rumah!
Aira
menundukkan sedikit wajahnya, muka kelat Jemy dipandang dengan senyuman. Marah
betul ke marah olok-olok ni? Macam betul je..
“Jemy..”
panggil Aira. Lagi muka Jemy dipandang, namun tak sekalipun lelaki itu
mengangkat mukanya. Aira mula mendengus geram. Apa kena dengan dia ni?
“Awak ni
kenapa?” soal Aira geram. Muncungnya sudah naik. Elok-elok dia datang sini nak
luangkan masa dengan lelaki itu, tapi Jemy boleh pulak buat dia macam tunggul.
Hisy..ingin saja dia tarik rambut Jemy yang sedikit panjang tu. Jemy mengangkat
wajahnya, muka Aira dipandang tanpa riak. Tangannya disilangkan di dada, tajam
matanya memandang Aira.
“Bila
keluar hospital?” soal Jemy dengan nada yang masih dikawal, tak sedikit pun
matanya lepas memandang wajah yang amat dirinduinya itu. Aira mula mengukir
senyum, ha..ingatkan dah bisu tadi.
“Semalam.
Saja nak surprisekan awak. Surprise tak?” air muka Jemy berubah
riak. Kasihan pula dia melihat Aira, agaknya mulai dari hari ini dia harus
membiasakan diri dengan sikap kekasihnya yang satu itu. Nafasnya dilepaskan
perlahan, tangan Aira segera dicapai. Dia memang tak boleh memarahi gadis itu
lama-lama.
“Kenapa?”
soal Aira, dibiarkan Jemy mengenggam kemas jemarinya.
“Rindu.”
Tanpa sangka jemari itu menerima kucupan hangat darinya. Tergamam Aira
seketika, tidak menyangka tindakan Jemy yang tiba-tiba itu. Namun, hatinya
sudah berbunga riang.
“Oh,
lupa..saya ada belikan makan tengah hari. Kita makan sama-sama ya.” Aira
menarik tangannya, segera bungkusan yang sudah tersadai lama di atas meja
dibuka. Jemy hanya mengerutkan dahi, apalagi yang Aira buat. Ah..sikap Aira
memang tidak boleh dijangka.
Beberapa
hidangan makanan korea kegemarannya terhidang kemas di atas meja.
“What is this?” soal Jemy kehairanan.
Membutang matanya melihat beberapa hidangan makanan yang belum pernah
dilihatnya.
“Korean food.” Jawab Aira ringkas.
“Sara, how..” Jemy seolah-olah tidak percaya.
Seumur hidupnya dia tak pernah pun membayangkan makan makanan tengah hari tanpa
nasi. Mana nasinya? Adakah makanan korea tidak ada nasi atau gadis itu yang
tidak membeli nasi. Walaupun dia menghabiskan separuh zaman remajanya di Paris,
dia tetap berjiwa melayu. Seleranya tetap selera orang melayu!
“Makan
je lah.” Aira mengambil sedikit kimchi dan disuakan ke mulut Jemy. Teragak-agak
Jemy hendak membuka mulutnya.
“Aaa..”
arah Aira, dia menanti Jemy membuka mulutnya. Jemy memejam mata, makan je
lah..sayanglah katakan. Akhirnya kimchi tersebut selamat masuk kedalam
mulutnya.
“Sedap
tak?” soal Aira.
“Not bad.” Air mineral segera diambil.
Hampir setengah botol diteguknya. Aira tersenyum, dia turut menyambung
makannya.
“Tangan
tu dah okey ke?” soal Jemy. Dia bergerak ke sebelah Aira, tangan kiri gadis itu
dicapai. Balutan yang membalut luka kecil itu dibuka. Nampaknya luka di tangan
itu sudah mula kering.
“Kenapa?”
soal Aira.
“Tak
takut ke ada parut?” ujar Jemy. Wajah Aira dipandang.
“Takkan
ada parut lah. Dont worry.”
“Kenapa?
Kalau ada parut, awak nak tinggalkan saya lah?” sambung Aira. Chopstik di
tangan segera dilepaskan. Keningnya mula diangkat sedikit.
“Yalah!
Siapa nak kahwin dengan orang berparut banyak di badan.” Usik Jemy.
“Awak!”
dia mula memukul Jemy, namun sempat jemy menangkap tangannya.
“Ni,
sekejap lagi nak pergi mana?” soal Jemy serius.
“Nak
jumpa Kiki. Hari tu dia ada bagitahu, yang dia ada banyak job untuk saya.” Jelas Aira. Teringat akan perbualannya dengan Kiki
seminggu yang lepas.
“Nak
teruskan jugak ke? Tan Sri macam mana?” Jemy menyoal risau.
“Papa
bagi tempoh enam bulan untuk settle down.
Tengoklah macam mana, enam bulan tu masih panjang.” Jemy memandang wajah Aira
penuh risau. Gadis itu benar-benar nekad dengan cita-citanya sebagai model.
Bagaimana utuk dia menghalang, walaupun sebenarnya dia tidak berapa menyukai
Aira berkerja sebagai Model.
“Oh ya,
tadi baju tu kotor kenapa?” Aira terus menoleh kearah Jemy lalu tersenyum.
Berkerut wajah Jemy memandang Aira.