Tuesday, March 11, 2014

Bab 14





BAB 14
NO!” Bantah Jemy keras. Membuntang matanya memandang Mia. Permintaan wanita itu sudah melampau. Aira jadi model? Dia tak boleh terima! Jemy menggeleng buat sekian kali.
            Kiki dan Mia sudah tergamam. Reaksi Jemy di luar jangkaannya. Rahim dan Azlan pula sudah kaku tanpa kata. Tanpa kata Mia bergerak menghampiri Aira, gadis yang tidak dikenalinya itu.
            “Cik?”
            “Aira..” balas Aira sepatah, dia sendiri kurang pasti akan situasi tersebut.
            “Cik Aira. Mari sini.” Ajak Mia, tangan Aira ditarik menghampiri Jemy dan Kiki.
            “Kau tengok sini, tinggi agak-agaknya sudah 170 cm, berat pula?” Mia menyungkit keningnya kearah Aira.
            “Hah? Err..50.” jawab Aira perlahan, matanya masih memandang kearah Jemy yang masam mencuka. Kenapa dengan lelaki tu? Marah ke?”
            “That right!” suara Mia mengejutkan yang lain.
            “Mia, kau nak buat apa?” Kiki menyoal hairan.
            “She! Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku.”
            “Apa?” Jemy, Aira dan Kiki serentak bersuara. Aira sudah terkesima. Adakah ini kebetulan? Permulaan untuk mencapai impiannya.
            “Mia, kau bergurau ke?” Kiki semakin mati akal, gila ke Mia ni?
            “Ada dua minggu lagi sebelum show. Kiki kau train dia elok-elok ya. And you Jemy, take a very good shot of her.” Mia menyapai beg tangannya. Pipi gebu Aira dicubit perlahan sebelum meninggalkan studio tersebut.
            “Apa ni?” soal Aira, dia masih kebinggungan. Satu persatu wajah di hadapannya dipandang untuk menagih jawapan.
            “Aira, kau dah okey ke? Kenapa tiba-tiba turun?” Azlan memecah suasana.
            “Aku nak ambil air. Lagipun Kak Mila nak datang.” Jawab Aira bersahaja.
            “Kiki. Settle perkara ni dengan Mia. Cari model lain.” Putus Jemy. Dia sudah menghenyakkan tubuhnya di kerusi. Panas sungguh hatinya.
            “Jemy, kau tahulah perangai Mia tu macam mana.”
            “I don’t care! Just settle this problem A.S.A.P!” Jemy sudah meninggikan suara. Aira sudah terkejut. Marah betul lelaki ni.
            “Jangan libatkan Aira, itu je.” Sambung Jemy, kali ini lebih perlahan. Aira menghela nafas perlahan. Dia faham kenapa Jemy bertindak sebegitu. Hanya untuk melindunginya.
            “Aira, mari saya hantarkan awak balik.” Jemy ingin mencapai tangan gadis itu, namun Aira masih membatu. Wajahnya ditundukkan. Perlahan dia melonggarkan pegangan Jemy di tangannya.
            “Err..”
            “Aira, no!” halang Jemy. Matanya tidak lepas memandang wajah Aira yang kian menunduk. Dia harap gadis itu memahami tindakannya. Melibatkan diri dalam dunia model bukan senang seperti yang disangkakan. Dia tidak mahu Aira melalui semua tu!
            “Jemy, sorry..” Jemy sudah menggelengkan kepalanya. Adakah Aira..
            “Kiki, aku setuju.”
                                                       ************
AIRA masih menunduk di hadapan Jemy. Lelaki itu masih dengan marahnya, dia sudah bercekak pinggang di hadapan Aira. Tidak lepas matanya memandang wajah itu. Buntu dia memikirkan kenapa gadis itu berkeras menerima tawaran Mia yang tak masuk akal itu. Adakah gadis itu memang menyimpan impian untuk bergelar seorang model? Aira, percayalah..benda ni bukan semudah yang awak fikirkan. Jika tak kuat, awak boleh lemas dalam dunia ni. Model bukan dunia awak! Ingin saja dia menjeritkan semua itu ditelinga gadis itu. Tapi bagaimana? Dia tak punya hak!
            “Jemy..” panggil Aira lembut, dia tahu lelaki itu tidak berpuas hati dengan keputusannya. Tapi ini semua dia lakukan demi menunaikan impian mamanya.
            “Awak sedar tak apa yang awak dah buat?” Jemy menyoal serius.
            Aira masih menunduk. Ya, dia sedar! Dia telah menerima tawaran untuk menjadi model. Ini peluang yang dia tunggu-tunggu. Dia tak boleh lepaskan begitu je.
            Jemy mengeluh, Aira masih seperti tadi. Hanya berdiam tanpa sebarang kata.
            “Layakkah saya Jemy?” Aira mengambil tempat di sebuah kerusi yang disediakan khas di taman tersebut. Mukanya mula didongakkan memandang kearah lelaki itu. Lelaki yang telah mencuri hatinya.
            “Aira..”
            “Papa dan mama bercerai masa umur saya sepuluh tahun. Saya tak tahu kenapa mereka bercerai, Tapi..papa  melafazkan talak di hadapan saya. Waktu tu, saya tak tahu apa maknanya cerai..tapi kerana lafaz tu saya dipisahkan terus dari mama sehingga sekarang.” Aira menarik nafas berat. Dia sendiri tidak tahu kenapa ringan sangat mulutnya untuk berkongsi tentang sejarah hidupnya dengan lelaki itu.
            Jemy termanggu. Teringat mimpi gadis itu semalam. Aira meracau-racau memanggil ibunya.
            “Cinta mama pada papa tiada tandingannya. Demi papa, mama melepaskan kerjayanya sebagai model untuk menjadi isteri kepada papa, dan menjadi mama kepada saya dan Abang Akmal.” Aira mula sebak. Mengingat kembali pengorbanan yang pernah dilakukan oleh ibunya itu, hatinya terusik syahdu.
            “Mama awak seorang model?” Jemy mengangguk faham, patutlah Aira begitu cantik. Mungkin diwarisi dari ibunya.
            “Mama seorang model sebelum mengenali papa. Disaat kerjayanya berada dikemuncak, papa memaksa mama tinggalkan dunia modelnya itu. Demi memenuhi cita-cita mama yang tak kesampaian, dari kecil saya dilatih untuk menjadi model oleh mama. Mama nak sangat saya menjadi model.” Senyuman mula terbit dibibir itu.
            “Bila mama dan papa terpisah, saya tak pernah jumpa mama selepas tu..” suara itu berubah sendu. Rasa rindu itu kembali menggamit hati.
            “Maksud awak, tak pernah walau sekali?”
            Aira mengangguk. Jemy sudah menghembus nafasnya, tiba-tiba simpatinya menjalar.
            “Saya rindukan mama. Sebab tu saya nekad untuk bergelar seorang model. Dengan cara itu, saya harap dapat mengurangkan sedikit kerinduan saya ni.” Jemy mengeluh berat. Tiada alasan untuk dia menghalang gadis itu untuk mengecapi impiannya, atau lebih kepada impian ibunya.
            “Awak yakin dengan keputusan awak ni?” soal Jemy lagi. Dia ingin memastikan gadis itu membuat keputusan dengan bijak. Bukan berlandaskan emosi semata-mata.
            “Awak akan ada di belakang saya kan?” Aira meminta kepastian. Andai lelaki itu disampingnya, dia tidak akan gentar. Dia akan meminjam sedikit dari kekuatan lelaki itu.
            “Hubungan kita memang begini..” sambung Aira lagi. Terpegun Jemy. Macam kenal je ayat tu. Seketika Jemy tersenyum lalu mengangguk perlahan.
            “Dengan satu syarat.” Balas Jemy.
            “Syarat?” Aira mempamerkan riak tak puas hati. Apa pulak nak bersyarat-syarat. Tak ikhlas!
“Syaratnya, hanya saya yang akan jadi photographer awak. Setuju?” ujar Jemy. Aira tersenyum. Seraya mengangguk.
            “Ya, saya akan pastikan hanya seorang photographer yang boleh ambil gambar saya nanti. Janji.” Jari kelingkingnya dihulurkan sekali lagi pada lelaki itu.
            “Tak nak lah janji. Nanti mungkir!”
            “Mana ada. Cepatlah..” Aira terus menarik jemari lelaki itu, jari kelingkingnya segera ditautkan pada jari kelingking lelaki itu.
            “Suka main paksa kan?” Jemy berpura-pura marah.
            “Tahu pun.”
            Hanya beberapa ketika, Aira dan Jemy masing-masing leka dengan kesibukan taman petang itu. Kelihatan sekumpulan anak kecil saling berkejaran, ada yang sibuk dengan papan gelongsor, tak kurang juga dengan layang-layang. Indahnya zaman kanak-kanak mereka. Sentiasa ditemani ibu bapa di sisi. Jemy melepaskan pandangannya kepada seorang ibu yang leka membersihkan kotoran yang melekat di baju anaknya, pipi anaknya itu dicium penuh kasih. Hati Jemy tiba-tiba diburu cemburu. Sejak kecil dia tak pernah merasakan kasih dari insan yang bergelar ibu. Dia begitu mendambakannya.
            “Sara tu siapa?” tiba-tiba Jemy teringatkan rantai Aira yang dijumpainya semalam. Wajah Aira berubah tiba-tiba, segera tangannya memegang leher. Ya Allah! Mana rantai aku?
            Jemy menyeluk poket seluarnya. Seutas rantai ditarik keluar, dan sengaja ditayangkan di hadapan gadis itu.
            “Cari ni?”
            “Mana awak..”
            “Awak tercicir semalam.” Rantai tersebut bertukar tangan.
            “Awak tak jawab soalan saya lagi?” sambung Jemy lagi, wajah Aira dipandang meminta jawapan. Dia ingin tahu siapa Sara? Kenapa Aira memakai rantai yang tertulis nama Sara dan bukan Aira?
            “Pasal Sara?” tanya Aira.
            “Kenapa rantai awak tu ada nama Sara? Bukan Aira..”
            “Ohh, saya tak bagitahu awak ke nama penuh saya?” Jemy mengangkat keningnya. Tak pulak dia tahu nama penuh gadis itu. Jemy..Jemy, kata cinta. Nama penuh pun kau tak tahu.
            “Aira Qaisara. Panggil Aira pun boleh, panggil Sa..”
            “Sara!” Aira menoleh kearah Jemy. Lelaki itu tersenyum.
            “Kenapa?” Pelik jugak bila Jemy tiba-tiba menjerit namanya.
            “Mulai hari ini, saya nak panggil awak Sara. Okey?” Berubah wajah Aira. Ya Allah, adakah ini kebetulan atau ini memang takdirmu? Lelaki ini ingin memanggilku dengan nama Sara. Satu nama yang begitu aku rindukan. Indahnya takdirmu Ya Allah! Tanpa sedar, airmatanya jatuh secara tiba-tiba.
            “Kenapa? Awak tak suka ke?” Jemy kerisauan. Ini kali pertama dia melihat airmata itu. Adakah dia telah mengeluarkan kata-kata yang melukai hati gadis itu.
            “Terima kasih Jemy.” Ujar Aira.
            “Saya suka awak panggil saya Sara..” Sambung Aira lagi. Jemy menghela nafas lega. Ingatkan apa tadi. Buat panik je!
            “Saya je yang boleh panggil awak Sara. Ingat tu!”
            “Hisy, tamaknya awak ni!” gurau Aira.
            “Mestilah! Hubungan kita kan memang begini.” Tanpa kata jemari Aira digapai dan digenggam lembut. Terpana Aira seketika, lantas membalas genggaman lelaki i

1 comment:

  1. Hubungan kita memang mcm ni kan?...hee...promise hanya awak jd photographer saya tau...hohoho...like..like...tq acu..

    ReplyDelete