Thursday, March 6, 2014

Bab 11





BAB 11
Aira mengerling jam di tangannya. Aduh, matilah aku kena hempuk dengan si singa jadian tu, dah pukul sembilan setengah ni. Ini semua salah Mila yang bangun lambat.Huh! Sempat Aira mengomel dalam hati. Pantas kakinya berlari memasuki studio lelaki tu.
            Pintu studio dibuka perlahan, Wah..ramainya! Ada event ke ni? Azlan dan Rahim masing-masing dengan kerjanya. Aira melilau matanya mencari kelibat seseorang, mana singa jadian tu?
            “Rahim kau take over sini!” tengking satu suara, Aira mengarahkan matanya menangkap di mana datangnya suara itu. Kelibat Jemy mula kelihatan, lelaki itu dilihatnya sudah bercekak pinggang berdiri di hadapan barisan pakaian-pakaian yang tersidai kemas di satu sudut. Jantung Aira mula bergetar laju. Takut pulak nak masuk studio hari ni. Apa nak buat ni?
            “Jemy, model tak make up lagi ni.” Suara Azlan pula menyampuk. Jemy mengeluh kasar, mencerlung mata Aira bila melihat Jemy sudah menghempas kuat kertas di tangannya. Pintu studio ditutup kembali. Perasaannya cuak tiba-tiba.
            Nak masuk ke tak ni? Aira mula berkira-kira. Tangannya sudah melekap didadanya yang berdebar kuat, macam nak tunggu hukuman je ni. Aira tak henti-henti menyalahkan Mila.Ini semua Mila punya pasal! Siaplah kau nanti! Marah Aira.
            Tak semena-mena pintu studio dibuka dari dalam. Aira sudah memejam matanya, takut untuk melihat kemarahan bosnya itu.
            “Aira!” sergah Azlan, bahu rakannya itu dicuit perlahan. Aira mula membuka matanya.Huh..selamat, ingatkan harimau jadian tadi.
            “Kenapa lewat?” soal Azlan separuh berbisik.
            “Sorry..aku ada hal tadi.” Muka Aira jelas takut.
            “Matilah kau hari ni Aira, tu! Singa jadian dah tukar jadi serigala jadian dah.” Ujar Azlan, dia sendiri pun cuak bila Jemy dah mengamuk sakan.
            “Hah! Aduh, macam mana ni? Perlu ke aku resign aje?” tangan Aira sudah kesejukan. Takut pulak dia. Kalau macam ni lah, tak jadi model pun tak apa.
            Pintu Studio tiba-tiba terbuka dari dalam. Aira dan Azlan sudah saling berpandangan. Terjengul muka Jemy di muka pintu, berdebar-debar dada Aira, tidak berani pula dia manatap muka Jemy tika ini. Pasti kena telan lepas ni.
            “Dah tahu lewat, tak reti nak buat kerja lagi ke?” marah Jemy, pintu studio dihempas kuat. Terkesima Aira seketika. Aduh, ingin saja dia lari tika ini. Menyampah pulak nak mengadap muka serigala jadian tu.
            Patutlah sibuk semacam je, rupa-rupanya Jemy ada sesi pengambaran dengan empat orang model baru dari agensi Kiki. Satu-persatu model-model tersebut mendapat sentuhan dari Aira, mujur sahaja dia pandai sikit bab-bab solekan dan fesyen ni, kalau tak mahu terbakar dia mendengar bebelan dari serigala jadian tu.
            Hampir sejam juga Aira nak menyiapkan keempat-empat model lelaki tu. Peluh yang mula merenek didahinya disapu perlahan. Rambut yang tadi dibiarkan lepas, kini diikat satu.Panas pula hari ni.
            “Minum dulu!” terkejut Aira bila sebotol air mineral berada di depan matanya, perlahan kepalanya didongakkan, muka serius Jemy menjadi santapannya. Perlahan air mineral itu disambut.
            Selepas menyerahkan air kepada Aira, Jemy berlalu menuju ke monitor. Dia hanya tersenyum apabila gadis itu sudah meneguk air yang diberinya tadi.
            “Akak dah lama ke kerja sini?” soal Mimi tiba-tiba.
