Friday, September 5, 2014

Bab 31

Perbincangan yang memakan masa hampir tiga jam berjalan lancar. Tiara sempat menunjukkan ruang butiknya pada Jemy. Sekadar pengenalan sebelum melakukan sesi pengambaran yang akan dilangsungkan minggu hadapan.
            “Bagaimana?” soal Tiara.
            “Okay. Nanti ruang sebelah ini kena dikosongkan sikit.” Pinta Jemy, lantas beg sandangnya yang berisi kamera dicapai.
            “Boleh.” Balas Tiara. Dihantarnya Jemy hingga ke muka pintu. Serentak dengan itu Akmal tiba-tiba muncul di muka pintu. Jemy hanya memandang Akmal tanpa riak, dia ingat lagi itulah lelaki yang memandang gambar Aira dengan khusyuknya.
            “Abang Mal.” Tegur Tiara. Terkejut juga bila melihat Akmal tiba-tiba muncul di situ. Akmal hanya menjawab teguran Tiara dengan senyuman.
            Jemy hanya melemparkan senyum seadanya. Tak hairan bila lelaki itu ada di sini, mungkin saja dia kekasih Tiara.
            “Tak apalah, saya minta diri dulu.” Jemy mula bergerak ke keretanya.
            “Jemy!” panggil Akmal tiba-tiba. Langkah Jemy terhenti, atas urusan apa lelaki itu memanggilnya.
            “Boleh kita cakap sikit?” soal Akmal. Tiara sudah memamdang wajah Jemy dan Akmal silih ganti. Apa urusan dua lelaki ni. Tiba-tiba je..
                                                            ***************
AKMAL memberhentikan keretanya di sebuah rumah satu tingkat miliknya. Kereta Jemy yang diparkir di belakang keretanya hanya dikerling melalui cermin pandang belakang. Mujur saja lelaki itu tidak menolak bila diajaknya seketika tadi. Dia yakin ada sesuatu diantara jurugambar itu dengan adiknya, sebab itu dia tidak teragak-agak. Hanya Jemy yang akan membantunya menemui adiknya itu lagi.
            “Masuk Jemy.” Ajak Akmal. Jemy memandang lelaki itu kehairanan lantas hanya mengangguk.
            “Assalamualaikum mama.” Panggil Akmal. Seketika muncul seorang wanita berumur empat puluh an di muka pintu. Mengerut dahi Jemy.
            “Waalaikumsalam Mal, awal balik hari ni. Kenapa tak cakap bawa kawan? Bolehlah mama masak lebih sikit.” Ujar Marlia bila melihat tetamu yang tak diketahuinya itu. Jemy lantas tersenyum, tangan Marlia terus disalam dan dicium.
            “Mari masuk.” Ajak Marlia lagi.
            “Mari Jemy..” Jemy hanya tersenyum lalu membuntuti langkah dua beranak itu. Biarpun diulit begitu banyak persoalan, Jemy hanya mampu terdiam. Atas urusan apa lelaki bernama Akmal itu membawanya kemari? Lagi-lagi itu saja yang bermain di kotak fikiran Jemy dari tadi.
            Selang beberapa ketika, Akmal lantas menarik tangan ibunya untuk duduk bersama mereka di ruang tamu. Hari ini dia nekad selangkah untuk mendekatkan ibunya itu pada anak perempuannya. Sebelum berjumpa dengan adiknya itu, mereka perlu tahu siapa adiknya itu sekarang.
            “Duduk dulu ma.” Pinta Akmal.
            Jemy keresahan dari tadi. Dari riak wjah Akmal itu dia seolah-olah dapat membaca sesuatu. Ada sesuatu yang penting hingga membawa Akmal mengheretnya ke mari.
            “Jemput minum nak..” sapa Marlia lembut pada kawan anaknya itu.
            “ Jemy mak cik. Nama saya Jemy.” Balas Jemy. Entah kenapa hadir perasaan halus bila dibahasakan ‘nak’ oleh wanita itu.
            “Kalau mama nak tahu, Jemy ni jurugambar. Jurugambar model.” Sambung Akmal.
            “Jurugambar model?” berubah riak wajah Marlia. Dulu dunianya begitu rapat dengan jurugambar. Menjadi seorang model sering mendekatkannya dengan kamera.
            “Jurugambar biasa je..” Jemy mula merendah diri. Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kerjayanya itu.
            “Bukan biasa-biasa ni ma, menang award empat kali berturut-turut ni.” Puji Akmal lagi. Dia sendiri kagum dengan semangat anak muda seperti Jemy. Jika benar telahannya, pasti adiknya itu beruntung mengenali lelaki sebaik Jemy. Marlia hanya tersenyum. Wajah jemy lantas dipandang.
            “Mak cik tak tahu pulak anak mak cik ni berkawan dengan jurugambar. Berlawanan sangat dengan bidangnya sekarang.”
            “Akmal baru je kenal dengan dia ni ma, masa temankan Tiara minggu lepas ke KL.” Jelas Akmal.
            “Ya mak cik, kenal-kenal macam tu je.” Sambung Jemy pula.
            “Kalau mama nak tahu jugak, dari studio dia ni lah mal tengok gambar Sara.” Tukas Akmal, tergamam Marlia. Jemy pula mahu tersedak bila nama kekasih hatinya itu di sebut. Sara? Mana lelaki itu tahu nama Aira adalah Sara? Setahunya hanya orang tertentu saja yang memanggil Aira dengan nama Sara.
            “Sara?” Jemy mula resah. Apa semua ni? Pandangannya dihalakan ke arah Akmal memohon jawapan. Dia harus tahu sekarang jugak!
            “Jadi, kamu ni kenal Sara lah ya?” soal Marlia pada Jemy. Riak wajahnya jelas terpamer harapan.
            Jantung Jemy mula berdetak irama rancak. Mahu saja dia menyoal dua insan di hadapannya ini tanpa berlengah lagi. Dia sudah begitu dahagakan penjelasan.
            “Apa ni?” soal Jemy.
            “Jemy, maafkan aku sebab bawa kau sini tanpa menjelaskan apa-apa dulu.” Akmal mencapai surat khabar dari bawah meja, gambar Aira yang terpampang di muka hadapan akhbar itu ditunjukkan pada Jemy. Jemy menggeleng tidak faham.
            “Dia Sara, Aira Qaisara..adik aku, dan ini mama dia.” Jelas Akmal. Jemy tergamam. Mahu saja dia pengsan tika itu. Benarkah apa yang dia dengar sekarang? Di hadapannya ini abang dan ibu kekasihnya? Orang yang paling Aira rindu.
            Jemy memandang wajah tua dihadapannya itu, Marlia sudah menitiskan airmata.
            “Ya, dia Sara. Anak Tan Sri Megat Miqdad.” Jawab jemy. Makin kedengaran esak Marlia. Segera Akmal memaut tubuh ibunya, badan tua itu dipeluk erat. Jemy hanya memandang tanpa kata, ternyata bukan Aira saja yang merindui ibunya. Jemy menahan sebak, dia begitu dambakan kasih dari seorang ibu. Dia ada ruang dan kesempatan untuk menggapainya tapi dia tidak mampu. Berbanding Aira, tanpa ruang dan kesempatan, gadis itu mampu meraih kasih dari seorang ibu. Adakah disebabkan ini mereka dipertemukan.
            “Mama tahu itu Sara, mama tak lupa raut wajah dia.” Kedengaran sendu suara Marlia di ketika itu. Jemy memandang wajah Aira yang melekat di akhbar tersebut. Merekalah orang yang Aira rindu selama lima belas tahun ini.
            “Mak cik, Akmal..Sara pun rindukan kamu. Dia terlalu rindukan ibu dan abang dia.” Entah kenapa Jemy terpanggil untuk memberitahu kedua insan itu tentang hakikat yang sebenar.
            “Nak, bawa Sara jumpa kami. Mak cik rindu sangat pada dia.” Marlia sudah menerpa ke arah Jemy, tangan Jemy terus diraih memohon simpati. Jemy serba salah, dia memandang ke arah Akmal.
            “Ya. Saya akan bawa Sara jumpa mak cik.” Pegangan tangan Marlia dibalas. Sayu rasanya melihat kerinduan seorang ibu itu. Akmal hanya memandang  Jemy dengan senyuman, ternyata tidak salah tindakannya membawa lelaki itu ke mari.
                                                     **************
JEMY hanya merenung banjiran manusia yang datang mengunjungi ruang shopping complex tersebut. Fikirannya masih terbayang pertemuannya dengan ibu dan abang Aira beberapa hari yang lalu. Dia sudah merangka cara untuk mempertemukan mereka.
            “Menung apa?” sergah Aira tiba-tiba. Pipi putih Jemy dicubit perlahan.
            “Apa ni main cubit-cubit.” Jemy pura-pura merajuk. Dia sudah memusingkan badannya, lantas bahu Aira dipeluk.
            “Awak pandang apa bawah sana? perempuan ke?” ajuk Aira. Jemy tergelak. Ada pulak perempuan.
            “Pergi mana? Tiba-tiba hilang..” mereka menyusuri lagi deretan kedai di shopping complex tersebut. Aira dengan sengajanya mengenggam tangan Jemy, rasa senang begitu.
            “Tak ke mana, tengok barang je. Awak tak beli apa-apa ke?” Jemy menggeleng, lantas Iphone ditarik dari poket seluar. Aira mencebik. Boring! Jemy ni memang tak boleh dibawa jalan-jalan. Fikirannya entah ke mana. Lantas dia pantas menarik tangan Jemy menuju ke sebuah tempat.
            “Nak pergi mana ni?” soal Jemy hairan. Dari tadi Aira mengheretnya ke sana kemari. Demi sayanglah katakan, dia hanya menurut. Biarpun berpeleseran di shopping complex begini bukan cara hidupnya. Selalunya jika ada masa terluang, dia lebih senang menghabiskan masanya di studio.
            “Tengok wayang.”
            “Hah?” jemy menggeleng, ini lagi boring.
            “Jomlah, pilih cerita. Atau nak saya pilih.” Jemy menggaru kepalanya, aduh..sepanjang usianya boleh dikira dengan jari berapa kali saja dia menjejakkan kaki ke panggung wayang.
            “Kita tengok cerita ni.” Putus Aira, lantas dia bergerak ke kaunter untuk membeli tiket. Yang itu dia pandai, kadang-kadang bila dia keboringan, dia sendiri akan pergi menonton wayang. Tak berteman pun tak apa! Jemy lantas menarik semula tangan Aira, terkebil-kebil Aira dibuatnya.
            “Saya pergi beli.” Tawar Jemy, kakinya di atur ke deretan anak-anak muda untuk membeli tiket. Aira tersenyum, sementara menunggu Jemy membeli tiket dia ke ruang sebelah kanan untuk membeli air dan pop corn.
            “Dah?” soal Aira bila melihat wajah Jemy yang tidak beriak. Tahu benar Aira yang lelaki itu memang tidak berminat untuk menonton wayang.
            “Jom!” ajak Jemy, jacket di badannya di buka kejap lalu di sarungkan di bahu Aira.
            “Sejuk.” Sambungnya lagi. Pop corn dan air di tangan kekasihnya itu diambil. Beriringan mereka menuju ke pintu panggung. Aira tersenyum, tangannya segera melingkar di lengan Jemy. Jemy pula hanya menggeleng, sejak kebelakangan ini dia seolah-olah terbiasa dengan sikap manja gadis itu.

1 comment: