Wednesday, February 26, 2014

Bab 8

BAB 8
Aira hanya tunduk bila perasan mata lelaki itu merenung tajam kearahnya. Kini dia berada di tingkat atas studio. Hanya dia dan Jemy! Macam office pun ada, bisik Aira.
            “Err..” Aira serba salah, nak cakap apa ni? Takkan nak diam satu hari kot.
            “Kau baru kerja hari ni, tapi dah buat hal” Jemy mula bersuara keras.
            “Sorry..” Aira kembali tunduk. Terdengar suara Jemy mengeluh perlahan.
            “Kau okey?” soal Jemy tiba-tiba. Simpati juga dia melihat Aira yang mula takut.
            “Okey, tapi..”
            “Kau memang cuai kan? Semua benda kau buat ada je silap..” Aira mengangkat kepalanya, lelaki ni memang sengaja cari peluang untuk mengatanya. Geramnya! Jerit Aira dalam hati.
            “Kenapa kau buat muka macam tu?”
            “Hah? Tak ada apa-apa Encik Jemy.” Aira menunduk kembali wajahnya. Kalau aku jawab nanti, mahu dia suruh aku hantar surat resign. Sabar Aira..sabar..Aira mengucap dalam hati, menenangkan amarahnya yang sedikit naik.
            Jemy mengerut dahinya. Entah kenapa dia tak berapa suka gadis itu memanggilnya begitu. Encik Jemy? Buruk benar bunyinya.
            “Boleh tak kau jangan nak berencik-encik dengan aku!” ujar Jemy keras.
            “Tak boleh Encik Jemy, Encik kan bos saya, so kena panggil bos jugak.” Balas Aira bersahaja.
            “Just.. Eermm..Just panggil aku macam mana Nadia panggil aku.” Jemy mengalih pandangannya. Segan pula dia.
            “Nadia panggil?” Aira mengerutkan dahinya. Nadia panggil..
            Aira menutup mulutnya tiba-tiba. Terkesima dia seketika, biar betul nak panggil si sengal ni Abang Jemy...Hisy! Tak rela aku nak berabang-abang dengan dia ni!
            “Kenapa?” Jemy menyoal keras.
            “Tak naklah Encik Jemy, tak best!” putus Aira.
            “Aku tak kira, aku tak suka kau berencik-encik dengan aku.”
            “Tak suka? Kenapa pula?”
            “Kau masih nak kerja sini ke tak?” Jemy mula menggunakan kuasa veto, tersengih dia melihat riak muka Aira yang mula berubah.
            “Yalah, saya panggil awak Jemy je ya..” Aira menyimpul senyum.
                                                ******************
AKMAL meleraikan jubah putih dari badannya. Jam dikerling kejap, dah pukul lapan malam. Pantas Akmal mengemas semua barang sebelum memulas tombol pintu.
            “Dah nak balik Abang Mal?” Tiara muncul tiba-tiba dari belakang Akmal. Sempat Akmal menoleh lalu tersenyum.
            “Ya Tiara, risau tinggal mama sorang-sorang kat rumah” Pintu besi kliniknya dikunci sebelum menekan alat kawalan jauh kereta Alza miliknya.
            “Untung Mak Cik Lia dapat anak macam Abang Mal.”
            “Tak adalah, ni..Tiara tak balik lagi ke? Nak Abang tolong hantarkan.” Pelawa Akmal, gadis kecil molek itu hanya tersenyum lalu menunjukkan kunci kereta di tangannya.
            “Tiara bawa kereta malam ni..”
            “Oh, lambat Tiara balik hari ni?”
            “Banyak sangat yang menempah baju, tu yang lambat tu. Tak apalah Abang Mal, Tiara balik dulu ya.” Tiara lantas meminta diri .
            “Ya, kirim salam dengan ibu Tiara ya.” Sempat Akmal berpesan.
            “Sampaikan salam Tiara dengan Mak Cik Lia jugak..” Tiara tersenyum, terpegun Akmal seketika. Tiara begitu cantik di matanya.
            “Mak Cik Lia je ke? Anaknya tak?” Akmal mengusik nakal.
            “Ermm.. nak ke anak Mak Cik Lia tu terima salam dari Tiara?” Tiara hanya membalas penuh makna. Dia terus meninggalkan Akmal yang masih memandangnya.
            Setelah memberi salam, Akmal mencari kelibat ibunya.
            “Mama!” panggil Akmal lagi.
            “Mama di sini Mal,” Ujar Marlia dari arah dapur. Beberapa lauk kegemaran anaknya itu dihidang kemas di atas meja. Sempat dia senyum bila melihat wajah anaknya itu .
            “Sedapnya,” Akmal mencubit sedikit ayam yang dimasak ibunya.
            “Mal, tangan tak cuci lagi. Pergi cuci tangan.”
            “Okey, oh ya ma..Tiara kirim salam.” Akmal begerak ke sinki dan turut membantu ibunya mengambil pinggan dan gelas.
            “Waalaikumsalam, apa khabar menantu mama tu? Lama juga di tak datang sini.” Marlia sengaja mengusik anaknya.
            “Dia sibuk sikit mama, nantilah Mal bawa dia datang sini.”
            “Jangan tunggu lama-lama Mal, nanti dikebas orang.” Ujar Marlia lagi. Nasi dicedok ke dalam pinggan anaknya.
            Akmal terpandang menu ayam masak merah, diam seketika dia. Perlahan ayam masak merah itu diambil sedikit dan diletakkan kedalam pinggannya. Marlia turut terdiam, dia cuma memasak ayam masak merah itu setahun sekali, hanya pada hari ini! Dipandang anak sulungnya itu begitu selera dengan hidangan ayam masak merah tersebut, anaknya itu hanya makan nasi dengan lauk tersebut.
            “Sedaplah mama masak, boleh gemuk Mal dibuatnya.” Akmal menceriakan suasana. Entah kenapa tiap kali dia menjamah hidangan itu, hatinya sebak.
            Marlia hanya diam, hidangan ayam masak merah itu diletak ketepi.
            “Makan Mal, mama masak banyak hari ni.” Marlia cuba menyembunyikan sendu di hatinya. Nasi turut dicedok dan dia turut menjamu selera tanpa kata.
            Akmal memulas tombol pintu bilik bewarna ungu terang. Dia tahu mamanya ada di situ. Setiap tahun, hanya satu malam Marlia akan tidur di bilik tidak berpenghuni itu.
            Tepat tekaannya, ibunya sedang duduk di birai katil sambil menatap satu gambar. Perlahan kakinya menghampiri ibunya yang masih lenyap dalam emosi. Sekitar bilik dipandang, biarpun tiada berpenghuni, bilik itu tetap kemas dan dijaga rapi oleh ibunya. Gambar adiknya dan hadiah-hadiah hari jadi adiknya itu tersimpan kemas di satu sudut.
            “Mama..” panggil Akmal. Tangan ibunya itu dipegang erat. Dia tahu hati tua itu begitu sarat dengan rasa rindu. Dia tahu hati tua itu begitu seksa menanggung luka.
            Mata Akmal terpaku pada bingkai gambar adiknya yang tersenyum manis. Dia juga turut merindui senyuman itu, dia juga turut merindui perangai manja adiknya.
            “Akmal beli apa untuk adik tahun ni?” Marlia mengesat airmatanya.
            “Ni, Mal tak pernah lupa beli hadiah untuk si model bushuk ni.” Akmal mengeluarkan kotak kecil dari poket seluarnya. Marlia hanya tersenyum, sejak kecil anak perempuannya itu sering bercita-cita untuk jadi model, dia sendiri pun sering melatih anak perempuannya untuk menjadi model. Memang itu yang dia harapkan pada anaknya itu, untuk meneruskan cita-citanya sebagai model.
            “Apa ni?” soal Marlia ceria.
            “Mana boleh bagitahu, ini rahsia Mal dengan adik.” Akmal bingkas bangun menuju ke suatu sudut yang menempatkan banyak hadiah dari dia dan mamanya. Hadiah itu dikumpul sejak lima belas tahun yang lalu, sejak terputusnya perkahwinan mama dan papanya.
            “Happy birthday dik, abang harap..walau di mana pun adik berada, abang sentiasa doakan adik bahagia dan sihat selalu. Abang sayang adik. Maafkan abang sebab tinggalkan adik.” Itulah ucapan yang sama Akmal ucapkan pada setiap tahun.
            Marlia menghampiri anaknya, bahu anaknya ditepuk lembut.
            “Pergilah tidur, dah lewat ni.” Ujar Marlia.
            “Mama pun kena rehat. Mal keluar dulu ya.” Akmal mencium tangan ibunya sebelum keluar dari bilik tersebut. Bilik yang dibina khas untuk adiknya Aira Qaisara.
            “Sara, selamat hari jadi nak. Mama harap Sara sihat dan sentiasa tersenyum. Mama minta maaf sebab tak dapat lihat Sara membesar. Mama minta maaf sebab tak dapat terus nak latih Sara jadi model. Maafkan mama sebab tinggalkan Sara, mama tak berniat sayang..maafkan mama! Mama sentiasa sayang Sara melebihi nyawa mama sendiri. Ingat itu ya sayang..” Marlia menyeka airmata yang mengalir buat sekian kali.
            “Mama rindu Sara..”


Bab 7

BAB 7
Aira menyarung Dress separa lutut bewarna biru laut. Sesekali rambutnya diperkemaskan.
            “Okey, done!” pantas tangannya mencapai beg sandangnya. Laju langkahnya menuruni tangga, girang sangat hari ni sampai tak nak guna lif.
            “Morning Tan Sri!” tegur Aira riang, pipi Tan Sri Megat Miqdad dicium lembut.
            “Morning.” Tan Sri Megat Miqdad hanya memandang melalui ekor mata tingkah anaknya pagi tu, tanganya masih membelek helaian surat khabar.
            “Kak Ti, jam dalam rumah kita ni dah rosak ke?” soal Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Kak Ti yang sibuk menuang air ke dalam cawan anak majikannya itu terus mendongak tidak faham.
            “Tak pula Tan Sri, kenapa?”
            “Jam yang mana satu rosak papa?” Aira menggigit sedikit rotinya sebelum menghirup susu panas yang disediakan khas buatnya.
            “Jam dalam bilik Aira, mimpi pulak tengok anak papa bangun awal hari ni.”
            “Papa!” Aira mula menunjukkan muncung, geram bila disindir oleh papanya begitu.
            “Cantik anak papa hari ni..” Tan Sri Megat Miqdad sempat mencubit pipi gebu anak perempuannya.
            “Anak papa ni hari-hari cantik, papa baru perasan hari ni ke?”
            “Hari ni berseri je muka papa tengok, bersemangat nak masuk office ya?” Selepas satu helai, satu helai lagi surat khabar habis dibaca. Tidak pula dia fokus, fikirannya masih bersama dengan puteri kesayangannya itu.
            “Masuk office?” Aira mula dengan muka blurnya itu.
            “Yalah, tapi takkan Aira nak masuk office dengan baju casual macm ni. Pakai yang formal sikit.” Nasihat Tan Sri Megat Miqdad.
            “Aira bukan nak masuk office pa, Aira nak keluar dengan Kak Mila.” Jelasnya lagi. Tan Sri Megat Miqdad hanya berdehem, tangannya pantas mencapai cawan yang berisi kopi panas lalu dihirup perlahan.
            “Dah lambat ni pa, Ai..”
            “Papa cuma ada Aira untuk uruskan Aksara Group, itu syarikat Aira. Papa berusaha keras selama ini hanya untuk Aira.” Langkah Aira terhenti tiba-tiba, jarang dia mendengar papanya itu berbicara sebegitu serius dengannya.
            “Papa tahukan yang Aira tak minat.”
            “Minat atau tidak, papa hanya ada Aira untuk sambung legasi papa.” Tan Sri Megat Miqdad mengeluh lemah. Sukar baginya memujuk anak perempuannya itu mengikut kemahuannya. Ada sahaja yang bercanggah dengan pendiriannya.
            “Mungkin papa lupa. Tak apa, biar Aira ingatkan papa, papa ada seorang lagi anak lelaki. Abang Akmal. Papa jangan pernah lupa itu.” ujar Aira, dia terus meninggalkan Tan Sri Megat Miqdad yang masih beriak bersahaja walaupun perihal anak sulungnya itu disebut. Tan Sri Megat Miqdad menanggalkan cermin mata sambil memegang dadanya yang mula berdenyut. Akmal, ya..dia ada seorang lagi anak lelaki. Anak yang telah lama dia biarkan kerana mengikut rasa marah. Marah kerana anak lelakinya itu tega memilih untuk mengikut bekas isterinya berbanding hidup mewah bersamanya.
                                                **************
“INGAT tau Kak Mila, jangan sampai Tan Sri tau pasal ni. Mati Aira nanti” beria-ia Aira berpesan dengan pembantunya. Keretanya sudah diparkir tepat di hadapan studio lelaki itu.
            “Tapi, saya takutlah Cik Aira.” Riak Mila berubah risau, cuak sebenarnya bila mengenangkan kemarahan Tan Sri Megat Miqdad, majikannya itu.
            “Kalau apa-apa berlaku, Aira akan cover semua. Buat masa ni jangan sampai papa tahu ya. Kak Mila janganlah risau.” Pujuk Aira.
            “Betul ke Cik Aira nekad nak kerja sini?”
            “Yup. Kak Mila pergilah mana-mana dulu, habis kerja Aira call ya.” Aira membuka pintu kereta. Mila yang memandang hanya mampu memandang penuh risau. Mampu ke Aira yang manja bekerja di bawah orang? Nak buat kerja rumah pun susah! Kena tengking nanti confirm nangis, pastu resign! Ala..tak lama tu. Fikir Mila sendiri. Sempat lagi tu mengata bos sendiri.
            “Morning everyone!” dengan ceria Aira membuka pintu studio. Suaranya yang sedikit lantang itu mengejutkan setiap isi di studio tersebut.
            Terkebil-kebil mata Aira memandang semua yang ada di studio tersebut, semua mata tertumpu kepadanya. Cepat-cepat Aira memandang sekilas jam tangannya, baru pukul lapan lima puluh pagi, belum pukul sembilan. Perlahan Aira mengeluh lega.
            “Sambung kerja!” suara Jemy memecah suasana. Aira mencebik bila melihat Jemy yang kembali dengan sikap sombongnya itu. Semalam okey je! Sempat lagi Aira membebel.
            “Pagi Aira.” Tegur Rahim penuh senyuman.
            “Morning Aira” sambung Azlan pula.
            “Morning twin boys!” jawab Aira ceria, dia menghampiri Azlan dan Rahim yang sibuk mengemas set pengambaran. Niatnya hendak menegur si Jemy dibatalkan saja bila melihat muka serius lelaki itu. Hisy! Tak penat ke buat muka monyet dua puluh empat jam! Sempat lagi Aira menjeling kearah Jemy sebelum menghampiri Azlan dan Rahim.
            “Dah accepted ke?” Rahim menyoal separuh berbisik, takut didengar dek harimau jadian aka Jemy merangkap bosnya itu.
            Aira hanya tersenyum sebelum menunjukkan ibu jari pada Rahim.
            “Cayalah! Macam mana kau pujuk harimau jadian tu?” giliran Azlan pula ingin tahu.
            “Adalah..” sengaja Aira mendera perasaan Rahim dan Azlan yang kini sudah menjadi rakan sekerjanya.
            “Ni, aku nak buat apa ni?” sambung Aira lagi, risau pula dia, takut nanti dituduh makan gaji buta oleh Jemy.
            “Kau pergi tolong Nad, nanti kau juga nak kena ambil alih tugas dia.” cadang Rahim.
            “Nad mana?”
            “Tu! Dengan si singa betina tu!” Rahim memuncungkan mulutnya kearah Nadia yang sibuk menyolek seorang model, singa betina? Apa kes pula tukar nama model cantik jelita tu jadi singa betina? Errk! Bukankah itu perempuan yang dia sembur dengan cappucino hari tu? Aira sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Singa betina?”
            “Yalah si Emily Gedik tu.”
            “Apasal pula kau..”
            “Kalau kau datang sini sekadar nak berborak, baik kau balik!” Aira serentak menoleh, nak tersembam dia bila melihat Jemy begitu hampir di belakangnya. Jelingan mata lelaki itu, sungguh dia benci! Macam nak makan orang je lagaknya. Azlan dan Rahim masing-masing bersurai dan menjalankan tugas masing-masing, hanya Aira yang masih kaku.
            “Morning Encik Jemy.” Sapa Aira, namun penuh getar.
            “Apa? Encik Jemy?” terbeliak Jemy mendengarnya. Buang tabiat ke budak ni.
            Sempat Aira mengangguk, sebelum berlalu menghampiri Nadia.
            Encik Jemy? Jemy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Formal gila dia panggil aku. Tak boleh jadi ni, dengan Lan dan Rahim siap ketawa sakan lagi. Hisy! Lantaklah dia nak panggil aku apa pun. Aku peduli apa!
            “Hi darling!” bahu Jemy disentuh dari belakang.
            “Awal kau sampai?” Jemy mengalih tangan lelaki itu dari bahunya.
            “Sorry lah, I tengah uruskan model-model baru. Semua untuk you” Jemy hanya menggeleng, tak habis-habis si Kiki ni.
            “Emily mana? Tak sampai lagi ke?” sura Kiki berubah serius.
            “I di sini Kiki, jangan nak mengata I depan boyfriend I tau.” Sampuk Emily. Mencebik Kiki seketika. Mulalah tu dengan sikap mengada dia tu, omel Kiki. Jemy menoleh kearah Emily yang semestinya masih dengan sikap cerewetnya kalau berkaitan soal pemakaian dan solekan. Kasihan Nadia yang terpaksa berdepan dengan sikap Emily setiap kali ada sesi pengambaran dengan model tu. Jatuh pula pandangannya kearah Aira yang hanya berdiri di belakang Nadia, asyik sangat melihat cara Nadia menyolek si Emily. Ada senyuman di wajah Jemy tika itu.
            “Okey, ready? Nad?” Jemy menoleh kearah Nadia yang hanya tersenyum keletihan lalu mengangguk.
            Emily menghampiri Jemy yang membetulkan kamera sebelum sesi pengambaran bermula. Lengan Jemy terus dipaut kemas, sempat dia menjeling Aira yang berdiri di sebelah Nadia, macam mana pulak minah sewel tu boleh ada di sini?
            “Jemy, cantik tak I” soal Emily seperti biasa.
            Jemy hanya mengangguk lalu kembali dengan kameranya.
            “Ambil gambar I cantik-cantik tau..” usik Emily manja.
            “You know me right?” ujar Jemy.
            “Lan, lighting semua okey ke?” suara Jemy berkumandang lagi.
            “Okey boss!”
            “Okey, start!” Emily sebagai model hari itu sudah mengambil tempatnya di sebuah kerusi panjang yang dihiasi ukiran kayu yang sangat menarik. Aira yang hanya memerhati mula bergerak menghampiri Rahim yang berdiri di sebelah set pengambaran.
            “Cantikkan..” Aira bersuara sendiri. Leka pula dia melihat Emily yang menggayakan beberapa aksi seperti yang diarahkan oleh Jemy.
            “Good, smile” arah Jemy lagi, tangannya masih bermain dengan kamera kesyangannya itu.
            “Make up tu yang buat dia cantik.” Balas Rahim. Aira hanya ketawa sendiri.
            “Dah lama ke dia buka studio ni?” soal Aira tiba-tiba, matanya kini beralih pada Jemy yang kelihatan hebat walaupun hanya sekadar jurugambar.
            “Apa?” Rahim mendekatkan sedikit badannya di sisi Aira, bunyi muzik yang bising menyukarkan pendengarannya.
            “Aku tanya, dah lama ke dia buka studio ni?” kali ini Aira membisikkan di telinga Rahim.
            “Ohh, setahu aku dah lima tahun. Lama jugak lah..” jawab Rahim, matanya masih diarahkan kearah Emily. Melebih-lebih pula si Emily tu berposing, fikir Rahim.
            Aira mengangguk faham.
            “Take five!” Jemy menjeling sekilas kearah Aira, lalu begerak kearah monitor. Satu persatu gambar Emily dinilai.
            “Dah selesai ke?” Aira menyoal kehairanan.
            “Rehat dulu. Jemy nak pilih gambar tu.” Jawab Rahim.
            “Nadia, ambilkan I air!” laung Emily dari jauh. Aira mencari kelibat Nadia, mana Nadia ni? Air?
            “Rahim, nak ambil minuman di mana?” Aira mencuit sedikit bahu Rahim.
            “Sana.” Tunjuk Rahim, Aira terus menuju kearah sebuah peti sejuk dua tingkat yang terletak di balik dinding. Sebotol air mineral dicapai dan dituang kedalam gelas putih. Apa salahnya dia menyimpan hasrat untuk berbaik baik dengan Emily, walaupun apa yang berlaku hari tu bukan salah dirinya, dia tidak ingin bermusuh dengan sesiapa sepanjang dia bekerja di situ.
            “Hisy, mana pula si Nad ni, dah lah haus ni.” Omel Emily, dia menghempas kuat gelang tangan ke dalam sebuah kotak kecil berwarna hitam. Dengan geram Emily bangun dari kerusi sambil membebel.
            “Hei! Apa ni!” tengking Emily kuat bila segelas air sejuk selamat mendarat di bajunya. Aira masih tergamam. Aduh! Lain yang dirancang, lain pula yang jadi.
            “Sorry, saya..” dengan kasar Emily menolak kuat badan Aira, hampir terjatuh Aira dibuatnya, nasib baik ada yang menyambutnya di belakang. Belakang? Aira segera menoleh, terkesima dia seketika bila melihat seraut wajah yang berada di belakangnya.
            Jemy masih memaut pinggang Aira, wajahnya hanya beriak selamba.
            “Nad, tolong Emily ganti baju.” Arah Jemy perlahan kepada Nadia yang baru muncul entah dari mana. Aira masih menundukkan wajahnya.
            “Jemy you ten..”
            “Kau ikut aku.” Jemy mengalih tangannya dari pinggang Aira, lalu jemari itu digenggam kemas.
            “Jemy!” Emily mendengus kuat bila panggilannya hanya dibiarkan sepi oleh pujaan hatinya itu. Sekali lagi perempun tu menaikkan kemarahannya.


Tuesday, February 25, 2014

Bab 6

BAB 6
Jemy masih tidak berkelip memandang Aira yang sudah menunduk, nak ketawa pun ada.
            “Korang tak ada kerja ke?” Sergah Jemy bila dia perasan pekerja-pekerjanya yang mencuri dengar perbualannya dengan Aira di sebalik tirai hitam dalam studio itu. Bertempiaran mereka bila disergah begitu.
            “Aku tak buka job sini!” Jemy berlalu menuju ke meja yang menempatkan desktop dan beberapa kamera.
            Aira kebinggungan. Dah agak dah, memang ni layanan yang akan diterimanya dari lelaki sengal ni! Hisy, tak boleh nak dibawa berbincang langsung!
            Jemy mencapai majalah fashion, majalah tersebut diselak beberapa helaian, hujung matanya sempat menangkap wajah sayu gadis tinggi lampai yang masih berdiri di hadapannya. Ermm, boleh tahan jugak dia ni. Cantik!
            “Saya tak kisah nak buat kerja apa pun, yang penting saya boleh berada di sini.” Jelas Aira dengan bersungguh-sungguh.
            Jemy masih berdiam diri. Majalah di tangan dilepaskan, kamera DSLR jenama Nikon yang sentiasa dibawa kemana saja kini digapai. Satu persatu gambar ditatap.
            “Awak kasi je kerja apa, saya akan buat. Please..” Aira enggan berputus asa, geram jugak bila melihat Jemy yang hanya membatu dari tadi. Aira mula mengeluh geram, macam tak wujud je aku kat sini.
            “Jemy..” tangan Jemy terhenti menekan butang kameranya, dia menoleh sekilas kearah Aira yang memanggil namanya perlahan. Hanya seketika, dia kembali pada kameranya. Kini dia tersenyum sendiri, gambar gadis yang ditatapnya kini mengundang senyumnya. Ya, gambar Aira yang ditangkapnya sebulan yang lepas! Gambar yang merapatkan hubungannya dengan gadis itu. Betul ke rapat? Jemy masih tersenyum sendiri, gambar-gambar tersebut menarik perhatiannya. Pelbagai aksi Aira yang sempat ditangkapnya, gambar gadis itu yang sibuk membetulkan rambut, tak kurang juga aksi gadis itu membersihkan mukanya.
            “Setuju ke tidak? Janganlah diam je..macam tunggul pulak saya” Aira mula hilang sabar, kakinya dihentakkan sedikit tanda geram dengan sikap Jemy yang buat tak tahu je dengan kehadirannya.
            “Tak.” Jemy menjawab ringkas, lalu kembali menatap kameranya.
            “Pertimbangkanlah dulu. Janganlah terus reject saya macam tu je..” Aira mendengus geram, muncungnya sudah dipanjangkan.
            “Aku tak ada hati nak ambik kau apatah lagi nak mempertimbangkan. Faham!”
            Aira mengeluh hampa. Hancurlah impiannya untuk mengenali lebih rapat bidang yang amat diminatinya itu. Tujuannya memohon kerja di tempat lelaki sengal tu semata-mata kerana minatnya untuk menjadi model. Tak dapat jadi model, tengok model pun jadilah!
            “Abang Jemy, bukannya minggu lepas Abang Jemy bercadang nak cari orang gantikan tempat Nad. Nad last bulan ni tau.” Nadia mula menyampuk. Lupa kot bosnya itu, dia sudah maklumkan awal pada Jemy yang dia akan berhenti kerja kerana terpaksa mengikut suaminya yang dipindahkan ke Kelantan.
            Jemy menggeleng perlahan. Tangannya pantas memicit dahinya.
            “Betul tu!” Aira menyokong. Matanya mula bersinar, tak semena dia tunduk memandang Jemy yang mencangung kepalanya di atas meja.
            “Bolehlah..” Rayu Aira, tangan Jemy digoyang lembut. Tersentak Jemy dengan perlakuan itu, namun tidak pula dia menarik tangannya.
            “Hmm? Bolehkan? Ala..bolehlah..” Aira memaniskan mukanya memujuk Jemy.
            “Boleh je lah Jemy, nak cari orang gantikan tempat Nad memang tak sempat.” Sokong Azlan tiba-tiba. Jemy segera menarik tangannya dari pegangan Aira, tak sangka pulak pekerjanya ada di situ.
            “Apa masalah kau? Kau tu bukan tak ada duit tau, anak Tan Sri lagi. Kenapa nak kerja dekat studio kecil aku ni?” Jemy mula bersuara serius.
            “Saya nak cari pengalaman.” Bohong Aira.
            “Pengalaman apa? Pengalaman angkat baju, make up model? Itu pengalaman yang kau nak cari?” Jemy sudah bercekak pinggang, tajam matanya memandang Aira.
            “Terpulanglah, saya yang nak cari pengalaman. Bukan awak!” Jawab Aira berani.
            “Apa?” Makin geram Jemy dibuatnya.
            “Ah! Tak kira, selagi awak tak terima saya, selagi tu saya tak nak balik!” Aira masih berdegil. Dia memberanikan diri menjeling Jemy yang mula membahang tika itu.
            “Jemy, Terima je lah” celah Rahim.
            Jemy mendengus kasar sebelum berlalu, pintu studio dihempas kuat. Aira mencebik kegeraman. Ahh! Sengalnya lelaki tu.Huh! Kalau tak fikirkan impian aku nak jadi model, jangan harap aku nak datang balik menghadap muka lelaki sengal tu.
                                                *****************
JEMY merebahkan diri di atas tilamnya, badannya yang sedikit penat terasa nyaman direhatkan di dalam bilik sambil ditiup kesejukan penghawa dingin. Jemy memandang jarum jam di dindingnya, pukul sebelas setengah malam.
            Hujan di luar mula kedengaran, Jemy mencapai comfoter lalu menyelimut badannya yang sedikit sejuk. Mata dipejam, bersedia untuk beradu.
            “Ah! Tak kira, selagi awak tak terima saya, selagi tu saya tak nak balik!” Jemy membuka semula matanya. Terngiang-ngiang kata-kata Aira siang tadi. Ah! Tak mungkinlah..! Jemy mula menidakkan kata hatinya. Dia kembali menutup matanya.
            “Jemy, aku dah tutup studio ni. Satu lagi, Aira masih tunggu kau dekat luar studio” Jemy mula keresahan. Panggilan telefon dari Azlan beberapa jam tadi turut menganggu ketenanganya. Takkanlah dia...
                                                     **************
AIRA memeluk tubuhnya yang kesejukkan. Dia hanya berteduh di tepi studio, hujan yang menggila mula memukul-mukul badannya. Menggigil Aira dibuatnya.
            “Mama, Sara takkan berputus asa! Sara akan tunaikan impian mama untuk lihat Sara jadi model.” Aira berbicara sendiri, hanya kerana itu dia kemari. Dia ingin menjadi model untuk menunaikan impian ibunya. Demi cinta mamanya pada papa, mama sanggup melupakan hasratnya untuk menjadi model, biarpun pada waktu itu mamanya mendapat tawaran dari pelbagai pertunjukkan fesyen. Aira menyeka airmata yang mula mengalir. Dia tahu, mamanya terlalu banyak berkorban untuk papanya itu, tapi di mana silapnya sehingga.. Aira tidak sanggup memikirkan semua itu. Kehancuran rumahtangga ibu bapanya betul-betul mengecewakannya.
            “Sara sayang mama..” Aira terduduk, lututnya dipeluk rapat sebelum menangis dalam hujan. Rindu pada mamanya hanya mampu disimpan jauh dari sudut hatinya. Kemana mamanya itu menghilang? Dia sendiri pun tidak tahu.
            “Aira..” Aira mendongak sedikit wajahnya. Wajah Jemy kini menghiasi ruang matanya. Terkaku dia seketika, lelaki itu berdiri di hadapannya dengan payung di tangan.
            “Kau bu..” Tersentak Jemy seketika bila Aira sudah berlari kearahnya lalu mendakap kemas tubuhnya. Payung di tangannya juga turut jatuh. Kini dia juga turut dihujani bersama Aira.
            Jemy membuka pintu studio, Aira hanya menurut bila Jemy mengarahnya untuk memanaskan badan dulu sebelum balik.
            “Kau tunggu sini, aku buat teh panas dulu.” Aira hanya mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sebuah sofa. Seketika Jemy kembali bersama tuala dan jaket.
            “Keringkan rambut kau tu, nanti demam. Pakai jaket ni dulu.” Jemy menyerahkan tuala dan menyarungkan jaketnya pada badan Aira. Aira hanya tersenyum, baik pula mamat sengal ni.
            Aira membilas rambutnya, kedengaran sesekali Jemy bersin dari arah belakang studio. Kasihan pula aku tengok dia. Ah! Siapa suruh degil sangat tak nak ambik aku kerja, kan dah kena.
            “Nah!” Jemy menyerahkan secawan teh yang masih berasap pada Aira.
            “Thanks..” Tanpa fikir teh tersebut terus dihirup.
            “Aduh!” Aira mengaduh sakit bila lidahnya terasa pedih dek teh panas buatan lelaki sengal tu.
            “Kenapa kau ni cuai sangat!” Marah Jemy tiba-tiba, cawan teh dari tangan Aira dicapai. Aira hanya mengukir senyum.
            “Dah teh tu panas..” jawab Aira perlahan.
            “Kan aku dah cakap panas tadi, takkan nak minum teh ais pulak hujan-hujan macam ni” bebel Jemy. Dia menyambung kembali meniup teh dari cawan Aira.
            “Sorry..” ujar Aira tiba-tiba.
            “Apahal pulak?”
            “Dah susahkan awak..”
            “Memang pun, tak pasal-pasal aku pun mandi hujan sebab kau.”
            “Tapi salah awak jugak”
            “Kenapa pulak?” Jemy masih dengan sikap dinginnya, teh yang diyakini telah sejuk diserahkan kembali pada  Aira.
            “Tiup dulu sebelum minum, jangan nak cuai sangat!” ujar Jemy.
            “Awak ni baik jugak ya..” Aira tersenyum simpul, perlahan dia menghirup teh yang telah disejukkan oleh Jemy.
            “Baru tahu ke?”
            “Yalah, dah awak tak pernah tunjuk! Asyik nak berkerut je dua puluh empat jam.” Balas Aira. Jemy mengukir senyum tiba-tiba.
            “Pandai pun senyum, ingatkan dah kena curi senyuman awak tu.” Sambung Aira lagi. Dia turut ikut ketawa.
            “Cepatlah, aku hantar kau balik!”
            “Saya tak nak balik!”
            “Dah tu? Nak duduk sini ke?” Balas Jemy geram, mulalah perempuan ni nak tunjuk sikap kepala batu dia tu.
            “Saya takkan balik selagi awak tak terima saya bekerja.”
            “Boleh main paksa ke?”
            “Tak kira!” Aira menyandarkan badannya. Jemy pula hanya mampu menggeleng.Degil! Desis Jemy.
            Jemy mengeluh berat, lalu mengangguk perlahan.
            “Betul ke ni?” Aira mula teruja.
            “Esok sharp pukul sembilan mesti sampai.” Arah Jemy.
            “Okey bos! Tapi..”
            “Jangan lambat!” Sambung Jemy lagi. Aira mula ketawa keriangan. Jemy pula dari tadi hanya senyum dengan gelagat Aira yang sentiasa mencuit hati lelakinya.



Bab 5

BAB 5
Sebulan Kemudian...
Jemy merapati rumah banglo dua tingkat milik keluarganya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu. Rasanya sudah hampir lapan tahun, sejak dia mengambil keputusan untuk bekerja di Paris. Rumah agam itu ditinggalkan, setelah kembali semula ke Malaysia pun, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah itu.
            Tapi hari ini, pada detik ini, dia cuba memungkiri janjinya pada wanita tua itu. Janjinya pada insan yang dia panggil ibu..
            “Keluar kau dari rumah ini, dan jangan sesekali kau jejakkan kaki ke sini walaupun kau dengar berita aku mati sekalipun!” Datin Laila mula bersuara, walaupun perlahan, namun cukup tajam di pendengaran Jemy. Airmata yang cuba ditahan, menitis juga bila mendengar kata-kata yang bagaikan sembilu dari mulut insan yang bergelar ibu itu.
            “Ibu..” panggil Jemy sayu. Kini dia sudah bersujud di kaki tua itu. Kenapa dari dulu ibunya itu tidak pernah belajar untuk menyayanginya sebagai anak.
            “Aku dah bagitahu kau, aku haramkan mulut kau panggil aku Ibu. Sekarang kau pergi!” Datin Laila masih berdegil.
            “Awak ni dah gila ke Laila? Itu anak awak, anak kita!” tengking Datuk Roslan, selama ini dia mendiamkan diri melihat perangai isterinya itu. Kejam sungguh isterinya itu dengan darah dagingnya sendiri.
            “Dah lah ibu, kasihan dekat Abang Nazmi.” Nazrul pula menyampuk.
            “Bangun Nazmi, ayah tak salahkan kamu. Bangun nak” Datuk Roslan mula bersuara. Kasihan pula dia melihat nasib anak sulungnya itu, dia tahu anaknya itu bukan sengaja memukul dua orang kenalan perniagaan ibunya. Semuanya dia lakukan kerna tidak mahu sesiapa memburukkan ibu kesayangannya itu.
            “Yang awak nak baik sangat dengan anak haram ni kenapa? Dia bukan anak awak pun. Dia tu anak yang bawa sial! Saya ni jijik tau bila kenangkan dia pernah duduk dalam perut saya ni sembilan bulan!” Begitu sekali kebencian Datin Laila pada anak sulungnya itu. Tajam matanya menjeling Jemy yang hanya tunduk merenung lantai.
            Tak semena-mena satu tamparan hinggap di pipi Datin Laila. Semua yang ada di ruang tamu banglo mewah itu diam tak berkutik, terkejut dengan tindakan Datuk Roslan. Selama ini tidak pernah Datuk Roslan meletak tangan di pipi isterinya itu.
            “Kenapa kamu jadi macam ni? Dia tu anak kamu juga, jangan disebabkan punca kehadiran dia, kamu nak buang dia. Nazmi ni darah daging kamu!” Datuk Roslan mula angin.
            “Ayah, cukup yah..” Jemy menyampuk. Seburuk manapun layanan ibunya, dia tidak rela ibunya disakiti.
            “Ibu, maafkan Nazmi sebab hadir dalam hidup ibu tanpa ibu pinta. Maafkan Nazmi sebab tak mampu nak jadi anak yang baik untuk ibu. Mulai hari ini, Nazmi janji takkan jejakkan kaki di rumah ini. Nazmi janji takkan munculkan diri depan ibu. Apa yang Nazmi nak, cukuplah sekadar melihat ibu bahagia.”
            Jemy tersedar dari kenangan lama. Peristiwa itu sudah lapan tahun berlalu, kerana peristiwa itu juga hatinya kuat untuk melalui suka duka kehidupan. Sehingga sekarang dia tak pernah tahu kenapa ibunya itu begitu membenci dirinya. Besar sangatkah dosa yang dia lakukan? Sebegini besarkah kesilapan melahirkannya ke dunia?
            Dari jauh dia dapat melihat Datin Laila sibuk dengan bunganya di taman. Wajah wanita tu sudah mula berkerut. Wajah yang amat dirinduinya.
            “Ibu..” panggil Jemy perlahan, cukup untuk dirinya saja. Airmatanya tumpah juga tika itu. Begitu dia ingin mendakap tubuh wanita itu.
            “Aku dah bagitahu kau, aku haramkan mulut kau panggil aku Ibu.” Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Jemy, segera dia sedar dia bukan sesiapa untuk memanggil wanita itu ibu.
            Jemy mengundur langkahnya meninggalkan rumah agam itu. Biarlah dia hanya memandang dari jauh. Dia sudah berjanji tidak akan menjejakkan kaki ke situ. Tidak akan!
            Sebuah kereta mewah yang berhenti di hadapan Jemy mematikan langkahnya.
            “Abang Nazmi..” Wajah adiknya Nazrul memenuhi ruang mata. Sudah besar adiknya itu, nyaris dia tak kenal. Jemy hanya tersenyum
                                                ***********
NAZRUL ELYAS masih lagi memandang kearah abang kandungnya itu. Lapan tahun tidak banyak mengubah lelaki itu, dia masih Nazmi yang dulu, cuma rambutnya yang sedikit panjang sudah diikat kemas ke belakang. Penampilan abangnya itu kelihatan santai dengan jaket hitam yang terlekat kemas di badannya.
            “Ayah apa khabar?” Jemy memecah suasana. Air cappucino dihirup perlahan.
            “Baik, cuma..yalah kan, tak kuat macam dulu. Asyik sakit-sakit je.” Nazrul menjawab dengan gurauan. Muka serius Jemy dipandang, dulu abangnya itu tidak berperangai sebegitu. Nazmi yang dia kenal sentiasa bergurau dan tersenyum.
            “Kau sekarang buat apa?”
            “Naz tolong ayah uruskan company.”
            Jemy hanya mengangguk. Bertemu semula dengan adiknya itu seolah-olah membuka semula luka lama.
            “Abang tak nak tanya pasal ibu?” Nazrul seolah-olah dapat membaca isi hati Jemy. Dia tahu abangnya itu terlalu ingin mengetahui perihal ibu mereka, kalau tidak kenapa abangnya boleh berada di hadapan rumah mereka tadi.
            “Perlu ke?” Jemy menyoal sinis.
            “Ibu sihat. Dia bahagia, itukan yang abang nak..”
            “Dia akan bahagia kalau abang tak ada.” Jemy menjawab sendu. Suasana bertukar suram tiba-tiba. Nazrul mahupun Jemy masing-masing diam tanpa kata.
            “Wah, sekarang Naz dengar abang dah jadi the best photographer kat Malaysia.” Nazrul menukar suasana diantara mereka. Matanya dikenyitkan kearah abangnya yang hanya tersenyum.
            “Biasa je Naz, tak ada apa yang istimewa.”
            “Tapi best apa, hidup dikelilingi model-model cantik.” Sambung Nazrul.
            “Ala..abang buat sebab kerja, tak lebih dari tu. Siapalah abang ni nak berdampingan dengan mereka.” Jemy masih merendah diri. Ternyata gosipnya bersama beberapa orang model sudah diketahui oleh keluarganya.
            “Tapi Naz tengok girlfriend-girlfriend abang semuanya cun. Next time kenal-kenalkanlah dekat Naz.”
            “Banyaklah kau punya girlfriend. Tak ada maknanya lah!” Sangkal Jemy.
            “Kalau abang nak tahu, ayah bangga dengan abang.” Jemy terdiam sejenak, lalu tersenyum. Cukuplah, dia tidak meminta lebih, cukup sekadar ayah berbangga dengan apa yang dia buat sekarang.
            Iphone yang berbunyi ditarik keluar dari poket seluar. Nama Rahim tertera.
            “Ada apa?”
            “Jemy, ni secret model kau datang. Nak aku entertain ke?” celah suara Rahim dari hujung sana.
            “Secret model?” Jemy menyoal hairan, siapa secret modelnya?
            “Tunggu ya Aira, saya tengah bagitahu dia lah ni.” Jemy tersentak. Terbangun dia dari kerusi, Nazrul di sebelah sudah memandang hairan.
            “Jemy ce..”
            “You better keep quite, im coming now!” Sempat Jemy memberi amaran sebelum mematikan perbualan. Dia bergegas berlari keluar dari restoran tersebut, di pertengahan jalan dia terhenti, wajah Nazrul yang terpinga dipandang kembali.
            “Sampaikan salam abang pada ayah. I have to go!”
                                                            ************
RAHIM menyengeh sebelum menekan punat off pada telefon bimbitnya. Wajah Nadia dan Azlan dipandang dengan senyuman. Sesuatu yang di luar jangkaannya, Jemy terus setuju untuk datang hanya kerana dia menyebut nama Aira. Bekerut dahinya memandang kearah Aira yang masih duduk di sebelah Nadia. Erm.. ada sesuatu dengan perempuan yang bernama Aira ni.
            “Macam mana Rahim?” soal Azlan penuh minat.
            “Kau tahu, dia jawab apa?” Rahim sengaja mengusik kedua sahabatnya.
            “Ala cepatlah, tak payah nak berteka-teki pula.” Omel Nadia.
            Aira hanya diam, dia sebenarnya berdebar. Memikirkan betul ke tidak tindakannya untuk datang ke sini semula. Mengenangkan dia ada misi tersendiri, digagahkan jugak kakinya menempel dekat studio lelaki sombong tu.
            “Sebaik saja aku sebut nama Aira, dia terus cakap macam ni..you better keep quite, im coming now!” Rahim mengajuk kata-kata Jemy.
            “Ia?” Azlan masih tidak percaya. Aira yang masih diam dari tadi menoleh seketika ke sebelahnya, terkebil-kebil matanya bila melihat ketiga-tiga pekerja Jemy memandangnya dengan pandangan pelik.
            “Kenapa?” soal Aira pelik.
            “Kau dengan Jemy ada apa-apa ke?” Azlan menyoal terus.
            “Ada apa?” seperti orang bodoh, Aira masih tidak dapat menangkap maksud lelaki berkulit hitam manis itu.
            “Kau nak apa?” Suara parau yang kedengaran lantang dari belakang membuatkan Aira dan ketiga-tiga pekerja Jemy menoleh. Jemy sudah berpeluk tubuh memandang tajam kearah Aira yang masih enak duduk di atas sofa.
            “Jemy..” Rahim memintas.
            “Aku tanya dia, bukan kau!” tegas Jemy.
            Aira cuba memaniskan senyumannya, perlahan dia bangun menghampiri Jemy yang masih berdiri di hadapannya. Sepanjang dia mengenali lelaki itu, tidak pernah dia melihat wajah lain selain wajah serius dua puluh empat jam milik lelaki tersebut. Alahai kedekutnya lelaki ini, kedekut dengan senyuman!
            Rahim membatu.
            “Korang boleh sambung buat kerja.” Pinta Jemy, kali ini suara lebih diperlahankan. Terkocoh-kocoh ketiga-tiga pekerjanya bersurai.
            “Dan kau, nak apa?” Jemy menyoal serius.
            Aira diam, sekali-sekala takut jugak Aira dengan angin satu badan lelaki ni. Ala..nak cakap ke tak ni? Aira kegelisahan.
            “Kau nak apa?” suara Jemy mula meninggi.
            “Saya nak kerja sini!” Oppss! Aira menekup mulutnya dengan tangan. Aduh, gawat ni.. Macam mana boleh terlepas.
            “Apa!” Jemy memandang Aira pelik, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nak kerja sini. Apa kes? Jemy menjeling Aira sekilas, Aira yang menyedari situasi itu mula menunduk. Seram pula wajah lelaki ni, mengalahkan vampire!