            “Boleh tahan.” Jawab Aira acuh tak acuh. Kakak? Tua sangat ke aku ni? Boleh pula dia panggil aku kakak? Nak kena dia ni. Aira cepat meratakan solekan di wajah Mimi.
            “Jadi akak kenallah abang photographer tu.” Kelincahan Aira terhenti. Abang Photographer? Jemy ke? Aira menoleh seketika kearah Jemy yang begitu asyik dengan kameranya. Senyuman manis yang terukir di wajah Mimi menyesakkan sedikit nafas Aira. Jangan-jangan budak tak cukup umur ni dah jatuh hati kat Jemy kot.
            “Handsome kan kak?’ suara Mimi kembali menerjah ketelinganya. Sakit pula hati ni! Omel Aira.
            “Aa..memang handsome. Kenapa? Berkenan ke?” ujar Aira dengan geram.
            “ Dia dah ada girlfriend ke kak?” Mimi lincah menyoal, matanya tak lepas memandang lelaki pujaannya itu. Jatuh hati pulak dia melihat muka kacak lelaki itu.
            “Kalau nak tahu, semua model-model yang buat photo shoot dengan dia, semua tu girlfriend dia. Jadi, kiranya adik ni ada peluanglah nak jadi girlfriend dia.” Sengaja Aira menekan perkataan adik tu. Berubah riak muka Mimi, segera dia bangun menghampiri rakan kenalannya.
            “Ok girls, lets start!” Jemy sudah meletakkan kameranya di camera stand. Seketika dia menoleh kearah Aira yang menghabiskan minuman yang diberinya tadi. Tersenyum sendiri Jemy dibuatnya. Gadis itu degil, tapi comel di matanya. Terpalit simpati juga dia melihat keadaan Aira yang kelihatan penat, maklumlah..gadis itu bukan pernah bekerja keras seperti ini. Dia sendiri pun kurang pasti kenapa gadis itu begitu nekad ingin bekerja dengannya?
            Jemy memberi isyarat pada Rahim dan Azlan supaya bersiap sedia. Keempat-empat model sudah memasuki set. Dengan background bewarna putih menonjolkan lagi penampilan model-model baru tersebut.
            “Ready?” soal Jemy seketika kepada model-modelnya sebelum memulakan photo shoot. Melihat model-model tersebut mengangguk, Jemy mengemaskan lagi kameranya.
            Aira sudah menapak kearah Rahim yang sudah berdiri berhampiran set. Kebiasaannya memang begitu, setiap kali Jemy melakukan sesi pengambaran, dia akan berada hampir di set pengambaran untuk melihat sendiri aksi-aksi model tersebut. Sempat Jemy mengerling sekilas, mulalah si Aira ni nak resahkan aku! Bebel Jemy.
            “Ready. One, Two, Three!” gambar pertama berjaya ditangkap. Jemy mengarahkan model-model tersebut menukar posisi. Aira hanya memerhati, dalam diam kagum melihat cara Jemy berkerja. Profesional. Leka seketika Aira memandang kearah Jemy, baru kali ini dia memerhati lelaki itu berkerja. Bersungguh betul dia menangkap gambar model-model tersebut, lelaki itu berkerja seolah-olah tiada esok. Orang di sekeliling pun dia tak perduli. Syok sangat kot dapat ambik gambar perempuan-perempuan seksi kat depan tu. Omel Aira bernada cemburu. Cemburu? Aira tak sanggup memikirkannya dua kali.
            “Dah jatuh cinta ke?” usik Rahim tiba-tiba. Terkejut Aira dibuatnya, mana tidaknya dia begitu asyik menatap muka si harimau jadian tu.
            “Jatuh cinta?” Aira menyoal tidak faham. Bukan tidak faham, tapi buat-buat tidak faham. Takkan nak bagitahu si Rahim ni yang dia dah terjatuh sayang dengan si photographer tu. Malu dia nanti. Jatuh sayang? Aduh, kau memang dah gila Aira!
