Monday, March 31, 2014

IHD-Bab 10

Sekuntum ros merah yang dibaluti kertas yang dihiasi reben menarik perhatian Nur Syifa.Haruman pada bunga itu dicium seketika.Terbit senyuman diwajahnya,yakin akan siapa yang mengirimkan bunga itu padanya.Tunangnya itu sentiasa menyenangkan hatinya sejak dulu lagi.Sentiasa menambat hatinya.
            Telefon bimbit dicapai.Dia ingin mengucap terima kasih pada sang tunang tercinta.Ros merah yang berada ditangannya sekarang telah menghilangkan penat setelah kesana-kemari berkejar dengan pelanggan.
            Seketika pintu bilik pejabatnya terbuka.Wajah lelaki itu sekali lagi berada dimatanya.
            “Maaf Cik Syifa,saya dah halang”Ujar Nani,setiausaha kepercayaan Nur Syifa.
            “Tak pa Nani.Awak boleh keluar.”Arah Nur Syifa.Ros merah masih digenggaman.Wajah lelaki yang kelihatan tegang itu dipandang.
            “Ada hal apa yang bawa En.Azmie ke mari?”Soal Nur Syifa berterus terang.
            “Have a seat.”Pelawa Nur Syifa lagi.Lelaki itu masih berdiam sambil tidak lepas memandang ke arahnya.Syed Azmie menghempas fail dihadapan Nur Syifa.Hatinya masih panas bila gadis itu membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
            “Saya nak penjelasan.”Ujar Syed Azmie sambil berdiri disisi meja Nur Syifa,badannya sedikit direndahkan.Tajam matanya melekat pada wajah jelita dihadapannya kini.
            “Salah ke tindakan saya?”Soal Nur Syifa.
            “Kenapa tak bincang dulu dengan saya.I have right to know!”Marah Syed Azmie.
            “Sorry.But we dont have time.Saya kena comfirm dengan supplier secepat mungkin.Awak tak perlu risau,saya dah aturkan metting petang ini.”Jelas Nur Syifa.
            “Apa masalahnya dengan supplier yang saya pilih?”Soal Syed Azmie tak berpuas hati.
            “Tak ada masalahnya,cuma saya tak berapa suka dengan cara pengurusan mereka.Barang-barang semua lambat sampai ke site.Satu lagi,saya dapat tahu barang-barang dari mereka semuanya low quality.I need to protect my company reputation”Ujar Nur Syifa penuh yakin.
            “But we lost a lot of money Cik Nur.You should know it!”Balas Syed Azmie lagi.
            “Yes.Pihak kami akan tanggung berapa pun kerugian.Saya yang batalkan kontrak,bukan En.Azmie.”Nur Syifa tersenyum,tidak ingin kelihatan lemah dihadapan lelaki itu.
            Seketika Syed Azmie diam,sambil matanya masih lekat memandang gadis ayu yang bertudung namun cukup tegas kalau berkaitan Menara Holding.Patutlah dia mampu bawa Menara Holding sehingga ke tahap ini,Fikir Syed Azmie.Belum pernah dia mendengar setiap projek yang diuruskan oleh gadis itu gagal.
            “Ada apa-apa lagi?Macam ni lah En.Azmie,ada apa-apa yang tak puas hati kita bincang masa mesyuarat petang nanti.”Sambung Nur Syifa lagi.
            Syed Azmie hanya mengangguk.Rencananya semakin sukar dengan kebijaksaan gadis itu menguruskan Menara Holding.Bagaimana untuk dia memperoleh maklumat dari syarikat itu?Matanya jatuh pada sejambak Ros yang terletak kemas di meja gadis itu.Seketika tadi dia melihat gadis itu mencium haruman bunga itu.
            “Suka ros merah?”Soal Syed Azmie.
            “Saya suka semua bunga.”Jawab Nur Syifa hambar.Lelaki itu cepat saja berubah olah.Baru seketika tadi dia melihat lelaki itu marah,namun sekarang?
            “Tahu makna disebalik ros merah?”Soal Syed Azmie pelik.Ada senyum sinis dibibirnya.
            “Cinta yang membara.”Nur Syifa mula tak senang duduk.Diberanikan diri untuk berdepan lelaki itu.
            “Yup.Ros merah membawa makna cinta yang hangat membara.Warna merah yang membara itu juga membawa makna kemarahan dan dendam.”Sambung Syed Azmie.Matanya menghantar pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.Seketika mereka saling diam.Nur Syifa jelas terkejut,bedegup kencang jantungnya mendengar perucapan Syed Azmie yang difikirnya sangat janggal.
            Tawa Syed Azmie yang memecah suasana mula memenuhi ruang pejabat Nur Syifa.
            “Takut?”Soal Syed Azmie dalam tawa yang masih bersisa.
            Nur Syifa hanya menggeleng,namun nafasnya seolah-oleh tersekat-sekat.
            “Maaf kalau Cik Nur takut dengan kata-kata saya tadi.Harap si pengirim tak bermaksud begitu.”Sambung Syed Azmie lagi.
            “Saya yakin tunang saya tak bermaksud begitu.”Jawab Nur Syifa penuh yakin.Ros merah kembali dicapai.Berubah riak wajah Syed Azmie.Tunang?Dia tak baca ke kad dalam bungkusan tu?Bisik Syed Azmie sendiri.
            “Okey.Jumpa petang nanti.”Syed Azmie mula berlalu.
            “Oh ya Cik Nur.Apa kata Cik Nur tengok dulu siapa pengirimnya.Ada kad dalam bunga tu.”Ujar Syed Azmie terus berlalu pergi meninggalkan Nur Syifa yang masih terpinga.Tangan Nur Syifa pantas mencari kad yang dimaksudkan Syed Azmie.
            Sebuah kad kecil yang turut berwarna merah hati membuat Nur Syifa terpana.Bagaimana lelaki itu tahu ada kad didalam bungkusan bunga ros merah ini?Melainkan..
            Nur Syifa terduduk sambil ros merah tersebut terlepas dari tangannya.

“ROS MERAH MELAMBANGKAN..?”
                                             Azmie.

                                                            ***********************
SYED AZMIE meneguk rakus air yang telah dipesannya seketika tadi,masuk kali ini dah berapa cawan air yang diminumnya.Hatinya masih panas dengan pertemuannya dengan Nur Syifa siang tadi.Sewenang saja gadis itu memperkecilkan kewibawaannya.
            Air cola didalam gelas kecil diteguk lagi.Bingit dan keriuhan pub yang sering dikunjunginya itu langsung tidak mampu membawa pergi bayangan gadis itu dari fikirannya.Matanya dipejam untuk seketika,untuk membuang jauh bayangan gadis yang mula memenuhi ruang matanya sejak pertemuan pertama mereka dulu.
Ahh..mengapa hati tak pernah sekata dengan kemahuan.Dia ingin menyakiti gadis itu untuk melunaskan dendamnya.Namun kenapa ada rasa lain yang hadir dalam hatinya kini?
            “James.One more.”Pinta Syed Azmie pada salah seorang pelayan lelaki dari kelab tersebut.Gelas bertukar,Sekali lagi air itu diteguk rakus.
‘Nur Syifa..’Monolog Syed Azmie sendiri.Secara tiba-tiba nama itu terbit dari mulutnya.Syed Azmie tersenyum sendiri.
‘Aku takkan sesekali jatuh pada indahnya senyuman kau.Aku takkan terjerat akan tutur kata kau.Aku harus hentikan semua ini.Aku akan pastikan kau dan keluarga kau,sujud pada kaki aku suatu hari nanti!Tak mungkin ini cinta!Tak mungkin!’Gelas kecil ditangannya digenggam kuat.Dia ingin menghilangkan rasa yang kian bercambah itu.
“Air tu tak mampu hilangkan stress Azmie.”Ujar satu suara halus dari belakang.Seketika Syed Azmie menoleh.terpana seketika melihat seorang Nur Adira yang mula mengambil tempat disebelahnya.Baru tadi dia ingin membuang bayang Nur Syifa dari fikirannya,tapi kini adiknya pula hadir menghuru-harakan dirinya.
Dilihat Nur Adira tersenyum menggoda ke arahnya.Biarpun kembar,Nur Adira tidak mempunyai senyuman manis seperti kakaknya.Botol air Chivas dan gelas kecil ditangan wanita itu meyakinkan Syed Azmie bahawa gadis itu telah mabuk.Hampir setengah air haram itu diteguknya.Syed Azmie hanya mampu menggeleng.Sungguh berbeza dengan Nur Syifa.Ahh..lagi-lagi dia ingin membezakan dua beradik itu.
“Awak dah mabuk Dira.”Ujar Syed Azmie.
“Taklah.Sikit je ni.Nak?Air ni mampu hilangkan stress awak”Nafi Nur Adira.Tangannya bermain pada tangan Syed Azmie,berniat ingin menggodanya.
“Cukup.Saya hantarkan awak balik.”Gelas yang berisi air haram itu diambil dari tangan Nur Adira.
“Biarlah saya nak minum lagi.”Bantah Nur Adira.Gelas itu dicapai semula.
No,Adira.”Tangan gadis itu digenggam erat.Nur Adira terdiam seketika.Matanya pantas menangkap tangannya dalam genggaman lelaki itu.
“Maaf.”Ujar Syed Azmie serba salah.Segera tangan Nur Adira dilepaskan.Namun tak semena-mena Nur Adira memeluk tubuh Syed Azmie,terpana Syed Azmie buat seketika.
“Azmie.Saya cintakan awak.”Ujar Nur Adira tiba-tiba.Biapun perkenalan itu hanya seketika,dia yakin Syed Azmie mampu untuk melindunginya.
“Dira.Awak mabuk ni”Syed Azmie cuba meleraikan pelukan.
“Tak.Saya nak awak.Saya perlukan awak!”Ujar Nur Adira lagi.
Syed Azmie menghembus nafas berat.Sukar mentafsir apa yang dirasakan tika ini.Nur Adira,Nur Syifa.Kedua-duanya anak Dato`Fadzil.
‘Kenapa aku perlu mengejar dia untuk melunaskan dendamku andai Dira adalah jalan lebih mudah?Kenapa perlu Nur Syifa?’Syed Azmie bermonolog sendiri.pelukkan dileraikan.Nur Adira sudah tidak sedarkan diri dalam pelukkannya.


IHD-Bab 9

Nur Syifa merebahkan badannya ditilam empuk.Mata dipejam untuk direhatkan setelah penat seharian bekerja.Haruman wangian Lavender menusuk hidungnya,sungguh menenangkan.
            Baru seketika mata dipejamkan,Nur Syifa dikejutkan dengan deringan telefon dari arah meja tepi.Terpana untuk sesaat,nama itu tidak pernah menghubunginya sebelum ini.Serba salah juga nak menjawabnya.
            “Assalamualaikum.”Jawab Nur Syifa malas.Sekadar berbasa basi.
            “Waalaikumsalam.Cik Nur dah tidur ke?”Soal si pemanggil itu penuh nada ceria.Tidak mengetahui langsung emosi yang menjerat Nur Syifa tika ini.Entah kenapa Nur Syifa harus berperasaan begitu,mungkin kerana sikap kuat mengusik Syed Azmie.
            “Nak tidur.Ada apa En.Azmie call saya malam-malam macam ni?Kalau tentang projek perumahan tu,kita bincang esok.”Putus Nur Syifa.
            “Bukan tentang tu.Saya cuma masih tak senang hati tentang hal petang tadi.”Syed Azmie memakna kata.Terbayang pertemuannya dengan gadis itu petang tadi.Dia sendiri tidak pernah menyangka akan terserempak dengan gadis itu di KLCC.
            “Tak apa.Lagipun girlfreind En.Azmie tak sengaja.Saya tak ambil hati.”Jawab Nur Syifa
            “Tapi tetap juga saya tak senang hati.”Balas Syed Azmie cepat.Dari dulu dia selalu mencari ruang untuk berbual lebih lama dengan gadis itu namun Nur Syifa seolah bersikap dingin dengannya.
            “En.Azmie,saya okey.Tak cedera pun”
            “Maaf atas sikap Karina.”
            “Tak mengapa.Saya faham,lagipun dia tak sengaja.Tertumpah kan?Nak buat macam mana”Ujar Nur Syifa.
            “Okey.Thanks”Syed Azmie kematian kata.
            “Okey.Assalamualaikum.”Untuk seketika hanya sepi diantara mereka.Nur Syifa segera mematikan talian bila salamnya dijawab.Tidak betah berlama-lama dengan lelaki yang sentiasa mempunyai seribu cara menggetar jiwanya.
            Bingkai gambar yang terletak kemas ditepi katil terus dicapai.Terhias wajahnya disamping Saiful.
            “Saya cintakan awak.Takkan ada sesiapa”Nur Syifa meluah nafas berat.Dibuang segala gundah dalam hatinya.Teringat pertemuannya dengan Syed Azmie petang tadi.Sudah acap kali juga dia terserempak Syed Azmie dengan kekasih hatinya itu.
            “Ouchh.Mata letak dimana ya?”Serkah Karina bila tiba-tiba air yang diminumnya terkena baju seorang wanita.
            “Sorry.Bukan saya yang langgar cik.Cik yang langgar saya dulu.”Balas Nur Syifa.Panas juga hatinya bila sewenangnya gadis yang berpakaian seksi menyalahkannya.Kalau ya pun dia yang bersalah dia akan minta maaf.
            “Apa awak cakap?Awak yang jalan tak pakai mata.”Marah Karina lagi.
            “Okey lah.Saya pun malas nak bertekak sebab benda yang remeh ni.Baju saya pun dah kotor.Sorry lah ya kalau saya yang salah.Saya minta diri dulu.”Nur Syifa lamas memanjangkan benda tersebut.Tidak guna bertekak dengan gadis itu fikirnya.
            “Just like that?”Karina mula berang.Sikap tak endah gadis itu mencabar dirinya.
            “Saya dah cakap sorry walaupun bukan salah saya.Baju Cik pun tak kotor.So?”
            “What?”
            “Karina what wrong?”Sapa satu lelaki.Karina dan Nur Syifa serentak menoleh.Karina segera memaut lengan Syed Azmie.
            “Sayang,tengoklah perempuan ni..lepas tumpahkan air I selamba je dia nak pergi macam tu je”Karina membuat aksi manjanya.Sengaja menarik perhatian Syed Azmie.Nur Syifa hanya menggeleng kepala,jijik melihat olah gadis yang tak ada budi bahasa tersebut.
            “En.Azmie.First,saya tak langgar dia.Second,saya dah minta maaf walaupun bukan salah saya.So,En.Azmie tolong bagitahu girlfriend En.Azmie ni saya tak ada hal dengan dia dan saya boleh balik kan?”Ujar Nur Syifa apabila melihat Syed Azmie hanya ralit memandangnya sejak mula.
            “Hoi perempuan.Kau siapa?Kau kenal dia?Lagi satu,kau jangan pandai nak reka cerita ya.”Tengking Karina.Tajam matanya menikam Nur Syifa.
            “Karina.Watch your mouth.”Syed Azmie mula bersuara.
            “Mie,I tak salah tau.Perempuan tak tahu malu ni yang langgar I.”Karina mula merengek manja.Nur Syifa pula hanya berpeluk tubuh melihat drama dihadapannya kini.Biarlah Syed Azmie sendiri yang selesaikan hal ini.
            “Cik Nur,saya minta maaf bagi pihak dia.”Ujar Syed Azmie.
            “Mie,apa ni?”Jerkah Karina.
            “Okey,Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu.”Balas Nur Syifa.Syed Azmie dan teman wanitanya itu ditinggalkan.
                                                ***********************
“JAUH anak ibu melamun.”Datin Sira mengambil tempat disisi anaknya.
            “Ibu,bila ibu masuk?”Melayang terus ingatannya pada peristiwa petang tadi.Tiada lagi Syed Azmie dan teman wanitanya itu.Kasihan juga pada lelaki itu sebab terpaksa berdepan dengan perempuan yang tidak berbudi bahasa itu.
            “Anak ibu melamun tentang apa?Fikir tentang bakal suami ke?”Usik Datin Sira pada anak sulungnya itu.Wajah Nur Syifa mula membahang.Kalaulah ibunya itu tahu apa yang berada dalam fikirannya seketika tadi.Bukan Saiful,bakal suaminya tapi seorang lelaki asing bernama Syed Azmie.
            “Apa ibu ni..”
            “Ibu tahu.Tak ada benda lain yang ada dalam fikiran seorang gadis yang bakal bergelar isteri kalau bukan fikirkan tentang bakal suaminya.Dulu ibu pun begitu.”Nur Syifa hanya tersenyum hambar.Dari tadi dia hanya memikirkan tentang Syed Azmie.Entah kenapa begitu,dia pun kurang pasti.
            “Ayah mana bu?”Soal Nur Syifa menukar topik perbualan.
            “Ayah ada kat bawah.Tengah tengok TV agaknya.”
            “Dira?”
            “Dira tak balik dari semalam.Ibu dah cuba telefon dia,tapi biasalah dia tak angkat.”Seperti selalunya,Datin Sira kerisauan bila menyebut tentang anak bongsunya itu.
            “Bu,nantilah Syifa cakap dengan dia ya.Hari ni pun dia tak datang office.”Tangan Datin Sira digapai untuk menenangkan ibunya itu.Tahu akan gelodak yang bermain dijiwa ibu tua itu.
            “Ibu tak tahu mana silap ibu sampai Dira jadi macam tu.”Luah Datin Sira.
            “Bu,Kasih sayang ibu tak ada silapnya.Tak ada yang silapnya tentang ibu.Ibu tak perlu risau.Nanti Syifa akan cakap dengan dia ya.”
            “Ibu risau dengan hubungan kamu berdua.Kenapa boleh jadi begini Syifa?”Nur Syifa hanya tertunduk diam.Dia sendiri tidak tahu mengapa adiknya itu begitu membenci dirinya.
            “Syifa,mengalah sikit dengan adik tu ya.Jangan berkeras sangat.”Pesan Datin Sira.
            “Ya bu.Syifa minta maaf.”
            “Satu lagi pesan ibu.Menjadi isteri adalah impian semua wanita.Jadi isteri yang baik pada suami.Sentiada disisi suami walau apa pun yang berlaku.Taat pada suami,selagi masih berada di landasan yang benar.”
            “Insyaallah bu.Doakan Syifa.”
            “Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu semoga bahagia dunia akhirat.”Datin Sira mencium dahi anaknya.Nur Syifa tersenyum senang.
            “Satu lagi.Boleh Syifa uruskan Menara Holding setelah berkahwin nanti?”Tanya Datin Sira.Seperti suaminya,Datin Sira amat mengambil berat tentang Menara Holding.
            “Insyaallah.Syifa cuba”

            “Baguslah.Jaga Menara Holding.Itu amanat seorang sahabat Syifa.”Nur Syifa hanya mengangguk.Selalu mendengar amanat itu dari ayahnya dan tak kurang juga ibunya,Nur Syifa tidak mahu bertanya lebih.Apapun rahsia yang disimpan orang tuanya biarlah kekal rahsia.Dia seperti ibu bapanya juga.Hanyalah pemegang amanat.

IHD-Bab 8

“Apa hal kau lambat?”Tanya Syed Azmie pada sahabat karibnya itu.Razif.
Sorry,aku ada hal dengan Sara tadi.Kau tahu lah perempuan ni...leceh tak tentu pasal.”Jawab Razif,dia terpaksa menghantar Sara ke supermarket dulu untuk membeli sedikit barang keperluannya yang habis sebelum datang berjumpa Syed Azmie.
“Kau tak nak makan ke?”soal Syed Azmie tujuannya mengajak Razif malam ni adalah untuk menemannya makan,dia bosan untuk makan seorang.
“Tak pa...aku dah makan dengan Sara tadi,still full lagi..”Syed Azmie hanya mengangguk mendengar penjelasan sahabatnya itu.Dia tidak kisah hal itu,dia sedia maklum yang Razif sedikit takut dengan Maisara.Tunangnya.
“Razif kau ingat lagi tak Adira yang aku pernah cerita kat kau hari tu?”
“Adira yang kau cakap kawan Mona tu?Ooh...kenapa dengan dia?”Soal Razif,dia sedia maklum yang sahabatnya yang sorang ni memang dikelilingi banyak perempuan.
“Dia tu...anak Dato` Fadzil.”ujar Syed Azmie.Razif jelas terkejut,dipandang wajah Syed Azmie yang kelihatan gembira,tahu lah dia kini yang sahabatnya itu ada rancangan untuk Nur Adira.
“Adik Nur Syifa?”soal Razif inginkan lagi,Syed Azmie hanya mengangguk.
Twin.”Jawad Syed Azmie ringkas,bukan wajah Nur Adira yang bermain dimatanya kini tapi wajah seorang gadis bernama Nur Syifa.
So...apa kau nak buat?Takkan budak tu pun kau nak kenakan juga?”Sinis saja bunyi Razif bercakap.Dia sudah lali dengan perangai degil sahabatnya itu yang nekad ingin membalas dendam dengan keluarga Dato`Fadzil.
“Kerja aku makin mudah Zif.Satu lagi…kedua beradik tu tak sehaluan.Adira tu cemburukan kakaknya.Itu kesempatan yang paling bagus untuk aku.”Putus Syed Azmie,dia sudah menimbang segala perancangannya sebelum kesini tadi.
“Aku bukan apa Mie,kau dah fikir betul-betul ker?Apa yang kau nak buat ni memang salah mie..”Saran Razif,kalau boleh dia tidak mahu sahabatnya itu leka dalam kesesatan.
“Tak ada benda yang perlu aku fikirkan.Hati aku tak tenang selagi aku tak balas dendam pada family dia Zif.”Wajah Syed Azmie nampak sugul,jiwanya jelas terseksa.
“Kau cuba bagitahu aku,apa yang sebenarnya berlaku?Berdendam ni dosa Mie....”
“Aku tahu...”
“Mie.kau balik rumah,kau solat dan berdoa pada Allah moga dihilangkan segala perasaan marah dan dendam dalam hati kau tu”Nasihat Razif,hatinya semakin risau melihat keadaaan Syed Azmie yang nekad hendak membalas dendam pada keluarga Dato` Fadzil.Setahu dia Dato`Fadzil sekeluarga memang baik,biarpun terdiri daripada golongan berada namun mereka tidak sombong dan lokek untuk bersedekah sedikit harta mereka pada orang yang tak berkemampuan.
            Syed Azmie memandang kosong wajah Razif.Dia mengakui ada benarnya apa yang dikatakan oleh Razif,bukan dia tidak pernah bersolat,malah dia juga ada menunaikan solat istiqarah agar diberi petunjuk dalam membuat keputusan dalam hidupnya.Namun jiwanya seolah-olah telah nekad apatah lagi bila mendengar apa yang selalu Tuan Hariz ceritakan tentang perangai buruk Dato Fadzil yang selalu cemburu dan dengki pada apa yang ada pada ayahnya. Roslan.
“Lagipun Mie,kau tak sayang ke nak sakitkan hati gadis secantik  Nur Syifa tu.Kau ni pelik lah...orang lelaki luar sana tu berebut nak dapatkan dia.Alih-alih kau lain pulak”Omel Razif,saja memancing minat Syed Azmie.
“Jangan haraplah…dia tu dah bertunang.Tak lama lagi nak kahwin”Balas Syed Azmie.Dia mula membayangkan Nur Syifa.
“Tak pa lah.Tak kahwin lagi kan.Sempat lagi tu.”
“Kau gila!Macam mana kalau Sara kena rampas orang ?Apa kau rasa?”
“Ehh...ada perasaan jugak kau ni.Ingatkan hati kau tu dah beku sangat sampai nekad nak gunakan gadis sebaik Nur Syifa untuk balas dendam kau tu.Kasihan lah sikit.”
Syed Azmie hanya terdiam mendengar ujahan daripada sahabat karibnya itu.Apa saja yang ditahu Razif.Bak kata pepatah,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.selama ni dia menanggung duka sendirian,dan hanya dia tahu betapa terseksanya hidupnya tanpa kasih seorang ayah,tanpa belaian seorang ibu,dan tanpa tawa riang dari adiknya.
                                              **********************
SEMENJAK pertemuan hari itu,Nur Syifa pelik melihat Syed Azmie yang sering mengunjunginya di Menara Holding.Jika tak pun lelaki itu akan menelefonnya samaada atas urusan kerja ataupun mengajaknya keluar.Nur Syifa mula berasa lemas.Bukan itu sahaja,Syed Azmie juga ada menghantarnya bunga,tidak kurang juga dengan kad ucapan beserta kata-kata romantis.Sudah dijelaskan pada lelaki itu bahawa dia sudah bertunang dan akan berkahwin beberapa minggu dari sekarang,tapi semuanya tidak dapt menghalang tindakan lelaki itu.
Petang itu dia sengaja keluar awal dari Menara Holding untuk meluangkan masa dengan tuning tersayang selain  mencuba beberapa baju pengantin bagi perkahwinan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.Jelas kegembiraan diwajah mereka kerana hari bahagia bakal tiba.Saiful dan Nur Syifa memilih Butik pengantin Kasih Renjis yang terletak di Ampang sebagai hiasan untuk baju pengantin mereka.Warna putih bersih dipilih sebagai warna tema baju pengantin mereka,warna suci lagi harmoni itu menjadi pilihan sebagai lambang kisah percintaan mereka yang suci.
Penat membeli belah di Midvalley Mega Mall,Nur Syifa dan Saiful merehatkan diri di salah sebuah restoran berhampiran Midvalley.Saiful memandang wajah Nur Syifa tanpa henti.
“Kenapa pandang saya macam tu?”Soal Nur Syifa,dia yang kehausan terus meneguk air dihadapnnya kini.
“Saya bertuah kerana memiliki awak sebagai isteri”Ujar Saiful jujur.Wajah Nur Syifa dipandang lagi.Nur Syifa hanya tersenyum.
“Saya juga wanita yang paling bertuah kerana awak sudi mengambil saya sebagai isteri awak...saya wanita yang banyak kurangnya,dan saya harapkan awak untuk membimbing saya menjadi isteri yang solehah dan diredhai Allah...”Kata Nur Syifa dengan ikhlas.Ya sememangnya dia yang sangat bersyukur pada Allah kerana takdirkan hidupnya dengan lelaki yang berada dihadapannya kini,dan dia yakin untuk menyerahkan hidupnya untuk lelaki yang bernama Saiful Anuar.
“Saya pun harap kita dapat lalui hidup berumahtangga dengan baik nanti,saya pun banyak kekurangan dan saya harap awak dapat terima saya dengan seadanya.”
“Ya...saya tak sabar tunggu hari bahagia kita.”Manis senyumannya dihadiahkan pada tunang tercinta.Saiful tersenyum.Jus oren di hadapannya diteguk.Bukan saja dirimu sayang,saya juga tak sabar tunggu hari bahagia kita.
“Saya berjanji...saya takkan siakan hidup awak.Hanya Allah yang tahu betapa saya amat mencintai awak Syifa,dan hanya Allah yang akan pisahkan kita.”Nur Syifa tunduk mengangguk,dalam hati dia berasa lega mendengar kata cinta dari mulut Saiful.Kini dia yakin bahawa dia memang akan bahagia bersama dengan Saiful,lelaki yang juga amat dicintainya itu.
“Oh ya...awak teka siapa lagi yang akan datang masa majlis kita nanti?”Soal Nur Syifa menceriakan suasana yang kelihatan hening tadi.
“Siapa?”
“Aleeya...dia balik dari London lusa..”Ujar Nur Syifa terbayang wajah teman baiknya itu yang mengambil jurusan perubatan di UK.
“Yaka.Lama jugak ya tak jumpa Lion Girl tu ya,mulalah awak nak berkepit dengan dia nantikan...tinggallah saya sorang.”Saiful mula mencebikkan bibirnya,bukan dia tidak kenal dengan bakal isterinya ini tidak pernah berenggang denganAleeya sahabat karibnya itu semasa di London dulu silap hari bulan dia dibiarkan saja.
“Alah awak ni...dengan leeya pun nak jelous ya.Saya rindu sangat dengan dia”ujar Nur Syifa biarpun dia tahu tunangnya itu hanya bergurau.
“Agaknya ya...dia dah jumpa tak lelaki mat salleh dia tu siapa nama dia Kelvin kan?”Soal Saiful teringat dia bagaimana Aleeya hangat bercinta dengan Kelvin,lelaki kelahiran Perancis.
“Mana ada.Dia dah lama putus dengan Kelvin sebab parent Kelvin tak restu hubungan mereka...”jelas Nur Syifa,dia masih ingat macam mana kecewanya sahabatnya itu terpaksa melepaskan Kelvin cinta pertamanya.Aleeya yang berjiwa cekal itu terus berusaha menghabiskan ijazahnya dalam bidang kedoktoran dan bakal pulang lusa setelah 7 tahun di negara orang putih itu.
“Tak tahu pulak saya.Eermm…cakap kat dia,banyak doktor-doktor tanah melayu ni.Pilih saja.”saran Saiful.



IHD-Bab 7

  “Rupanya awak ni anak Dato`Fadzil ya Dira.” Soal Syed Azmie tiba-tiba setelah mereka keluar dari restoran seri  melayu tadi.Wajah Nur adira dipandang,memang ada sedikit iras wajah Nur syifa `macam mana aku boleh tak perasan ya?’bisik Syed Azmie dalam hati.Kedua-duanya adik beradik tapi kenapa ya hubungan mereka tidak seperti itu? Soalan itu terus berlegar dalam fikiran Syed Azmie.
“Kalau saya anak Dato Fadzil habis tu awak ada masalah ker?”Soal Nur Adira hatinya masih membara melihat kakaknya tadi bersama dengan Syed Azmie.Biarpun sudah dijelaskan bahawa mereka hanyalah berjumpa atas urusan bisnes tapi NurAdira tetap tidak berpuas hati,baginya kakaknya itu akan merampas apa saja yang dia suka termasuk lelaki.Syed Azmie mula menggelengkan kepala,marah sungguh gadis disebelahnya ini,kalau tidak gadis itu akan kuat memegang tanggannya dan akan bermanja dengannya.
Bagi Syed Azmie perkenalannya dengan Nur Adira adalah sama seperti gadis lain hanya untuk berfoya-foya.Terpulang pada gadis itu untuk menganggapnya sebagai apa.Bila dilihat lagi berbeza sungguh perwatakan Nur Adira dengan Nur Syifa bagai langit dengan bumi.Nur syifa gadis ayu yang muslimah menggunakan hijab,serta sangat bersopan santun.Ketegasan Nur Syifa telah membuatnya berjaya menerajui empayar Menara Holding.Nur Adira pula nampak belum matang dan pakaianya juga mengalahkan orang barat.Syed Azmie mula mengukir senyuman, dia memikirkan jalannya yang makin mudah untuk membalas dendam pada keluarga Dato Fadzil segalanya sangat mudah dalam fikiran Syed Azmie,cuma sekarang dia harus mengatur strategi yang lebih terperinci agar boleh melibatkan diri dalam keluarga Nur Syifa.
“Apa yang awak fikirkan”Soal Nur Adira kepada lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu melalui rakannya Mona.Dia mengakui kali pertama berjumpa dengan lelaki itu telah membuatkan dia jatuh cinta dan dia juga menyedari perasaan Syed Azmie sebaliknya tapi dia akan buat Syed Azmie akan tunduk padanya suatu hari nanti.Ya,itu janjinya..!
“Saya fikirkan...selama ini macam mana saya boleh tidak tahu yang awak dan Nur Syifa tu adik beradik .Kembar pulak tu...tapi awak berdua berbeza sangat”Akhirnya ayat itu terlahir juga.Dia memandang Nur Adira yang jelas masih marah
“Kenapa?Awak dah jatuh hati pada dia pulak ker?”soal Nur Adira kembali tanpa menjawab soalan yang ditanya Syed Azmie,dia makin sakit hati bila Syed Azmie masih memikirkan gerangan kakaknya itu.
“Kesitu pulak dia...awak yang sorang ni saya tak terjaga apa lagi nak tambah sorang lagi.”balas Syed Azmie,dia sengaja mahu menyejukkan hati teman disebelahnya itu.Dapat dilihat gadis disebelahnya kini mula tersenyum itulah perbezaan diantara Nur Syifa dan Nur Adira.Nur Syifa akan tidak selesa bila diusik begitu berlainan dengan Nur Adira yang suka diusik begitu.
“Tak lah saya ingat awak dah mula jatuh hati dengan dia tu”
“Hubungan awak dengan kakak awak tu tak baik ya..?”Soal Syed Azmie lagi memang dia ingin lebih banyak tahu perihal keluarga musuhnya itu.
“Tak nak lah cakap hal ni...buat sakit hati jer”kata Nur Adira,dia memang malas memikirkan kakaknya itu.
“Errmm...okey.Dah makan ?Kalau belum kita pergi makan dulu ya..nanti kosong perut tu.Susah...sejukkan hati tu dulu ya” Pujuk Syed Azmie.Nur Adira hanya mengangguk hatinya mula resah,resah akan kehadiran kakaknya dalam hidup Syed Azmie.
                                             ********************
PETRICIA menghempas beg tanggannya di atas katil.Hatinya membara bila melihat lelaki pujaannya berduaan dengan seorang wanita petang tadi.Niatnya yang hanya ingin menjamu selera terbantut bila melihat kelibat Syed Azmie dengan seorang wanita bertudung.Petricia semakin geram ,habis bantal dan cadar tilamnya di selerakkan.Air matanya mula gugur rasa sakit hati makin menggunung,Masih segar diingatannya kenangan antara dia dan Syed Azmie suatu ketika dahulu.Segalanya sungguh indah,apa saja sanggup dia lakukan untuk pujaan hatinya itu .
       “Siapa perempuan tu sayang ?Kenapa you mesra sangat dengan dia?”Marah Petricia hari tu semakin membuak,bukan sekali dia berjumpa Syed Azmie tapi dah berkali-kali .Selama ni dia cuma menegur tapi kali ini dia tidak tahan.Perhitungan harus dibuat.
“Dah kenapa dengan you ni? Buang tabiat ke?”Soal Syed Azmie hatinya mula membara melihat Petricia marah tidak tentu  pasal,macam kena rasuk hantu gayanya.Memang selama ni dia rapat dengan Petricia namun itu tidak bermakna Petricia  harus mengongkong kehidupannya seperti itu.Lagipun dia hanya menganggap Petricia teman rapatnya sama seperti yang lain.
“Memang I dah buang tabiat...you sedar tak apa yang you dah buat kat I?You dah lukakan hati I.Keluar dengan perempuan sana-sini,you ingat I boleh tahan ke?”Marah Petricia,segala kemarahannya dihamburkan pada lelaki di hadapannya kini.Ya,dia memang tidak dapat bersabar lagi bila diperlakukan begitu.
“Apa you cakap ni?Bila masa pula I lukakan hati you?”Soal Syed Azmie ,dia tidak puas hati dituduh  seperti itu.Bukan dia tidak faham perasaan Petricia,dia juga sedia maklum yang Petricia menaruh hati padanya.Cuma Petricia tidak menggetarkan jiwanya,tidak membuatkan jantungnya berdegup bila bersua muka,tidak membuatkannya rindu bila sesaat tidak berjumpa.
“Mie...you sendiri tahukan macam mana setengah mati I cintakan you.I sanggup buat apa saja demi you mie.Takkan itu pun you tak boleh nak nampak”Rayu Petricia,hatinya sendu bila memikirkan yang cintanya tak pernah dihargai lelaki itu.Syed Azmie menatap wajah Petricia,hatinya sedikit tersentuh melihat pipi yang basah dengan air mata itu.Namun apakan daya dia tidak mempunyai sedikit peraasaan pada wanita itu.
“Okey.Macam ni saja lah...baik I terus terang dengan you.I minta maaf andai selama ini cara I buat you rasa yang I cintakan you.Tapi…Ii memang macam ni,I anggap you tak lebih dari seorang teman.I mengaku salah I.I minta maaf ya.”ujar Syed Azmie,bukan masanya lagi untuk berdiam diri dengan kerenah Petricia.Bukan dia tidak tahu yang beberapa orang kenalan wanitanya mengadu yang Petricia datang menyerang mereka siap memberi amaran agar menjauhinya.Wajah Petricia dipandang kosong  jelas kekecewaan di wajah manis itu.
“You cakap apa ni?Yang you heret I kesana kemari tu apa? You  jangan nak main-mainkan I mie...”marah Petricia,suaranya makin meninggi.
“Okey,itu salah I.Tapi...I tak pernah cakap pun yang I cintakan you.Buat masa ni,I tak nak fikir soal perasaan.”ulas Syed Azmie,kalau boleh dia tak nak lukakan hati Petricia,tapi dia tidak ada pilihan cepat atau lambat Petricia harus tahu perasaan dia yang sebenar.Petricia hanya mampu mengalirkan airmata kata-kata Syed Azmie betul-betul bagai sembilu menusuk kedalam tangkai hatinya.
            Petricia kembali ke alam nyata airmatanya kian deras mengalir.Biarpun peristiwa itu sudah lima bulan berlalu namun hatinya begitu sukar melupakan pujaannya yang satu itu.Segalanya masih jelas dalam kotak ingatnnya,tangganya kian kuat menggenggam cadar tilam.kini rasa cinta bertukar benci.Dia benci melihat Syed Azmie begitu senang memainkan perasaannya.Dia tekad,Syed Azmie harus menanggung segala perbuatannya.Telefon bimbit ditekan,setelah beberapa saat menunggu kedengaran suara menyahut panggilan tersebut.
“Shane,kita tukar plan...kita jumpa malam nanti.”Ujar Petricia terus mematikan talian.Bibirnya menguntum senyum,tiada lagi airmata yang mengalir seperti tadi.Hanya dendam yang perlu di balas.Petricia nekad.
                                         


IHD- Bab 6


Seperti yang dijanjikan  Nur Syifa tiba di Restoran Seri Melayu di jalan conlay.Matanya melingas mencari kelibat orang yang dicari,wakil dari Global Trading.Nur Syifa mengambil tempat yang agak terpencil  untuk merehatkan diri serta memudahkan urusan perniagaanya berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.Keadaan cuaca yang panas terik sedikit membuat kepalanya  sedikit berdenyut,lima minit kemudian air teh o ais yang dipesannya sudah siap dihidang,pantas Nur Syifa meneguk air tersebut bagi menghilangkan dahaga,sesekali dia memandang jam ditangannya,hampir sepuluh minit dia menunggu,namun wakil dari global trading belum juga tiba.
“Maaf lama tunggu,jalan jam tadi...”Ujar seorang lelaki yang datang terus mengambil tempat  di hadapan Nur Syifa.Berkerut dahi Nur Syifa memandang lelaki yang tanpa salam mengambil tempat di hadapannya kini.
“Awak ni.....”
“Maaf lupa nak kenalkan diri…saya Syed Azmie.Wakil dari Global Trading.”Ujar Syed Azmie,dia tersenyum manis memandang gadis bertudung hitam di hadapannya kini.Sekejap matanya terpaku pada gadis ini ‘dia memang cantik...sangat cantik...’Dalam diam  tanpa sedar Syed Azmie memuji keindahan ciptaan Allah yang dimiliki oleh Nur Syifa.Huluran salam dari Syed Azmie hanya dibalas dengan senyuman,bukan sombong tapi dia sedar batas seorang wanita muslim.Syed Azmie yang faham dan hanya tersenyum sipu.
“Saya rasa,saya macam pernah jumpa En.Azmie...tapi,mana ya..?”akhirnya persoalan itu terlahir jua dari mulut Nur Syifa.Dia memandang sekilas pada lelaki berkaca mata hitam di hadapnnya kini,Syed Azmie tersenyum mendengar persoalan dari Nur Syifa.
‘Boleh pula dia lupakan aku,it`s ok...one day you`ll never ever forget every single thing about me.’ujar Syed Azmie dalam hati.Matanya masih melekat pada wajah Nur syifa,Nur Syifa yang perasan situasi itu mula berasa tidak selesa diperhatikan sebegitu.Renungan lelaki itu walaupun di halangi kacamata hitam  itu begitu banyak makna pada  fikirannya.
Maybe...Cik Nur Syifa boleh lupakan saya.Tapi saya tidak...”Ujar Syed Azmie,kata-kata itu menimbulkan sedikit tanda tanya pada Nur Stifa.Keningnya dikerutkan cukup sebagai tanda menagih seribu jawapan
“Cik Nur ingat tak yang Cik Nur pernah langgar kereta saya,dan tinggalkan saya dengan sekeping kad saja...ingat tak?”soal Syed Azmie dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibirnya,Nur Syifa merenung tepat kearah Syed Azmie cuba mengingati peristiwa yang disebut lelaki itu.
“Ohh... im sorry.Saya betul-betul lupa...how your car now?Sorry hari kita terserempak di KFC hari tu saya tak sempat nak tanya lebih tentang kereta En.Azmie.”Soal Nur Syifa,dia kini ingat itulah lelaki yang dilanggar nya seminggu yang lepas termasuk kali ini sudah tiga kali mereka bertemu tapi Nur Syifa gagal mengingati wajah lelaki itu,kecil betul dunia ini...bisik hati kecil Nur Syifa.
“Kereta saya dah okey,yalah Cik Nur pun tak pernah nak ambil tahu lepas langgar kereta saya hari tu.Semuanya setiausaha Cik Nur yang aturkan”Ujar Syed Azmie,Nur syifa terus memandang Syed Azmie dia merasakan kata-kata lelaki itu seperti satu sindiran yang dia seorang yang tidak beertanggungjawab.
“Maafkan saya En.Azmie,saya betul-betul tak ada masa...saya minta maaf sangat-sangat kalau Encik terasa dengan sikap saya”
It`s okay.Kereta tu pun dah okey...so no need to worry”balas Syed Azmie,dia mula mengalihkan pandangannya di sekeliling,keadaan restoran yang sedikit lengang mungkin akan memudahkan urusan mereka nanti.Jam ditangan dipandang sekilas,baru menunjukkan pukul 3 petang.
“Bagaimana awak boleh tahu yang saya wakil dari Menara Holding ?”soal Nur Syifa memecahkan kesunyian dia antara mereka.
“Agaknya penyakit pelupa Cik Nur ni makin kritikal ya...”Jawab Syed Azmie.Sekali lagi membuat Nur Syifa kebingungngan`Kenapa dengan lelaki ni...lain yang ditanya lain pulak yang di jawab...’Syed Azmie hanya tersenyum.Bukan apa dia gemar melihat wajah Nur Syifa yang jelas kebingungan itu.
Sorry...?”akhirnya Nur Syifa menjawab pertanyaan Syed Azmie dengan soalan kembali.
“Cik Nur lupa ker yang Cik Nur ni popular...siapa tak kenal jutawan wanita termuda di malaysia ...”ujar Syed Azmie, Nur Syifa di pandangnya hanya tersenyum hambar mungkin kurang bersenang dengan apa yang baru di katanya tadi.
“Kita terus saja dengan objektif asal kita berada di sini...so i guess En.Azmie nak tahu tentang Menara Holding.Right?”Ujar Nur Syifa,dia bukan apa dia berasa kurang selesa berada di samping lelaki itu.Baginya lelaki yang bernama Syed Azmie ini sangat suka bermain dengan perasaan.Sifat kuat mengusik lelaki ini membuatkan dia tidak selesa untuk betah berbincang dengan lelaki di hadapannya kini,perkiraannya sepuluh minit dari sekarang dia akan minta diri untuk pergi.
“Saya dah siasat latar belakang Menara holding sebelum saya serahkan proposal saya hari tu.Sorry to say this… company saya tak kan berkerjasama dengan sebarangan company...”jelas Syed Azmie.Bibirnya masih menguntum senyum untuk usahawan muda itu.
What you mean about this meeting?Eerrmm..?”soal Nur Syifa lagi,dia belum berpuas hati jika dah tahu tentang Menara Holding kenapa perlu ada perjumpaan ini..?Syed Azmie terdiam seketika,wajah manis dihadapannya di pandang dengan satu  pandangan yang sukar di mengertikan.tanpa senyuman seperti tadi.
Well..i just want to know about you”jawab Syed Azmie dengan selamba tanpa sedikit memperdulikan reaksi Nur Syifa yang jelas terperanjat dengan  pengakuannya itu
“En.Azmie...pihak kami dah terima proposal syarikat En.Azmie...saya akan suruh pengurus projek uruskan secepat mungkin tentang apa yang pihak En.Azmie perlu buat.Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri dulu”ujar Nur Syifa dengan tegas sambil berura-ura hendak meninggalkan restoran tersebut.
By the way Cik Nur...selepas ni kita akan kerap berjumpa.Saya harap kita dapat berkerjasama dengan baik.”
“Itu En.Azmie tak perlu risau.Pekerja saya tahu nak buat kerja macam mana”Nur Syifa segera bangun dari kerusi dan mencapai beg tangannya,hanya dibiarkan Syed Azmie memandang tindak tanduknya.Langkah Nur Syifa terhenti bila terpandang seorang gadis yang meuju kearah mereka.
                                            
                                     ****************************
“APA you buat kat sini and dengan dia?”Soal gadis itu pada Nur Syifa ,matanya tajam menikam Nur Syifa.Pandangngannya dialihkan ke arah Syed Azmie yang masih kelihatan terkejut.
“You pulak buat apa kat sini”Soal Syed Azmie pada gadis itu.
“Apa you cakap ni?I dari jauh tengok you.Apa urusan you dengan dia ni”Soal gadis itu lagi,sambil matanya memandang sinis kearah Nur Syifa.
“Adik.kakak ada urusan bisnes dengan dia…adik dah kenal En.Azmie ker”Jelas Nur syifa,dia tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan adiknya disitu,dan yang paling mengejutkan dia Nur Adira dan Syed Azmie saling kenal.
I`m not talking to you,mie...kalau urusan you dah selesaikan kita boleh pergi sekarang”Ajak Nur Adira tangannya memaut lengan Syed Azmie.
“You dengan dia adik beradik ker”Soal Syed Azmie yang masih kebingunggan.Wajah Nur Adira di pandang bersilih ganti dengan wajah Nur Syifa.Bagaimana dia boleh tersilap pandang selama ni..? Kenapa dia boleh tak tahu yang selama ini dia sudah punya peluang untuk lebih menyakitkan Dato`Fadzil.Seminggu mengenali Nur Adira belum cukup membuatnya tahu siapa gadis itu sebenarnya.Rupa-rupanya Nur Adira adalah anak kepada musuhnya.Bibirnya mula mengukir senyuman.
“Kebetulan pulak kan Cik Nur....”soal Syed Azmie pada Nur Syifa.Nur Syifa mula tidak sedap hati matanya berlaga dengan mata adiknya yang sememangnya amat mendendaminya.
“Saya minta diri dulu.Apa-apa pihak saya akan hubungi pihak En.Azmie.Assalamualaikum...”ujar Nur syifa terus berlalu pergi,dia tidak betah lagi berhadapan dengan dua insan itu lagi.Pada firasatnya adiknya pasti akan fikir yang bukan –bukan tentang dia dan Syed Azmie`Ya Allah aku tidak sanggup lagi hendak berterusan bermusuh dengan adikku`.