Sunday, April 6, 2014

Bab 19


Aira masih bermalas di katil empuknya. Iphone  yang tersadai di atas tilam hanya dipandang sepi. Sudah jemuh telinganya dengan panggilan dan mesej yang masuk. Itu tak lain tak bukan kalau bukan si mamat sengal serta dua orang pekerja setianya itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata akhir dari Jemy ketika menghantarnya ke bilik semalam. Ahh! Syahdunya..kata-kata itu membuatkannya makin jatuh cinta pada lelaki itu. Tapi..malu!
            Sampai di pintu bilik, Jemy merapatkan badannya kearah Aira, segera wajahnya didekatkan. Aira sudah tak tentu arah, lelaki ni nak buat apa? Takkan nak..NO! Aira segera menahan tangan Jemy, menghalang segala niat Jemy tika ini. Biarpun dia turut menyintai lelaki itu, tapi dia takkan sesekali membuat pekara yang tak sepatutnya. Segera Jemy tersenyum, dia berbisik perlahan di telinga Aira. Terkesima Aira seketika.
            “Dengar baik-baik ya. Saya akan beritahu awak hari-hari mulai esok. Saya cintakan awak!” bisik Jemy penuh syahdu, lalu menjarakkan tubuhnya. Kaku Aira seketika. Tangannya digenggam kuat memohon kekuatan. Ya Allah, inikah rasanya cinta?
            “ Saya cintakan awak, dan saya takkan buat pekara yang boleh memusnahkan kepercayaan awak pada saya.” Ujar Jemy lagi, hidung Aira dicuit sedikit sebelum berlalu meninggalkan Aira yang masih terkaku tanpa kata.
            Aira menutup mukanya dengan bantal. Malunya! Macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti? Jawapan? Aira kembali menekup mukanya, dia sudah punya jawapannya sejak malam tadi, namun dia tak kuat untuk menyatakan betapa dia juga menyintai Jemy.
            Mesej pertama dari Jemy dibuka sekali lagi. Lelaki itu menagih jawapan darinya.
                                    Answer day. Giv me a  good one.Okay.
            Macam mana aku nak bagi jawapan pada dia tanpa perlu cakap I Love You ya? Takkan nak terus cakap dengan dia YES? Aira kebuntuan. Perutnya sudah berkeriuk, semalam dia cuma menjamah sedikit makan malam yang disediakan oleh Jemy. Malu punya pasallah tu.
            Aira menghempas badannya di katil. Dia lapar, bercelaru, risau. Semua ada. Semuanya kerana Jemy. Lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya.
            Seketika bunyi lonceng biliknya berbunyi. Aira terpana. Jemy ke? Ah..matilah aku. Takkan nak sangat jawapan sampai sanggup datang ke sini. Aira panik, dia mundar mandir di kaki katilnya.
            “Room service!” Sambung satu suara dari luar. Aira tersedar, aku ada pesan apa-apa ke? Rasanya tak. Aira bingkas ke muka pintu, segera pintu dikuak dari dalam. Wajah pekerja resort itu muncul dengan menyorong troli yang diisi sarapan pagi.
            “Err.. saya tak pesan room service.” Jawab Aira.
            “Seorang lelaki minta saya hantarkan ke bilik ni.” Ujar pekerja tersebut. Aira memandang nombor bilik yang tertulis di atas kertas tersebut. Betullah, biliknya.
            “Terima kasih.” Aira hanya membiarkan pekerja tersebut menyorong troli tersebut ke dalam biliknya. Selepas ucapan terima kasih, pekerja tersebut meninggalkannya dengan seyuman.
            Aira membuka penutup steel. Segelas jus oren dan menu sarapan pagi yang sudah tentunya menyelerakan. Aira memegang perutnya yang sudah berbunyi. Dua biji telur mata kerbau separuh masak, satu longgokan kecil kentang goreng, dua biji sosej serta tiga keping hirisan tomato yang kelihatan segar. Aira sudah tidak sabar meranap semua hidangan tersebut. Matanya menangkap satu bungkusan yang diselitkan nota kecil di tepi pinggan.
                                                Makan banyak-banyak!
