Tuesday, March 11, 2014

Bab 15

BAB 15
Aira masih membatu di dalam bilik persalinan. Satu persatu pakaian yang diserahkan oleh Azlan seketika tadi dipandang sepi. Satu tak berlengan, satu lagi yang mendedahkan bahagian dada. Sesak nafas Aira seketika. Inilah risiko yang harus ditelannya setelah bergelar peragawati atau lebih mudah lagi model!
            Gaun panjang yang bewarna hitam diambil. Biarpun labuh namun dress tersebut mendedahkan bahagian bahunya. Aira mengeluh perlahan, gaun tersebut terpaksa juga disarungkan dibadannya.
            Setelah sepuluh minit Aira keluar dari bilik persalinan. Hanya Allah yang tahu betapa tak selesanya dia mengenakan baju tersebut. Nak menangis pun ada.
            “Cantiknya!” puji Rahim.
            “Betul ke cantik?” Aira kurang yakin. Rambutnya yang beralun sengaja dibiarkan lepas. Matanya tercari-cari kelibat Jemy. Mana pula lelaki tu pergi?
            “Cantik sangat Aira.” Giliran Azlan memuji. Kena sangat baju itu dengan kulit putih Aira, potongan badan Aira yang cantik sesuai dipadankan dengan baju tersebut. Aira hanya tersenyum, sempat matanya menangkap kelibat Jemy yang menuruni tangga. Mati senyuman diwajah Aira bila lelaki itu langsung tidak memandang kearahnya. Jemy terus berjalan menuju ke set.
            “Cepat Aira, Jemy dah nak mula tu!” Azlan menarik Aira memasuki set.
            Aira hanya menurut, matanya masih diarahkan kearah Jemy yang langsung tidak memandangnya. Hodoh sangat ke aku ni? Sikit pun tak nak pandang! Geram betul.
            “Ready?” Jemy menyoal lebih kepada dua orang pembantunya itu.
            Aira mengeluh nafas perlahan. Berdebar juga hatinya saat ini. Tak pernah dia terfikir dia akan berdiri di sini sebagai model lelaki itu. Begini rupanya perasaan itu. Aduh! Nak posing macam mana ya?
            “Okey ready. One, two, three!” Bunyi klik pertama kedengaran. Aira masih termanggu. Dia belum bersedia, tapi Jemy sudah merakam gambarnya.
            “One more.” Pinta Jemy dengan wajah yang masih serius. Ah! Nak posing macam mana ni? Help me! Ingin saja Aira meraung dalam hati. Melihat wajah Jemy yang langsung tidak mempamerkan senyum makin membuatkan hatinya cuak.
            “Jemy nak buat macam mana?” Aira memberanikan diri untuk bertanya.
            “Just look at me!” jawab Jemy acuh tak acuh. Sekali lagi gambar Aira dirakamnya. Azlan dan Rahim mula kerisauan.
            “Macam ni?” Aira memandang Jemy, tangannya kanannya sengaja diletakkan ke pinggang. Macam ni kot, nak posing.
            “Smile, Sara..” ujar Jemy. Lensa kamera dipusingkan.
            Aira hanya menurut, sedaya-upaya dia cuba menghadiahkan senyuman yang paling manis. Seketika kedengaran Jemy mengeluh kasar, tajam matanya memandang Aira.
            “Jemy, relax. Dia tak ada pengalaman.” Rahim memujuk. Bukan dia tak tahu wajah bosnya itu sudah membahang. Kasihan pulak si Aira.
            “Siapa yang bagi dia baju tu? Pergi tukar sekarang!” Jemy mengamuk tiba-tiba. Kedua-dua pekerjanya sudah menerima tengkingan sulungnya. Aira yang mendengar mula sebak. Entah kenapa dia rasa Jemy seolah-olah memarahinya. Lepaskan saja padanya, dia tak kisah!
            Segera Azlan menghampiri Aira, lengan Aira ditariknya untuk ke bilik persalinan. Jemy hanya memandang Aira dari jauh. Wajah kusam wanita itu merisaukannya. Sudah seminggu wanita itu berulang-alik dari pejabat Kiki ke studio. Mungkin dia penat. Jemy segera keluar dari studio, berdentum bunyi pintu dihempas kuat olehnya. Aira hanya mampu memendam rasa, Jemy tidak pernah sabar mengajarnya. Belum apa-apa lelaki itu sudah marah macam itu sekali.
            “Aira sabarlah ya..” Air matanya mengalir tanpa dipinta. Dia benar-benar terasa hati dengan sikap Jemy.
                                                *************