            “Yalah, kau tengok cara dia berkerja tu, tersangatlah hebat. Tak jatuh hati ke? Aku tengok si model-model tu tak lepas pandang kat dia.” Sambung Rahim. Aku, kau? Jangan hairanlah pulak kalau dia berkomunikasi sebegitu dengan si pujaan hati bosnya itu, cuma dia mula rasa itu lebih dekat lagi. Saya, awak, macam formallah pulak.
            “Yake? Aku rasa biasa je..” Aira menyembunyikan getar di hati. Hisy, Rahim ni macam dapat baca je hati aku.
            “Okey, Next” Jemy meletakkan semula kamera di atas stand. Azlan pula telah begerak ke monitor untuk memilih gambar-gambar yang terbaik.
            “Yang ni okey lan,” Jemy hanya berdiri berpeluk tubuh untuk membantu Azlan memilih gambar-gambar yang diambilnya tadi.
            “Pandailah awak ambil gambar, sekejap je.” Mimi muncul di sebelah Jemy, sengaja dia merapatkan sedikit badannya berpura sama-sama memilih gambar. Azlan hanya tersenyum melihat muka kelat Jemy.
            Jemy menoleh bila mendengar bunyi barang yang dihentak kuat. Wajah Aira yang mencuka sambil menghempas barang solekan di atas meja mengundang riak hairannya. Apa kena dengan dia ni? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba taufan!
            Satu persatu barang solek sengaja dihempas dengan kuat. Entah kenapa sakit hati betul dia dengan perangai gedik si Mimi tu. Saja nak menggatal!
            “Apahal tu Jemy?” Azlan menyoal perlahan. Jemy hanya menjungkit bahu. Dia sendiri kehairanan.
            Tiba-tiba Jemy teringatkan sesuatu, dia berjalan menghampiri Aira. Wajah mencuka Aira dipandang sekilas.
            “Nak apa?” soal Aira kasar. Tangannya masih ligat memasukkan alat solek ke dalam bekas. Dia sendiri tidak tahu, kenapa dia tiba-tiba nak marah.
            “Aku nak cakap sesuatu ni.” Ujar Jemy perlahan.
            “Cakap je lah, tak payah nak berbunga-bunga. Tak sesuailah!” Potong Aira keras.
            “Boleh tak bila aku tengah buat kerja, kau jangan nak sibuk-sibuk bersembang dengan Rahim lah, Azlan lah. Boleh tak kau duduk sini aje?” terkebil-kebil mata Aira memandang Jemy. Apa kena dengan lelaki ni? Boleh pulak dia nak halang aku bercakap dengan sesiapa? Ini dah melampau! Dia siapa nak halang-halang aku?
            “Apahal pulak?” Aira menyoal keras.
            “Aku tak suka!”
            “Apahal pulak?”
            “Aku tak boleh nak fokus!”
            “Ap..”
            “Boleh tak kau jangan nak banyak tanya? Aku tak suka, tak suka je lah.” Kali ini Jemy membuat simpulan. Aduh, dia sendiri pun tak faham apa dah jadi dengan dirinya ni. Hilang fokus dia bila melihat gadis itu berbual mesra di depannya. Takkan, aku betul-betul sukakan dia? Jemy berfikir sendiri.
            “Nak cakap orang, dia sendiri boleh pulak nak menggatal dengan model-model tu.” Bebel Aira.
            “Bila masa pulak aku menggatal?” Jemy mula bercekak pinggang. Boleh dia tuduh aku menggatal. Bila masa pulak?
            “Tadi..tadi tu apa?” Aira menyoal penuh getar.
            “Tadi tu..” Terhenti Jemy seketika. Dia memandang Aira yang masih memandang kearahnya. Tunggu! Ada yang pelik di sini. Aira cemburu ke? Jemy sudah tersenyum dalam hati. Keningnya sengaja dikerutkan, betul ke ni?
            “Jemy cepatlah!” laung Azlan tiba-tiba.
            “Kita belum selesai lagi Aira. Lepas kerja kita bincang lagi ya. Dah, tak elok marah-marah.” Sempat Jemy mencuit hidung Aira sebelum berlari mendapatkan Azlan. Aira terkesima dengan tindakan spontan lelaki tu. Nak bincang apa? Sudah..Aira mula kepeningan. Takkan nampak sangat aku sukakan dia? Ahh! Malunya...


2 comments: