Wednesday, February 26, 2014

Bab 7

BAB 7
Aira menyarung Dress separa lutut bewarna biru laut. Sesekali rambutnya diperkemaskan.
            “Okey, done!” pantas tangannya mencapai beg sandangnya. Laju langkahnya menuruni tangga, girang sangat hari ni sampai tak nak guna lif.
            “Morning Tan Sri!” tegur Aira riang, pipi Tan Sri Megat Miqdad dicium lembut.
            “Morning.” Tan Sri Megat Miqdad hanya memandang melalui ekor mata tingkah anaknya pagi tu, tanganya masih membelek helaian surat khabar.
            “Kak Ti, jam dalam rumah kita ni dah rosak ke?” soal Tan Sri Megat Miqdad tiba-tiba. Kak Ti yang sibuk menuang air ke dalam cawan anak majikannya itu terus mendongak tidak faham.
            “Tak pula Tan Sri, kenapa?”
            “Jam yang mana satu rosak papa?” Aira menggigit sedikit rotinya sebelum menghirup susu panas yang disediakan khas buatnya.
            “Jam dalam bilik Aira, mimpi pulak tengok anak papa bangun awal hari ni.”
            “Papa!” Aira mula menunjukkan muncung, geram bila disindir oleh papanya begitu.
            “Cantik anak papa hari ni..” Tan Sri Megat Miqdad sempat mencubit pipi gebu anak perempuannya.
            “Anak papa ni hari-hari cantik, papa baru perasan hari ni ke?”
            “Hari ni berseri je muka papa tengok, bersemangat nak masuk office ya?” Selepas satu helai, satu helai lagi surat khabar habis dibaca. Tidak pula dia fokus, fikirannya masih bersama dengan puteri kesayangannya itu.
            “Masuk office?” Aira mula dengan muka blurnya itu.
            “Yalah, tapi takkan Aira nak masuk office dengan baju casual macm ni. Pakai yang formal sikit.” Nasihat Tan Sri Megat Miqdad.
            “Aira bukan nak masuk office pa, Aira nak keluar dengan Kak Mila.” Jelasnya lagi. Tan Sri Megat Miqdad hanya berdehem, tangannya pantas mencapai cawan yang berisi kopi panas lalu dihirup perlahan.
            “Dah lambat ni pa, Ai..”
            “Papa cuma ada Aira untuk uruskan Aksara Group, itu syarikat Aira. Papa berusaha keras selama ini hanya untuk Aira.” Langkah Aira terhenti tiba-tiba, jarang dia mendengar papanya itu berbicara sebegitu serius dengannya.
            “Papa tahukan yang Aira tak minat.”
            “Minat atau tidak, papa hanya ada Aira untuk sambung legasi papa.” Tan Sri Megat Miqdad mengeluh lemah. Sukar baginya memujuk anak perempuannya itu mengikut kemahuannya. Ada sahaja yang bercanggah dengan pendiriannya.
            “Mungkin papa lupa. Tak apa, biar Aira ingatkan papa, papa ada seorang lagi anak lelaki. Abang Akmal. Papa jangan pernah lupa itu.” ujar Aira, dia terus meninggalkan Tan Sri Megat Miqdad yang masih beriak bersahaja walaupun perihal anak sulungnya itu disebut. Tan Sri Megat Miqdad menanggalkan cermin mata sambil memegang dadanya yang mula berdenyut. Akmal, ya..dia ada seorang lagi anak lelaki. Anak yang telah lama dia biarkan kerana mengikut rasa marah. Marah kerana anak lelakinya itu tega memilih untuk mengikut bekas isterinya berbanding hidup mewah bersamanya.
                                                **************
“INGAT tau Kak Mila, jangan sampai Tan Sri tau pasal ni. Mati Aira nanti” beria-ia Aira berpesan dengan pembantunya. Keretanya sudah diparkir tepat di hadapan studio lelaki itu.
            “Tapi, saya takutlah Cik Aira.” Riak Mila berubah risau, cuak sebenarnya bila mengenangkan kemarahan Tan Sri Megat Miqdad, majikannya itu.
            “Kalau apa-apa berlaku, Aira akan cover semua. Buat masa ni jangan sampai papa tahu ya. Kak Mila janganlah risau.” Pujuk Aira.
            “Betul ke Cik Aira nekad nak kerja sini?”
            “Yup. Kak Mila pergilah mana-mana dulu, habis kerja Aira call ya.” Aira membuka pintu kereta. Mila yang memandang hanya mampu memandang penuh risau. Mampu ke Aira yang manja bekerja di bawah orang? Nak buat kerja rumah pun susah! Kena tengking nanti confirm nangis, pastu resign! Ala..tak lama tu. Fikir Mila sendiri. Sempat lagi tu mengata bos sendiri.
            “Morning everyone!” dengan ceria Aira membuka pintu studio. Suaranya yang sedikit lantang itu mengejutkan setiap isi di studio tersebut.
            Terkebil-kebil mata Aira memandang semua yang ada di studio tersebut, semua mata tertumpu kepadanya. Cepat-cepat Aira memandang sekilas jam tangannya, baru pukul lapan lima puluh pagi, belum pukul sembilan. Perlahan Aira mengeluh lega.
            “Sambung kerja!” suara Jemy memecah suasana. Aira mencebik bila melihat Jemy yang kembali dengan sikap sombongnya itu. Semalam okey je! Sempat lagi Aira membebel.
            “Pagi Aira.” Tegur Rahim penuh senyuman.
            “Morning Aira” sambung Azlan pula.
            “Morning twin boys!” jawab Aira ceria, dia menghampiri Azlan dan Rahim yang sibuk mengemas set pengambaran. Niatnya hendak menegur si Jemy dibatalkan saja bila melihat muka serius lelaki itu. Hisy! Tak penat ke buat muka monyet dua puluh empat jam! Sempat lagi Aira menjeling kearah Jemy sebelum menghampiri Azlan dan Rahim.
            “Dah accepted ke?” Rahim menyoal separuh berbisik, takut didengar dek harimau jadian aka Jemy merangkap bosnya itu.
            Aira hanya tersenyum sebelum menunjukkan ibu jari pada Rahim.
            “Cayalah! Macam mana kau pujuk harimau jadian tu?” giliran Azlan pula ingin tahu.
            “Adalah..” sengaja Aira mendera perasaan Rahim dan Azlan yang kini sudah menjadi rakan sekerjanya.
            “Ni, aku nak buat apa ni?” sambung Aira lagi, risau pula dia, takut nanti dituduh makan gaji buta oleh Jemy.
            “Kau pergi tolong Nad, nanti kau juga nak kena ambil alih tugas dia.” cadang Rahim.
            “Nad mana?”
            “Tu! Dengan si singa betina tu!” Rahim memuncungkan mulutnya kearah Nadia yang sibuk menyolek seorang model, singa betina? Apa kes pula tukar nama model cantik jelita tu jadi singa betina? Errk! Bukankah itu perempuan yang dia sembur dengan cappucino hari tu? Aira sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Singa betina?”
            “Yalah si Emily Gedik tu.”
            “Apasal pula kau..”
            “Kalau kau datang sini sekadar nak berborak, baik kau balik!” Aira serentak menoleh, nak tersembam dia bila melihat Jemy begitu hampir di belakangnya. Jelingan mata lelaki itu, sungguh dia benci! Macam nak makan orang je lagaknya. Azlan dan Rahim masing-masing bersurai dan menjalankan tugas masing-masing, hanya Aira yang masih kaku.
            “Morning Encik Jemy.” Sapa Aira, namun penuh getar.
            “Apa? Encik Jemy?” terbeliak Jemy mendengarnya. Buang tabiat ke budak ni.
            Sempat Aira mengangguk, sebelum berlalu menghampiri Nadia.
            Encik Jemy? Jemy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Formal gila dia panggil aku. Tak boleh jadi ni, dengan Lan dan Rahim siap ketawa sakan lagi. Hisy! Lantaklah dia nak panggil aku apa pun. Aku peduli apa!
            “Hi darling!” bahu Jemy disentuh dari belakang.
            “Awal kau sampai?” Jemy mengalih tangan lelaki itu dari bahunya.
            “Sorry lah, I tengah uruskan model-model baru. Semua untuk you” Jemy hanya menggeleng, tak habis-habis si Kiki ni.
            “Emily mana? Tak sampai lagi ke?” sura Kiki berubah serius.
            “I di sini Kiki, jangan nak mengata I depan boyfriend I tau.” Sampuk Emily. Mencebik Kiki seketika. Mulalah tu dengan sikap mengada dia tu, omel Kiki. Jemy menoleh kearah Emily yang semestinya masih dengan sikap cerewetnya kalau berkaitan soal pemakaian dan solekan. Kasihan Nadia yang terpaksa berdepan dengan sikap Emily setiap kali ada sesi pengambaran dengan model tu. Jatuh pula pandangannya kearah Aira yang hanya berdiri di belakang Nadia, asyik sangat melihat cara Nadia menyolek si Emily. Ada senyuman di wajah Jemy tika itu.
            “Okey, ready? Nad?” Jemy menoleh kearah Nadia yang hanya tersenyum keletihan lalu mengangguk.
            Emily menghampiri Jemy yang membetulkan kamera sebelum sesi pengambaran bermula. Lengan Jemy terus dipaut kemas, sempat dia menjeling Aira yang berdiri di sebelah Nadia, macam mana pulak minah sewel tu boleh ada di sini?
            “Jemy, cantik tak I” soal Emily seperti biasa.
            Jemy hanya mengangguk lalu kembali dengan kameranya.
            “Ambil gambar I cantik-cantik tau..” usik Emily manja.
            “You know me right?” ujar Jemy.
            “Lan, lighting semua okey ke?” suara Jemy berkumandang lagi.
            “Okey boss!”
            “Okey, start!” Emily sebagai model hari itu sudah mengambil tempatnya di sebuah kerusi panjang yang dihiasi ukiran kayu yang sangat menarik. Aira yang hanya memerhati mula bergerak menghampiri Rahim yang berdiri di sebelah set pengambaran.
            “Cantikkan..” Aira bersuara sendiri. Leka pula dia melihat Emily yang menggayakan beberapa aksi seperti yang diarahkan oleh Jemy.
            “Good, smile” arah Jemy lagi, tangannya masih bermain dengan kamera kesyangannya itu.
            “Make up tu yang buat dia cantik.” Balas Rahim. Aira hanya ketawa sendiri.
            “Dah lama ke dia buka studio ni?” soal Aira tiba-tiba, matanya kini beralih pada Jemy yang kelihatan hebat walaupun hanya sekadar jurugambar.
            “Apa?” Rahim mendekatkan sedikit badannya di sisi Aira, bunyi muzik yang bising menyukarkan pendengarannya.
            “Aku tanya, dah lama ke dia buka studio ni?” kali ini Aira membisikkan di telinga Rahim.
            “Ohh, setahu aku dah lima tahun. Lama jugak lah..” jawab Rahim, matanya masih diarahkan kearah Emily. Melebih-lebih pula si Emily tu berposing, fikir Rahim.
            Aira mengangguk faham.
            “Take five!” Jemy menjeling sekilas kearah Aira, lalu begerak kearah monitor. Satu persatu gambar Emily dinilai.
            “Dah selesai ke?” Aira menyoal kehairanan.
            “Rehat dulu. Jemy nak pilih gambar tu.” Jawab Rahim.
            “Nadia, ambilkan I air!” laung Emily dari jauh. Aira mencari kelibat Nadia, mana Nadia ni? Air?
            “Rahim, nak ambil minuman di mana?” Aira mencuit sedikit bahu Rahim.
            “Sana.” Tunjuk Rahim, Aira terus menuju kearah sebuah peti sejuk dua tingkat yang terletak di balik dinding. Sebotol air mineral dicapai dan dituang kedalam gelas putih. Apa salahnya dia menyimpan hasrat untuk berbaik baik dengan Emily, walaupun apa yang berlaku hari tu bukan salah dirinya, dia tidak ingin bermusuh dengan sesiapa sepanjang dia bekerja di situ.
            “Hisy, mana pula si Nad ni, dah lah haus ni.” Omel Emily, dia menghempas kuat gelang tangan ke dalam sebuah kotak kecil berwarna hitam. Dengan geram Emily bangun dari kerusi sambil membebel.
            “Hei! Apa ni!” tengking Emily kuat bila segelas air sejuk selamat mendarat di bajunya. Aira masih tergamam. Aduh! Lain yang dirancang, lain pula yang jadi.
            “Sorry, saya..” dengan kasar Emily menolak kuat badan Aira, hampir terjatuh Aira dibuatnya, nasib baik ada yang menyambutnya di belakang. Belakang? Aira segera menoleh, terkesima dia seketika bila melihat seraut wajah yang berada di belakangnya.
            Jemy masih memaut pinggang Aira, wajahnya hanya beriak selamba.
            “Nad, tolong Emily ganti baju.” Arah Jemy perlahan kepada Nadia yang baru muncul entah dari mana. Aira masih menundukkan wajahnya.
            “Jemy you ten..”
            “Kau ikut aku.” Jemy mengalih tangannya dari pinggang Aira, lalu jemari itu digenggam kemas.
            “Jemy!” Emily mendengus kuat bila panggilannya hanya dibiarkan sepi oleh pujaan hatinya itu. Sekali lagi perempun tu menaikkan kemarahannya.


1 comment:

  1. hai la jemy tu....garang tp dlm hati ade taman kt aira..ngee...adoiii gedik la emily tu..menyampah...

    ReplyDelete