AIRA melepaskan penat dengan berbaring nyaman di atas katil bersaiz king. Wangian rose berbau semerbak di ruang segi empat biliknya. Dia mengiring seketika, ingin dipejam matanya yang mula kantuk. Namun hatinya masih mengdongkol geram dengan sikap Jemy, sewenangnya lelaki itu meninggalkan sesi pengambaran begitu saja. Langsung tidak tahu menjaga hatinya! Kenapalah dia boleh terjatuh suka dengan lelaki sengal macam tu? Kalau orang lain, dah lama kena sembur dengan ayat-ayat pedasnya.
            Lamunan Aira terhenti dengan bunyi deringan di Iphonenya, dengan malas Aira mengambil Iphonenya yang tersadai di tepi katil. Satu mesej masuk.
                                    Dah tdo?
Aira mencebik seketika. Itu je yang dia tanya selepas menyakitkan hati aku dengan jayanya! Tangannya mula menari di skrin Iphone, membalas pesanan dari lelaki sengal tu.
                                    Dah!
Tanpa berfikir, logo send ditekan.
                                    Aik? Org tdo blh plk rep msg?
Aira mengetap bibirnya.
                                    Tdo alaf baru. Xthu ke?
Untuk beberapa ketika, Iphonenya kembali berdering, namun kini menandakan panggilan masuk. Aira menggigit bibirnya. Mesej je lah! Nak call-call pulak. Omel Aira, namun panggilan itu tetap dijawabnya.
“Ada apa?” jawab Aira malas. Bukan merajuk betul-betul pun, saja nak jual mahal sikit dengan lelaki sengal tu, biar dia tahu sikit macam mana nak jaga perasaan orang!
“Saya kat bawah ni. Jom keluar.”
Hampir melambung Iphonenya mendengar kata-kata lelaki tu. Kat Bawah? Bawah mana? Dia kat rumah aku ke? Aira terus terjun dari katil, pintu gelongsor biliknya dibuka. Dia dapat melihat dengan jelas kereta BMW X6 lelaki itu sudah diparkir kemas di hadapan rumahnya. Gila! Mahu Tan Sri tengok, tak ke naiya jadinya.
“Awak buat apa kat sini?” Aira menyoal takut. Keliling rumahnya dipandang, takut-takut papanya tiba-tiba keluar menghirup angin malam.
“Jom keluar.” Ajak Jemy lagi.
“Tak nak!”Aira masih dengan rajuk olok-oloknya. Sengaja menyakitkan hati Jemy.
“Tak nak? Okey, nak saya tekan bell ke?” Ugut Jemy.
“Yalah!” Aira mendengus geram. Suka-suka dia je nak ugut aku.
Jemy tersenyum bila membayangkan wajah mencuka Aira tika ini. Marah marah pun Aira masih sudi meluangkan masa dengannya. Pintu kereta dibuka dari dalam, tanpa menegur Jemy, Aira terus melabuhkan punggungnya di sebelah Jemy. Sebelah mata pun dia tidak memandang lelaki itu.
“Masamnya muka.” Tegur Jemy.
“Suka hatilah!”
Okey, Jom!” Jemy menghidupkan enjin keretanya. Mulutnya masih tidak lekang dengan senyuman. Wajah masam Aira dibiarkan dulu, dia tahu gadis itu masih tidak puas hati akan peristiwa petang tadi. Nak buat macam mana, sakit hatinya bila melihat Aira mengenakan baju yang tak cukup kain itu.
“Nak pergi mana?” Aira menyoal hairan.
Photoshoot.” Jawab Jemy ringkas.
What? At this hour?” Sempat Aira mengerling jam di tangannya. Gila ke apa lelaki ni nak buat photoshoot pukul sembilan malam. Tak pernah dibuat orang! Jemy hanya mengangguk. Muka kelat gadis itu mengundang senyumnya.
                                                          ***********
AIRA menjeling tajam kearah Jemy yang mengemas set pengambaran. Oleh kerana dia terlebih lah baik nak buat kerja lebih masa, jadi dia terpaksa mengambil alih kerja Azlan. Beberapa helai baju baru yang diberikan oleh Jemy seketika tadi masih dibiarkan sepi dihujung kakinya.
                “Cepatlah salin pakaian tu?” arah Jemy serius.
                “Jemy, awak serius ke? Tak boleh tunggu esok?” Aira meminta kepastian.
                “Nope.” Serentak Jemy menggeleng lalu tersenyum.
                “Saya tak nak orang lain tengok awak pakai baju tu. It’s limited only for me to see.” Sambung Jemy. Melopong Aira mendengarnya. Apa dah jadi dengan Jemy ni? Tak profesional langsung!  
                Aira hanya menggeleng. Perlahan kakinya meninggalkan lelaki itu lalu bergerak ke bilik persalinan.
                “Cepatlah! Ngantuk ni.” Aira sudah berada di hadapan Jemy. Berdiri di atas set yang telah disediakan oleh Jemy sendiri.
                Jemy menoleh sekilas kearah Aira, terpegun dia seketika lalu tersenyum. Ternyata baju yang dipilihnya tadi sesuai dengan gadis itu.
                “Cepatlah!” suara Aira kembali membawa Jemy ke alam realiti.
                “Kenapa awak tengok saya macam tu?”
                “Tak ada apa. Okey, kita mula sekarang.” Jemy beriak selamba. Kameranya diarahkan kepada Aira.
                “Nak buat macam mana?” Aira masih kaku. Tak tahu nak posing macam mana.
                “Smile and just look at me.” Ujar Jemy.
                “Like this?” Aira mengukir senyuman.
                Jemy mengeluh seketika. Perlahan dia bergerak menghampiri gadis itu, tangan Aira yang dari tadi asyik membetulkan rambutnya sengaja diturunkan.
                “Take a deep breath and try to relax a bit.” Jemy kembali dengan kameranya.
                “Pandang sini. One, two, three!” Jemy memetik jarinya. Satu gambar Aira berjaya dirakam. Namun wajahnya masih kelihatan tidak berpuas hati.
                “Kan saya dah kata..”Aira mula serba salah, dia banyak menyusahkan lelaki itu. Ingin saja dia berputus asa, bukan dia tidak tahu Jemy banyak berusaha untuk membantunya. Bahkan mencuri masa rehat lelaki itu jugak.
                “It’s okay. Buat macam biasa and keep talking to me while you’re at it.”
                “Hah?”
                “Selain minat nak jadi model, apa lagi minat awak?” soal Jemy, kameranya sudah bersedia untuk menangkap gambar gadis itu.
                “Shopping.” Jawab Aira dengan ceria. Jemy mengambil kesempatan itu merakam gambar gadis tersebut.
                “Boringnya..” ujar Jemy, dia tersenyum senang bila gadis itu mula bercerita.
                “Taklah, shopping bukan saja boleh tambahkan koleksi tapi boleh hilangkan stress jugak tau.” Makin rancak Aira bercerita. Jemy tersenyum, dibiarkan Aira menghabiskan ceritanya, tangannya makin ligat merakam gambar gadis itu.
                “Nak tahu tak?” Aira tiba-tiba menyoal.
                “Errmm?”
                “Satu lagi kebaikan bershopping. Sambil-sambil shopping tu, bolehlah cuci mata sikit.” Ujar Aira lagi dengan ketawa kecil.
                “Apa?” Jemy menjerit tiba-tiba. Sekilas Aira dijeling. Cuci mata?
                “Kenapa? Saya salah posing ke?”
                “Its okay. Selain shopping dan cuci mata, apa lagi yang awak suka?” Jemy malas memanjangkan cerita. Dia kembali dengan kameranya. Satu persatu gambar Aira ditangkapnya. Tak sangka berkesan jugak kaedah ni. Jemy tersenyum sendiri, mengagumi kehebatannya. Ceh! Sempat tu puji diri sendiri.
                “Sindir saya ke?” Aira mula pelik. Bila masa pulak hobi dia cuci mata?
                “Tak, terasa ke?” Klik! Wajah masam Aira turut dirakam.
                Aira hanya mencebik.
                “Selain dari..ermm, saya suka..” Aira berpura-pura berfikir, matanya mula terpandang sesuatu. Satu persatu wajah lelaki itu ditilik.
                “Rambut panjang yang diikat kemas kebelakang.” Aira tersenyum sendiri, lagi wajah Jemy diteliti penuh khusyuk. Mungkin Jemy tidak menyedarinya kerana terlalu asyik ingin marakam gambarnya. Aira mengekek dalam hati, sekali sekala melihat wajah kegemarannya, tak salahkan?
                “Lagi?” Wajah Aira yang tersenyum riang itu terus dirakam.
                “Lagi? Saya suka keningnya yang bertaut bila dia marah. Bila dia senyum pulak, hati saya yang tak keruan.” Aira makin seronok menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada Jemy, lelaki yang telah mencuri hatinya. Jemy tersenyum sendiri, bukan dia tidak tahu Aira asyik merenungnya dari tadi. Alahai hati..sabarlah ya. Buat kerja dulu! Ujar Jemy. Lensa kameranya segera dipusingkan, sekali lagi gambar Aira disimpannya.
                “Lagi?” soal Jemy mula seronok dengan permainan gadis itu.
                “Dalam sengal-sengal dia tu, ada baiknya. Saya..” Aira terdiam sejenak. Aku dah lebih ke ni? Mukanya mula merah, malunya! Agak-agak dia perasan tak? Aira menundukkan wajahnya, tak sanggup nak menatap wajah itu lagi.
                Jemy tersenyum, tahu malu..terus tangannya menekan butang kamera. Klik!
                “Itupun awak nak ambik ke?” soal Aira pantas.
                Jemy mengangguk.
                “I love it when you blushed.” Jemy mengatur langkah ke monitor. Membulat mata Aira mendengar kata-kata Jemy. Dia tahu ke? Aira, bodohnya kau!
                “Nah!” Aira menyerahkan secawan kopi pada Jemy yang asyik meneliti gambar-gambarnya di skrin monitor. Kasihan lelaki itu, mesti dia penat.
                “Thanks. Duduk sini.” Jemy menepuk kerusi di sebelahnya. Kopi buatan Aira segera dihirup perlahan.
                “Sedap kan?” Aira menyoal sengaja. Mukanya sudah menanti jawapan dari lelaki itu.
                “Sedap. Kan saya dah kata kopi awak adalah kopi yang paling sedap yang saya pernah rasa.” Jawab Jemy lalu tersenyum. Aira hanya menggelengkan kepala. Jemy mula lagi dengan cerita dongengnya itu. Fikir Aira.
                “Okay ke gambar-gambar tu?” Aira malas mengambil pusing tentang kopi. Wajah Jemy dipandang, risau jugak dia memandangkan dia tiada sebarang pengalaman dalam photoshoot. Takut jugak kehadirannya akan menyusahkan lelaki itu. Bila diteliti balik gambar-gambar tersebut, tak ada satu pun gambar yang dia berkenan. Semua gambar-gambar tersebut biasa-biasa saja.
                “Okay. Awak tak perlu risaulah.” Tangan Jemy masih ligat menari di keyboard. Satu persatu gambar Aira dipilih.
                “Tak pelik ke saya pakai baju-baju yang awak pilih tu?” Terkejut jugak dia bila Jemy bagitahu yang dia pilih sendiri baju itu untuk sesi pengambaran kali ni, dengan alasan dia tak berkenan dengan baju yang di sediakan Azlan petang tadi.

                “Taklah. Awak cantik sangat malam ni.” Puji Jemy lalu menghadiahkan senyuman buat Aira. Aira hanya menunduk malu. Kata-kata lelaki itu sering menggetarkan rasanya. Perlu ke aku yang mula dulu untuk meluahkan rasa? Perlu ke aku bagitahu dia betapa aku menyintainya. Wajah Jemy yang semakin tekun di skrin monitor masih ditatapnya. Lelaki ini yang pertama menghadirkan segala rasa dijiwanya. Ya! Jemy yang pertama. Dia benar-benar sudah jatuh cinta pada Photographer tu!

4 comments:

  1. tq acu...uda dah jatuh hati dgn mr.photographer ni..hiksss

    ReplyDelete
  2. Jemy jeles eh? Sama-sama suka nih, tapi dok pendam jer. Makin menarik. Teruskan menulis yer.

    ReplyDelete
  3. Thanks Eifa Arey..ikuti perkmbangan Mencintaimu Mr.Photographer di sini. saya akan up dari masa ke semasa. terima kasih atas sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Ternanti-nanti bab seterusnya. Bila lagi? hehe

      Delete