Aira tersenyum, tahulah dia siapa pengirim sarapan paginya itu. Jemy..Jemy..
            Aira kembali pada bungkusan kecil tersebut. Sebentuk cincin lelaki yang berbentuk simple menarik perhatiannya. Cincin ni macam...
            Beberapa ketika Iphonennya berdering menandakan mesej masuk. Segera Aira menuju ke katilnya.
Enjoy ur breakfast. Nampak cincin saya tak? Pakai tu kalau jawapan awak YA. Jumpa petang ni, dengan cincin ditangan awak.
Aira tersenyum, lalu menyarungkan cincin tersebut di jari manisnya. Muat pulak! Macam tahu-tahu je.
                                                ****************
EMILY mengatur langkah menuju ke agensi Kiki. Lengang lenggok tubuhnya sesekali menarik minat pekerja buruh yang secara kebetulan membaiki saluran paip di sebelah jalan sana. Emily semakin galak mempamerkan gaya modelnya, memang itu yang diingininya, dia ingin semua lelaki terpikat dengan kecantikannya. Rambutnya yang perang beralun dikuak ke belakang dengan aksi menggoda, Emily ketawa sendiri bila lelaki-lelaki tersebut tidak mampu mengalihkan mata dari memandangnya.
            Segera pintu kaca agensi dikuak dari luar. Cermin mata hitam mula ditanggalkan, dia menghampiri Rina, penyambut tetamu di situ.
            “Kiki ada?” soal Emily pantas.
            “Ada, dalam bilik sana..” Belum sempat Rina menghabiskan ayatnya, Emily sudah melangkah ke pejabat Kiki. Rina hanya mencebik, sombongnya! Macamlah cantik sangat!
            “Kiki, I nak sangat ikut show tu. Tolonglah, rekomenkan I kat Cik Mia tu.” Mimi masih lagi merayu. Dia benar-benar ingin turut serta untuk pertunjukkan fesyen yang dianjurkan oleh Butik terkemuka, Mia Collection.
            “I bukan tak nak tolong you, tapi Mia tu cerewet sikit.” Ujar Kiki lagi. Jenuh jugak nak jelaskan dekat si Mimi ni.
            “Ala, kenapa pulak budak hingusan tu boleh ikut? Siap jadi main model lagi.” Bebel Mimi lagi.
            “Dia, Mia sendiri yang pilih. Bukan I”
            “I tak kira, I nak juga ikut show tu. I lebih hebat dari dia!” keras Mimi tanpa enggan mengalah.
            “You jangan bercakap ikut sedap mulut je. You tak kenal dia.”
            “Siapa kata I tak kenal, dia tu bekas pekerja studio Jemy. Pembantu je pun. Bukan sesiapa.” Marah Mimi.
            “Apa? What do you mean?” Emily tiba-tiba menyampuk, dari tadi dia mendengar perbualan Kiki dengan model baru yang tak sedar diri tu. Si Mimi.
            “Emily, you buat apa kat sini?” soal Kiki terkejut.
            “I tanya siapa yang jadi lead model untuk fesyen show hujung minggu ni?” Emily menyoal keras.
            “Siapa lagi? Budak hingusan tu lah. Aira!” Jawab Mimi. Biarpun selama ini dia dan Emily tidak sependapat kerana berebutkan lelaki yang sama, namun dalam hal ini mereka harus berkerjasama.
            “Aira? Pekerja Jemy?” hampir membuntang mata Emily. Biar betul? Budak kurang ajar tu. Hatinya masih geram bila Aira menumpahkan air dibajunya beberapa b. Ulan lalu, Emily sudah merengus geram. Kenapa pulak budak tu boleh jadi model? Lead model lagi untuk fesyen show yang turut melibatkannya nanti. Emily semakin mendongkol. Ini tak boleh dibiarkan.
            “Aku sebenarnya tak puas hati bila si Aira tu masuk show tu dan jadi lead model. Sebab tu aku berkeras nak ikut show tu.” Ujar Mimi.
            “Aku ni kalau layan korang berdua boleh sakit jantung tau. Lantak koranglah, aku nak balik!” Putus Kiki lalu meninggalkan kedua-dua modelnya itu. Pintu biliknya dihempas kuat.
            “Mana kau tahu dia jadi lead model tu nanti?” soal Emily.
            “Aku dapat tahu dia buat photography dekat pangkor. Dengan Jemy!” Mimi makin membahang. Niatnya ke studio untuk mengajak si Jemy pujaan hatinya itu untuk makan malam sia-sia saja bila studio itu ditutup. Bila ditanya kepada Kiki, Kiki dengan riangnya memberitahu Aira ke pangkor dengan Jemy dan pekerjanya. Marah betul dia ketika itu.       
            Emily sudah terdiam. Berita ini betul-betul menyesakkan dadanya, sepanjang dia bergelar model lelaki itu, tidak pernah pula lelaki itu melakukan pengambaran di luar kuala lumpur. Ini tak boleh dibiarkan.
            “Kau jumpa Jemy di studio?” soal Emily sinis. Tajam matanya menikam Mimi.
            “Ya, kenapa? Ada masalah ke?”
            “Aku dah warning kau kan? Jangan nak menggatal dengan Jemy, kau tu cuma model mentah je. Jangan nak perasan.”
            “Kau ingat Jemy suka ke perempuan gedik macam kau.” Balas Mimi dengan berani. Dia sudah tidak takut dengan ugutan wanita itu, kerana dia pasti Jemy memang takkan pandang perempuan gedik macam tu.
            “Last warning dari aku. Jangan tunjukkan muka kau depan Jemy, kalau aku tahu. Siap kau! Kau tak tahu lagi, aku siapa. Ops..lagi satu, masa fesyen show tu nanti, kau nak tahu tak siapa yang photographernya? Jangan jealous tau kalau aku cakap Jemy. Aku yakin sangat Jemy memang jatuh hati dengan aku nanti. Bye!” Emily sengaja menyakitkan hati Mimi. Merah muka Mimi menahan marah. Si Emily tu memang tak habis menyakitkan hatinya. Kau ingat kau boleh rampas Jemy dari aku? Kau pun tak kenal aku siapa Emily.
                                              ****************
AIRA berjalan perlahan di persisiran pantai. Dari jauh dia dapat melihat Jemy dan pekerjanya sedang bertungkus lumus menyiapkan set, ini merupakan pengambaran terakhir mereka di Pangkor Laut Resort. Rindulah nanti dengan tempat yang indah dan suasana yang menenangkan seperti ini.
            Cincin yang melekat kemas di jari manisnya dipandang. Tak cantik, tapi sangat bermakna. Aira tersenyum lalu menghembuskan nafas perlahan, dia sudah membuat keputusan. Cinta Jemy akan diterima dan dijaga sepenuh hati. Perlahan Aira menghampiri set, tangannya disembunyikan di belakang, seronok juga sekali-sekala mengenakan Mr. Photographer sengal ni.
            “Hi” sapa Aira.
            “Baru keluar Aira?” soal Azlan. Jemy pula masih berpura-pura sibuk dengan kameranya. Sedikitpun dia tidak memandang kearah gadis itu.
            “Aa..pening kepala tadi.” Bohong Aira.
            “Dah tu? Dah makan ubat?” sampuk Rahim. Aira hanya mengangguk, dia mencuri pandang kearah Jemy yang masih duduk santai di kerusi pantai. Langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Baru nak berbunga hati ni, dia mula lagi dengan sengalnya tu! Aira mencebik marah.
            “Dah, start shoot!” Jemy meyampuk tiba-tiba. Wajahnya masih kelihatan serius. Aira memandang Rahim dan Azlan, kedua pekerjanya itu hanya menjungkit bahu tidak tahu. Kenapa pulak dengan Jemy tu, pagi tadi okey je. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba moody semacam je.
            “Sara, take your place.” Ujar Jemy lagi, dia sudah bersedia dengan kameranya. Aira menonong menuju ke tepi pantai, yang sudah dihiasi dengan lilitan bunga pada kayu yang berbentuk pintu gerbang. Cantiknya, semuanya hasil tangan Rahim, yang terkenal dengan sikap lembutnya itu.
            Aira menjeling tajam kearah Jemy yang seolah-olah tidak punya perasaan. Inikah orang yang mengaku menyintainya semalam? Tapi hari ni, mula lagi dengan perangai sengalnya itu.
            “Smile, Sara..” arah Jemy. Aira merngus geram, boleh pulak nak suruh aku senyum, dah sah-sahlah dia yang merundumkan mud happy aku!
            Aira mengukir senyum seadanya. Senyuman yang tak ikhlas!
            “Smile please, Sara!” suara Jemy kedengaran lantang. Rahim dan Azlan saling berpandangan. Jemy sudah menujukkan taringnya. Siapa-siapa saja boleh digigitnya selepas ni.
            Aira terkesima. Tangannya sesekali membetulkan rambutnya yang sudah kusut akibat ditiup angin. Aira memandang kearah Rahim dan Azlan, kedua lelaki itu memintanya untuk mengikut kemahuan Harimau jadian tu.
            Aira menarik nafas sedalam yang mungkin, membuang jauh segala rasa sakit hatinya atas sikap sengal Jemy tu. Senyuman mula diukirkan, seikhlas yang boleh.
            “Good! Pandang sini!” tangan Jemy mula menari di lensa kameranya. Dia tersenyum sendiri, bila gambar Aira menepati citarasanya.
            “Tangan di pinggang, Okay! Dagu atas sikit.” Jemy semakin rancak memberi arahan. Aira pula hanya menurut. Dilupakan seketika masalah yang dihadapinya bersama lelaki itu seketika tadi.
            “Okay. Good!” Jemy tersenyum sekilas kepada Aira, lalu gadis itu dihampiri.
            Seketika dia berhenti di hadapan Aira, hanya matanya tidak lepas memandang wajah masam itu. Dia tahu gadis itu marah padanya.
            Tangannya segera mencapai tangan kanan gadis itu, dia tersenyum sendiri melihat cincinnya sudah terletak kemas di situ.
            “This is your answer. Thank you!” Ujar Jemy penuh lembut, tiada lagi wajah tegang seperti tadi. Aira hanya diam, hatinya masih panas! Lelaki itu cepat betul berubah perwatakan. Sekejap OK, sekejap K.O!
            “Siapa cakap? Saya nak pulangkan!” Aira cepat menarik tangannya dari genggaman Jemy, segera cincin lelaki itu ditanggalkan dan diberi semula kepada Jemy.
            “Really?” soal Jemy, dia tahu Aira sudah menerimanya. Mungkin gadis itu masih terasa dengan sikapnya tadi. Bukan dia sengaja pun, dia cuma ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasnya. Menyintai gadis bernama Aira sering membuatnya terleka, apatah lagi setelah gadis itu terlibat secara langsung sebagai modelnya. Makin tak tentu arah jadinya. Kalau boleh dia tidak mahu mencampuradukkan soal peribadi dengan kerja.
            “Err..saya..” Aira mula menundukkan wajahnya. Dia nekad untuk meluahkan perasaan.
            “Kenapa?”
            “Saya sukakan awak. Saya benar-benar cintakan awak.” Aira memejam matanya, rasanya tak mahu dia memandang wajah Jemy tika ini. Jemy terpana, namun hanya seketika, bibirnya terus mengukir senyum.
            “Thanks.” Ujar Jemy. Tangan Aira terus dicapai dan dikucup lembut.
            Aira tersenyum. Seketika Jemy tersedar, pantas tangan Aira terus dilepaskan. Terpana Aira dibuatnya. Apa kena dengan Jemy ni.
            Klik! Bunyi kamera menyedarkan Aira, Jemy melepaskan tangannya semata- mata untuk menangkap gambarnya. Huh! Tak habis-habis.
            “My favourite face!” ujar Jemy. Aira hanya menggeleng.
            “Jemy, kau dengan Aira..” Azlan dan Rahim muncul secara tiba-tiba. Aira terpana, segera dia cuba melarikan tangannya dari genggaman Jemy. Tapi..
            “Arr..” Jemy mengeratkan genggamannya.

            “She’s my girl now! And I love her!” Ujar jemy. Terlopong Rahim dan Azlan. Biar betul? Aira dan Jemy bercinta..

5 comments:

  1. Ngee..yes..yes..dah setuju..she's my girl now...

    ReplyDelete
  2. Suka baca novel awk , teruskan usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eit ats sokongan. Jgn lupa ikuti kisah Mencintaimu Mr.Photographer di sini. ok. <3

      Delete
  3. Suka2..ucapan terluah juga miss aira...huhu..like bnyk2 kali..hehe

    ReplyDelete